Tuesday, 17 March 2020

Atsar Ibnu Mas’ud solat dirumah selepas ke masjid lalu melihat solat jemaah sudah selesai




Matan hadith


عن إبراهيم : " أن علقمة ، والأسود ، أقبلا مع ابن مسعود إلى مسجد ، فاستقبلهم الناس قد صلوا ، فرفع بهما إلى البيت ، فجعل أحدهما عن يمينه ، والآخر عن شماله ، ثم صلى بهما


Terjemahan

Dari Ibrahim An Nakha’i, dia berkata: “(Suatu hari) ‘Alqamah dan Al Aswad bersama Abdullah bin Mas’ud ra. berangkat menuju ke masjid, (di tengah jalan) mereka bertemu dengan orang-orang yang telah selesai melaksanakan solat (secara berjamaah), maka Ibnu Mas’ud ra. membawa mereka berdua pulang ke rumah beliau, dan menempatkan mereka berdua berdiri di (belakang) sebelah kanan dan kiri beliau kemudian beliau solat mengimami mereka berdua.”


Takhrij

HR. Abdurrazzaq dalam “Al Mushannaf” (2/409) dan At -Thabrani dalam “Mu’jamul Kabir” (9/318) dengan sanad yang dihasankan oleh Syeikh al-Albani dalam Tamamul Minnah hal. 136.

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...