Matan kisah
Seorang wanita telah datang
kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan
kepadaku seorang zuriat.” Lalu Nabi Musa meminta kepada Allah akan hal itu.
Allah menjawab: “Wahai Musa! Aku telah menetapkannya sebagai seorang wanita
yang mandul.” Nabi Musa menyampaikan hal itu kepada wanita tersebut. Selepas
beberapa waktu berlalu, Nabi Musa mendapati wanita itu mengendong seorang anak
kecil. Nabi Musa bertanya: “Siapakah anak yang bersama dengan kamu itu?.”
Wanita itu menjawab: “Ini adalah anakku yang mana Allah telah mengurniakannya
kepadaku.” Kemudian Nabi Musa bertanya kepada Allah: “Bukankah Engkau telah
tetapkan wanita itu sebagai seorang yang mandul?.” Allah menjawab: “Wahai Musa!
setiap kali kutentukan dia adalah seorang yang mandul, dia akan berkata
(berdoa): “Wahai al-Rahim (Yang Maha Penyayang)! Setiap kali Kamu tetapkan
kepadaku sebagai seorang yang mandul, Wahai Zat Yang Maha Penyayang. Dengan
itu, kasih sayang-Ku melebihi daripada ketentuan-Ku.
Takhrij
Kisah ini tidak ditemui asalnya
dan begitu juga tidak ditemukan kisah ini daripada kitab-kitab yang muktabar.
Justeru itu, kami cenderung kepada ketidaksahihan kisah ini dan kita tidak
boleh sama sekali menisbahkannya kepada Nabi Musa AS.
Rujukan
Irsyad al-Hadith no. 361
No comments:
Post a Comment