Sebagaimana sabda Rasûlullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam :
أَوَّلُ مَا يُـحَاسَبُ بِهِ
الْعَبْدُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ الصَّلَاةُ ، فَإِنْ صَلَحَتْ صَلَحَ لَهُ سَائِرُ
عَمَلِهِ ، وَإِنْ فَسَدَتْ فَسَدَ سَائِرُ عَمَلِهِ
Perkara yang pertama kali dihisab dari seorang hamba pada hari Kiamat
adalah solat. Apabila solatnya baik, maka seluruh amalnya pun baik. Apabila
solatnya buruk, maka seluruh amalnya pun buruk (HR. at-Thabarani dalam Mu'jam
al-Awsath no. 1880, daripada Anas bin Malik ra, disahihkan oleh Syeikh
al-Albani dalam Silsilah Hadith Sahih no. 1358).
وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ –
رَضِيَ اللهُ عَنْهُ – ، قَالَ : قاَلَ رَسُولُ اللهِ – صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ – : (( إنَّ أَوَّلَ مَا يُحَاسَبُ بِهِ العَبْدُ يَوْمَ القِيَامَةِ
مِنْ عَمَلِهِ صَلاَتُهُ ، فَإنْ صَلُحَتْ ، فَقَدْ أفْلَحَ وأَنْجَحَ ، وَإنْ
فَسَدَتْ ، فَقَدْ خَابَ وَخَسِرَ ، فَإِنِ انْتَقَصَ مِنْ فَرِيضَتِهِ شَيْءٌ ،
قَالَ الرَّبُ – عَزَّ وَجَلَّ – : اُنْظُرُوا هَلْ لِعَبْدِي مِنْ تَطَوُّعٍ ،
فَيُكَمَّلُ مِنْهَا مَا انْتَقَصَ مِنَ الفَرِيضَةِ ؟ ثُمَّ تَكُونُ سَائِرُ أعْمَالِهِ
عَلَى هَذَا ))
Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu berkata, Rasulullah shallallahu ‘alaihi
wa sallam bersabda, “Sesungguhnya amal yang pertama kali dihisab pada seorang
hamba pada hari kiamat adalah solatnya. Maka, jika solatnya baik, sungguh ia telah
beruntung dan berhasil. Dan jika solatnya rosak, sungguh ia telah gagal dan
rugi. Jika berkurang sedikit dari solat wajibnya, maka Allah Ta’ala berfirman,
‘Lihatlah apakah hamba-Ku memiliki solat sunnah.’ Maka disempurnakanlah apa
yang kurang dari solat wajibnya. Kemudian begitu pula dengan seluruh amalnya.”
(HR. Tirmidzi, no. 413 dan An-Nasa’i, no. 466. Al-Hafiz Abu Thahir mengatakan
bahawa hadith ini sahih).
Faedah hadith
Perkara yang pertama kali akan dihisab pada hamba dari perkara ibadah
pada hari kiamat adalah solat.
Siapa yang mendirikan solat, maka bagus amalnya. Siapa yang tidak bagus
solatnya, maka amalnya pasti rosak.
Allah sangat penyayang pada hamba di mana Allah menyempurnakan amalan
wajib yang ia lakukan dengan amalan sunnah sebagai penutup kekurangannya.
Umumnya amalan wajib akan disempurnakan dengan amalan sunnah sampai
bertambahlah kebaikan hingga mengalahkan kejelekan sampai masuk syurga dengan
rahmat Allah.’
Hendaklah setiap orang memperbanyakkan dan menjaga amalan sunnah, bukan
hanya mementingkan yang wajib saja.
Rujukan
Bahjah An-Nazhirin Syarh Riyadh Ash-Shalihin. Dar Ibnul Jauzi. 2/255-256.
No comments:
Post a Comment