Matan
hadith
يَخْرُجُ الْمَهْدِيُّ مِنْ قَرْيَةٍ يُقَالُ لَهًا كَرْعَةُ
Terjemahan
Al-Mahdi
akan keluar dari satu kampung (kota kecil) yang bernama Kar'ah.
Takhrij
HR. Abu
Bakar al-Muqri dalam Mu'jamnya no. 94*.
Munkar
Kadzab kerana terdapat perawi bernama Abdul Wahab bin Dahhak yang dijarh matruk
oleh an-Nasaie dan dituduh dusta oleh Abu Hatim. Imam Daruquthni pula menilai
perawi tersebut sebagai munkarul hadith. Imam Bukhari pula berkata dia banyak
berkata yang tidak masuk akal (Mizan al-'Itidal 2/679).
Asal
usul tempat keluarnya Imam Mahdi tidak banyak diperbincangkan oleh ulama sunnah
yang hanya meyakini ia akan muncul dari timur berdasarkan hadith Tsauban (HR.
Ibnu Majah no. 4084) tanpa perincian tempat tersebut di mana dan nama
sekian-sekian.
Ibnu
Katsir mengatakan sanad hadith ini kuat dn sahih (An-Nihayah fil Malafim wal
Fitan, Tahqiw Dr. Thaha Zaini 1/29-30).
Ulama
Syiah dan Ahmadiyyah banyak membahaskan tempat di mana timur tersebut melalui
hadith di atas dan selainnya. Dan ini adalah suatu kekarutan yang tiada asas
(An-Nihayah fil Malafim wal Fitan, Tahqiw Dr. Thaha Zaini 1/29-30).
Mereka
(ulama Syiah) mengatakan Kar'ah itu di San'aa Yaman (Ibnu Hammad di dalam
al-Qahtani no. 28, 105, 109, 111 ,112; al-Bihar 36/333).
Bagi
Ahmadiyyah pula Kar'ah berasal dari kata Qada'ah yang merujuk kepada Qadian dan
India pada masa lalu. (Jawahirul Asrar hal.56; Hujajul Kiramah hal. 358).
Rujukan
Fatwa
Soaljawab Islam no. 216467
*Al-Mu'jam,
Imam al-Hafiz Abu Bakar al-Muqri. Tahqiq Abu Abdullah Muhammad Hassan Ismail
as-Syafie, 2003, Darul Kutub al-Ilmiyyah, Beirut, Lebanon.
Khabar
suka Nabi Isa/Imam Mahdi as telah datang, H. Mahmud Ahmad Cheema, 2001, Jemaah Ahmadiyyah
Indonesia, Bandung.
No comments:
Post a Comment