Matan hadith
مَنْ عَشِقَ فَعَفَّ
فَكَتَمَ فَمَاتَ مَاتَ شَهِيدًا
Terjemahan
Orang yang merindu, namun mengekang diri dan menyembunyikan rasa cinta
dan rindunya, itu tergolong sebagai mati syahid.
Takhrij
HR. Al-Imam al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikhnya no. 6079 daripada Ibnu
Abbas ra.
Hadith ini menjelaskan mengenai pengorbanan seorang pemuda atau pemudi
yang berusaha menjaga kesucian cintanya dengan tidak bermaksiat dan meluahkan
rasa cintanya pada orang yang dicintai, kerana ia merasa belum mampu atau belum
waktunya untuk menikah. Orang yang memendam rasa cinta seperti di atas kemudian
dia merasakan beban batin hingga meninggal dunia itu tergolong sebagai orang
yang mati syahid.
Ibnu Jauzi menilai hadith ini tiada asal dalam al-'ilal Mutanahiyah
2/771
Berkata Ibnu Qayyim juga menilai hadith ini palsu dalam al-Manar
al-Munif hal. 139.
Muhammad Jarullah as-Sa’di dalam al-Nuwafih al-I’thrah no. 393 menilai
sanad hadith ini sahih.
No comments:
Post a Comment