Teks
Sayyidah Fatimah pernah mengadu kepada Rasulullah ﷺ bahwa dia ingin
seperti wanita-wanita lain berhias dengan barang emas.
Lalu Rasulullah ﷺ membawa Sayyidah Fatimah ke satu perigi (sumur) dan
menimba (menyendok) ke dalam perigi tersebut. Setelah di angkat naik timba
tersebut maka kelihatanlah barang-barang perhiasan emas di dalam timba
tersebut.
Kata Rasulullah ﷺ “Ambillah Fatimah!”.
Oleh kerana teringin berhias seperti wanita yang lainnya, Sayyidah
Fatimah pun mengambil, Tapi cuma SATU saja, Ambilnya juga dalam keadaan malu.
(Kalau kita pastinya kita rebut untuk ambil semaksimum yang boleh atau
minta ditimba lagi).
Rasulullah ﷺ kemudian tanya padanya? “Cukupkah Fatimah!?”.
Jawab beliau? “Cukup Ya Rasulullah ﷺ”.
Kemudian Rasulullah ﷺ menyambung?. “Tapi ketahuilah wahai Fatimah,
Dengan kamu mengambil satu itu, Sudah mengurangkan kebahagiaan kamu nanti di
akhirat”.
Sayyidah Fatimah pun segera memulangkannya.
Beliau tak sanggup menukarkan akhirat dengan dunia yang sedikit”.
Tapi kita ini sudah berapa banyak akhirat kita yang kita tukarkan dengan
dunia?.
Kecilkan DUNIA-MU Besarkan AKHIRAT-MU.
Ya Allah Yang Maha Pengasih, Berikan kasih sayang-Mu kepada kami dan
kepada para wanita kami ! Tutuplah aurat mereka ! Berikan kepada mereka rasa
malu yang menjadikan mereka senantiasa menjaga aurat dan kehormatan mereka”.
Takhrij
Ustaz Shahabuddin Ahmad berkata” Saya tidak
menemui sumber asal hadith yang anda sebutkan di atas. Bahkan, kami telah
melihat pelbagai website hadith – tetapi tidak menemuinya. Oleh itu, kami
cadangkan ia tidak disebarkan melainkan setelah diketahui sumber dan statusnya.”
Dan senada dengan penilaian di atas adalah ustaz Dr. Kamilin Jamilin.
Sesuatu hadis yang tidak diketahui sumber asalnya, maka asalnya adalah dhaif.
Rujukan
https://www.statushadis.com/fatimahemas/
https://www.facebook.com/1743258955902336/posts/kisah-fatimah-perigi-emassaya-kira-kisah-ini-agak-popular-disebut-oleh-beberapa-/2843243662570521/
https://www.facebook.com/1743258955902336/posts/kisah-fatimah-perigi-emassaya-kira-kisah-ini-agak-popular-disebut-oleh-beberapa-/2843243662570521/
Memang mcm tak logic cerita emas Tu, tanah Arab ade perigi emas ke? Kaya la Nabi kalau mcm Tu, tapi Nabi Kita Sedia maklum hidup sgt sederhana, mana mungkin Ada sumur/perigi emas Kan? Ramai sgt org percaya cerita mcm ni..kalau org Bukan Islam Baca...pasti mereka pandang rendah agama kita
ReplyDeleteBykkan denga tentang kisah nabii insya Allah akan tau dan faham betapa hebatnya kuasa Allah dan mukjizat nabi S.A.W
DeleteHati2 berkata2 … jgn sampai kita menjadi syirik dan menentang Allah azzawajala
DeletePerkara samiyat ….
Allah boleh melakukan sesuatu mengikut kehendak Dia walau pun tidak.logik di akal.. akal Tak dapat berhujah terhadap perkara ghaib.
ReplyDelete