Wednesday, 22 April 2020

Hadith kematian Muawwiyah al-Laitsi


Matan Hadith


كُنَّا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِتَبُوكَ، فَطَلَعَتِ الشَّمْسُ بَيْضَاءَ لَهَا شُعَاعٌ وَنُورٌ، لَمْ أَرَهَا فِيمَا مَضَى طَلَعَتْ قَطُّ كَذَلِكَ، فَأَتَى جِبْرِيلُ، فَقَالَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: [يا جبريل، مالي أَرَى الشَّمْسَ طَلَعَتْ بَيْضَاءَ بِشُعَاعٍ لَمْ أَرَهَا طَلَعَتْ كَذَلِكَ فِيمَا مَضَى قَطُّ [؟ فَقَالَ: [ذَلِكَ لان معاوية بن مُعَاوِيَةَ اللَّيْثِيَّ تُوُفِّيَ بِالْمَدِينَةِ الْيَوْمَ، فَبَعَثَ اللَّهُ سَبْعِينَ أَلْفَ مَلَكٍ يُصَلُّونَ عَلَيْهِ [. قَالَ] وَمِمَّ ذَلِكَ [؟ قَالَ: [كَانَ يُكْثِرُ قِرَاءَةَ (قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ) آنَاءَ اللَّيْلِ وَآنَاءَ النَّهَارِ، وَفِي مَمْشَاهُ وَقِيَامِهِ وَقُعُودِهِ، فَهَلْ لَكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَنْ أَقْبِضَ لَكَ الْأَرْضَ. فَتُصَلِّي عَلَيْهِ [؟ قَالَ] نَعَمْ [فَصَلَّى عَلَيْهِ ثُمَّ رَجَعَ. ذَكَرَهُ الثعلبي، والله أعلم.

Terjemahan

Pernah suatu ketika kami bersama Rasulullah SAW di Tabuk. Matahari terbit dengan sinaran dan cahaya putih, tidak seperti terbit yang biasa dilihat sebelumnya. Lalu datanglah Jibril dan Rasulullah SAW bertanya kepada beliau, ‘Wahai Jibril, mengapakah aku melihat matahari terbit dengan sinaran yang tidak pernah aku lihat terbitnya sebegitu sebelum ini?’ Jibril menjawab, ‘Itu kerana Muawiyah bin Muawiyah al-Laitsi meninggal di Madinah hari ini, maka Allah membangkitkan 70 000 malaikat untuk berselawat ke atasnya.’ Dia berkata, ‘Mengapa begitu?’. Jawab Jibril, ‘Adalah (Muawiyah) banyak membaca Qul huwAllahu Ahad (Surah al-Ikhlas) sepanjang malam dan siang, ketika berjalan, bangkit dan duduknya. Maka adakah anda ingin wahai Pesuroh Allah aku tahan bumi ini supaya anda boleh berselawat (berdoa) juga keatasnya?’ Jawab Nabi, ‘Ya.’ Lalu Baginda berselawat ke atas Muawiyah kemudia pulang.


Takhrij

HN. Imam Qurthubi di dlam al-Jami’ li Ahkam al-Quran (20/250), dari Anas bin Malik. Berkata al-Qurtubi: “Kisah ini disebut oleh al-Tsa’labi. Allah lebih mengetahui.”

Kata Imam Ibn al-Jauzi dalam al-`Ilal al-Mutanahiah (1/298) : “Tidak sahih.”

Kata Imam Ibn Hibban dalam al-Majrohin (2/173) : “Hadith munkar yang tidak dapat dikuatkan dengan mutaba`ah.”

Kata Imam al-Nawawi dalam Khulasah al-Ahkam (2/964): “Ulama sepakat atas kedaifan hadith ini antaranya al-Baihaqi dengan katanya, ‘al-Ala’ mengambil hadith daripada Anas dengan hadith-hadith munkar.”

Berkata Imam al-Baihaqi di dalam Dalail Nubuwah (5/245): “Hadith ini juga diriwayatkan dalam riwayat lain yang juga daif.”

Kata Imam al-Bukhari: “Munkarul hadith”. Begitu juga pendapat Abu Hatim dan Ibn `Adiy.


Rujukan

Al-Kafi li al-Fatawi no. 346, Mufti Wilayah Persekutuan

No comments:

Post a Comment

Hadith Keutamaan Menziarahi Orang Sakit

  Matan hadith   قَالَ -صلىّ الله عليه وسلّم-: إِذَا عَادَ الرَّجُلُ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ مَشَى فِيْ خِرَافَةِ الْجَنَّةِ حَتَّى يَجْلِسَ...