Teks hadith sebaran umum:
Hadis Nabi SAW yang
bermaksud, “Pada hari kiamat kelak, arasy Allah dikelilingi kerusi-kerusi yang
sangat mulia.” Sahabat bertanya siapa yang akan dapat duduk di kerusi tersebut.
Lalu jawab Nabi SAW, “Mereka adalah #adik-beradik yang saling sayang-menyayangi
antara mereka.”
Matan hadith
وعن ابن عباسٍ رضي الله عنهما؛ أن رسول الله - صَلَّى اللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - قال:
"إن لله جُلساءَ يومَ القيامَة عن يمين العرشِ، وكلتا يدي الله يمينٌ، على
منابرَ من نورٍ، وجوهُهم من نور، ليسوا بأنبياءَ ولا شهداءَ ولا صديقين".
قيل: يا رسول الله! من هم؟ قال:
"هم المتحابون بجلال اللهِ تبارك وتعالى".
Terjemahan
Dari Ibnu Abbas radhiallahu ‘anhu, bahwasannya
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasalam telah bersabda,
“Sesungguhnya Allah memiliki orang-orang yang duduk
di sebelah al-Arasy dan kedua tangan
Allah adalah kanan, (mereka) berada di
atas mimbar-mimbar dari cahaya, wajah-wajah merekapun dari cahaya. Mereka ini
bukan para nabi, orang yang mati syahid (syuhada ) dan tidak juga shidiqiin.”,
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasalam ditanya, “Wahai Rasulullah, siapakah
mereka?“ Beliau menjawab,”Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai
kerana keagungan Allah Yang Maha Suci dan Maha Tinggi.”
Diriwayatkan oleh Ahmad dengan sanad la ba’sa bihi.1
Takhrij
HR. at-Thabarani sebagaimana dijelaskan oleh
al-Haitsami, dan ini ada di dalam kitab al-Mu’jam al-Kabir, 12/134, no. 12686, Cetakan
kedua, tahqiq oleh al-Syeikh Hamdi 'Abd al-Majid. Maktabah Ibn Taimiyyah,
Kaherah.
Namun hadith ini memiliki riwayat penguat yang
menjadikannya hadith yang kuat, diantaranya hadith Amru bin ‘Abasah.
Dinilai sahih oleh Syeikh al-Albani di dalam Sahih Targhib wa Tarhib no. 3022.
1Penisbatan ke
Ahmad adalah kesalahan dalam sangkaan semata-mata dan kesalahan dari sebahagian
orang yang menulisnya. Yang benar adalah melalui jalur at-Thabarani di atas.
# Tambahan adik beradik tu tidak di sebut
dalam hadith # - menjadikan matan hadith itu tiada asal. Hadith yang sebetulnya
adalah seperti disebutkan di atas.
No comments:
Post a Comment