1- membaca do’a:
بِسْمِ اللهِ، اَللَّهُمَّ جَنِّبْنَا الشَّيْطَانَ وَجَنِّبِ الشَّيْطَانَ
مَا رَزَقْتَنَا.
“Dengan menyebut nama Allah, Ya
Allah, jauhkanlah aku dari syaitan dan jauhkanlah syaitan dari anak yang akan
Engkau karuniakan kepada kami.” Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam
bersabda: “Maka, apabila Allah menetapkan lahirnya seorang anak dari hubungan
antara keduanya, nescaya syaitan tidak akan membahayakannya selama-lamanya. (HR.
Muslim no. 1434, sahih).
2- Jangan gelojoh
لا يقعَنَّ أحدُكمْ على امرأتِهِ كما تقعُ البهيمةُ
ليكنْ بينَهما رسولٌ قيلَ وما الرسولُ فقال رسولُ اللهِ ﷺ القُبلَةُ والكلامُ
Siapa pun di antara kamu,
janganlah menyamai isterinya seperti seekor haiwan bersenggama, tapi hendaklah
ia dahului dengan perantaraan.” Selanjutnya, ada yang bertanya: “Apakah
perantaraan itu”? Rasul Allâh SAW bersabda, “Iaitu ciuman dan ucapan-ucapan
romantis (HR. ad-Dailami dalam Musnadnya seperti mana disebutkan oleh al-Iraqi
dalam Takhrij Ihya' 2/50, hadith munkar menurut al-Iraqi)
3- Menggunakan penutup? Selimut
إذا أتى أحدُكُم أَهْلَهُ فليستَترِ ، ولا يتَجرَّد تجرُّدَ العيرَينِ
Apabila salah seorang dari kalian
mmendatangi isterinya maka hendaklah menggunakan kain penutup, dan janganlah
keduanya telanjang sebagaimana telanjangnya dua ekor keldai” (HR. Ibnu Majah
no. 1921, dhaif menurut Syeikh al-Albani)
4- Jangan melalui dubur
مَلْعُونٌ مَنْ أَتَى امْرَأَتَهُ فِي دُبُرِهَا
Orang yang dilaknat itu adalah
seorang yang mendatangi wanitanya pada duburnya (HR. Ahmad no. 9733, Abu Daud
no. 2162, hasan menurut Syeikh al-Albani)
5- Tidak pada waktu haid
ويسألونك عن المحيض قل هو أذى فاعتزلوا النساء في المحيض ولا تقربوهن حتى
يطهرن فإذا تطهرن فأتوهن من حيث أمركم الله إن الله يحب التوابين ويحب المتطهرين
Mereka bertanya kepadamu tentang
haidh Katakanlah: ‘Haid itu adalah suatu kotoran. ‘Oleh sebab itu hendaklah
kamu menjauhkan diri dari wanita di waktu haidh dan janganlah kamu mendekati
mereka, sebelum mereka suci. Apabila mereka telah suci, maka campurilah mereka
itu di tempat yang diperintahkan Allah kepadamu. Sesungguhnya Allah menyukai
orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri.’ (QS.
Al-Baqarah: 222).
6- Menyebarluas cerita bersama suami kepada orang
lain
إن من شر الناس منزلة عند الله يوم القيامة الرجل يفضي
إلى امرأته وتفضي إليه ثم ينشر سرها
Sesungguhnya orang yang terburuk
disisi Allah pada hari kiamat adalah suami mendatangi isterinya dan (isteri)
mendatangi suaminya kemudian menyebarkan rahasianya.’ (HR. Muslim no. 2597,
sahih)
No comments:
Post a Comment