Matan hadith
نَهَى رَسُولُ
اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ الشُّرْبِ مِنْ ثُلْمَةِ الْقَدَحِ
وَأَنْ يُنْفَخَ فِي الشَّرَابِ
Terjemahan
“Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam melarang
minum dari bahagian bekas yang retak, dan beliau juga melarang meniup ke dalam
minuman.”
Takhrij
HR. Abu Daud: 3722, Ahmad 3/80, Ibnu Hibban no. 5315.
Komentar ulama hadith
Imam Abu Daud mendiamkannya (soleh hadith ini
menurut surat kepada penduduk Mekah) dalam sunannya.
Dihasankan oleh Syeikh Ali Zai (Sunan Abu Daud no. 3722).
Berkata asy-Syeikh al-Albani: Sahih ( Sunan Abu Daud no. 3722).
Disahihkan Ibnu Hibban dalam Sahihnya no. 5315
Syarah hadith
Larangan bernafas di dalam bekas minuman disebabkan
nafas tersebut akan memberi bau tidak menyenangkan. Dan terkadang kahak, hawa
kotor dan hingus keluar bersama nafas sehingga dapat mengotori air minuman
tersebut.
Jika ingin bernafas, maka disunnahkan untuk
menjauhkan bekas minuman lalu bernafas dan kembali meletakkan bekas itu ke
mulutnya jika ingin meminumnya lagi.
Al-Khathabi berkata dalam Ma’alimus Sunan (5/284),
“Dilarang minum di tempat retakan gelas, kerana jika ia minum di tempat
tersebut, air akan tumpah dan mengalir ke wajah dan baju kerana bibir orang
yang minum tidak dapat melekat sempurna pada tempat yang retakan tersebut.
Tempat retakan menanggung kotoran ketika dicuci
tempat yang retak tidak dapat dibersihkan dengan baik.
Membahayakan pengguna, mungkin boleh mencederakan
mulut atau tangan. Wallahu a’lam.
Rujukan
Diadaptasi dari Syaikh Salim bin ‘Ied al-Hilali,
Al-Manaahisy Syar’iyyah fii Shahiihis Sunnah an-Nabawiyyah, (Ensiklopedi
Larangan menurut Al-Qur’an dan As-Sunnah), terj. Abu Ihsan al-Atsari (Pustaka
Imam Syafi’i, 2006), hlm. 3/163-170.
No comments:
Post a Comment