Wednesday, 30 September 2020

Hadith mengganggap diri sudah mati (mengingatkan kematian)

 

Matan hadith

 

اشترى أسامةُ بنُ زيدٍ من زيدِ بنِ ثابتٍ وليدةً بمائةِ دينارٍ , إلى شهرٍ فسمعتُ رسولَ اللهِ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّم يقول : ألا تعجبون من أسامةَ المشتري إلى شهرٍ ؟ إنَّ أسامةَ لطويلُ الأملِ , والذي نفسي بيدِه ما طرفتُ عينايَ إلا ظننتُ أن شِفريَّ لا يلتقيانِ حتى يقبضَ اللهُ روحي ولا رفعتُ طرفي فظننتُ أني واضعُه حتى أُقبضَ ولا لقمتُ لقمةً إلا ظننتُ أني لا أسيغُها حتى أغصَّ بها من الموتِ ثم قال : يا بني آدمَ إن كنتم تعقلون فعُدُّوا أنفسَكم من الموتى , والذي نفسي بيدِه إِنَّ مَا تُوعَدُونَ لَآتٍ وَمَا أَنْتُمْ بِمُعْجِزِينَ

 

Terjemahan

 

Abu Sa’id al-Khudri meriwayatkan, “Usamah bin Zaid membeli seorang budak perempuan dari Zaid bin Tsabit seharga seratus dinar dengan pembayaran bertempoh satu bulan. Lalu aku mendengar Rasulullah Shalallahu Alaihi Wa Aalihi Wa Shahbihi Wa Salam bersabda:’Apakah kalian tidak hairan terhadap Usamah yang harus membayar sampai sebulan setelah ia membeli barang? Usamah sungguh panjang angan-angannya. Demi Allah yang jiwaku berada dalam genggaman-Nya, setiap saat aku merasa yakin bahawa sepasang kelopak mataku tidak akan terkatup kembali sebelum Allah mencabut nyawaku, atau aku mampu membukanya kembali dengan keyakinan bahawa aku akan bisa menutupnya sekali lagi sebelum mati. Setiap kali memakan sepotong daging aku selalu berfikir bahawa aku tidak akan mampu menelannya sampai maut mencekikku.’ Selanjutnya beliau bersabda: ’Wahai anak cucu Adam, jika kalian berakal, maka anggaplah diri kalian termasuk orang-orang yang sudah mati. Demi Allah yang jiwaku berada dalam genggaman kekuasaan-Nya, “Sesungguhnya apa yang dijanjikan kepadamu pasti akan datang, dan kamu sekalian tidak akan pernah mampu melepaskan diri.”

 

Takhrij

 

HR. Ibn Abi Duniya dalam Qasar al-Amal no. 6, at-Thabarani dalam Musnad Syamiyyin no. 1505, Abu Nua’im dalam Hilyatul Auliya  6/91, Baihaqi dalam Syuabul Iman 7/10564, Ibn Asakir dalam Tarikh Dimaysq 2/694-695 daripada Abu Said al-Khudry ra.

 

Abu Nua’im menilai hadith ini gharib.

 

Al-Iraqi menilai sanad hadith dhaif dalam Takhrij Ihya’ 5/197.

 

Syeikh al-Albani menilai hadith ini dhaif dalam SIlsilah Hadith Dhaif no. 4977.

No comments:

Post a Comment

Hadith Keutamaan Menziarahi Orang Sakit

  Matan hadith   قَالَ -صلىّ الله عليه وسلّم-: إِذَا عَادَ الرَّجُلُ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ مَشَى فِيْ خِرَافَةِ الْجَنَّةِ حَتَّى يَجْلِسَ...