Wednesday, 11 March 2020

Kelebihan surah Waqiah berkaitan rezeki



Matan hadith

من قرأ سورة الواقعة في كل ليلة لم تصبه فاقة أبدا

Terjemahan

“Barangsiapa membaca surat Al Waqi’ah setiap malam, maka dia tidak akan jatuh miskin selamanya.”

Takhrij

HR. Harits bin Abu Usamah dalam kitab Musnadnya, no. 178, Ibnu Sunni dalam kitab Amalul Yaum wal Lailah, no. 674, dikeluarkan pula oleh Ibnu Bisyran dalam Al ‘Amali, 1/38/20, dikeluarkan juga oleh Al Baihaqi dalam Syu’abul Iman no. 2498, dan selainnya. Semuanya berasal dari jalan Abu Syuja’ dari Abu Thayyibah dari Abdullah bin Mas'ud ra.

Ibnu Hajar dalam Futuhat Rabbaniyah 3/279 menilai hadith ini gharib.

As-Suyuthi mendhaifkan hadith ini dalam Jamius Saghir no. 8923.

Didhaifkan oleh Syeikh al-Albani dalam Takhrij Misykatul Masabih no. 2122.

Dari turuq Ibn Abbas, Syeikh al-Albani menilai hadith ini maudhu' (palsu) dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 290.




Matan hadith

أن عثمان بن عفان – رضى الله عنه – عاد ابن مسعود فى مرضه فقال : ما تشتكي ؟ قال : ذنوني قال : فما تشتهي ؟ قال : رحمة ربى قال : ألا ندعوا لك الطبيب ؟ قال : الطبيب أمرضنى قال : ألا آمر لك بعطائك ؟ قال : منعتنيه قبل اليوم ، فلا حاجة لى فيه قال : فدعه لأهلك وعيالك قال : إنى قد علمتهم شيئا إذا قالوه لم يفتقروا ، سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول ( من قرأ الواقعة كل ليلة لم يفتقر

Terjemahan

“Bahawa Utsman bin Affan radhiyallahu anhu pernah menjenguk Abdullah (bin Mas’ud) ketika ia menderita sakit, lalu Utsman bin ‘Affan bertanya: “Apa yang kau rasakan?” Abdullah berkata,”Dosa-dosaku.” Utsman bertanya: ”Apa yang engkau inginkan?” Abdullah menjawab: ”Rahmat Tuhanku.” Utsman berkata: ”Apakah aku datangkan tabib untukmu.”. Abdullah menjawab: ”Tabib membuatku sakit.” Utsman berkata: ”Apakah aku datangkan kepadamu pemberian (harta) ?” Abdullah menjawab: ”Aku tidak memerlukannya.” Utsman berkata: ”(Mungkin) harta itu engkau berikan kepada isteri dan anak-anakmu (sepeninggalmu).” Abdullah menjawab: ”Sesungguhnya aku telah mengajarkan kepada keluargaku suatu (bacaan) yang apabila mereka membacanya nescaya mereka tidak akan mengalami kemiskinan. Aku pernah mendengar Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda: ”Barangsiapa yang membaca surat al-Waqi’ah pada setiap malam maka dirinya tidak akan ditimpa kemiskinan (selama-lamanya).”

Takhrij

HR. Al-Baihaqi dalam Syubul Iman 2/976 dari Ibnu Mas'ud ra. Didhaifkan oleh Imam Baihaqi.

Didhaifkan oleh al-Zailaie dalam Takhrij al-Kasyaf 3/411.




Matan hadith

من قرأ سورة الواقعة كل ليلة لم تصبه فاقة أبدا، ومن قرأ كل ليلة {لا أقسم بيوم القيامة} لقي الله يوم القيامة ووجهه في صورة القمر ليلة البدر

Terjemahan

“Barangsiapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan ditimpa kemiskinan selamanya. Dan barangsiapa setiap malam membaca Surat Al-Qiyamah, maka dia akan berjumpa dengan Allah pada hari Kiamat sedangkan wajahnya bersinar layaknya rembulan di malam purnama.”

Takhrij

HR. ad-Dailami dari Ibnu Abbas ra, sepertimana disebutkan oleh Ibnu ‘Iraqi di dalam Tanzih asy-Syari’ah al-Marfu’ah ‘an al-Akhbar asy-Syani’ah al-Maudhu’ah 1/301, dan Imam As-Suyuthi dalam Dzailul Ahadits al-Maudhu’ah no. 177.

Syeikh al-Albani menilai hadith ini palsu dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 290.






Matan hadith

من قرأ سورة الواقعة وتعلمها لم يكتب من الغافلين ، ولم يفتقر هو وأهل بيته

Terjemahan

“Barangsiapa membaca surat Al-Waqi’ah dan mempelajari (tafsir)nya, maka ia tidak dicatat (oleh Allah) termasuk orang-orang yang lalai, dan ia sekeluarga tidak akan mengalami kemiskinan.”

Takhrij

HN. As-Suyuthi di dalam Dzail Al-Ahadits Al-Maudhu’ah no. 277 dari Anas bin Malik ra.

Imam as-Syaukani menilai sanad hadith ini palsu dalam Fawaid Majmu'ah no. 311.

Ini kerana di dalam sanadnya terdapat seorang perawi yang bernama Abdul Quddus bin Habib, ia pernah memalsukan hadith. Ibnu Hibban rahimahullah berkata tentangnya: “Dia pernah memalsukan hadith dengan mengatasnamakan para perawi yang tsiqah (terpercaya). Oleh karenanya, TIDAK BOLEH mencatat dan meriwayatkan hadith darinya.” (al-Majruhin I2/131).

Imam Az-Zahabi menyebutkan perkataan Abdur-Razzaq tentangnya: “Aku tidak pernah melihat (Abdullah) bin Al-Mubarak memberikan penilaian Kazzaab (seorang pendusta) dengan jelas kecuali kepada Abdul Quddus (bin Habib).” (Mizan Al-I’tidal 2/643 no.5156).

Syeikh al-Albani menilai hadith ini maudhu' (palsu) dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 291.





Matan hadith

سُوْرَةُ الْواقِعَةِ سُوْرَةُ الْغِنَى فَاقْرَؤُوْهَا وَعَلَّمُوْهَا أَوْلَادَكُمْ

Terjemahan

“Surah al-Waqiah adalah surah ‘kekayaan’. Maka bacalah surah al-Waqiah dan ajarkanlah kepada anak-anak kalian”.

Takhrij

HR. Ad-Dailami dalam Musnadnya 3/10, al-Baihaqi dalam Syuabul Iman 2/491, Ibnu Murdawaih dari Anas bin Malik ra, sepertimana di sebutkan dalam Tafsir Munir 27/239.

Dhaif (Khasyaful Khafa' 1/523).

Didhaifkan oleh Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 5668.

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...