حكاية
قدم الشبلي على ابن مجاهد
فعانقه ابن مجاهد وقبل بين عينيه فسئل عن ذلك فقال :
رأيت النبي صلى الله عليه
وسلم في النوم وقد أقبل الشبلي فقام النبي صلى الله عليه وسلم إليه وقبل بين عينيه
فقلت يارسول الله أ تفعل هذا بالشبلى؟ قال نعم إنه لم يصلى فريضة إلا وهو يقرأ
خلفها لقد جاءكم رسول من أنفسكم إلى آخر الآيتين ويقول صلى الله عليك يا محمد
فسألت الشبلى عما يقوله بعد الصلاة فذكر مثله.
Inilah sebuah cerita :
Imam Asy-syibliy telah mendatangi Ibnu Mujahid maka setelah bertemu Ibnu
Mujahid merangkulnya dan mengucup di antara dua matanya maka setelah itu Imam
Asy-syibliy bertanya tentang perlakuan seperti demikian maka Ibnu Mujahid
menjawab :
Begini, aku bermimpi bertemu Rasulullah saw didalam tidurku dan cerita
mimpinya pada saat itu Imam Asy-syibliy telah datang menghadap Rasulullah saw,
dan Rasulullah saw pun berdiri menemui Imam Asy-syibliy dan langsung Rasulullah
saw mengucup di antara dua matanya Imam Asy-syibliy, maka aku bertanya kepada
Rasulullah saw di dalam mimpiku itu, ya Rasulullah saw perbuatan apa ini yang
engkau lakukan dengan Imam Asy-syibliy? Rasulullah saw menjawab, benar aku
telah melakukannya, kerana Imam Asy-syibliy itu orang yang tidaklah solat fardhu
kecuali beliau melazimi lakukan setelah selesai solat fardlu membaca dua ayat لقد جاءكم
رسول من أنفسكم الخ itu sampai selesai dan membaca selawat untuk
mu wahai baginda Nabi Muhammad saw.
Dalam riwayat lain dengan lafaz berbeza:
Ada tambahan ayat:
فَاِنْ تَوَلَّوْا فَقُلْ
حَسْبِيَ اللّٰهُ لَآ اِلٰهَ اِلَّا هُوَ ۗ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ
الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ
Maka setelah selesai menceritakan mimpinya itu Ibnu Mujahid menanyakan
kepada Imam Asy-syibliy tentang apa yang biasa dibacanya, Imam Asy-syibliy
membenarkan dan mengakui maka Imam Asy-syibliy menyebutkan kebiasaan yang
sesuai dengan apa yang dimimpikan oleh Ibnu Mujahid.
Takhrij
Sebuah khabar dalam Tarikh Dimasyq Ibnu Asakir 66/55.
Juga diriwayatkan dalam Tarikh Baghdad 14/395 dengan riwayat yang
berbeza.
Juga dinukilkan oleh Syeikh Nawawi Al-Bantani di dalam kitab “Nashaihul
‘Ibad Ala Al-Munabbihat Ala Al-Isti’dad li yaumil ma’ad lil imam Ibn Hajar
Al’Asqalani” halaman 15, dengan mengisyaratkan ia sebuah hikayat.
Berkenaan kitab Munabbihat:-
Sandarannya kepada Ibnu Hajar al-Asqalani tidak dapat dipastikan
kebenarannya kerana, terdapat juga beberapa versi karya ini yang dijumpai
disandarkan bukan kepada Ibn Hajar. Antara nama-nama yang ditemukan samada pada
halaman utama karya atau pada bahagian mukaddimah ialah Zain al-Qudat, Ahmad
bin Muhammad al-Hajji dan al-Allamah al-Syeikh Ahmad bin Muhammad bin Ali
al-Hajri (Kashfuz Zunun, 2/1848).
Karya ini mengandungi 51 buah hadith. Dapatan kajian sarjana Universiti
Malaya (2014) mendapati bahawa hadith mardud merekodkan peratusan yang sangat
besar, iaitu sebanyak 94.1%. Ini adalah mustahil bagi Ibnu Hajar.
Rujukan
Al-Munabbihat 'ala al-isti'dad li yawm al-ma'ad oleh Ibn Hajar
Al-Asqalani : Takhrij dan analisis / Mohd Nor Adzhar Ibrahim, 2014, Universiti
Malaya.
https://hadithanswers.com/is-the-book-al-munabbihat-really-written-by-hafiz-ibn-hajar/
http://malrep.uum.edu.my/rep/Record/my.um.stud.5339/Description
No comments:
Post a Comment