Hasan Al Bashri rahimahullah mengatakan:
العبدُ يذنب ، ثُمَّ يتوبُ
ويستغفِرُ : يُغفر لهُ ، ولكن لا يُمحاه من كتابه دونَ أنْ يَقِفَه عليهِ ، ثُمَّ
يسأله عنه
Seorang hamba berdosa, bertaubat, meminta ampun, dan diampuni, namun,
dosa itu tidak dihapuskan dari catatan amalnya hingga Allah memperlihatkan kepadanya
dan menanyainya.
ثم بكى الحسن بكاءً شديداً ،
وقال : لو لم نَبكِ إلاَّ للحياء من ذلك المقام ، لكان ينبغي لنا أن نبكي
Lantas, Hasan pun menangis
tersedu dan mengatakan, "Kalau kita tidak menangis sekarang kerana malu
saat berdiri waktu itu, sudah sepantasnya kita menangis (kerana kerasnya kalbu
kita)." (Jami'ul Ulum wal Hikam syarah hadis ke-18).
Bilal bin Sa'd mengatakan:
إن الله يغفر الذنوب، ولكن
لا يمحوها من الصحيفة حتى يوقفه عليها يوم القيامة وإن تاب.
Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa, namun tidak menghapusnya dari
catatan amalan hingga memperlihatkannya pada hari kiamat, meski orang itu telah
bertaubat. (Hilyatul Auliya 5/226).
Dalam sebuah hadith riwayat Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda:
لَا يَسْتُرُ عَبْدٌ عَبْدًا
فِي الدُّنْيَا، إِلَّا سَتَرَهُ اللهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
Tidaklah seseorang hamba menutup aib hamba yang lain, melainkan Allah
tutup aib hamba yang pertama tadi di Hari Kiamat. (HR. Muslim no. 2590)
Daripada Ibn Umar ra bahawa Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ تَتَبَّعَ عَوْرَةَ
أَخِيهِ المُسْلِمِ تَتَبَّعَ اللَّهُ عَوْرَتَهُ، وَمَنْ تَتَبَّعَ اللَّهُ
عَوْرَتَهُ يَفْضَحْهُ وَلَوْ فِي جَوْفِ رَحْلِهِ
Barangsiapa yang mencari-cari aib (atau kelemahan) saudaranya yang
muslim, nescaya Allah akan membuka aibnya walaupun dia berada di dalam
rumahnya. (HR. Tirmidzi no. 2032, dihasankan oleh Syeikh al-Albani)
Terdapat juga sunnah berdoa untuk minta keselamatan dari didedahkan aib
di khalayak semasa di mahsyar.
Daripada Ibn Umar ra, bahawa Rasulullah SAW sering mengulang-ulang doa
ini para waktu pagi dan petang:
اللَّهُمَّ إِنِّي
أَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ. اللَّهُمَّ إِنِّي
أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِي دِينِي وَدُنْيَايَ، وَأَهْلِي وَمَالِي.
اللَّهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَاتِي، وَآمِنْ رَوْعَاتِي. اللَّهُمَّ احْفَظْنِي مِنْ
بَيْنِ يَدَيَّ وَمِنْ خَلْفِي، وَعَنْ يَمِينِي وَعَنْ شِمَالِي، وَمِنْ فَوْقِي،
وَأَعُوذُ بِعَظَمَتِكَ مِنْ أَنْ أُغْتَالَ مِنْ تَحْتِي
Ya Allah aku memohon keselamatan di dunia dan akhirat. Ya Allah aku
memohon kepada-Mu kemaafan dan keselamatan pada agamaku dan duniaku, pada ahli
keluargaku dan hata bendaku. Ya Allah tutuplah auratku (aib dan kelemahan), dan
amankanlah ketakutanku. Ya Allah peliharalah aku daripada bahaya yang datang dari
hadapanku, dari belakangku, dari kananku, dari kriku, dari atasku, dan aku
berlindung dengan keagungan-Mu daripada tergelincir daripada bawahku (HR.
Bukhari no. 2100 dalam Adab al-Mufrad, sanadnya sahih menurut an-Nawawi dalam
al-Azkar no. 111).
Al-Qadhi Iyadh rahimahullahu berkata, "Tentang ditutupnya aib si
hamba pada hari kiamat, maka ada dua kemungkinan makna:-
Pertama: Allah Ta’ala akan menutupi kemaksiatan dan aibnya dengan cara tidak
mengumumkannya kepada manusia di padang mahsyar.
Kedua: Allah Ta’ala tidak akan menghitung aibnya dan tidak akan menyebut
aibnya tersebut." (Minhaj Syarah Sahih Muslim 16/360).
Ia disokong oleh hadith dari Abdullah bin ‘Umar ra,
Shafwan bin Muhriz bahawa seorang laki-laki pernah bertanya kepada Ibnu
Umar, “Bagaimana anda mendengar sabda Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wassallam
tentang An Najwa (bisikan di hari kiamat)?” Ibnu Umar menjawab,
يَدْنُو أَحَدُكُمْ مِنْ
رَبِّهِ حَتَّى يَضَعَ كَنَفَهُ عَلَيْهِ فَيَقُولُ عَمِلْتَ كَذَا وَكَذَا .
فَيَقُولُ نَعَمْ . وَيَقُولُ عَمِلْتَ كَذَا وَكَذَا . فَيَقُولُ نَعَمْ .
فَيُقَرِّرُهُ ثُمَّ يَقُولُ إِنِّى سَتَرْتُ عَلَيْكَ فِى الدُّنْيَا ، فَأَنَا
أَغْفِرُهَا لَكَ الْيَوْمَ
Iaitu salah seorang dari kalian akan mendekat kepada Rabb-nya. Kemudian
Dia meletakkan naunganNya di atasnya. Kemudian Dia berfirman, “Apakah kamu
telah berbuat ini dan ini?” Hamba itu menjawab, “Ya, benar.” Dia berfirman
lagi, “Apakah kamu telah melakukan ini dan ini?” Hamba itu menjawab, “Ya,
benar.” Dia pun mengulang-ulang pertanyannya, kemudian berfirman, “Sesungguhnya
Aku telah menutupi dosa-dosa tadi (merahsiakannya) di dunia dan pada hari ini
aku telah mengampuninya bagimu. (HR. Bukhari no. 6070).
An-Najwa adalah saat dialog antara Allah dan hambaNya yang beriman saat
di mana dosa-dosa seorang mukmin di hadapkan pada Allah, lalu ia pun mengakui
dosa-dosanya itu. Kemudian setelah itu Allah mengampuni dosa-dosanya setelah ia
bersendirian dengan Allah dan tidak ada seorang pun yang melihatnya/mendengar
ketika itu (Fathul Bari 10/488).
Rujukan
Fatwa Syabakah Islamiyah no. 207649
No comments:
Post a Comment