Wednesday, 22 April 2020

Hadith Nabi SAW meminta keampunan bagi ibunya



Matan hadith


عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ زَارَ النَّبِىُّ -صلى الله عليه وسلم- قَبْرَ أُمِّهِ فَبَكَى وَأَبْكَى مَنْ حَوْلَهُ فَقَالَ  اسْتَأْذَنْتُ رَبِّى فِى أَنْ أَسْتَغْفِرَ لَهَا فَلَمْ يُؤْذَنْ لِى وَاسْتَأْذَنْتُهُ فِى أَنْ أَزُورَ قَبْرَهَا فَأُذِنَ لِى فَزُورُوا الْقُبُورَ فَإِنَّهَا تُذَكِّرُ الْمَوْتَ

Terjemahan


Dari Abu Hurairah, ia berkata: Rasulullah SAW berziarah kepada makam ibunya, lalu baginda menangis, kemudian menangis pula lah orang-orang di sekitar baginda. Baginda lalu bersabda: “Aku meminta izin kepada Rabb-ku untuk memintakan ampunan bagi ibuku, namun aku tidak diizinkan melakukannya. Maka aku pun meminta izin untuk menziarahi kubur ibuku, aku pun diizinkan. Ziarahlah kubur, kerana ia dapat mengingatkan engkau akan kematian”.

Takhrij

HR. Muslim, Kitab Janaiz, Bab Isti'zani an-Nabi SAW Rabbahu 'Azzawajalla fi Ziyarati Qubr Ummihi, dari Abu Hurairah no. 976, sahih jami'.

Juga diriwayatkan oleh Ibnu Majah no. 1572, Abu Daud no. 3234, an-Nasaie no. 2034, Ahmad no. 9686, Ibnu Hibbam no. 3169.

No comments:

Post a Comment

Kebiasaan waktu muda akan menjadi kebiasaan waktu tua, maka peliharalah adab dikala muda

  Berkata hukamak:   من شب على شئ شاب عليه   Barang siapa pada masa mudanya biasa berbuat atas sesuatu, nescaya pada masa tuanya ter...