Matan
hadith
إذا
صليتَ الصبح فقل قبل أن تكلم أحداً من الناس " اللهم أجرني من النار سبع مرات
" فإنك إن متَّ مِن يومك ذلك كتب الله لك جواراً مِن النار ، وإذا صليت
المغرب فقل قبل أن تكلم أحداً من الناس اللهم لإنس أسألك الجنة ، اللهم أجرني من
النار" سبع مرات فإنك إن متَّ مِن ليلتك كتب الله عز وجل لك جواراً مِن
النَّار
Terjemahan
Apabila
kamu selesai solat subuh, bacalah doa berikut sebelum kamu berbicara dengan
orang lain: ’Allahumma aajirnii minan naar’ 7 kali. Jika pada hari itu kamu
mati maka Allah akan menetapkan bahawa kamu jauh dari neraka. Jika kamu selesai
solat maghrib, ucapkanlah doa ini sebelum kamu berbicara dengan orang lain:
’Allahumma aajirnii minan naar’ 7 kali. Jika malam itu kamu mati, maka Allah
tetapkan bahwa kamu jauh dari neraka.
Takhrij
HR.
Ahmad dalam Musnadnya no. 18054, Abu Daud no. 5079, dan Ibn Hibban 5/367, dari
jalur al-Harits bin Muslim, dari bapanya Muslim bin Harits at-Tamimi secara
marfu’.
Dihasankan
oleh Ibnu Hajar al-Asqhalani dalam Takhrij Misykatul Masabih 2/427.
Syeikh
al-Arnauth berkata sanad hadith ini dhaif, Muslim bin Harits dinilai majhul
(perawi tak dikenali) oleh ad-Daruquthni, sementara penilaian dia sebagai
tsiqah (perawi terpercaya) tidak dianggapi dari selain Ibnu Hibban. Ulama
berbeza pendapat tentang namanya dan nama bapanya. (Ta’liq Musnad Ahmad,
29/593).
Syeikh
al-Albani menilai hadith ini dhaif dalam Silsilah Hadith Dhaif no.1624
Tetapi
Setelah membaca kesimpulan di atas, janganlah kita
melatah dan risau, kerana masih ada hadith sahih yang semakna dan boleh diamalkan.
Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
مَنْ
سَأَلَ اللَّهَ الْجَنَّةَ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ، قَالَتِ الْجَنَّةُ: اللَّهُمَّ
أَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ، وَمَنْ اسْتَجَارَ مِنَ النَّارِ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ،
قَالَتِ النَّارُ: اللَّهُمَّ أَجِرْهُ مِنَ النَّارِ
”Siapa yang meminta syurga 3 kali, maka syurga akan
berkata: ’Ya Allah, masukkanlah dia ke dalam surga.’ Dan siapa yang memohon
perlindungan dari neraka 3 kali, maka neraka akan berkata: ’Ya Allah,
lindungilah dia dari neraka.” (HR. Ahmad no. 12585, Nasai no. 5521, Tirmidzi no.
2572 dan yang lainnya. Dinilai hasan oleh Syuaib al-Arnauth dan dinilai sahih
oleh al-Albani).
Jika kita perhatikan, hadith di atas bersifat umum,
ertinya,
1-
Tidak ada teks doa
khusus, sehingga anda boleh meminta syurga dengan kalimat permohonan syurga
apapun. Boleh juga dengan bahasa yang kita fahami seperti: “Ya Allah, aku
memohon surga, atau Ya Allah, lindungilah aku dari neraka”.
2-
Tidak ada batasan
waktu dan tempat, sehingga kita boleh membacanya bila-bila masa dan dimanapun.
3-
Disebutkan batasan
angka, iaitu 3 kali. Ertinya untuk mendapatkan keutamaan itu, kita bacalah
minimum sebanyak 3 kali, dan maksimanya tanpa hitungan.
Rujukan
Fatwa
Soaljawab Islam no. 6544
No comments:
Post a Comment