Menurut Al Hasan Al Basri: Sulaiman berkata,
“Tidak, demi Allah (kuda-kuda) ini tidak boleh membuatku lalai dari beribadah
kepada Tuhanku. (Ini) adalah yang terakhir untukmu.” Maka Ia memerintahkan
untuk disembelih.” Ini pula yang dikatakan Qatadah. As Suddiy berkata, “Ia
potong leher dan kakinya dengan pedang.” Namun Ali bin Thalhah berkata: Dari
Ibnu Abbas radhiyallahu 'anhuma ia berkata, “Beliau mengusap bahagian atas kuda
dan kakinya kerana cinta kepadanya.” Pendapat ini dipilih oleh Ibnu Jarir,
menurutnya, kerana ia tidak mungkin menyeksa haiwan dengan memotong kakinya dan
membinasakan harta di antara hartanya tanpa sebab selain hanya kerana sibuk
melihatnya sampai lalai dari solatnya, padahal kuda itu tidak bersalah.”
Menurut Ibnu Katsir, bahawa apa yang dirajihkan Ibnu Jarir perlu ditinjau
kembali, keranana boleh saja dalam syariat, hal itu diperbolehkan, apalagi
Beliau lakukan sebagai sikap marah kerana Allah disebabkan Beliau sibuk dengan
kuda-kuda itu sampai lewat waktu solat. Oleh kerana itu, ketika ia telah
meninggalkan hal itu, Allah ‘Azza wa Jalla menggantinya dengan yang lebih baik
darinya, iaitu angin yang berhembus dengan baik sesuai perintahnya, di mana
perjalanannya di pagi hari sama seperti perjalanannya sebulan dan perjalanannya
di petang hari sama seperti perjalanannya sebulan. Hal ini jelas lebih cepat
dan lebih baik dari kuda.
Takhrij
Nukilan Ibnu Katsir dalam, Tafsir Quranul 'Azim
38/112-118, Surah Sad: 30-33.
Adapun terdapat kritikan ulama yang menganggap
kisah Nabi Sulaiman tertinggal solat Asar/melalaikan ibadah itu adalah salah
satu cerita Israilliyyat (Tafsir Jalalayn, surah Sad:31)
Rujukan
https://celiktafsir.net/2018/02/20/sad-ayat-27-32/amp/
Dr Abdul Rashid Ahmad (API, UM), dalam Mega UM, 26
Jun 2007.
No comments:
Post a Comment