Hadith 1
Matan hadith
حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ
بَشَّارٍ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ جَعْفَرٍ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ قَتَادَةَ
عَنْ عَبَّاسٍ الْجُشَمِىِّ عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِىِّ -صلى الله عليه
وسلم- قَالَ إِنَّ سُورَةً مِنَ الْقُرْآنِ ثَلاَثُونَ آيَةً شَفَعَتْ
لِرَجُلٍ حَتَّى غُفِرَ لَهُ وَهِىَ سُورَةُ تَبَارَكَ الَّذِى بِيَدِهِ الْمُلْكُ
Terjemahan
Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin
Basysyar, telah menceritakan pada kami Muhammad bin Ja’far, telah menceritakan
kepada kami Syu’bah, dari Qatadah, dari ‘Abbas Al Jusyamiy, dari Abu Hurairah,
dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda, “Ada suatu surah dari
al Qur’an yang terdiri dari 30 ayat dan dapat memberi syafa’at bagi yang
membacanya, sampai dia diampuni, iaitu: “Tabaarakalladzii biyadihil mulku… (surat
Al Mulk)”.
Takhrij
HR. Tirmidzi no. 2891, Abu Daud no. 1400, Ibnu
Majah no. 3786, dan Ahmad 2/299
Asy-Syaukani rahimahullah mengatakan, “’Abbas
Al-Jusyamiy tidak diketahui mendengar hadith dari Abu Hurairah. Akan tetapi
Ibnu Hibban menyebutkan perowi tersebut dalam Ats-Tsiqat. Hadith tersebut
memiliki syahid (penguat) dari hadith yang sahih dari Anas, dikeluarkan oleh
Ath-Thabarani dalam Al-Kabir dengan sanad yang sahih.” (Nailul Authar 2/227)
Komentar ulama
At-Tirmidzi (Sunan Tirmidzi)- hasan.
Ibnu Taimiyah (Majmu’ Al Fatawa, 2/277)- Sahih.
Asy-Syaukani (Nailul Authar, 2/227)- hadits
tersebut memiliki penguat dengan sanad yang sahih.
Syaikh Al Albani (Sahih Al Jaami’ no. 2091)- hasan.
Syaikh Musthafa Al-‘Adawi (At-Tashil li Ta’wilit
Tanzil Juz-u Tabarak, hal. 64)- tidak sahih.
Hadith 2
Matan hadith
عن أنس بن مالك قال : قال
رسول اللّه صلّى اللّه عليه وسلّم : «سُوْرَةٌ فِى الْقُرْآنِ خَاصَمَتْ عَنْ
صَاحِبِهَا حَتَّى أَدْخَلَتْهُ الْجَنَّةَ : تَبارَكَ الَّذِيْ بِيَدِهِ الْمُلْكُ».
أخرجه الطبراني والحافظ الضياء المقدسي.
Terjemahan
Dari Anas bin Malik, ia berkata, Rasulullah saw.
bersabda, “Surah yang di dalam Al-Qur’an yang dapat bertengkar untuk (membela)
pembacanya sampai ia dimasukkan ke dalam syurga, yakni surah Tabarakalladzi
biyadihil mulku.” (HR. At-Thabrani dan al-Hafidz al-Diya’ al-Maqdisi)
Takhrij
HR. at-Thabarani dalam Mu'jam al-Awsath, 4/76.
Didhaifkan oleh Imam Thabarani dan dihasankan oleh
Syeikh al-Albani dalam Sahih Jami' no. 3644
Hadith 3
Matan hadith
عن ابن عباس في تسمية سورة
الملك بالواقية والمنجية قال رسول اللّه صلّى اللّه عليه وسلّم : «هي المانعة هي
المنجية تنجيه من عذاب القبر».أخرجه الترمذي
Terjemahan
Dari Ibnu Abbas tentang penamaan surah Al-Mulk
dengan nama Al-Waqiyah dan Al-Munjiyat, Rasulullah saw. bersabda, “Surah
Al-Mulk adalah surah pencegah, ia adalah surah penyelamat yang dapat
menyelamatkan (pembacanya) dari azab kubur.
Takhrij
HR. at-Tirmidzi no. 2890 dan at-Thabarani no.
12801.
Komentar ulama
Imam at-Tirmidzi (Sunan Tirmidzi) - Jalur sanad
hadith ini hasan gharib, dan bab ini ada hadith dari Abu Hurairah.
Al-Dimyathi (Mutajir ar-Rabih no. 199) - sanadnya
saqim (sakit).
Syeikh al-Albani (Dhaif Jami' no. 6101) - dhaif.
Al-Mubarakfuri (Tuhfat al-Ahwadzi, 7/309) - dhaiful
isnad.
Syeikh al-Arnauth (Siyar 'alam an-Nubala, 7/169) -
dhaiful isnad.
No comments:
Post a Comment