Tuesday, 17 March 2020

Kisah doa Rasulullah saw kepada Abu Dzar ra




Matan hadith


كُنْ أبا ذَرٍّ، فلمّا تأمَّلَهُ القومُ، قالوا: يا رسولَ اللهِ، واللهِ، هو أبو ذَرٍّ، فقال رسولُ اللهِ ﷺ: رَحِم اللهُ أبا ذَرٍّ؛ يمشي وَحْدَه، ويموتُ وَحْدَه، ويُبعَثُ وَحْدَه.


Terjemahan

......Wahai Rasulullah, ada orang berjalan kaki seorang diri.’ Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, ‘Semoga ia Abu Dzar.’ Setelah orang-orang mencuba mengamatinya dari kejauhan, mereka berkata, ‘Wahai Rasulullah, demi Allah, ia adalah Abu Dzar’ Lantas Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam mengucapkan, ‘Semoga Allah merahmati Abu Dzar, ia berjalan kaki seorang diri, mati seorang diri, dan dibangkitkan seorang diri’.”


Takhrij

HN. Ibnu Katsir dalam Bidayah wan Nihayah 5/8, daripada Ibnu Mas'ud ra. Sanadnya dihasankan oleh Ibnu Katsir.

Ibnu Hajar dalam al-Isabah 4/64, melemahkan sanad hadith ini.

Syeikh al-Arnauth juga melemahkan sanad hadith ini dalam Takhrij Siyar 'Alam an-Nubala 2/56, dan beliau menambah dalam Takhrij Zaadul Maad 3/467, bahawasanya terdapat perawi yang lemah (tidak kuat), Buraidah bin Sufyan al-Aslami.

Didhaifkan oleh penyelidik dalam Fatwa Soaljawab Islam no. 148989, kerana Buraidah menurut An-Nasaie: dia tidak kuat, Imma Bukhari: dia perlu diteliti, Daruqutni: dia matruk (Tahdzibut Tahdzib 1/433).



No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...