Matan hadith
مَنْ قَرَأَ: قُلْ
هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ حَتَّى يَخْتِمَهَا عَشْرَ مَرَّاتٍ، بَنَى اللَّهُ لَهُ
قَصْرًا فِي الْجَنَّةِ " فَقَالَ عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ: إِذًا
نَسْتَكْثِرَ يَا رَسُولَ اللَّهِ؟ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ: اللَّهُ أَكْثَرُ وَأَطْيَبُ.
Terjemahan
“Sesiapa yang membaca ‘Qul Huwa Allahu Ahad’ sehingga mengkhatamkannya
sebanyak 10 kali, Allah akan membina baginya istana di dalam syurga. Maka ‘Umar
bin al-Khattab berkata: “Jika kami memperbanyakkan membacanya wahai
Rasulullah?” Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam menjawab: “Allah lebih banyak
dan lebih baik (ganjaran-Nya).”
Takhrij
HR. Ahmad no. 15610 dan al-Thabarani dalam Mu’jam al-Kabir no. 398.
Dengan sanad:
Telah menceritakan kepada kami Hasan, menceritakan kepada kami Ibnu
Lahi’ah, ia berkata… dan menceritakan kepada kami Yahya bin Ghailan,
menceritakan kepada kami Risydin, menceritakan kepada kami Zabban bin
Faid al-Himrawi, dari Sahl bin Mu’adz bin Anas al-Juhani, dari
bapaknya, Muadz bin Anas al-Juhani…
al-Uqaili menaqalkan perkataan Imam Ahmad bahawasanya Zabban bin Faid
adalah perawi hadith munkar (Dhuafa al-Kabir 2/96).
Syeikh al-Albani mendhaifkan hadith ini (Dhaif Targhib no. 893). Dan
dihasankannya dalam Silsilah Hadith Sahih no. 589
Penilaian hasan dari Syeikh al-Albani rahimahullah ini telah dikomentari
oleh seorang ulama bernama Abu
Abdirrahman Khalid bin Umar al-Faqihi al-Ghamidi dan Syaikh Walid bin Rasyid
as-Sa’idan dan mereka mengatakan bahawa sebenarnya hadith ini adalah hadith
yang dhaif (lemah) kerana:
Pertama: (jalur Mu’adz bin Anas al-Juhani) di dalamnya ada Zabban bin
Faid, riwayatnya tidak sahih dan khususnya (yang dia riwayatkan) dari Mu’adz
bin Anas. Risydin bin Sa’ad dan Ibnu Lahiah telah didhaifkan oleh jumhur ulama.
Sahl bin Muadz pula didhaifkan oleh Ibnu Main dan selainnya.
Kedua: (jalur Abu Hurairah), ada secara marfu’dan secara mursal dari
Ibnul Musayyib. Jalan marfu’ melalui jalur adalah dhaif munkar kerana terdapat
perawi pendusta bernama Ahmad bin Muhammad al-Hajjaj dan perawi munkar iaitu
Hani al-Mutawakkil.
Dan riwayat paling kuat hanyalah mursal saja. (Multaqa Ahlil Hadith, t-54082).
Dari Sa'id bin Al-Musayyib ra berkata Rasullullah saw bersabda:
مَنْ قَرَأَ قُلْ هُوَ
اللَّهُ أَحَدٌ عَشْرَ مَرَّاتٍ بُنِيَ لَهُ بِهَا قَصْرٌ فِي الْجَنَّةِ وَمَنْ
قَرَأَ عِشْرِينَ مَرَّةً بُنِيَ لَهُ بِهَا قَصْرَانِ فِي الْجَنَّةِ وَمَنْ
قَرَأَهَا ثَلَاثِينَ مَرَّةً بُنِيَ لَهُ بِهَا ثَلَاثَةُ قُصُورٍ فِي الْجَنَّةِ
فَقَالَ عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ وَاللَّهِ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِذَنْ
لَتَكْثُرَنَّ قُصُورُنَا فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ اللَّهُ أَوْسَعُ مِنْ ذَلِكَ
Barangsiapa yang membaca qulhuwallahu ahad sepuluh kali, niscaya akan
dibangunkan sebuah istana untuknya di syurga, barangsiapa yang membacanya dua
puluh kali, nescaya akan dibangunkan dua buah istana untuknya di syurga dan
barangsiapa yang membacanya tiga puluh kali, niscaya akan dibangunkan tiga buah
istana untuknya di syurga." Lalu Umar bin Al-Khattab bertanya; Demi Allah,
wahai Rasulullah, kalau begitu kami dapat memperbanyak istana kami? Rasulullah ﷺ menjawab: "Allah lebih
luas kekayaannya dari itu." (HR. Darimi no. 3295, Thabarani dalam Mu'jam
Al-Ausath no.283, daripada Abu Hurairah secara marfu'].
Jalur ad-Darimi daripada Sa'id bin Al-Musayyib:
- Syeikh Al-Arnauth – Mursal pada Sa'id bin Al-Musayyib (TakhrijMusnad
24/377).
- Ibnu Kasir - Mursal jayyid (Tafsur Quranul Azim 8/544).
- Ibnu Hajar - Mursal pada Sa'id bin Al-Musayyib (Takhrij Misykatul Masabih
2/392).
Jalur at-Thabarani daripada Abu Hurairah:
- Al-Haithami - Hani` bin Al-Mutawakkil adalah dhaif (Majmu' Zawaid
7/148)
- As-Suyuti - Sanadnya dhaif (Durar Manthur 15/767)
Syeikh al-Arnauth menilai hadith ini dhaif dalam takhrij Musnad no.
15610.
No comments:
Post a Comment