Matan hadith
ألا أُنبِّئُكم بليلةٍ أفضلَ من ليلةِ القدرِ؟ حارسُ حرسٍ في أرضِ خوفٍ،
لعله أن لا يرجعَ إلى أهلِه
Terjemahan
Hendakkah kamu aku tunjukkan satu malam yang lebih afdhal daripada malam
lailatul qadr iaitu seorang lelaki berkawal di bumi menakutkan dan berkemungkinan
dia tidak mampu lagi kembali kepada keluarganya.
Takhrij
HR. Ibn Abi Syaibah dalam Musannafnya 5/296, ar-Ruyani dalam Musnadnya
2/247, al-Hakim 2/80-82 no. 2479, dan Baihaqi dalam Syuabul Iman 9/149 no. 3929,
daripada Ibnu Umar ra.
Al-Hakim berkata hadith ini sahih menurut syarat Bukhari dan disetujui
oleh az-Zahabi.
Syeikh al-Albani menilai hadith ini sahih dalam Silsilah Hadith Sahih
6/739.
No comments:
Post a Comment