Sanad dan Matan hadith
ال ابن الجوزي :
حدثنا أبو الفضل محمد بن ناصر من لفظه وكتابه مرتين قال أنبأنا أحمد بن الحسين بن
قريش أنبأنا أبو طالب محمد بن على ابن الفتح العشارى، وقرأت على أبى القاسم
الحريري عن أبى طالب العشارى حدثنا أبو بكر أحمد بن منصور البرسرى حدثنا أبو بكر
أحمد بن سليمان النجاد حدثنا إبراهيم الحربى حدثنا سريح بن النعمان حدثنا ابن أبى
الزناد عن أبيه عن الاعرج عن أبى هريرة قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ”
إن الله عز وجل افترض على بنى إسرائيل صوم يوم في السنة يوم عاشوراء وهو اليوم
العاشر من المحرم، فصوموه ووسعوا على أهليكم فيه، فإنه من وسع على أهله من ماله
يوم عاشوراء وسع عليه سائر سنته، فصوموه فإنه اليوم الذى تاب الله فيه على آدم،
وهو اليوم الذى رفع الله فيه إدريس مكانا عليا، وهو اليوم الذى نجى فيه إبراهيم من
النار، وهو اليوم الذى أخرج فيه نوحا من السفينة، وهو اليوم الذى أنزل الله فيه
التوراة على موسى، وفيه فدى الله إسماعيل من الذبح، وهو اليوم الذى أخرج الله يوسف
من السجن، وهو اليوم الذى رد الله على يعقوب بصره، وهو اليوم الذى كشف الله فيه عن
أيوب البلاء، وهو اليوم الذى أخرج الله فيه يونس من بطن الحوت، وهو اليوم الذى فلق
الله فيه البحر لبنى إسرائيل، وهو اليوم الذى غفر الله لمحمد ذنبه ما تقدم وما
تأخر، وفى هذا اليوم عبر موسى البحر، وفى هذا اليوم أنزل الله تعالى التوبة على
قوم يونس، فمن صام هذا اليوم كانت له كفارة أربعين سنة، وأول يوم خلق الله من
الدنيا يوم عاشوراء، وأول مطر نزل من السماء يوم عاشوراء، وأول رحمة نزلت يوم عاشوراء،
فمن صام يوم عاشوراء فكأنما صام الدهر كله، وهو صوم الانبياء، ومن أحيا ليلة
عاشوراء فكأنما عبدالله تعالى مثل عبادة أهل السموات السبع، ومن صلى أربع ركعات
يقرأ في كل ركعة الحمد مرة وخمسين مرة قل هو الله أحد غفر الله خمسين عاما ماض
وخمسين عاما مستقبل وبنى له في الملا الاعلى ألف ألف منبر من نور، ومن سقى شربة من
ماء فكأنما لم يعص الله طرفة عين، ومن أشبع أهل بيت مساكين يوم عاشوراء، مر على
الصراط كالبرق الخاطف. ومن تصدق بصدقة يوم عاشوراء فكأنما لم يرد سائلا قط، ومن
اغتسل يوم عاشوراء لم يمرض مرضا إلا مرض الموت، ومن اكتحل يوم عاشوراء لم ترمد
عينيه تلك السنة كلها، ومن أمر يده على رأس يتيم فكأنما بر يتامى ولد آدم كلهم،
ومن صام يوم عاشوراء أعطى ثواب عشرة ألف ملك، ومن صام يوم عاشوراء أعطى ثواب ألف
حاج ومعتمر، ومن صام يوم عاشوراء أعطى ثواب ألف شهيد، ومن صام يوم عاشوراء كتب له
أجر سبع سموات وفين خلق الله السموات و الارضين والجبال والبحار، وخلق العرش يوم
عاشوراء، وخلق القلم يوم عاشوراء، وخلق اللوج يوم عاشوراء، وخلق جبريل يوم
عاشوراء، ورفع عيسى يوم عاشوراء، وأعطى سليمان الملك يوم عاشوراء، ويوم القيامة
يوم عاشوراء، ومن عاد مريضا يوم عاشوراء فكأنما عاد مرضى ولد آدم كلهم “.
Terjemahan
Ibnul Jauzi rahimahullah berkata: “Telah menceritakan kepada kami Abu
Al-Fadhl Muhammad bin Nashir dari lafazh (lisan) dan kitab beliau sebanyak dua
kali, ia berkata; telah memberitahukan kepada kami Ahmad bin Al-Husain bin
Quraisy, ia berkata; telah memberitahukan kepada kami Abu Tholib Muhammad bin
Ali bin Al-Fath Al-‘Usyari, dan aku telah membacakan (hadith-hadith) di hadapan
Abu Al-Qasim Al-Hariri, dari Abu Thalib Al-‘Usyari, ia berkata; telah
menceritakan kepada kami Abu Bakar Ahmad bin Manshur Al-Barsari, ia berkata;
telah menceritakan kepada kami Abu Bakar Ahmad bin Sulaiman An-Najjad, ia
berkata; telah menceritakan kepada kami Ibrahim Al-Harbi, ia berkata; telah
menceritakan kepada kami Suraih bin An-Nu’man, ia berkata; telah menceritakan
kepada kami Ibnu Abi Az-Zinad, dari ayahnya, dari Al-A’raj, dari Abu Hurairah
radhiyallahu anhu, ia berkata; Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda:
“Sesungguhnya Allah ‘Azza wa jalla telah mewajibkan kepada Bani Israil
puasa satu hari dalam setahun, hari ‘Asyura’, iaitu hari kesepuluh dari bulan
Muharram. Oleh kerana itu, hendaklah kalian berpuasa ‘Asyura dan lapangkanlah
nafkah kalian terhadap keluarga kalian pada hari itu, kerana sesungguhnya barangsiapa
melapangkan nafkah kepada keluarganya dari harta bendanya pada hari ‘Asyura,
nescaya Allah akan melapangkan rezekinya sepanjang tahun. Lakukanlah puasa
Asyura’, kerana pada hari itu Allah menerima taubat nabi Adam, mengangkat nabi
Idris pada tempat/kedudukan yang tinggi, menyelamatkan nabi Ibrahim dari
kobaran api, mengeluarkan nabi Nuh dari kapalnya, menurunkan kitab Taurat
kepada nabi Musa, memberikan tebusan bagi nabi Ismail dari penyembelihan,
mengeluarkan nabi Yusuf dari penjara, mengembalikan mata penglihatan nabi
Ya’qub, membebaskan nabi Ayub dari bencana (penyakit), mengeluarkan nabi Yunus
dari perut ikan paus/hiu, membelah lautan menjadi daratan bagi bani Israil,
mengampuni dosa-dosa nabi Muhammad yang telah lalu mahupun yang akan datang. Pada
hari (Asyura’) itu juga nabi musa menyeberangi lautan, Allah menurunkan taubat
kepada kaum nabi Yunus. Maka barangsiapa berpuasa pada hari Asyura’, ia akan
memperoleh penghapusan dosa selama 40 (empat puluh) tahun. Hari Asyura’ adalah
hari pertama yang Allah ciptakan dari (hari-hari) dunia. Pada hari Asyura’,
Allah menurunkan hujan dari langit untuk pertama kalinya, dan pada hari itu
juga pertama kali rahmat Allah turun (ke dunia). Barangsiapa berpuasa Asyura’,
maka seakan-akan ia berpuasa sepanjang tahun. Puasa Asyura’ adalah puasanya
para nabi. Dan barangsiapa menghidupkan malam Asyura’ maka seakan-akan ia
beribadah kepada Allah seperti ibadahnya para penghuni tujuh langit.
Barangsiapa solat empat rakaat dan pada setiap rakaat ia membaca alhamdu (al-Fatihah)
sekali dan Qul Huwallah (al-Ikhlas) 50 (lima puluh) kali, maka Allah akan
mengampuni dosa-dosanya selama 50 (lima puluh) tahun yang lalu dan 50 (lima
puluh) tahun yang akan datang, dan Allah akan membuatkan baginya satu juta
mimbar terbuat dari cahaya di hadapan para malaikat yang mulia. Barangsiapa
memberi seteguk air minum (pada hari Asyura), maka seakan-akan ia tidak pernah
bermaksiat kepada Allah sekejap pun. Barangsiapa mengenyangkan keluarga
orang-orang miskin pada hari Asyura’, maka ia akan berjalan di atas as-sirath
(jambatan yang terbentang di atas neraka Jahannam menuju syurga) secepat kilat.
Barangsiapa bersedekah dengan suatu sedekah pada hari Asyura’, maka seakan-akan
ia tidak pernah menolak seorang pun yang meminta-minta. Barangsiapa mandi pada
hari Asyura’, maka ia tidak akan mengalami sakit apapun kecuali kematian.
Barangsiapa memakai celak pada hari Asyura’ maka kedua matanya tidak akan
mengalami sakit sepanjang tahun itu. Barangsiapa tangannya mengusap kepala anak
yatim, maka seakan-akan ia ia telah berbuat baik kepada semua anak yatim.
Barangsiapa berpuasa pada hari Asyura’, maka ia diberi pahala 10000 (sepuluh
ribu) malaikat. Dan barangsiapa berpuasa pada hari Asyura’, ia akan diberi
pahala 1000 (seribu) orang yang menunaikan haji dan umrah. Barangsiapa berpuasa
pada hari Asyura’, maka ia diberi pahala 1000 (seribu) orang yang mati syahid.
Barangsiapa berpuasa pada hari Asyura’ , maka ia diberi pahala tujuh lapis
langit. Pada hari Asyura’ Allah menciptakan (tujuh lapis) langit dan bumi,
gunung-gunung dan lautan, ‘Arasy, al-Qalam (pena), Lauhul Mahfuzh, dan malaikat
Jibril. Pada hari Asyura’ Allah mengangkat nabi Isa, dan memberikan kerajaan
kepada nabi Sulaiman. Hari Kiamat juga terjadi pada hari Asyura’. Dan
barangsiapa menjenguk orang sakit pada hari Asyura’, maka seakan-akan ia telah
menjenguk semua orang sakit dari keturunan nabi Adam.”
Takhrij
Hadith dikeluarkan oleh Ibnu Jauzi dalam kitab Al-Maudhu’aat, bab fi
dzikri Asyura’ 2/200-201.
Ibnu Jauzi berkata, hadith ini darjatnya PALSU (Maudhu’). Di
dalam sanadnya terdapat seorang perawi yang bernama Ibnu Abi Az-Zinad.
* Yahya bin Ma’in berkata tentangnya: “Dia tidak ada apa-apanya, dan
hadithnya tidak dapat dijadikan hujjah. Dan nama Abu Az-Zinad adalah Abdullah
bin Dzakwan. Sedangkan nama anaknya adalah Abdurrahman. Dahulu (Abdurrahman)
Ibnu Mahdi tidak meriwayatkan hadits darinya.”
* Imam Ahmad berkata tentangnya: “Dia seorang perawi yang mudhtharib
hadithnya (perawi yang menyampaikan riwayat secara tidak cermat/jitu atau berbeza-beza).”
* Abu Hatim Ar-Razi berkata tentangnya: “Dia tidak dapat dijadikan
hujjah. Barangkali sebahagian ahlul ahwa (atau ahli bidaah) telah memasukkannya
di dalam hadithnya.”
* Al-Hafiz Ibnu hajar Al-Asqalani berkata tentangnya: “Shaduq (orang
jujur), hafalannya mengalami perubahan ketika ia datang ke kota Baghdad.”
(Taqrib At-Tahdzib 2/340 no. 3861).
No comments:
Post a Comment