Friday, 18 December 2020

Hadith kelebihan bertugas sebagai 'frontliner' melebihi malam lailatul qadar

 

Matan hadith

 

ألا أُنبِّئُكم بليلةٍ أفضلَ من ليلةِ القدرِ؟ حارسُ حرسٍ في أرضِ خوفٍ، لعله أن لا يرجعَ إلى أهلِه

 

Terjemahan

 

Hendakkah kamu aku tunjukkan satu malam yang lebih afdhal daripada malam lailatul qadr iaitu seorang lelaki berkawal di bumi menakutkan dan berkemungkinan dia tidak mampu lagi kembali kepada keluarganya.

 

Takhrij

 

HR. Ibn Abi Syaibah dalam Musannafnya 5/296, ar-Ruyani dalam Musnadnya 2/247, al-Hakim 2/80-82 no. 2479, dan Baihaqi dalam Syuabul Iman 9/149 no. 3929, daripada Ibnu Umar ra.

 

Al-Hakim berkata hadith ini sahih menurut syarat Bukhari dan disetujui oleh az-Zahabi.

 

Syeikh al-Albani menilai hadith ini sahih dalam Silsilah Hadith Sahih 6/739.

No comments:

Post a Comment

Hadith Keutamaan Menziarahi Orang Sakit

  Matan hadith   قَالَ -صلىّ الله عليه وسلّم-: إِذَا عَادَ الرَّجُلُ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ مَشَى فِيْ خِرَافَةِ الْجَنَّةِ حَتَّى يَجْلِسَ...