Kisah
Dikisahkan pada saat Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wasallam baru tiba dari perang Tabuk, Banyak sahabat yang
ikut beserta Nabi dalam peperangan ini. Tidak ada yang tertinggal kecuali orang
orang yang berhalangan dan ada uzur.
Saat mendekati kota Madinah, di salah satu sudut jalan, Rasulullah
berjumpa dengan seorang tukang batu. Ketika itu Rasulullah melihat tangan buruh
tukang batu tersebut melepuh, kulitnya merah kehitam-hitaman seperti
terpanggang matahari.
Rasulullah bertanya, “Kenapa tanganmu kasar sekali?" Si tukang batu
menjawab, "Ya Rasulullah, pekerjaan saya ini membelah batu setiap hari,
dan belahan batu itu saya jual ke pasar, lalu hasilnya saya gunakan untuk
memberi nafkah keluarga saya, kerana itulah tangan saya kasar."
Rasulullah pun menggenggam tangan itu, dan menciumnya seraya
bersabda, "Hadzihi yadun la tamatsaha narun abada", 'inilah tangan
yang tidak akan pernah disentuh oleh api neraka selama lamanya.
"Sesungguhnya di antara dosa-dosa itu, ada yang tidak dapat
terhapus dengan puasa dan solat”. Maka para sahabat pun bertanya: “Apakah yang
dapat menghapusnya, wahai Rasulullah?” Beliau menjawab: ”Bersusah payah dalam
mencari nafkah" (HR. Bukhari)
Takhrij
Hadith tersebut tidak terdapat dalam Sahih Bukhari sebaliknya disebutkan
dalam Tarikh al-Baghdad dan dinilai palsu oleh para pengkaji (Tarikh Madinah
al-Salam, 8/318. Tahqiq oleh Dr Bassyar 'Awwad).
Kecuali bahagian akhir kisah tersebut yang ada hadith, maka hadith yang akhir itu sahih.
Kisah tersebut:
Kecuali bahagian akhir kisah tersebut yang ada hadith, maka hadith yang akhir itu sahih.
Kisah tersebut:
عن أنس بن مالك قال: أقبل رسول الله صلى الله عليه وسلم من غزوة تبوك فاستقبله سعد بن معاذ الأنصاري، فصافحه النبي صلى الله عليه وسلم ثم قال له: ((ما هذا الذي أكفت (!) يداك؟)) فقال: يا رسول الله أضرب بالمر والمسحاة في نفقة عيالي، قال: فقبل النبي صلى الله عليه وسلم يده وقال: ((هذه يد لا تمسها النار))
Daripada Anas bin Malik RA berkata: Rasulullah SAW pulang dari peperangan Tabuk lalu disambut oleh Saad bin Muadz al-Ansari, lantas Nabi SAW bersalaman dengannya kemudian Baginda bertanya: ((Apakah yang menyebabkan tanganmu menjadi kasar?)) Dia pun menjawab: "Wahai Rasulullah, aku selalu memukul dengan tali dan penyodok tanah untuk menafkahi keluargaku.” lalu Nabi SAW pun mencium tangannya dan bersabda: ((Inilah tangan yang tidak akan disentuh api neraka)
Takhrij
HR. Abu Qasim al-Jurjani dalam Tarikh Jurjan hal. 263, al-Khatib dalam Tarikh Baghdad 7/342, Ibnul Jauzi dalam al-Maudhuat 2/251.
Batil menurut al-Khatib Baghdadi terdapat perawi pendusta dan pemalsu hadith, iaitu Muhammad bin Tamim al-Firyabi.
Palsu menurut Ibnu Jauzi.
Didhaifkan oleh Ibnu Hajar al-Asqalani dalam al-Ishabah 2/38.
Didhaifkan oleh Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 391 dan disetujui oleh Syeikh Masyhur bin Ḥasan al-Salman dalam Silsilah al-Ahadith al-Dhaifah wal-Mawdhu‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrij no. 3048.
Didhaifkan oleh Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 391 dan disetujui oleh Syeikh Masyhur bin Ḥasan al-Salman dalam Silsilah al-Ahadith al-Dhaifah wal-Mawdhu‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrij no. 3048.
No comments:
Post a Comment