Tersebut dalam kitab NIHAYATUZ ZAIN Karangan Imam Nawawi Al-Bantani hal 12:
Sebagian dari orang-orang yang alim mengutip dari al-qulyubiy dan dari sekelompok ulama’ yang menerangkan hukum beserta dalilnya (muhaqqiq) bahawa sesungguhnya Rasulullahi shallallahu ‘alaihi wasallam itu tidak lahir melalui faraj, akan tetapi beliau lahir melalui tempat yang dibuka yang ada di atas faraj dan di bawah pusat dan menjadi rapat kembali dalam satu waktu.
Dan diambilkan dari al-Qadhi ‘Iyadl : sesungguhnya seperti halnya Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam ialah kesemuanya para nabi dan para utusan, akan tetapi al-allamah at-Tilamsaniy berkata : tiap-tiap nabi selain nabi kita shallallahu ‘alaihi wasallam itu lahir melalui tempat yang ada di atas faraj dan di bawah pusat sedangkan nabi kita itu lahir melalui perut bahagian kiri di bawah tulang rusuk dan lantas kembali rapat (menutup) pada waktunya, selaku keistimewaan khas untuknya, maka kesimpulan bagimu dari penjelasan ini sesungguhnya tidak benar kutipan mengenai hal dilahirkannya nabi melalui faraj begitu pula nabi-nabi yang lain, dan sebab hal inilah ulama’ mazhab Malikiyah berpendapat untuk membunuh orang yang menjelaskan bahawa nabi kita lahir melalui tempat keluarnya air kencing.
Penjelasan
Tapi ada yang disebutkan kisah lain seumpama
ini....diceritakan di Dimyat 1905, di dalam Fatawa Rashid Rida (2/439-440)
dengan cerita-cerita karut di sampaikan oleh pemuka agama berkenaan kisah
maulud (kelahiran) nabi dalam Majlis sambutan malam Nisfu Syaaban. Termasuk karut marut cerita berkenaan maulud tersebut adalah Siti Aminah ibunda Nabi SAW didatangi Aisyah (isteri firaun), Mariam, Siti Sarah untuk mengucapkan tahniah akan kelahiran rasul akhir zaman. Lebih teruk lagi (disebut di dalam kisah tersebut) sesiapa yang
percaya nabi-nabi lahir dari faraj (rahim) maka ia kafir. Rashid Rida menambah
ini hanya tambah tambahan cerita yang
diubah-ubah , yang jelas tanpa tajuk dan empunya cerita yang sah.
Cerita ini jelas bertentangan dengan hadith bertaraf hasan iaitu:-
Matan hadith
ورأت أمي في منامها أنه خرج
من بين رجليها سراج أضاءت له قصور الشام
Terjemahan
Ibu Rasulullah melihat di dalam mimpinya bahawa
keluar cahaya daripada dua kakinya yang menerangi istana-istana Syam.
Takhrij
HR. Thabarani di dalam Mu'jam al-Kabir no. 835,
dihasankan oleh Syeikh al-Albani di dalam Sahih Jami' no. 224.
Ini menunjukkan Nabi saw lahir melalui jalan yang
sama seperti bayi-bayi lain yakni keluar dari rahim melalui faraj bukan bawah
rusuk kanan atau kiri, bukan bawah pusat yang diceritakan melalui cerita yang
tidak diketahui keaslian sumbernya.
Rujukan
The Birth of the Prophet Muhammad SAW: Devotional
Piety in Sunni Islam by Marion Holmes Katz, 2007. London
No comments:
Post a Comment