Tuesday, 28 April 2020

38 hadith-hadith beredar dalam masyarakat berkenaan bulan Ramadhan





1
Puasa mengukuhkan Islam

Matan hadith

بني الإسلام على خمس : شهادة أن لا إله إلا الله وأن محمدا رسول الله ، وإقام الصلاة ، وإيتاء الزكاة ، والحج ، وصوم رمضان

Terjemahan
Islam dibangun di atas lima perkara; Bersaksi bahwa tiada ilah selain Allah dan bahwa nabi Muhammad utusan Allah, menegakkan solat, menunaikan zakat, melaksanakan haji dan puasa Ramadhan.

Takhrij
HR. Bukhari no. 8 dan Muslim no. 16 daripada Ibnu Umar ra. Sahih ijma’.

2
Puasa Ramadhan menghapuskan segala dosa yang lalu

Matan hadith

من صام رمضان إيمانا واحتسابا ، غفر له ما تقدم من ذنبه
            
Terjemahan
Siapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan kerana iman dan mengharapkan redhaNya, akan diampuni segala dosa yang lalu.

Takhrij
HR. Bukhari no. 2014 dan Muslim no. 760 daripada Abu Hurairah ra. Sahih ijma’.

Dosa tersebut tidak termasuk dosa besar

الصلوات الخمس . والجمعة إلى الجمعة . ورمضان إلى رمضان . مكفرات ما بينهن . إذا اجتنب الكبائر

Solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat, Ramdhan ke Ramadhan menghapuskan dosa di antara keduanya apabila dosa besar dijauhi (HR. Muslim no. 233, daripada Abu Hurairah ra)

3
Apabila tiba Ramadhan dibuka pintu syurga, ditutup pintu neraka dan dibelenggu syaitan

Matan hadith

إِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ وَصُفِّدَتْ الشَّيَاطِينُ

Terjemahan
Jika telah datang bulan Ramadhan maka pintu-pintu syurga akan dibuka, pintu-pintu neraka akan ditutup dan syaitan-syaitan akan dibelenggu dengan rantai.

Takhrij
HR. Bukhari no. 3277 dan Muslim no. 1079 daripada Abu Hurairah ra. Sahih ijma’.




4
Orang berpuasa dijauhkan dari neraka selama 70 tahun

Matan hadith

لا يصوم عبد يوما في سبيل الله إلا باعد ذلك اليوم النار عن وجهه سبعين خريفا

Terjemahan
Tiadalah berpuasa seorang hamba satu hari pada jalan Allah, melainkan Allah akan jauhkan dirinya dari api neraka selama 70 tahun.

Takhrij
HR. Tirmidzi no. 1623, daripada Abi Sa’id al-Khudry ra. Disahihkan Syeikh al-Albani.

5
Orang berpuasa mendapat syafaat dari puasa dan al-Quran

Matan hadith

الصيام والقرآن يشفعان للعبد يوم القيامة يقول الصيام أي رب منعته الطعام والشهوات بالنهار فشفعني فيه ويقول القرآن منعته النوم بالليل فشفعني فيه قال فيشفعان

Terjemahan
Puasa dan al-Qur:an akan memberi syafaat pada seorang hamba di Hari Kiamat. Puasa berkata," duhai Tuhan, kerana aku dia menahan makan dan syahwatnya di siang hari, maka izinlah daku untuk memberi syafaat kepadanya". Berkata pula al-Quran, "akulah yg menyebabkan dia tidak tidur di malam hari, maka izinlah daku untuk memberi syafaat untuknya". Maka syafaat keduanya diluluskan.

Takhrij
HR. Ahmad no. 6626 dan hakim no. 2036, daripada Abdullah bin ‘Amru ra. Sanadnya sahih menurut Ahmad Syakir. Disahihkan oleh Syeikh al-Albani dalam Sahih Jami’3882

6
Puasa menjadi perisai dalam kehidupan harian

Matan hadith

                الصيام جنة ، فلا يرفث ولا يجهل ، وإن امرؤ قاتله أو شاتمه ، فليقل إني صائم – مرتين

Terjemahan
Puasa adalah perisai, maka janganlah dia berkata kotor dan cacimaki. Jika dia dicabar untuk bergaduh atau dicaci, ucapkan "aku sedang berpuasa”, dua kali.

Takhrij
HR. Bukhari no. 1894 dan Muslim no. 1151 daripada Abu Hurairah ra. Sahih ijma’.



7
Puasa dapat menyihatkan badan

Matan hadith

صوموا تصحوا

Terjemahan
Berpuasalah kamu, niscaya kamu akan sihat.

Takhrij
HR. Thabarani dalam al-Awsath 2/225, daripada Ali bin Abi Thalib ra. Didhaifkan al-Iraqi dalam Takhrij Ihya’ 3/108 dan Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 253. As-Saghani menilai hadith ini palsu dalam al-Madhuatnya no. 51.

Manakala dari jalur Abu Hurairah ra pula:

اغزوا تغنموا وصوموا تصحوا وسافروا تستغنوا

Berperanglah kamu, nescaya kamu mendapat ghanimah, berpuasalah, niscaya kamu akan sihat dan kembaralah, nescaya kamu akan kaya HR. Thabarani dalam Mu’jam al-Awsath no. 8312).

Hadith ini sanadnya dinilai sangat lemah oleh Syeikh al-Arnauth dalam Takhrij Musnad 14/508 dan hadith ini dinilai mungkar oleh Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 5188.

Akan tetapi ada ulama yang menilai hasan hadith ini, antaranya al-Haitami al-Makki dalam al-Zawajir 1/197.

Memang terdapat kajian ilmiah bahawa puasa itu dapat menyihatkan tubuh, makna dari hadith dhaif ini benar, namun tetap yang dilarang di sini adalah penyandarannya kepada Nabi shallallahu’alaihi wa sallam.

8
Berbuka dengan rutab, tamar, air

Matan hadith

كان النبي صلى الله عليه وسلم يفطر قبل أن يصلي على رطبات ، فإن لم تكن رطبات فتميرات ، فإن لم تكن تميرات ، حسا حسوات من ماء

Terjemahan
Nabi saw berbuka dengan kurma rutab (kurma segar) sebelum solat. Jika tidak ada, dengan kurma kering, kalau tidak ada mencukupi dgn beberapa teguk air.

Takhrij
HR. Abu Daud no. 2356, Tirmidzi no. 696, daripada Anas bin Malik ra. Dihasankan oleh Ibnu Hajar al-Asqalani dalam Takhrij Misykatul Masabih 2/322. Juga disahihkan Syeikh al-Albani.






9
Jibril tadarrus bersama Nabi saw sepanjang Ramadhan

Matan hadith

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْوَدَ النَّاسِ وَكَانَ أَجْوَدُ مَا يَكُونُ فِي رَمَضَانَ حِينَ يَلْقَاهُ جِبْرِيلُ وَكَانَ يَلْقَاهُ فِي كُلِّ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانَ فَيُدَارِسُهُ الْقُرْآنَ فَلَرَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْوَدُ بِالْخَيْرِ مِنْ الرِّيحِ الْمُرْسَلَةِ

Terjemahan
Dari Ibnu Abbas berkata, “Rasulullah saw adalah manusia yang paling lembut terutama pada bulan Ramadhan ketika malaikat Jibril As menemuinya, dan adalah Jibril mendatanginya setiap malam di bulan Ramadhan, dimana Jibril mengajarkannya Al-Quran. Sungguh Rasulullah saw orang yang paling lembut daripada angin yang berhembus.

Takhrij
HR. Bukhari no. 6, daripada Ibnu Abbas ra. Sahih ijma.

10
Orang berpuasa memasuki syurga melalui pintu ar-Rayyan

Matan hadith

إن في الجنة بابا يقال له الريان ، يدخل منه الصائمون يوم القيامة ، لا يدخل منه أحد غيرهم ، يقال أين الصائمون ، فيقومون لا يدخل منه أحد غيرهم ، فإذا دخلوا أغلق ، فلن يدخل منه أحد .
Terjemahan
Sesungguhnya dalam syurga itu ada sebuah pintu bernama "ar-Rayyan" (Pintu penghilang Dahaga). Masuklah kelak orang berpuasa melaluinya, hanya mereka sahaja yang boleh memasukinya. Maka akan diseru, "di manakah segala orang yang berpuasa?" Bila semua sudah masuk, maka pintu pun ditutup.
Takhrij
HR. Bukhari no. 1896, daripada Sahl bin Sa’id ra. Sahih ijma.

11
Puasa menjadi benteng neraka

Matan hadith

قال ربكم : الصوم جنة من النار ، ولي الصوم وأنا أجزي به يدع شهوته وطعامه وشرابه من أجلي لخلوف فم الصائم أطيب عند الله من ريح المسك
.
Terjemahan
Allah berfirman, "Puasa adalah benteng neraka. Puasa itu untukKu dan Aku akan membalasnya sendiri lantaran dia telah meninggalkan syahwat, makan dan minum keranaKu. Sesungguhnya bau mulut orang berpuasa itu lebih harum dari bau kasturi di sisi Allah.

Takhrij
HR. Thabarani dan Baghawi sepertimana di sebutkan Syeikh Zakariya ‘Umairat dalam Ahadith Qudsiyah Sahihah hal. 62, sahih lighairih.

Penguat:

يقول الله عز وجل : الصوم لي وأنا أجزي به ، يدع شهوته وأكله وشربه من أجلي ، والصوم جنة

Firman Allah: " Puasa itu untukKu, dan Akulah yang akan membalasNya kerana dia meninggalkan syahwat, makan dan minumnya keranaKu; Puasa itu benteng." (HR Bukhari no. 7492, daripada Abu Hurairah. ra)

12
Segeralah berbuka

Matan hadith

لا يزال الناس بخير ما عجلوا الفطر

Terjemahan
Manusia sentiasa dalam kebaikan selama mereka segera berbuka

Takhrij
HR. Bukhari no. 1957 dan Muslim no. 1098, daripada Sahl bin Sa’id ra. Sahih ijma.

Manakala hadith yang sama dari sanad Abu Dzarr dan Abu Hurairah ra. maka ia dhaif.

-          لا تزال أمتي بخير ما أخروا السحور وعجلوا الفطور
Akan sentiasa ummatku berada dalam kebaikan selagi mereka mengakhirkan (makan) sahur dan menyegerakan berbuka (HR. Ahmad, didhaifkan As-Syaikani dalam al-Dirari al-Mudhiyah no. 175)

-          قال الله إن أحب عبادى إلى أعجلهم فطرا
Allah Allah S.W.T berfirman :"Sesungguhnya hamba-hambaKu yg amat Ku cintai ialah yg segera berbuka." (HR. Ahmad no. 7240, Tirmidzi no. 700, Ibn Hibban no. 3507, al-Baihaqi no. 7909, Abu Ya`laa no. 5974 dan al-Thabrani awsath no. 149, didhaifkan Syeikh al-Albani dalam Dhaif Tirmidzi dan Ahmad Syakir dalam Taáliq Musnad 12/232).

13
Orang berpuasa mendapat dua kegembiraan

Matan hadith

للصائم فرحتان يفرحهما : إذا أفطر فرح ، وإذا لقي ربه فرح بصومه

Terjemahan
Orang berpuasa itu ada dua kegembiraan: ketika berbuka dan ketika bertemu Tuhannya (kelak).

Takhrij
HR. Bukhari no. 1904 dan Muslim no. 1151 daripada Abu Hurairah ra. Sahih ijma’.

14
Orang berpuasa mendapat 5 ganjaran besar

Matan hadith

أعطيت أمتي في شهر رمضان خمسا لم يعطهن نبي قبلي أما واحدة ؛ فإنه إذا كان أول ليلة من شهر رمضان ينظر الله عز وجل إليهم ، ومن نظر الله إليه لم يعذبه أبدا . وأما الثانية ؛ فإن خلوف أفواههم حين يمسون أطيب عند الله من ريح المسك . وأما الثالثة ؛ فإن الملائكة تستغفر لهم في كل يوم وليلة وأما الرابعة فإن الله عز وجل يأمر جنته فيقول لها : استعدي وتزيني لعبادي ، أوشك أن يستريحوا من تعب الدنيا إلى داري وكرامتي . وأما الخامسة ؛ فإنه إذا كان آخر ليلة غفر الله لهم جميعا فقال رجل من القوم : أهي ليلة القدر ؟ فقال : لا ، ألم تر إلى العمال يعملون ، فإذا فرغوا من أعمالهم وفوا أجورهم

Terjemahan
Telah dikurniakan kepada ummatku di bulan Ramadhan yang belum pernah diberikan kepada Nabi sebelumku:

1. di awal Ramadhan, Allah memerhatikan ummatku, sesiapa yang masuk dalam perhatianNya, tidak akan diazab untuk selama-lamanya.

2. Bau mulut orang berpuasa lebih wangi dari bau kasturi

3. Para Malaikat memohon keampunan untuk mereka siang dan malam

4. Allah memerintahkan syurga supaya mempersiapkan diri dengan sebaik mungkin menunggu kedatangan mereka

5. di akhir malam Ramadhan, Allah mengampuni semua dosa mereka

Seorang bertanya," apakah itu malam laylatul Qadr?" Sabda baginda," bukankah engkau pernah melihat buruh yg telah bekerja, apabila mereka selesai melaksanakan pekerjaan mereka nescaya mereka akan diupah dgn sempurna?

Takhrij
HR. Baihaqi dalam Syuabul Iman no. 3603, daripada Jabir bin Abdillah ra. Didhaifkan oleh Syeikh al-Albani dalam Silsilah hadith Dhaif no. 5081.

15
Malaikat berselawat ke atas orang bersahur

Matan hadith

السَّحورُ أُكْلةُ بَرَكةٍ، فلا تَدَعوه، ولو أنْ يَجرَعَ أَحَدُكم جُرْعةً من ماءٍ؛ فإنَّ اللهَ وملائكتَه يُصلُّونَ على المُتَسَحِّرينَ

Terjemahan
Makan sahur itu berkat, sebab itu janganlah kamu abaikan walaupun dengan seteguk air; kerana Allah dan MalaikatNya berselawat atas orang yngg bersahur.

Takhrij
HR. Ahmad no. 11396, Thabarani dalam al-Awsath no. 8063, Ibni abi Syaibah no. 9013, daripada Abi Sa’id al-Khudry ra. Disahihkan oleh Syeikh al-Arnauth. Dihasankan oleh Syeikh al-Albani dalam  Sahih Jami’no. 3683.

Penguat:

تسحروا ، فإن في السحور بركة
Makan sahurlah, kerana makan sahur itu berkat (HR. Bukhari no. 1923, daripada Anas bin Malik ra)

16
Orang berpuasa masuk syurga

Matan hadith

ن أبي أمامة قال : قلت : يا رسول الله دلني على عمل قال : عليك بالصوم فإنه لا عدل له

Terjemahan
Abu Umamah bertanya Nabi :saw, tentang apakah amal yngg dapat membawa ke syurga, Sabda baginda, "Puasalah, kerana tiada yg setanding dengnnya

Takhrij
HR. Ahmad no. 22149 dan Nasaie no. 2223. Disahihkan oleh Syeikh al-Arnauth dan Syeikh al-Albani.

17
Mengalu-alukan kedatangan Ramadhan

Matan hadith

أتاكم رمضان سيد الشهر فمرحبابه وأهلا جاء شهر الصيام بالبركات فأكرمم به من زائر هوات

Terjemahan
Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, penghulu segala bulan. Maka ucapkan selamat datang kepadanya."Telah datang bulan puasa yang membawa segala keberkatan," maka alangkah mulianya tetamu yngg datang itu

Takhrij
Kalam ini adalah kepunyaan Ibnu Rejab al-Hanbali dalam Lathaif Maárif hal. 174

Hadith semakna lain

و يعلم الناس ما في هذا الشهر من الخيرات لتمنوا ان يكون رمضان السنة كلها

Jika manusia (umat Islam) tahu akan kelebihan yang ada bulan ini, maka tentulah mereka impikan Ramadhan sepanjang tahun (HR. Ibnu Khuzaimah no. 1886, daripada Ibnu Mas’ud ra).

Hadith juga diriwayatkan oleh Abu Ya’la dalam Musnadnya no. 5273, at-Thabarani no. 967, Biahaqi dalam Syuabul Iman no. 3634.
Ibnu Jauzi berkata hadith ini palsu dalam Maudhuat 2/188-189 kerana perawi Jarir bin Ayyub al-Bajali adalah pendusta dan matruk dan mungkarul hadith (al-Majruhin 1/220, al-Kamil 2/133, Lisanul Mizan 2/101, Mizanul I’tidal 1/399).

Hadith ini juga dinilai palsu oleh As-Suyuthi dalam Al-Aala’I al-Mashnu’ah fi Ahadits al-Maudhu’ah 2/84 dan as-Syaukani dalam Al-Fawaid al-majmu’ah fi Al-Ahadits al-Maudhu’ah hal. 88.

18
Ramadhan penghapus dosa-dosa lampau

Matan hadith

من صام رمضان ، وعرف حدوده ، وتحفظ ما ينبغي له أن يتحفظ ؛ كفر ما قبله

Terjemahan
Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan dengan mematuhi garis panduan dan menjaga batasannya, maka dia terjaga dan ditutup dosa-dosa lampaunya.

Takhrij
HR. Ahmad no. 11524, daripada Abi Sa’id al-Khudry ra. Sanadnya dihasankan oleh al-Mundziri dalam al-Targhib 2/112. Syeikh al-Arnauth menghasankan hadith ini dalam Takhrij Musnad dan mendhaifkkannya dalam Taáliq Sahih Ibnu Hibban no. 3433. Manakala Syeikh al-Albani mendhaifkannya dalam Dhaif Targhib no. 584.



19
Puasa melatih sifat sabar

Matan hadith

الصوم نصف الصبر
Terjemahan
Puasa adalah sebahagian dari kesabaran

Takhrij
HR. Tirmidzi no. 3519, Darimi no. 659, daripada lelaki dari bani Sulaim. Dihasankan oleh Imam Tirmidzi. Dan didhaifkan oleh Syeikh al-Albani.

Akan tetapi fiqhnya benar. Puasa memang melatih seseorang itu akan sifat sabar.

صومُ شهرِ الصبرِ وثلاثةِ أيامٍ من كلٍّ شهرٍ يُذهبنَ وَحَرَ الصَّدرِ

Puasa, bulan sabar dan (puasa) tiga hari dalam sebulan dapat melenyapkan kedengkian dalam dada (HR. Bukhari dalam Tarikh al-Kabir 7/239, disahihkan oleh Syeikh al-Albani dalam Sahih Jami’no. 3804).

20
Mulut orang berpuasa berbau kasturi

Matan hadith

والَّذي نفسُ محمَّدٍ بيدِهِ لخَلوفُ فمِ الصّائمِ أطيبُ عندَ اللَّهِ من ريحِ المسكِ

Terjemahan
Demi Zat yang diriku dalam genggamannya, bau mulut orang berpuasa itu lebih harum dari bau wangian misk (kasturi)

Takhrij
HR. Bukhari no. 1904, daripada Abu Hurairah ra.  Sahih ijma’.

Pendapat yang rajih ialah apa yngg diamalkan oleh Imam Bukhari; yakni sunnah bersugi sepanjang hari di bulan Ramadhan, bau mulut orang berpuasa itu adalah bau maknawi, di sisi Allah jika dia banyak berzikir, membaca al-Quran dan berdakwah di bulan Ramadhan. Maka pendapat yang memakruhkan bersugi sebelah petang itu adalah pendapat yg lemah.

21
Dapat 700 kali ganda pahala kebajikan

Matan hadith

كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ يُضَاعَفُ الْحَسَنَةُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا إِلَى سَبْعمِائَة ضِعْفٍ ، قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ : " إِلَّا الصَّوْمَ فَإِنَّهُ لِي ، وَأَنَا أَجْزِي بِهِ

Terjemahan
Setiap amalan anak cucu Adam akan dilipat gandakan pahalanya dengan 10-700 kali ganda. Allah SWT berfirman ," kecuali puasa, sesungguhnya puasa untukKu dan Aku yang (layak) memberi pembalasan kepadanya

Takhrij
HR. Muslim no. 1151, daripada Abu Hurairah ra. Sahih Ijma’.


22
Bergembira masuknya Ramadhan

Matan hadith

مَنْ فَرِحَ بِدُخُوْلِ رَمَضَانَ حَرَّمَ اللهُ جَسَدَهُ عَلَى النِّيْرَانِ 
إذا كان أول ليلة من رمضان يقول تعالى مَنْ ذَا الَّذِيْ يحبنا ونحبه , ومَنْ ذَا الَّذِيْ يَطْلُبُنَا
فنطلبه , و مَنْ ذَا الَّذِيْ يستغفرنا فنغفر له بحرمة رمضان , فيأمر الله الكرام الكاتبين في شهر رمضان أن يكتبوا لهم الحسنات ولا يكتبوا عليهم السيئات ويمحو الله ذنوبهم الماضية.


Terjemahan
Barangsiapa yang bergembira dengan kedatangan bulan Ramadhan nescaya Allah mengharamkan jasadnya dari neraka

Jika telah masuk hari pertama dari Bulan Ramadhan, Allah Ta’ala berfirman: “Siapakah yang mencintai kami maka kamu akan mencintainya, dan siapakah yang mencari kami maka kami akan mencarinya, dan barangsiapa yang memohon ampun kepada kami maka kami akan mengampuninya dengan kehormatan kedudukan Bulan Ramadhan. Maka Allah pun memerintahkan kepada para Malaikat pencatat amal (al-Kiram al-Katibiin) dalam Bulan Ramadhan untuk menuliskan kebaikan-kebaikan mereka dan tidak mencatat keburukan/dosa-dosa mereka dan Allah menghapus dosa-dosa mereka yang telah lalu

Takhrij
HN. Syeikh Utsman Khubawiy dalam Durratun Nasihin hal. 7, tanpa sanad.

Dengan demikian hadith tersebut tidak bersanad dan tidak lepas tapisan kesahihan tahap pertama. Kesimpulannya adalah ungkapan yang dianggap sebagai hadith Nabi ini berstatus la ashla lahu atau maudhu’ (palsu).

23
Syurga merindukan empat orang

Matan hadith

الجنة مشتاقة إلى أربعة نفر : تالى القرآن و حافظ اللسان ومطعم الجيعان والصائمين في شهر رمضان

Terjemahan
Syurga merindukan empat orang; Orang yang selalu membaca al-Quran, Orang yang menjaga lisannya, orang yang memberi makan orang lain yang kelaparan dan orang-orang yang berpuasa di bulan Ramadhan

Takhrij
HN. Syeikh Utsman Khubawiy dalam Durratun Nasihin hal. 7, tanpa sanad. Dan juga ditemukan dalam kitab hadith Syiah Mustadrak al-Wasail no. 8254.

Dengan demikian hadith tersebut tidak bersanad dan tidak lepas tapisan kesahihan tahap pertama. Kesimpulannya adalah ungkapan yang dianggap sebagai hadith Nabi ini berstatus la ashla lahu atau maudhu’ (palsu).

Hadith palsu Durar Saniyyah no. 665



24
Makhluk berteriak  bila masuk bulan Ramadhan

Matan hadith

إذا هل هلال رمضان صاح العرش والكرسي والملائكة وما دونهم

Terjemahan
Apabila hilal Bulan Ramadhan mulai terbit, maka ‘Arsy, Kursi dan para Malaikat serta makhluk yang ada di alam bawahnya akan berteriak…..

Takhrij
HN. Syeikh Utsman Khubawiy dalam Durratun Nasihin hal. 8, tanpa sanad.

Dengan demikian hadith tersebut tidak bersanad dan tidak lepas tapisan kesahihan tahap pertama. Kesimpulannya adalah ungkapan yang dianggap sebagai hadith Nabi ini berstatus la ashla lahu atau maudhu’ (palsu).

25
Qiyam Ramadhan dan mengharapkan keredhaan Allah swt

Matan hadith

مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

Terjemahan
Barangsiapa yang qiyam (malam) Ramadhan kerana iman dan mengharapkan keredhaan Allah nescaya diampuni dosanya yang lampau

Takhrij
HR. Bukhari no. 37 dan Muslim no. 759 daripada Abu Hurairah ra. Sahih ijma’.

Adapun tambahan kalimah dari Sahih Ibnu Khuzaimah dari Abdurrahman bin Auf ra dinilai thabit dari segi maknanya kerana semakna dengan hadith sahih Bukhari di atas.

إن الله فرض صيام رمضان ، وسننت لكم قيامه ، فمن صامه وقامه إيمانا واحتسابا خرج من ذنوبه كيوم ولدته أمه

Sesungguhnya Allah memfardhukan puasa Ramadhan dan aku sunnahkan solat qiyam pada malamnya. Barangsiapa puasa (di siang hari) dan qiyam (di malamnya) kerana iman dan mengharapkan pahala, kelak akan bersih dari dosa-dosanya seperti bayi yang baru dilahirkan ibunya (HR. Ibnu Khuzaimah dalam Mukhtashar Al-Mukhtashar  no. 2201, didhaifkan al-Mizzi dan Musthafa Ahdzami. Syeikh Ahmad Syakir menilai sanad hadith ini sahih dalam Musnad Ahmad 3/128.

26
Solat tarawih 8 rakaat

Matan hadith

مَا كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَزِيدُ فِي رَمَضَانَ وَلَا فِي غَيْرِهِ عَلَى إِحْدَى عَشْرَةَ رَكْعَةً

Terjemahan
Tidaklah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam melaksanakan solat malam di bulan Ramadhan dan di bulan-bulan lainnya lebih dari sebelas rakaat.
                                                             
Takhrij
HR. Nukhari no. 1147, daripada Aisyah ra.

Adapun hadith dibawah, ia diperselisihkan kesahihannya:-

صلّى بنا رسولُ اللهِ صلّى اللهُ عليه وسلَّم في شهرِ رمضانَ ثمانَ ركعاتٍ وأوتَر

Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam solat bersama kami di bulan Ramadhan sebanyak lapan rakaat lalu beliau berwitir (HR. Ibnu Hibban no. 2409, Ibnu Khizaimah no. 1070, Thabarani dalam al-Awsath  no. 3733 daripada Jabir ra.)

Syeikh al-Arnauth mendaifkan sanadnya. Al-Mubarakfuri dalam Tuhfat al-Ahwadzi 3/231, berkata sanad hadith ini tidak sempurna tetapi ia mempunyai penyokong. Syeikh al-Albani dalam Solat tarawih 1/16-18 berkata sanadnya hasan lighairih.

27
Allah membanggakan hambaNya ketika bulan Ramadhan tiba


Matan hadith

اتاكم رمضان شهر بركة , يغشاكم الله فيه فينزل الرحمة ويحط الخطايا ويستجيب فيه الدعاء ينظر الله تعالى الى تنافسكم فيه ويباهي بكم ملائكته فأروا الله من أنفسكم خيرا فإن الشقي من حرم فيه رحمة الله عز وجل

Terjemahan
Telah datang pada kalian Ramdhan bulan berkah , di bulan ini Allah mencurahkan Rahmat dan menghapus kesalahan dan mengabulkan doa , Allah swt memandang pada berlomba-lomba kalian Dalam amal baik di bulan ramadhan dan membangga-bangakan kalian pada malaikatnya maka Allah memperlihatkan kebaikan dari diri kalian , karena sesungguhnya orang yang celaka adalah orang yang terhalang tidak mendapatkan Rahmat Allah Azza wajalla

Takhrij
HR. Thabarani seperti disebutkan di dalam al-Targhib wa at-Tarhib al- Mundziri 2/60 daripada ‘Ubadah bin Shamit ra. Dihaifkan oleh al-Mundziri. Syeikh al-Albani menilai hadith ini palsu dalam Dhaif targhib no. 592.

28
Afdhal sedekah semasa Ramadhan

Matan hadith

وأفضلُ الصدقةِ صدقةٌ في رمضانَ

Terjemahan
Sedekah yang paling utama adalah Sedekah di bulan Ramadhan.

Takhrij
HR. Tirmidzi no. 663, al-Bazzar no. 6890, daripada Anas ra. Didhaifkan majoriti ahli hadith. Syeikh al-Albani menilai hadith ini juga dhaif dalam Dhaif Jami’no. 1019.

29
Ganjaran orang memberi makan orang berbuka puasa

Matan hadith

إنَّ في الجنَّةِ غُرفًا تُرى ظُهورُها من بطونِها وبطونُها من ظُهورِها، فقامَ أعرابيٌّ فقالَ: لمن هيَ يا رسولَ اللَّهِ؟ فقالَ: لمن أطابَ الكلامَ، وأطعمَ الطَّعامَ، وأدامَ الصِّيامَ، وصلّى باللَّيلِ والنّاسُ نيامٌ

Terjemahan
Sesungguhnya di syurga ada kamar luarnya dapat dilihat dari dalam , dan dalamnya dapat dilihat dari luar , sahabat bertanya : buat siapa ya Rasulullah ? Rasulullah menjawab , buat orang yang memperbaiki perkataan dan memberikan makanan dan selalu berpuasa dan solat di malam hari saat orang pada tidur.

Takhrij

HR. Tirmidzi no. 1983, daripada Aku bin abi Thalib ra. Imam Tirmidzi menilai hadith ini gharib. Syeikh al-Albani menilai hadith ini hasan.

30
Bacaan setelah solat witir

Matan hadith

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقْرَأُ فِي الْوِتْرِ بِسَبِّحْ اسْمَ رَبِّكَ الْأَعْلَى وَفِي الرَّكْعَةِ الثَّانِيَةِ بِقُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ وَفِي الثَّالِثَةِ بِقُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ فَإِذَا سَلَّمَ قَالَ سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ

Terjemahan
Adalah Rasulullah membaca dalam solat Witir dengan (surah Al-A’la), pada rakaat kedua membaca: (surah Al-Kaafirun), dan pada rakaat ketiga dengan membaca: (surah al-Ikhlas). Apabila beliau sudah salam, beliau membaca: (Subhanal Malikil Quddus) sebanyak tiga kali.

Takhrij
HR. Abu Daud no. 1430, Al-Nasaie no. 1701, Ibnu Majah no. 1171, Daripada Ubai bin Ka’ab ra. Disahihkan oleh Ibnu Daqiq al-Ied dalam al-Imam bi Ahadith al-Ahkam 1/229 dan Syeikh al-Albani.

Tambahan kalimah Rabbul Malaikati Warruh.

Dari Ubay bin Ka’ab, ia berkata,

فَإِذَا سَلَّمَ قَالَ :« سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ ». ثَلاَثَ مَرَّاتٍ يَمُدُّ بِهَا صَوْتَهُ فِى الآخِرَةِ يَقُولُ :« رَبِّ الْمَلاَئِكَةِ وَالرُّوحِ »

“Jika Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam mengucapkan salam, beliau mengucapkan, ‘Subhaanal malikil qudduus’ sebanyak tiga kali dan di suara ketiga, beliau memanjangkan suaranya. Lalu beliau mengucapkan, ‘Rabbil malaikati war ruuh.’ ” (HR. Baihaqi dalam Sunan Kubra 3/40 dan Daruquthni 4/371. Tambahan ‘rabbil malaikati war ruuh’ adalah tambahan maqbulah yang diterima).

Dari Ali bin Abi Thalib Radhiyallahu 'Anhu, bahawasanya Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam membaca di akhir witirnya,

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِرِضَاكَ مِنْ سُخْطِكَ وَبِمُعَافَاتِكَ مِنْ عُقُوبَتِكَ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْكَ لَا أُحْصِي ثَنَاءً عَلَيْكَ أَنْتَ كَمَا أَثْنَيْتَ عَلَى نَفْسِكَ

“Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dengan keridhaanMu dari kemurkaanMu, dengan maafMu dari siksaMu, dan aku berlindung denganMu dariMu. Aku tidak mampu menghitung pujian kepadaMu sebagaimana Engkau telah memuji diriMu sendiri” (HR. Abu Daud no. 1427, al-Nasaie no. 1747, dan Ahmad no. 1294, Tirmidzi no. 3566, Ibnu Majah no. 1179. Disahihkan oleh Ibnu Hajar al-Asqalani dalam Nataij al-Afkar 3/25).



31
Tidurnya orang berpuasa itu ibadah

Matan hadith

نَوْمُ الصَّائِمِ عِبَادَةٌ ، وَصُمْتُهُ تَسْبِيْحٌ ، وَدُعَاؤُهُ مُسْتَجَابٌ ، وَعَمَلُهُ مُضَاعَفٌ

Terjemahan
Tidurnya orang yang berpuasa adalah ibadah, diamnya adalah tasbih, doanya dikabulkan, dan amalannya pun akan dilipatgandakan pahalanya.

Takhrij
HR. Baihaqi dalam Syuabul Iman 3/1437, daripada Abdullah bin Abi Aufa ra.

Didhaifkan oleh al-Iraqi dalam Takhrij Ihya’1/310, as-Suyuthi dalam Jamius Saghir no. 9274 dan Syeikh al-Albani dalam Dhaif Jami’no. 5976.

Manakala hadith serupa dari jalan Ibnu Umar ra. juga dhaif (Jamius Saghir no. 5066, Silsilah hadith Dhaif no. 3784).

Manakala hadith,
الصائم في عبادة و إن كان راقدا على فراشه

Orang yang berpuasa itu senantiasa dalam ibadah meskipun sedang tidur di atas ranjangnya. (HR. Tammam 18/172 didhaifkan oleh Syeikh al-Albani di Silsilah Hadith Dhaif no. 653).


32
Hadith awal Ramadhan rahmat

Matan hadith

يا أيها الناس قد أظلكم شهر عظيم ، شهر فيه ليلة خير من ألف شهر ، جعل الله صيامه فريضة ، و قيام ليله تطوعا ، و من تقرب فيه بخصلة من الخير كان كمن أدى فريضة فيما سواه ، و من أدى فريضة كان كمن أدى سبعين فريضة فيما سواه ، و هو شهر الصبر و الصبر ثوابه الجنة ، و شهر المواساة ، و شهر يزاد فيه رزق المؤمن ، و من فطر فيه صائما كان مغفرة لذنوبه ، و عتق رقبته من النار ، و كان له مثل أجره من غير أن ينتقص من أجره شيء قالوا : يا رسول الله ليس كلنا يجد ما يفطر الصائم ، قال : يعطي الله هذا الثواب من فطر صائما على مذقة لبن ، أو تمرة ، أو شربة من ماء ، و من أشبع صائما سقاه الله من الحوض شربة لايظمأ حتى يدخل الجنة ، و هو شهر أوله رحمة و وسطه مغفرة و آخره عتق من النار ،

Terjemahan
Wahai manusia, bulan yang agung telah mendatangi kalian. Di dalamnya terdapat satu malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Allah menjadikan puasa pada siang harinya sebagai sebuah kewajiban, dan menghidupkan malamnya sebagai ibadah tathawwu’ (sunnah). Barangsiapa pada bulan itu mendekatkan diri (kepada Allah) dengan satu kebaikan,  ia seolah-olah mengerjakan satu ibadah wajib pada bulan yang lain. Barangsiapa mengerjakan satu perbuatan wajib, ia seolah-olah mengerjakan 70 kebaikan di bulan yang lain. Ramadhan adalah bulan kesabaran, sedangkan kesabaran itu balasannya adalah syurga. Ia (juga) bulan tolong-menolong. Di dalamnya rezeki seorang mukmin ditambah. Barangsiapa pada bulan Ramadhan memberikan hidangan berbuka kepada seorang yang berpuasa, dosa-dosanya akan diampuni, diselamatkan dari api neraka dan memperoleh pahala seperti orang yang berpuasa itu, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa tadi sedikitpun” Kemudian para sahabat berkata, “Wahai Rasulullah, tidak semua dari kita memiliki makanan untuk diberikan kepada orang yang berpuasa.” Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam berkata, “Allah memberikan pahala tersebut kepada orang yang memberikan hidangan berbuka berupa sebutir kurma, atau satu teguk air atau sedikit susu. Ramadhan adalah bulan yang permulaannya rahmat, pertengahannya maghfirah (ampunan) dan akhirnya pembebasan dari api neraka.

Takhrij
HR. Ibnu Khuzaimah no. 1887, daripada Salman al-Farisi ra.

Didhaifkan oleh al-Mundziri dalam at-Targhib 2/115 dan Abu Hatim ar-Razi menilai hadith ini munkar dalam al-‘Ilal 2/50.

Syeikh al-Albani menilai hadith ini munkar dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 871.

Al-‘Aini dalam Umdatul Qari 10/383 berkata sanadnya tidak diketahui asalnya.


33
Doa buka puasa

Matan hadith

اللهم لك صمت و بك امنت و على رزقك افطرت برحمتك يا ارحم الراحمين

Terjemahan
Ya Allah, untukMu aku berpuasa, kepadaMu aku beriman, atas rezekiMu aku berbuka, aku memohon RahmatMu wahai Zat yang Maha Penyayang

Takhrij
Tidak dijumpai asal. Al Mulla Ali Al Qaari dalam kitab Mirqatul Mafatih Syarh Misykatul Mashabih: “Adapun doa yang tersebar di masyarakat dengan tambahan ‘wabika aamantu’ sama sekali tidak ada asalnya, walau secara makna memang benar”.

Yang sahih,

ذهب الظمأ وابتلت العروق وثبت الأجر إن شاء الله

Rasa haus telah hilang, kerongkongan telah basah, semoga pahala didapatkan. Insya Allah (HR. Abu Daud no. 2357), Daruquthni 2/401, dan dihasankan oleh Ibnu Hajar Al Asqalani di Hidayatur Ruwah, 2/232).


34
Tinggal puasa dengan sengaja

Matan hadith

من أفطر يوما من رمضان من غير رخصة لم يقضه وإن صام الدهر كله

Terjemahan
Orang yang sengaja tidak berpuasa pada suatu hari  di bulan Ramadhan, padahal ia bukan orang yang diberi keringanan, ia tidak akan dapat mengganti puasanya meski berpuasa terus menerus

Takhrij
HR. Bukhari dalam Al’Ilal Al Kabir no. 116, Abu Daud no. 2396, Tirmidzi no. 723, Daruquthni 2/441, 2/413, dan Al Baihaqi di Sunannya 4/228.

Majoriti mendhaifkkannya seperti al-Bukhari, Imam Ahmad dan Ibnu Hazm dalam al-Muhalla 6/183, Baihaqi dan Abnu Abdil Barr dalam at-Tamhid 7/173 dan Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 4557.

Sebahagian mereka mensahihkannya seperti ar-Razi dalam al-Ilal 2/17dan dihasankan oleh Ibnu Hajar al-Asqalani  dalam Hidayatur Ruwah 2/329).


35
Zakat fitri menandakan tamat Ramadhan

Matan hadith

أن شهر رمضان متعلق بين السماء والأرض لا يرفع إلا بزكاة الفطر

Terjemahan
Bulan Ramadhan tergantung di antara langit dan bumi. Tidak ada yang dapat mengangkatnya kecuali zakat fithri

Takhrij
HN. Al-Mundziri dalam Al-Tarhib 2/157. Juga didhaifkan oleh Syeikh  al-al_albani dalam Silsilah hdith dhaif no 43.


36
“Rajab adalah bulan Allah, Sya’ban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulan umatku.

Matan hadith

رجب شهر الله ، وشعبان شهري ، ورمضان شهر أمتي

Terjemahan
Rejab adalah bulan Allah, Syaaban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulan umatku.

Takhrij
HR. ad-Dailami dalam Musnad Firdaus no. 3276, Ibnu Asakir dalam Mu’jam a;-Syuyukh no. 210 dan Ibnu Jauzi dalam al-Maudhuat 2/124, daripada Anas bin Malik ra.

Ibnu Jauzi menilai hadith ini palsu. Begitu juga as-Syaukani dalam Fawaid Majmuah no. 47, as-Saghani dalam Maudhuat no. 72, az-Zahabi dalam Tarikhul Islam 28/351, Ibnu Qayyim dalam al-Manar Munif no. 76. Ibnu Hajar pula menilai hadith ini batil dalam Tabyin al-Ujab no. 20. Syeikh al-Albani menilai hadith ini dhaif dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 4400.


37
5 perkara yang membatalkan puasa

Matan hadith

خمس تفطر الصائم ، وتنقض الوضوء : الكذب ، والغيبة ، والنميمة ، والنظر بالشهوة ، واليمين الفاجرة

Terjemahan
Lima hal yang membatalkan puasa dan membatalkan wudhu: berbohong, ghibah, namimah, melihat lawan jenis dengan syahwat, dan bersumpah palsu.

Takhrij
HR. Dailami dalam Musnad Firdaus no. 2979Al Jauraqani dalam Al Abathil no. 338, daripada Anas bin Malik ra.

Ibnu Jauzi menilai hadith ini palsu dalam Al Maudhu’at no. 1131

Syeikh al-Albani menilai hadith ini palsu dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 1708.

Yang benar, ia adalah pembatal pahala sebagaimana hadith:

من لم يدع قول الزور والعمل به والجهل ، فليس لله حاجة أن يدع طعامه وشرابه

Orang yang tidak meninggalkan perkataan dusta dan mengamalkannya, serta mengganggu orang lain, maka Allah tidak perlukan terhadap puasanya.” (HR. Bukhari no.6057)


38
Orang berpuasa akan dinikahi bidadari

Matan hadith

سمِعتُ رسولَ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم ذاتَ يومٍ وأهلَّ رمضانُ فقال لو يعلمُ العبادُ ما رمضانُ لتمنَّت أمَّتي أن تكونَ السَّنةُ كلُّها رمضانَ فقال رجلٌ من خزاعةَ يا نبيَّ اللهِ حدِّثْنا فقال إنَّ الجنَّةَ لتُزيَّنَ لرمضانَ من رأسِ الحوْلِ إلى الحوْلِ فإذا كان أوَّلُ يومٍ من رمضانَ هبَّت ريحٌ من تحتِ العرشِ فصفَّقت ورقُ أشجارِ الجنَّةِ فتنظرُ الحورُ العينُ إلى ذلك فيقلن يا ربَّنا اجعلْ لنا من عبادِك في هذا الشَّهرِ أزواجًا نقرُّ بهم وتقرُّ أعينُهم بنا قال فما من عبدٍ يصومُ يومًا من رمضانَ إلَّا زُوِّج زوجةً من الحورِ العينِ في خيمةٍ من درَّةٍ كما نعت اللهُ عزَّ وجلَّ { حُورٌ مَقْصُورَاتٌ فِي الْخِيَامِ } على كلِّ امرأةٍ منهنَّ سبعون حُلَّةً ليس منها حُلَّةٌ على لونِ الأخرَى وتُعطَى سبعين لونًا من الطِّيبِ ليس منه لونٍ على ريحِ الآخرِ لكلِّ امرأةٍ منهنَّ سبعون ألفَ وصيفةٍ لحاجتِها وسبعون ألفَ وصيفٍ مع كلِّ وصيفٍ صفحةٌ من ذهبٍ فيها لونُ طعامٍ يجِدُ لآخرِ لُقمةٍ منها لذَّةً لم يجدْه لأوَّلِه ولكلِّ امرأةٍ منهنَّ سبعون سريرًا من ياقوتةٍ حمراءَ على كلِّ سريرٍ سبعون فراشًا بطائنُها من إستبرقٍ فوق كلِّ فراشٍ سبعون أريكةً ويُعطَى زوجُها مثلَ ذلك على سريرٍ من ياقوتٍ أحمرَ موشَّحًا بالدُّرِّ عليه سُوران من ذهبٍ هذا بكلِّ يومٍ صامه من رمضانَ سوَى ما عمِل من الحسناتِ

Terjemahan
Aku mendengar Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam pada suatu hari menjelang Ramadhan, beliau bersabda, “Seandainya para hamba tahu apa yang terdapat pada bulan Ramadhan, nescaya umatku berangan-angan agar satu tahun seluruhnya bulan Ramadhan”. Lalu seorang dari Khuza’ah berkata, “Wahai Nabi Allah! Kabarilah kepada kami (keutamaan Ramadhan tersebut)!”.  Maka Rasulullah pun bersabda, “Sesungguhnya syurga dihiasi untuk (menghadapi) bulan Ramadhan dari permulaan tahun ke tahun (berikutnya). Maka apabila masuk hari pertama di bulan Ramadhan, bertiuplah angin dari bawah ‘Arsy, dan berdesirlah dedaunan pohon-pohon syurga. Kemudian para bidadari melihatnya , dan mereka berkata, Wahai Rabb kami, jadikanlah untuk kami dari hamba-hambaMu yang soleh di bulan ini para suami yang kami berbahagia dengan mereka dan mereka pun berbahagia dengan kami”. Beliau pun kembali bersabda, “Maka tidaklah seorang hamba pun berpuasa satu hari di bulan Ramadhan, melainkan ia pasti akan dinikahkan dengan isteri dari kalangan bidadari di dalam khemah yang terbuat dari mutiara, sebagaimana Allah sifatkan mereka dalam firman-Nya: (Bidadari-bidadari) yang jelita, putih bersih, dipelihara dalam rumah (khemah). [QS. Ar-Rahman: 72]. Setiap orang dari bidadari-bidadari tersebut memiliki tujuh puluh jubah, yang masing-masingnya berwarna berbeza dari warna jubah yang lainnya. Para bidadari itu pun diberi tujuh puluh jenis wangian, yang masing-masingnya beraroma berbeza dari yang lainnya. Mereka pun memiliki tujuh puluh ribu pelayan, yang masing-masing dari pelayan tersebut membawa dulang dari emas yang di atasnya terdapat makanan yang setiap suapan dari makanan tersebut memiliki kelazatan yang berbeza dari kelazatan suapan-suapan berikutnya. Kemudian para bidadari itu pun memiliki tujuh puluh ranjang terbuat dari permata berwarna merah, yang di atas setiap ranjang tersebut terdapat permadani yang bantalannya terbuat dari sutera. Dan di atas setiap permadani tersebut terdapat dipan-dipan. Demikianlah para suami mereka pun diberi hal yang sama. Mereka berada di atas ranjang yang terbuat dari permata merah yang dihiasi oleh mutiara, dan berpagarkan emas. Ini adalah balasan untuk satu harinya di bulan Ramadhan, belum termasuk pahala lainnya dari amal-amal baik yang ia kerjakan”

Takhrij
HR. Abu Ya’la dalam Musnadnya sepertimana disebutkan dalam Mathalib Áliyah no. 1032, as-Syasyi dalam Musnadnya no. 852, al-Asbahani dalam Targhib wa at-Tarhib no. 1765, Ibnu Abid Dunya dalam Fadhail Ramadhan no. 22, Baihaqi dalam Syuabul Iman no. 3634, Ibnu Jauzi dalam al-Maudhuat no. 1119 dan Ibnu Khuzaiman no. 1886, daripada Ibnu Mas’ud ra/ Abu Mas’ud al-Ghiffari ra. Yang benar menurut Ibnu Hajar al-Asqalani dalam Mathalib ‘A;iyah 1/397 adalah al-Ghiffari.

Hadith ini dinilai palsu oleh Ibnu Jauzi, as-Syaukani dalam Fawaid Majmuah hal. 88 dan Syeikh al-Albani no. 6294.



Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...