Hadith 1
Matan Hadith
أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: أنزلت صحف إبراهيم عليه السلام في
أول ليلة من رمضان، وأنزلت التوراة لست مضين من رمضان، والإنجيل لثلاث عشرة خلت من
رمضان، وأنزل الله الفرقان لأربع وعشرين خلت من رمضان.
Terjemahan
Rasulullah SAW
bersabda: Suhuf Nabi Ibrahim AS diturunkan pada malam 1 Ramadhan, Taurat pula
diturunkan pada 6 Ramadhan, Injil diturunkan pada 13 Ramadhan... Dan Allah
menurunkan al-Furqan al-Quran pada 24 Ramadhan.
Takhrij
HR. Ahmad no. 16984,
at-Thabarani di dalam Mu'jam al-Kabir no.185, al-Baihaqi di dalam Sunan Kubra
no. 19121. Hadith ini didhaifkan oleh Sheikh al-Arnauth dalam takhrij Musnad
Ahmad, juga at-Thabarani dan al-Baihaqi.
Syeikh al-Albani pula
menghasankan hadith ini di dalam Silsilah Hadith Sahih no. 1575.
Syaikh Ahmad Shakir
menghukumkan sanad hadith ini sebagai sahih di dalam Jami’ al-Bayan ‘an Ta’wil
Ayi al-Qur’an (3/446).
Hadith 2
Matan Hadith
روى الواقدي بسنده عن أبي جعفر الباقر أنه قال: كان
ابتداء الوحي إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم الاثنين لسبع عشرة ليلة خلت من
رمضان وقيل في الرابع والعشرين منه
Terjemahan
Al-Waqidi
meriwayatkan daripada Abu Ja’far alBaqir bahawa dia berkata: Permulaan wahyu
kepada Rasulullah SAW adalah pada hari Isnin 17 Ramadhan, dan dikatakan juga
pada 24 Ramadhan.
Takhrij
HN. Ibn Kathir di
dalam al-Bidayah wa al-Nihayah (3/6). Dhaif.
Menurut ulama’ al-Jarh wa
al-Ta’dil, al-Waqidi ( m. 207 H ), nama penuh beliau: Muhammad Bin Umar Bin
Waqid al-Aslami seorang perawi yang
lemah ( matruk ) dan tidak diterima riwayatnya (Tarikh Baghdad, 3/31; Siyar
A’lam al-Nubala, 9/454, 468; al-Jarh wa al-Ta’dil, 8/20).
HN. = Hadith Nukilan
No comments:
Post a Comment