Teks hadith
Barangsiapa yang melafazkan bismillah, syurga berkata, ya Allah,
jauhilah hamba mu ini daripada api neraka.
Takhrij
Tidak ditemui asal dalam kitab-kitab sunnah muktabar.
Tetapi ada kisah dana atsar yang hampir serupa seperti:
Ketika seorang guru berkata kepada muridnya,
"Bismillahir Rahmanir Rahim" kemudian jika murid itu mengucapkannya,
maka akan dituliskan kebaikan bagi guru, bapak dan ibu anak itu serta akan
dibebaskan dan dijauhkan dari api neraka.
Takhrij
HN.
Suyuthi di dalam Durar al-Mansur as-Suyuthi 1/25. Juga ditemukan di dalam kitab
tafsir muktabar syiah Majma’ al-Bayan 1/90.
Daripada riwayat Ibn Mas’ud r.a.: “Sesiapa yang ingin melepaskan dirinya oleh Allah daripada malaikat Zabaniah yang menjaga neraka yang 19 orang semuanya, maka hendaklah dia
membaca Bismillah, Allah akan menjadikan bagi setiap huruf itu sebagai pendinding bagi malaikat itu.”
Takhrij
Hadtih
mauquf (atsar sahabat). Diriwayatkan oleh al-Qurtubi di dalam al-Jami’ li Ahkam
al-Quran 1/92 dan Ibnu Katsir di dalam Tafsirnya 1/18, dariWaki’dari al-A’mash
dari Abu Wail dari Ibnu Mas’ud. Sanadnya
sahih dari Waki’ hingga Ibnu Mas’ud.
Juga
dinukilkan oleh As-Suyuthi di dalam Durar al-Mansur 1/26.
Manakala
Syeikh Ahmad Syakir mengeluarkan hadith ini dari Kitab Tafsir Ibnu Katsir
(‘Umdatul Tafseer 1/11) kerana hadith ini bermsalah kerana tidak disebutkan
sanadnya secara lengkap oleh Qurtubi dan Ibnu Katsir.
Rujukan
http://id.wikishia.net/view/Bismillahi_Rahmanir_Rahim#cite_ref-67
https://www.researchgate.net/publication/285584620_Metodologi_pentafsiran_Al-Tabarsi_dalam_Majma_Al-Bayan
Fatwa Soal
Jawab Islam no. 107048
Fatwa Islamweb
no. 237052
No comments:
Post a Comment