Berikut hasil semakan syeikh Thtl
dan sedikit tambahan dan kemasan dari saya.
1. PANDANGAN MATA (TAK SAHIH DGN
KOMENTAR)
Pandangan mata adalah anak panah
iblis. Lihat bukan muhrim sekali saja. Lihat kali kedua akan hilang nikmat
ibadah 40 hari. Tiada kusyuk.
a) Pandangan mata adalah panahan
iblis (TAK SAHIH)
النَّظرُ سَهمٌ مسمومٌ من سِهامِ إبليسَ
Pandangan mata adalah panah
beracun dari panahan Iblis.
HR. Thabarani dalam Mu’jam
al-Kabir 10/214, Syeikh al-Albani menilai hadith ini dhaif jiddan dalam Dhaif
Targhib no. 1194 dan Hijab al-Mar’ah no. 49.
b) Lihat sekali sahaja (SAHIH)
يا عليُّ لاَ تتبعِ النَّظرةَ النَّظرةَ فإنَّ لَكَ الأولى وليست لَكَ
الآخرةُ
Wahai Ali janganlah engkau ikuti
pandangan yang pertama dengan pandangan yang berikutnya, kerana yang pertama
untukmu dan kedua bukan lagi untukmu.
HR. Tirmidzi no. 2777, hasan
lighairih menurut Syeikh al-Albani.
c) Pandangan kedua hilang nikmat
ibadah 40 hari (TAK SAHIH), yang paling hampir adalah:-
من نظر إلى عورة أخيه متعمدا لم يقبل الله له صلاة أربعين يوما ، ولم تستجب
له دعوة أربعين صباحا
Barangsaiapa melihat aurat
saudaranya dengan sengaja tidak diterima Allah swt solatnya selama 40 hari dan
tidak diterima doanya selama 40 subuh
HN. Al-Hasani Al-Maghribi dalam
Kitab Ruh As-Sunnah wa Ruh An-Nufus al-Muthmainnah hal. 83.
Hadith palsu sepertimana
dinaqalkan oleh Syeikh Muhammad Tahir al-Fattani dalam Tazkirah Mudhuat hal.
181.
2. MAKAN GARAM (TAK SAHIH)
Celup jari kelingking dalam
garam, menghisapnya sebelum dan selepas makan. Garam adalah penawar paling
mujarab keracunan dan boleh menghalang sihir
وإذا أكلت فابدأ بالملح واختم بالملح؛ فإن في الملح شفاء
من سبعين داء، أولها الجذام والجنون والبرص
Jika kamu makan, mulailah dengan
merasa garam dan akhiri dengan merasa garam. Kerana dalam garam terdapat ubat
bagi 70 penyakit, yang pertama lepra, gila, dan kusta”
HR. Baihaqi di dalam Dalail
al-Nubuwwah 7/229, as-Suyuthi di dalam al-La’ali al-Masnu’ah 2/313.
Kedua-dua imam menilai hadith ini
palsu. Hadith mauquf dari Ali ra.
Tidak ada satu pun hadith yang
sahih dalam bab sunnahnya makan garam sebelum menjamah makanan (al-Fatawa
al-Haditsiyah, al-Huwaeni, 1/497; al-Fawaid al-Majmu’ah, lil Syawkani, 1/78).
Garam penangkal jin, syaitan dan
sihir?
فلا نعلم ما يفيد من ناحية الشرع أو العقل أو التجربة كون الملح يفيد في
طرد الحسد والشياطين، وقد قرر أهل العلم أنه لا يجوز للمسلم أن يجعل شيئاً سبباً
لجلب نفع أو دفع ضر إلا ما ثبت شرعاً أو حساً أنه كذلك، قال الشيخ صالح آل الشيخ:
اعتقادات الناس في دفع العين لا حصر لها، والجامع لذلك أن كل شيء يفعله الناس بما
يعتقدونه سببا وليس هو بسبب شرعي ولا قدري فإنه لا يجوز اتخاذه.
“Kami belum mendapatkan keterangan
dari sisi syariat, akal mahupun penelitian yang menjelaskan bahawa garam itu
mampu mengusir pandangan mata jahat dan syaitan. Para ulama telah menetapkan
bahawa seorang muslim tidak boleh menjadikan sesuatu sebagai sebuah sebab untuk
menghasilkan manfaat atau menolak mudharat. Kecuali apa-apa yang telah
ditetapkan oleh syariat ataupun kajian kebenaran teori tersebut.
Syaikh Shalih Ali Syaikh
menyatakan :
“Keyakinan manusia di dalam
mengantisipasi ‘Ain (pandangan mata jahat) tidak mampu dihitung. Panduan dalam
masalah itu adalah bahawa semua hal yang dilakukan oleh manusia yang ia yakini
sebagai sebuah sebab padahal ia bukan sebab baik secara syar’i maupun qadari
maka tidak boleh dilakukan.” (Fatawa Syabakah Islamiyah no. 178657).
3. MINUM TANGAN KANAN (SAHIH)
Sentiasa minum memegang gelas
dengan tangan kanan. Iblis minum dengan tangan kiri.
إذَا أَكَلَ أَحَدُكُمْ فَلْيَأْكُلْ بِيَمِينِهِ وَإِذَا شَرِبَ
فَلْيَشْرَبْ بِيَمِينِهِ فَإِنَّ الشَّيْطَانَ يَأْكُلُ بِشِمَالِهِ وَيَشْرَبُ
بِشِمَالِهِ
Jika seseorang di antara kalian
makan, maka hendaklah dia makan dengan tangan kanannya. Jika minum maka
hendaklah juga minum dengan tangan kanannya, kerana syaitan makan dengan tangan
kirinya dan minum dengan tangan kirinya pula (HR. Muslim no. 2020).
4. SESAAT DI JALAN ALLAH (SAHIH
DGN KOMENTAR)
Sesaat berdiri di jalan Allah
lebih baik dari solat di depan hajarul aswad pada malam Qadar walaupun hanya
sekadar "hai kawan ayuhlah kita solat"
موقفُ ساعةٍ في سبيلِ اللهِ خيرٌ من قيامِ ليلةِ القدرِ عند الحجرِ الأسودِ
Berdiri sesaat di jalan Allah
(jihad) adalah lebih baik dari melakukan qiyam Ramadhan pada malam lailatul
Qadar di sisi hajar
HR. Ibn Hibban dan al-Baihaqi,
disahihkan oleh al-Albani dalam Silsilah Hadith Sahih no. 1068.
Tambahan "walaupun hanya sekadar
"hai kawan ayuhlah kita solat" adalah tambahan yang tak ada asal
usulnya.
Sunnah no. 4 ini mengelirukan
sebab kesemuanya sunnah, berjihad fi sabilillah, mencari malam Qadar dan juga
tawaf di Kaabah. cuma yg lebih tinggi sunnahnya ialah berjihad dalam perang
sabil.
5. LANGKAH KANAN (SAHIH)
Masuk masjid kaki kanan, keluar
kaki kiri. Masuk rumah kaki kanan, keluar rumah kaki kiri. Masuk tandas kaki
kiri, keluar kaki kanan.
كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ «يُعْجِبُهُ
التَّيَمُّنُ، فِي تَنَعُّلِهِ، وَتَرَجُّلِهِ، وَطُهُورِهِ، وَفِي شَأْنِهِ
كُلِّهِ
Dahulu Nabi shallallahu ‘alaihi
wasallam amat menyukai memulai dengan kanan dalam mengenakan sandal, menyisir
rambut, bersuci dan dalam urusannya yang penting semuanya (HR. Bukhari no. 168 dan
Muslim no. 268).
6. MAKAN TIGA JARI (SAHIH DGN
KOMENTAR)
Nabi s.a.w makan kurma dengan 3
jari iaitu jari ibu, telunjuk dan hantu. Kita makan nasi kalau susah bolehlah
dengan 3 suapan pertama ikut sunnah.
Sahih dengan penjelasan:-
Sunnah makan dgn 3 jari: dari
Kaab bin Maalik ra:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَأْكُلُ
بِثَلَاثِ أَصَابِعَ وَيَلْعَقُ يَدَهُ قَبْلَ أَنْ يَمْسَحَهَا
Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam makan dengan tiga jari, dan beliau menjilatinya sebelum mencuci
tangannya (HR. Muslim no. 2032).
Kata Ibn Utsaimin, sunnah makan 3
hari untuk makanan orang arab, seperti roti dan kurma kerana supaya tidak
menampakkan gelojoh atau rakus dalam makan. Jika makanan itu memerlukan lima
jari, seperti nasi bagi sesetengah kaum,
maka sunnah juga makan dgn 5 jari. (Syarah Riyadhus Shalihin jil. 7)
7. JAMINAN ALLAH (SAHIH)
3 orang mendapat jaminan Allah
iaitu orang yang memberi salam sebelum masuk rumah, orang yang keluar ke masjid
dan orang yang keluar ke jalan Allah.
ثلاثة كلهم ضامن على الله إن عاش كفي وإن مات دخل الجنة من دخل بيته بسلام
فهو ضامن على الله عز وجل ومن خرج إلى المسجد فهو ضامن على الله ومن خرج في سبيل
الله فهو ضامن على الله
Tiga golongan, semua mereka itu
dijamin oleh Allah, jika dia hidup akan diberi kecukupan dan jika dia mati akan
masuk syurga, iaitu: Sesiapa yang masuk rumahnya dengan memberi salam, maka dia
dijamin oleh Allah, siapa yang keluar pergi ke masjid, maka dia dijamin oleh
Allah dan sesiapa yang keluar untuk pergi berjihad di jalan Allah, maka dia
dijamin oleh Allah.”
HR. Bukhari dalam Adabul Mufrad
no. 1094, Abu Daud no. 2494, Ibnu Hibban no. 499 disahihkan oleh Syeikh
al-Albani dan Syeikh al-Arnauth.
8. GUNTING BULU (SAHIH)
Apabila lelaki dan perempuan
tidak menggunting, mengemas bulu kemaluan dan ketiak selama 40 hari, maka iblis
akan bersarang dan berbuai di situ.
وُقِّتَ لَنَا فِي قَصِّ الشَّارِبِ وَتَقْلِيمِ الأَظْفَارِ وَنَتْفِ
الإِبْطِ وَحَلْقِ الْعَانَةِ أَنْ لاَ نَتْرُكَ أَكْثَرَ مِنْ أَرْبَعِينَ
لَيْلَةً
Ditetapkan waktu buat kami pada
memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak, mencabut bulu kemaluan,
agar kami tidak membiarkannya lebih dari empat puluh malam.
HR. Ahmad no. 12232 Muslim no.
258, Tirmidzi no. 2759, Abu Daud no. 4200, sahih.
Tambahan Iblis akan bersarang di
situ adalah tambahan Muhyidin Ibn Arabi dalam kitabnya Sajaratul Kaun / Darul
‘Ilmi al-Munawar asy-Syamsiyah. Ibn Taymiyah berkomentar, ia adalah batil,
tiada asalnya (Majmu Fatawa 18/350).
9. JANGAN BERSIUL (TAK SAHIH)
Jangan bersiul kerana sewaktu
mula-mula dibuang ke dunia, iblis mengembara sambil bersiul-siul dan orang yang
bersiul itu adalah penghibur iblis.
TIDAK SAHIH, kenyataan siulan
dikaitkan dgn Iblis adalah tidak sahih, tiada asalnya kenyataan yg demikian
Tidak ada nas hadith melainkan
ayat al-Quran:-
وَمَا كَانَ صَلاَتُهُمْ عِندَ الْبَيْتِ إِلاَّ مُكَاء وَتَصْدِ
يَةً فَذُوقُواْ الْعَذَابَ بِمَا كُنتُمْ تَكْفُرُونَ
Sembahyang mereka di sekitar
Baitullah itu, lain tidak hanyalah siulan dan tepukan tangan. Maka rasakanlah azab
disebabkan kekafiranmu itu (al-Anfaal ayat 35).
Ayat ini menurut Ibn Abbas ialah
cara orang arab jahiliyah mengerjakan ibadat tawaf dengan bersiul dan bertepuk
tangan.
Menurut Mujahid, org jahiliyah
bersiul di dalam Kaabah kerana nak mengacau Nabi dan para sahabat yang solat
dan tawaf.
Adapun bersiul dalam diluar
mesjid, tidak ada larangan hadith cuma ada dalam kitab-kitab adab, bahawa
bersiul adalah makruh, dibenci, bukan amalan sunnah. Tapi hukum asalnya adalah
khilaf, misalnya gembala kambing yg kesunyian, drebar lori, apakah mereka tidak
bersiul kerana kebosanan?
Bersiul yang dilarang ialah dalam
masjid. Itu jelas dan sunnah membenci siulan adalah pendapat ulama' hadith
sahaja dan larangan siulan dan dikaitkan dengan Iblis adalah ekstrim.
Ibnu Utsaimin mengatakan,
أما التصفير فأنا أكرهه كراهة ذاتية ، وليس عندي دليل ، ولو أن شخصاً طلب
مني دليلاً ، فلا أستطيع أن أقول : عندي دليل
Untuk bersiul, secara perbuatan
saya tidak menyukainya. Meskipun saya tidak punya dalil. Jika ada orang yang
memintaku membawakan dalil, saya tidak mampu mengatakan saya punya dalil
(Liqa’at Bab al-Maftuh 4/119).
10. CARA POTONG KUKU TANGAN (TAK
SAHIH)
Mula dari jari telunjuk yang
kanan terus ke kanan sampai kelingking kanan, disambung dari kelingking kiri ke
ibu jari kiri hingga ibu jari kanan.
11. CARA POTONG KUKU KAKI (TAK
SAHIH)
Mula dari kelingking kanan ke
sebelah kiri sampai kelingking sebelah kiri.
10 & 11 TIDAK SUNNAH dengan aturan demikian, dalil:
Al-Hafiz Ibnu Hajar rh
menjelaskan, “Dan tidak ada satu pun hadith yang sahih tentang urutan jemari
ketika memotong kuku.” Ia cuma pendapat ulama saja seperti al-Ghazali , hal ini
dibantah oleh Ibnu Daqiq al-Ied dengan mengatakan semua ini tidak ada asalnya
(Fathul Bari 10/345).
12. PANJANG LENGAN BAJU (TAK SAHIH)
Panjang lengan baju Rasulullah
SAW adalah hanya sampai pergelangan tangan sahaja.
كانَ كمُّ يدِ رسولِ اللَّهِ صلَّى اللَّهُ عليهِ وسلَّمَ إلى الرُّسغِ
Panjang lengan baju Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wa sallam sampai pergelangan tangan.” (HR. Tirmidzi no.
1765 dan Abu Daud no. 4027, Abu Isa mengatakan bahawa hadith ini hasan gharib,
Syeikh al-Albani mendhaifkan hadith ini).
Ia sebenarnya isu Isbal pada
lengan baju. Ini kerana kita hanya ingat isbal hanya pada bahagian bawah
pakaian, tapi juga pada lengan baju, tidak melebihi pergelangan tangan. Ini
kerana kaum bangsawan Inggeris memakai baju yg mana lengannya melebihi
pergelangan kerana sombong.
Maka sapa yang pakai short-sleeve
masih tidak menyalahi sunnah. Yang tidak
sunnah ialah isbal pada lengan baju (jangan melebihi pergelangan tangan kerana
sombong).
Rumusan:
sunnah pakai short dan long
sleeve, tapi tidak isbal melebihi pergelangan tangan.
* isbal=melabuhkan pakaian kerana
sombong
Masalah ini tidak berkaitan
dengan masalah ibadah ataupun hukum syar’i, maka para ulama’ mempermudah
masalah ini dan boleh diamalkan. Apalagi didapatkan riwayat dari sebahagian
sahabat yang menguatkan masalah ini, seperti riwayat Ibnu Abil Bukhturi:
“Aku melihat Anas bin Malik
panjang lengan bajunya sampai pergelangan tangan.” (HR. Ibnu Abi Syaibah). Di
dalam kitab zadul ma’ad, Ibnul Qayyim berkata: “ Dahulu panjang lengan baju
Nabi sampai pergelangan tangan.” (Fatwa Soaljawab Islam no. 223516).
13. PAKAIAN KESUKAAN
Pakaian kesukaan Rasulullah SAW
adalah gamis iaitu baju labuh atau kurta.
SAHIH, TAPI TAK SEPATUTNYA MASUK
SENARAI SUNNAH
عن أمِّ سلمةَ قالت : كان أحبَّ الثيابِ إلى رسولِ اللهِ صلَّى اللهُ
عليْهِ وسلَّمَ القميصُ
Pakaian yang paling disukai
Rasulullah s.a.w. adalah gamis.
HR. Tirmidzi no. 1764 dan Abu
Daud 4025, sahih.
Gamis adalah jubah arab.
Ia adalah sunnah al-jibliyah atau
umur al-jibliyah (sunnah atau urusan yang bersifat lokal, tabiat dan peribadi).
maksud gamis dalam masyarakat Melayu adalah kemeja dan baju melayu. Cuma gamis
arab ni dia satu piece bukan dua piece yang dipakai oleh melayu, Maka sunnah
berpakaian yang betul dalam isu ini ialah pakaian yang menutup aurat bukan
gamis arab atau jubah arab.
Tutup aurat itulah yang
sunnahnya. Jenis gamis tu isu no. 2
14. BERSIWAK (SAHIH DGN KOMENTAR)
Jika didahului dengan bersiwak
(bersugi), satu kali anda bertasbih maka Allah hitung 70 kali bertasbih. Jika
bersolat akan dihitung 70 kali solat.
Brsiwak itu SUNNAH, manakala
fadilat 70X tasbih dan 70X solat adalah TIDAK SAHIH.
كانَ النبيُّ صَلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ إذَا قَامَ مِنَ اللَّيْلِ،
يَشُوصُ فَاهُ بالسِّوَاكِ.
Rasulullah SAW apabila bangun di
malam hari Baginda SAW mengosok mulutnya dengan siwak" (HR. Bukhari no. 245).
السِّوَاكَ مَطْهَرَةٌ لِلْفَمِّ مَرْضَاةٌ لِلرَّبِّ
“Siwak membuat bersih mulut dan
mendatangkan redha Allah” (HR. Ahmad no. 7, sahih menurut an-Nawawi dalam
al-Majmu’ 1/267 dan Syeikh al-Albani) .
Dan banyak lagi anjuran bersiwak
daripada Nabi saw.
Manakala hadith kelebihan solat
selepas siwak 70x ganda daripada tidak bersiwak itu dhaif DAN tak sahih.
عَنْ عَائِشَةَ رضي الله عنها قَالَتْ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : تَفْضُلُ الصَّلاَةُ الَّتِي يُسْتَاكُ لَهَا عَلَى
الصَّلاَةِ الَّتِي لاَ يُسْتَاكُ لَهَا سَبْعِينَ ضِعْفًا
Dari ‘Aisyah Radhiyallahu anha
dia berkata: Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Solat yang
dikerjakan setelah bersiwak (membersihkan gigi) lebih utama tujuh puluh kali
lipat daripada solat yang dikerjakan tanpa bersiwak.
HR. Ahmad 6/272, Ibnu Khuzaimah
1/71, al-Hakim 1/244 dan al-Baihaqi dalam Syuabul Iman 3/1066.
Ibn Hajar menilai hadith ini
dha'if mungkar, jalur-jalur periwayatan semua cacat, kata Imam Yahya bin Ma'in,
hadith batil. Ibnu Khuzaiman, Imam al-Baihaqi dan Imam an-Nawawi menyatakan
kelemahan hadith dengan alasan yang sama yakni tadlisnya perawi Muhammad bin
Ishaq bin Yasar.
Juga didhaifkan oleh Syeikh
al-Albani dalam Takhrij Misyakatul Masabih 1/84.
Siwak diperbahaskan oleh prof Dr
Yusuf al-Qardhawi, kesimpulan beliau, semua oral hygiene (penjagaan gigi)
samada siwak, berus gigi, ubat gigi, gargle, mengunjungi dentist, semuanya
termasuk sunnah siwak. Sunnah siwak bukan hanya dengan kayu sugi tapi juga dgn
memberus gigi dgn ubat gigi. WA
15. DOA DALAM SUJUD (SAHIH)
Saat yang paling hampir antara
seseorang hamba dengan Tuhannya ialah ketika bersujud kerana itu hendaklah kamu
memperbanyakkan doa di dalamnya.
قَالَ أَقْرَبُ مَا يَكُونُ الْعَبْدُ مِنْ رَبِّهِ وَهُوَ سَاجِدٌ
فَأَكْثِرُوا الدُّعَاءَ
Keadaan seorang hamba yang paling
dekat dari Rabbnya adalah ketika dia sujud, maka perbanyaklah doa (HR. Muslim
no. 482).
Cara mengamalkan sunnah ini:
1. amalkan doa-doa yg diajar oleh
Nabi saw ketika sujud
2. tidak boleh tertinggal dari
mengikuti Imam kalau solat berjamaah kerana lamanya berdoa. Maka yang terbaik
berdoalah ketika solat sunat sendirian khususnya solat malam.
3. doa ketika sujud ada dua
jenis, satu: doa puji Allah, dua: doa minta sesuatu hajat.(Ibn Qayyim, Zaad
al-Ma'ad, 1/235).
16. ADAB DI TANDAS
Masuk tandas kaki kiri, pakai
alas kaki dan tutup kepala.
Tarjih:
Sunnah yang sahih ialah berzikir
(HR. Muslim no. 375) ketika masuk, masuk dengan kaki kiri,
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْخُبُثِ وَالْخَبَائِثِ
keluar dengan kaki kanan (HR.
Muslim no. 268) dan berzikir ketika keluar tandas:
(غُفْرَانَكَ ) (HR. Abu Daud no. 30, Tirmidzi no. 7, Ibnu Majah no. 300,
sahih menurut Abu Hatim dalam al-Muharrar no. 69 )
Pakai selipar dan tutup kepala tu
tidak tsabit dari Nabi saw, kerana berdalilkan hadith yang dhaif:-
Terdapat riwayat dari Habib bin
Sholeh, beliau mengatakan,
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم إِذَا دَخَلَ الْخَلاَءَ لَبِسَ
حِذَاءَهُ وَغَطَّى رَأْسَهُ
Ketika Rasulullah Shallallahu
‘alaihi wa sallam masuk tandas, beliau memakai sandal dan penutup kepala.
HR. Baihaqi dalam Sunan Baihaqi
no. 465, didhaifkan oleh Syeikh al-Albani dalam Dhaif jami’ no. 4393.
Yang benar ia bukan Sunnah Nabi
saw, tapi cuma amalan para sahabat seperti Abu Bakar
Dari Zubair bin Awam, beliau
mengatakan,
أَنَّ أَبَا بَكْرٍ الصِّدِّيقَ ، قَالَ ، وَهُوَ يَخْطُبُ النَّاسَ : ”
يَا مَعْشَرَ الْمُسْلِمِينَ ، اسْتَحْ
يُوا مِنَ اللهِ ، فَوَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ إنِّي لأظل حِين أَذْهَبُ
إلَى الْغَائِطِ فِي الْفَضَاءِ ، مُغَطّيًا رَأْسِي اسْتِحْيَاءً مِنْ رَبِّي
Bahawa Abu Bakr as-Shidiq pernah
berkhutbah, “Wahai kaum muslimin, malulah kalian kepada Allah. Demi Zat yang
jiwaku berada di tanganNya, ketika saya hendak buang air di luar, saya tutupi
kepalaku kerana malu kepada Rabku.” (HR. Ibnul Mubarak dalam az-Zuhd 1/107 dan
Ibnu Abi Syaibah dalam al-Mushanaf 1/105, disahihkan oleh al-Baihaqi dalam
as-Sunan 1/96).
17. ADAB MAKAN (SAHIH)
Hendaknya menghindarkan diri dari
kenyang yang melampaui batas. Sepertiga makanan, sepertiga minuman dan
sepertiga lagi untuk bernafas.
ما ملأ آدميٌّ وعاءً شرًّا من بطن، بحسب ابن آدم أكلات يُقمن صلبَه، فإن
كان لا محالة، فثُلثٌ لطعامه، وثلثٌ لشرابه، وثلثٌ لنفَسِه
Tidaklah anak Adam memenuhi wadah
yang lebih buruk dari perut. Cukuplah bagi anak Adam memakan beberapa suapan
untuk menegakkan punggungnya. Namun jika ia harus (melebihinya), hendaknya
sepertiga perutnya (diisi) untuk makanan, sepertiga untuk minuman, dan
sepertiga lagi untuk bernafas.
HR Tirmidzi no. 2380, Ibn Majah
no. 3349, Ahmad no. 17186, disahihkan oleh Syeikh al-Albani dalam Silsilah
Hadith Sahih no. 2265.
Tapi budaya arab lain dari yang
apa yang hadith tersebut nyatakan. Kalau anda berada di Saudi, makan banyak
adalah budaya di sini, khususnya kalau anda membeli makanan di restoran Arab,
satu hidangan itu mencukupi untuk tiga orang Melayu makan; tambahan kalau anda
di jemput makan, dan tuan rumah org Arab Saudi akan pastikan anda makan dengan
sebanyak-banyaknya macam ular sawa. he3.
18. TIGA JENIS ORANG (SAHIH
DENGAN SEDIKIT KOMENTAR)
3 jenis orang yang tidak akan
dipandang oleh Allah SWT pada hari kiamat iaitu orang tua penzina, Raja yang
berdusta, orang miskin yang sombong.
عن ابي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلي الله عليه و سلم: ثلاثة
لا يكلمهم الله يوم القيامة و لا يزكيهم (قال ابو معاوية و لا ينظراليهم) و لهم
عذاب اليم: شيخ زان و ملك كذاب و عائل مستكبر. (رواه مسلم)
Tiga orang yang Allah tidak akan
bicara kepada mereka, dan tidak akan mensucikan mereka serta tidak akan
memandang mereka, dan bagi mereka azab yang pedih, iaitu; “orang tua yang
berzina, pemimpin yang berdusta, dan orang yang miskin yang sombong. (HR.
Muslim no. 107, an-Nasaie no. 2575, Ahmad no. 9592).
Isunya macam mana nak beramal
dengan hadith ini? Sebab ini berlaku di padang Mahsyar...kita di dunia tidak
tahu siapa yang berzina, pemimpin mana yang berdusta dan siapa orang miskin
yang sombong?
Maka tidak sepatutnya ia
dimasukkan dalam senarai sunnah!.
19. PAKAI MINYAK WANGI (SAHIH)
Memakai minyak wangi adalah
Sunnah maka pakailah terutama ketika hendak bersolat, ke masjid atau ke mana
sahaja.
حُبِّبَ إلي منَ الدُّنيا ، النساءُ ، والطِّيبُ ، وجُعِلَ قرةُ عيني في
الصلاةِ
Telah dijadikan aku menyukai
bahagian dari dunia, yaitu menyukai wanita dan wangi-wangian. Dan dijadikan
sebagai qurroatu a’yun (ketenangan hati) di dalam solat.
HR. an-Nasaie no. 3939, Ahmad no.
13079, hadith hasan sahih menurut Syeikh al-Albani dalam Sahih Nasaie no. 3949.
20. AMBIL WUDUK SEBELUM TIDUR
(SAHIH)
Gosok gigi dan ambil wuduk
sebelum tidur malam kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati dan menghindar
gangguan iblis dan syaitan.
مَن بات طاهرًا بات في شِعارِه مَلَكٌ فلَمْ يستيقِظْ إلَّا قال المَلَكُ :
اللَّهمَّ اغفِرْ لعبدِك فلانٍ فإنَّه بات طاهرًا
Barangsiapa yang tidur dalam
keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan
bangun hingga malaikat berdoa ‘Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan kerana
tidur dalam keadaan suci.
HR. Ibn Hibban dalam sahihnya,
dinilai sahih sanadnya oleh syaikh Syu'aib al-Arnauth dan dinilai hasan oleh
al-Albani dalam Sahih Targhib no. 597.
Adapun dihindari dari syaitan
adalah tambahan dari Ibn Hajar Asqalani dalam Fathul Bari 11/110.
21. CINCIN PERAK (KHILAF)
Pakai cincin perak di kelingking
kanan atau kiri. Akan mendapat pahala Sunnah berterusan selama memakainya.
Disebabkan hadith ini:
Dari Anas bin Maalik ra, pembantu
khas Nabi saw yg berkata :
لما أراد النبي صلى الله عليه وسلم أن يكتب إلى الروم قيل له إنهم لن
يقرءوا كتابك إذا لم يكن مختوما فاتخذ خاتما من فضة ونقشه محمد رسول الله
Tatkala Nabi saw hendak menulis
surat kepada (Kerajaan) Rom, maka dikatakan kepada Baginda : "Sesungguhnya
mereka (kaum Rom) tidak akan membaca tulisanmu jika tidak dicopmohor".
Maka Nabi pun memakai cincin dari perak yang terpahat "Muhammad
Rasulullah" (HR. Bukhari no. 5875).
Maka kata Syaikh bin Uthaimin rh,
hukum pakai cincin adalah sunnah jika ada keperluan seperti rubber stamp. Jika
dia tidak memerlukan cincin utk sesuatu fungsi, maka ia jatuh harus sahaja.
sunnah itu dinamakan sunnah al-adat. (http://ar.islamway.net/fatwa/9189).
Maka tidak boleh 100% yakin bila
dibuat kenyataan dapat pahala sunnah secara berterusan jika pakai cincin.
Sekian.
22. SOLAT FARDHU DI MASJID
(SAHIH)
Nabi SAW tidak pernah solat
fardhu di rumah. Setiap langkah kanan ke masjid akan diangkat satu darjat dan
langkah kiri akan dihapus satu dosa.
Dari Abu Hurairah, Rasulullah saw
bersabda,
مَنْ تَطَهَّرَ فِى بَيْتِهِ ثُمَّ مَشَى إِلَى بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ
اللَّهِ لِيَقْضِىَ فَرِيضَةً مِنْ فَرَائِضِ اللَّهِ كَانَتْ خَطْوَتَاهُ
إِحْدَاهُمَا تَحُطُّ خَطِيئَةً وَالأُخْرَى تَرْفَعُ دَرَجَةً
Barangsiapa bersuci di rumahnya
lalu dia berjalan menuju salah satu dari rumah Allah (iaitu masjid) untuk
menunaikan kewajipan yang telah Allah wajibkan, maka salah satu langkah kakinya
akan menghapuskan dosa dan langkah kaki lainnya akan meninggikan derajatnya.”
(HR. Muslim no. 666).
23. PAKAI CELAK (SAHIH)
Gunakan celak ismid (dari galian)
kerana ia menguatkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata. Setiap malam
dicalit tiga kali pada mata kanan dan kiri.
Dari Ibnu Abbas ra, bahwa Nabi
saw bersabda:
وَإِنَّ خَيْرَ أَكْحَالِكُمُ الْإِثْمِدُ يَجْلُو الْبَصَرَ وَيُنْبِتُ
الشَّعْرَ
Celak yang paling baik bagi
kalian adalah istmid, ia bisa mencerahkan pandangan dan menumbuhkan rambut (HR.
Tirmidzi no. 994, Abu Daud no. 3878 dan 4061, Ibnu Majah no. 3566, Ahmad no.
2219).
Dalam Aunul Ma’bud dijelaskan
bahawa Imam At Tirmidzi berkata: “Hadith ini hasan shahih”. Di sahihkan oleh
Syeikh al-Albani dalam Sahih Sunan Abi Daud (2/766/3426).
Kata Ibn Uthaimin, ia sunnah jika
dipakai untuk tujuan perubatan bukan perhiasan lelaki.
Adapun Nabi saw mencalit 3X pada
mata kanan dan kiri adalah adalah dha'if kerana adanya perawi dha'if bernama
'Abbad bin Manshur (Dr Maher al-Fahl, tahqiq hadith Syama'il no. 49).
24. PANJANG PAKAIAN (KHILAF YG
MUKTABAR)
Panjang pakaian , jubah atau
seluar seorang muslim adalah antara setengah betis dan tidak melebihi buku lali
.
*Isbal=melaburkan kaki pakaian
melebih buku lali.
Ini kerana ada illat atau sebab
ia dilarang:
من جر ثوبه خيلاء ، لم ينظر الله إليه يوم القيامة . فقال أبو بكر : إن أحد
شقي ثوبي يسترخي ، إلا أن أتعاهد ذلك منه ؟ فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم :
إنك لن تصنع ذلك خيلاء . قال موسى : فقلت لسالم : أذكر عبد الله : من جر إزاره ؟
قال : لم أسمعه ذكر إلا ثوبه
Barangsiapa menjulurkan
pakaiannya kerana sombong, tidak akan dilihat oleh Allah pada hari kiamat. Abu
Bakar lalu berkata: ‘Salah satu sisi pakaianku akan melorot kecuali aku ikat
dengan benar’. Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda: ‘Engkau tidak
melakukan itu kerana sombong’.Musa bertanya kepada Salim, apakah Abdullah bin
Umar menyebutkan lafadz ‘barangsiapa menjulurkan kainnya’? Salim menjawab, yang
saya dengan hanya ‘barangsiapa menjulurkan pakaiannya’. ”. (HR. Bukhari no.
3665, Muslim no. 2085)
Ini kerana pakaian orang Islam
adalah mengikut adat dan budaya sesuatu tempat. Budaya pakaian arab Saudi
misalnya, mereka hanya memakai jubah putih 24/7 utk semua keadaan, kerja,
kenduri, ke masjid. Jubah putih satu-satunya pakaian mereka. Manakala lelaki
muslim di Malaysia mereka kebanyakannya mmakai seluar yang berasal dari Eropah
dan cuttingnya adalah bawah pada buku lali. Oleh kerana semua cutting ini sama
utk semua orang, maka tak ada langsung unsur sombong kepada pemakainya. Unsur
kesombongan di zaman kini ialah JENAMA. seluar buatan BOSS, Levi's, Bonia, Guy
Laroche, Dockers, dll. Jadi hukum isbal kepada masyarakat yang berubah dari
pakai sarung kepada memakai seluar Barat, maka isu isbal tidak ada lagi
melainkan isu jenama. Sekian.
أمرنا أن نسجد على سبعة أعظم ، ولا نكف ثوبا ولا شعرا
Kami diperintah sujud di atas 7
anggota, dilarang menyingsing pakaian dan memintal rambut" (HR Bukhari no.
810).
Ini bukan isu isbal, tapi isu
khusu' dalam solat, di mana manusia sibuk dgn main rambut dan kalau di saudi di
selak jubah dan serban mereka.
Boleh singsing seluar ketika nak
solat, dalilnya:
حَدَّثَنِي إِسْحَاقُ أَخْبَرَنَا ابْنُ شُمَيْلٍ أَخْبَرَنَا عُمَرُ بْنُ
أَبِي زَائِدَةَ أَخْبَرَنَا عَوْنُ بْنُ أَبِي جُحَيْفَةَ عَنْ أَبِيهِ أَبِي
جُحَيْفَةَ قَالَ فَرَأَيْتُ بِلَالًا جَاءَ بِعَنَزَةٍ فَرَكَزَهَا ثُمَّ أَقَامَ
الصَّلَاةَ فَرَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَرَجَ
فِي حُلَّةٍ مُشَمِّرًا فَصَلَّى رَكْعَتَيْنِ إِلَى الْعَنَزَةِ وَرَأَيْتُ
النَّاسَ وَالدَّوَابَّ يَمُرُّونَ بَيْنَ يَدَيْهِ مِنْ وَرَاءِ الْعَنَزَةِ
Telah menceritakan kepadaku Ishaq
telah mengabarkan kepada kami Ibnu Syumail telah mengabarkan kepada kami Umar
bin Abu Zaidah telah mengabarkan kepada kami 'Aun bin Abu Juhaifah dari ayahnya
Abu Juhaifah dia berkata; "Lalu aku melihat Bilal datang dengan membawa
tongkat (berujung runcing) dan menancapkan tongkat tersebut, kemudian dia
mengumandangkan iqamah, setelah itu saya melihat Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam keluar (rumah) dengan menyingsingkan pakaiannya, lalu beliau solat dua
rakaat di hadapan tongkat tersebut, dan saya melihat orang-orang dan binatang
pun lewat di hadapan beliau di belakang tongkat tersebut (HR. Bukhari no.
5786).
Orang singsing seluar ada dua
sebab:
1. nak pastikan dalam solat dia
langsung tak isbal kerana pakai seluar slack atau jeans memang kebanyakannya
isbal (tapi bukan kerana sombong tapi by design seluar tu memang begitu)
2. dia datang dari tandas atau
tempat wuduk masjid, maka sudah tentu dia singsing seluar dan terus demikian
ketika solat.
Manakala lengan baju sapa yg pakai
long sleeve. Selepas wudhuk ada yang terus dalam keadaan berlipat dan ada yg
uraikan semula. terpulanglah.
Namun sapa yang yakin seluarnya
isbal tapi tak ada rasa riak dan sombong, boleh saja dia solat dalam keadaan
demikian tapi kalau rasa nak lebih aman hatinya, dia melipat kaki seluar dalam
solat dan melepaskannya kembali selepas solat.
25. SOLAT FARDHU BERJEMAAH
(SAHIH)
Solat fardhu berjemaah di masjid
dibayar 27 kali lipat dari solat sendirian di rumah. Jika anda waras dan
sempurna akal, di manakah anda akan solat?
صَلَاةُ الْجَمَاعَةِ أَفْضَلُ مِنْ صَلَاةِ الْفَذِّ بِسَبْعٍ وَعِشْرِينَ
دَرَجَةً
Solat berjemaah lebih utama dua
puluh tujuh darjat daripada solat sendirian. (HR. Bukhari no. 645 dan Muslim
no. 650).
26. MENGUAP (SAHIH DGN KOREKSI)
Menguap adalah dari syaitan. Bila
rasa hendak menguap, tahanlah atau tutuplah mulut dengan belakang tangan kerana
syaitan akan masuk melalui mulut.
Dari Abu Sa’id Al-Khudri ra dia
berkata: Rasulullah saw bersabda:
إِذَا تَثَاوَبَ أَحَدُكُمْ فَلْيُمْسِكْ بِيَدِهِ عَلَى فِيهِ فَإِنَّ
الشَّيْطَانَ يَدْخُلُ
Bila salah seorang dari kalian
menguap maka hendaklah dia menahan mulutnya dengan tangannya kerana
sesungguhnya syaitan akan masuk.” (HR. Muslim no. 2995)
Koreksi: Tidak dinyataan dengan
detail, depan tangan atau belakang, menandakan boleh keduanya.
Masalah ini luas, Syeikh Ibn
Utsaimin berkata Boleh dengan tangan kanan atau tangan kiri. Yang penting tidak
membiarkan mulut terbuka ketika menguap” (Fatawa Nurun ‘alad Darbi, 13/61). Dan
boleh saja depan atau belakang tapak tangan (Ghadza al-Albab 1/348).
27. MENYIMPAN JANGGUT (SAHIH)
Memotong misai dan menyimpan
janggut. Lebih afdal dengan jambang sekali. Diberi pahala amal berterusan
selama menyimpannya.
Ia adalah sunah al-fitrah
bukanlah sunah syari'at.
Dari Ummul Mukminin, Aisyah ra,
bahawa Nabi saw bersabda,
عَشْرٌ مِنَ الفِطْرَةِ: قَصُّ الشّارِبِ، وإعْفاءُ اللِّحْيَةِ،
والسِّواكُ، واسْتِنْشاقُ الماءِ، وقَصُّ الأظْفارِ، وغَسْلُ البَراجِمِ، ونَتْفُ
الإبِطِ، وحَلْقُ العانَةِ، وانْتِقاصُ الماءِ. قالَ زَكَرِيّا: قالَ مُصْعَبٌ:
ونَسِيتُ العاشِرَةَ إلّا أنْ تَكُونَ المَضْمَضَةَ. زادَ قُتَيْبَةُ، قالَ
وكِيعٌ: انْتِقاصُ الماءِ: يَعْنِي الاسْتِنْجاءَ
“Ada sepuluh macam fitrah, yaitu
memendekkan misai, memelihara janggut, bersiwak, istinsyaq (menghirup air ke
dalam hidung,-pen), memotong kuku, membasuh persendian (baraajim), mencabut
bulu ketiak, mencukur bulu kemaluan, istinja’ (cebok) dengan air.” Zakariya
berkata: Mush'ab berkata: "Dan aku lupa yang kesepuluh, kecuali ia adalah
berkumur-kumur." Qutaibah menambahkan, " Waki' berkata: 'Bersuci
dengan air maksudnya beristinja'."
(HR. Muslim no. 261).
28. JANGAN MENGHADAP KIBLAT
KETIKA BUANG AIR (SAHIH)
Jangan menghadap / membelakang
Kiblat ketika buang air kecil / besar. Dibolehkan bila dalam bangunan, itupun
kalau terpaksa.
Dari Ibnu ‘Umar ra yang
mengatakan,
ارْتَقَيْتُ فَوْقَ ظَهْرِ بَيْتِ حَفْصَةَ لِبَعْضِ حَاجَتِى ، فَرَأَيْتُ
رَسُولَ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – يَقْضِى حَاجَتَهُ مُسْتَدْبِرَ
الْقِبْلَةِ مُسْتَقْبِلَ الشَّأْمِ
“Aku pernah menaiki rumah Hafshah
(umul mukminin) karena ada sebagian keperluanku. Lantas aku melihat Rasulullah
saw buang hajat dengan membelakangi kiblat dan menghadap Syam.” (HR. Bukhari
no. 148, 3102 dan Muslim no. 262).
Pendapat yang terkuat ialah
makruh menghadap kiblat ketika buang air di luar bangunan (orang zaman dahulu
bila mereka mengembara di padang pasir, akan buang air di kawasan terbuka) dan
harus dalam bangunan.
29. WARNA PAKAIAN RASULULLAH
(SAHIH)
Disunatkan memakai pakaian
berwarna putih kerana Rasulullah SAW menyukai pakaian berwarna putih.
الْبِسُوا مِنْ ثِيَابِكُمُ الْبَيَاضَ فإنَّهَا مِنْ خَيْرِ ثِيَابِكمْ،
وَكَفِّنُوا فِيهَا مَوْتَاكُم
"Pakailah pakaian-pakaian
kalian yang berwarna putih, sesungguhnya itu merupakan pakaian kalian yang terbaik,
dan hendaknya kalian mengkafani mayat-mayat kalian dengan kain putih"
HR. Abu Daud no. 3878, Tirmidzi
no. 994, Ibn Majah no. 3566, Ahmad no. 2219, Syeikh al-Albani menilai hadith
ini sahih.
Tapi ia hanyalah sunnah
al-jibliah (kebiasaan/tabiat Nabi saw yg dibentuk oleh iklim, citarasa
tempatan, budaya dan norma kaum), termasuk di dalamnya warna pakaian, jubah,
serban, igal, smagh, kasut, capal, kenderaan (kaldai atau unta)...ianya tidak
diberatkan.
30. POSISI TIDUR (SAHIH)
Posisi tidur yang dianjurkan
ialah mengereng di atas rusuk kanan, muka dan badan mengadap kiblat dan tapak
tangan kanan di bawah pipi.
Dari Al Bara’ bin ‘Azib, Nabi saw
bersabda,
إِذَا أَتَيْتَ مَضْجَعَكَ فَتَوَضَّأْ وُضُوءَكَ لِلصَّلاَةِ ، ثُمَّ
اضْطَجِعْ عَلَى شِقِّكَ الأَيْمَنِ
“Jika kamu mendatangi tempat
tidurmu maka wudhulah seperti wudhu untuk solat, lalu berbaringlah pada sisi
kanan badanmu” (HR. Bukhari no. 247 dan Muslim no. 2710).
31. MINUM LEPAS MAKAN (TIDAK
SAHIH)
Lepas makan nasi jangan terus
minum. Tunggu sebentar anggaran selama berjalan 40 langkah barulah minum.
Ini hanyalah petua sahaja. Tidak
ada dalam kitab-kitab sunnah akan larangan ini.
32. TIDUR SEBELUM ZOHOR (SAHIH)
Tidur sebentar sebelum Zohor
kerana ianya membantu ibadah di malam hari dan bangun sebelum gelincir matahari
untuk solat Zohor.
Tidur ini namanya Qailulah.
Anas bin Malik radhiyallahu
‘anhu:
قِيْلُوا فَإِنَّ الشَّيَاطِيْنَ لاَ تَقِيْلُ
“Qailulah-lah kalian,
sesungguhnya syaitan-syaitan itu tidak pernah istirehat siang.”
HR. at-Thabarani dalam Mu’jam
al-Awsath no. 28, Abu Nu’aim dalam Ath-Thibb no. 151, Syeikh al-Albani menilai
hadith ini hasan dalam Sahih Jami’ no. 4431.
Waktunya khilaf, ada kata sebelum
zawal (masuk zuhur) dan boleh juga selepas solat zuhur.
33. BERDIRI HORMAT (SAHIH DENGAN
ADANYA KHILAF)
Rasulullah SAW membenci perbuatan
orang bangun dari tempat duduk dan berdiri memberi hormat apabila baginda lalu
atau masuk ke suatu majlis.
عن أبي مجلز قال خرج معاوية على بن الزبير وبن عامر فقام بن عامر وجلس بن
الزبير فقال معاوية لابن عامر اجلس فإني سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول :
من أحب أن يمثل له الرجال قياما فليتبوأ مقعده من النار
Dari Abu Mijlaz ia berkata :
Mu’awiyyah keluar menemui Ibnuz-Zubair dan Ibnu ‘Aamir. Maka Ibnu ‘Aamir
berdiri sementara Ibnuz-Zubair tetap duduk. Berkata mu’awiyyah kepada Ibnu
‘Aamir : “Duduklah, sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah shallallaahu
‘alaihi wa sallam bersabda : ‘Barangsiapa yang suka seseorang berdiri untuknya,
maka persiapkanlah tempat duduknya di neraka”
HR. Bukhari dalam Adabul-Mufrad
no. 977, Abu Daud no. 5229, At-Tirmidzi no. 2753, Ahmad 4/93, dan Abu Nu’aim
dalam Akhbar Ashbahaan 1/219, sahih menurut Syeikh al-Albani.
Yang dilarang ialah pemimpin yang
suka pengikutnya berbuat demikian. Sebaliknya berdiri juga dibolehkan dan juga
sunnah menurut Imam Nawawi dan Ibn Hajar jika menyambut dan memuliakan orang
yang soleh.
Ibnu Hajar menukilkan dalam
Fathul Bari 11/51 :
“Ibnul-Qayyim berkata dalam
Hasyiyyah As-Sunan : Berdiri terbagi menjadi tiga tingkatan:-
a)Pertama, berdiri pengagungan
terhadap seorang yang sedang duduk, ini merupakan perbuatan orang-orang yang
sombong/zalim.
b)Kedua, berdiri untuk menyambut
kedatangan seseorang, ini tidak mengapa.
c)Ketiga, berdiri ketika melihat
seseorang, ini yang diperselisihkan para ulama” Juga jika ia menjadi sebahagian
adat, maka ia juga muhkam:
Kaedah dalam usul fiqh,
العادة محكمة
“Adat dapat menjadi dasar dalam
hukum”
Maka jika anda ada majlis di
istana, menghadiri kes di mahkamah, maka adat istana dan mahkamah adalah
berdiri menyambut ketibaan raja dan Hakim. Sekian.
34. PAKAIAN BERWARNA (SAHIH)
Dilarang memakai pakaian warna
kuning kemerahan seperti yang dipakai oleh sami Hindu / Buddha khususnya bagi
lelaki.
أَخْبَرَهُ أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ أَخْبَرَهُ
قَالَ رَأَى رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- عَلَىَّ ثَوْبَيْنِ
مُعَصْفَرَيْنِ فَقَالَ « إِنَّ هَذِهِ مِنْ ثِيَابِ الْكُفَّارِ فَلاَ
تَلْبَسْهَا ».
Telah mengabarkan kepadanya, dan
‘Abdullah bin ‘Amru bin Al ‘Ash; Telah mengabarkan kepadanya, dia berkata;
Rasulullah saw pernah melihat aku memakai dua potong pakaian yang dicelup
‘ushfur, lalu beliau bersabda, “Sesungguhnya ini adalah pakaian orang-orang
kafir, maka janganlah kamu memakainya.” (HR. Muslim no. 2077)
35. MAKAN DENGAN ORANG MISKIN
(SAHIH)
Rasulullah SAW suka memberi makan
atau makan bersama orang miskin. Jika kita makan bersama orang miskin,
hendaklah kita mendahulukan mereka.
Ia tsabit dari nas al-Quran
Perintah Memberi Makan Orang
Miskin
وَيُطْعِمُونَ الطَّعَامَ عَلَى حُبِّهِ مِسْكِينًا وَيَتِيمًا وَأَسِيرًا
Dan mereka memberikan makanan
yang dia sukai kepada orang miskin, anak yatim, dan tawanan perang (QS al-Insan
ayat 8).
مَا سَلَكَكُمْ فِي سَقَرَ (42) قَالُوا لَمْ نَكُ مِنَ الْمُصَلِّينَ (43)
وَلَمْ نَكُ نُطْعِمُ الْمِسْكِينَ (44)
(Penduduk syurga bertanya kepada
penduduk neraka) apa yang menyebabkan kalian masuk ke neraka (Saqar)? Mereka
(penduduk neraka) berkata: Kami dulu bukan termasuk orang-orang yang solat.
Kami pun tidak memberi makan kepada orang-orang miskin (QS al-Muddatstsir ayat
42-44).
أَرَأَيْتَ الَّذِي يُكَذِّبُ بِالدِّينِ (١) فَذَلِكَ الَّذِي يَدُعُّ
الْيَتِيمَ (٢) وَلا يَحُضُّ عَلَى طَعَامِ الْمِسْكِينِ (٣
Tahukah kamu orang yang
mendustakan agama? Itulah orang yang mengherdik anak yatim, dan tidak
menganjurkan memberi makan orang miskin. (QS al-Maa’un 1-3).
Hadith:-
خِيَارُكُمْ مَنْ أَطْعَمَ الطَّعَامَ
Sebaik-baik kalian adalah yang
memberikan makanan (HR. Ahmad no. 23971, disahihkan Syeikh al-Albani dalam
Silsilah Hadith Sahih no. 44).
Dari Abu Musa radhiyallahu ‘anhu,
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
فُكُّوا الْعَانِىَ – يَعْنِى الأَسِيرَ – وَأَطْعِمُوا الْجَائِعَ
وَعُودُوا الْمَرِيضَ
“Bebaskanlah tahanan, berilah
makan orang yang lapar, dan jenguklah orang sakit.”(HR. Bukhari no. 3046).
36. MENU RASULULLAH (TAK SAHIH)
Rasulullah SAW membuka menu
sarapannya dengan segelas air sejuk yang dicampur dengan sesendok madu asli.
Rasulullah SAW biasa minum madu
setiap hari, iaitu madu yang dicampur air. Beliau meminumnya di pagi hari
ketika perut masih kosong”.
HN. Ibnu Qayyim dalam Zaadul Maad
4/32, al-Imam Muwaffaq Abdul Latif al-Baghdadi dalam Thibbu Minal Kitab was
Sunnah hal. 135, tidak diketahui akan
kesahihannya kerana al-Baghdadi tidak menyatakan sanadnya. Dan ia bukanlah
kitab karangan Abdul Latif al-Baghdadi
(https://www.alukah.net/culture/0/68059/).
Tidak ada satupun hadith marfu’
tentang tatacara pengambilan madu secara terperinci. Rincian tatacara meminum
madu hendalah dikembalikan kepada ahlinya dari kalangan ahli perubatan (Fatwa
Syabakah Islamiyah no. 156095).
37. PEMBERIAN YANG TIDAK BOLEH
DITOLAK (KHILAF AKAN KESAHIHANNYA)
Ada 3 pemberian yang tidak boleh
ditolak iaitu bantal, minyak wangi dan susu.
ثلاثة لا ترد اللبن والوسائد والدهن
Dari Ibnu Umar r.a : Rasulullah
saw bersabda, "Ada tiga pemberian yang tidak boleh ditolak, iaitu bantal,
minyak wangi dan susu."
HR. Tirmidzi no. 2790, Ibnu
Hibban dalam al-Majruhin 1/446 dan at-Thabarani dalam Mu’jam al-Kabir no.
13279.
Ahli hadith mutaqaddimin
seperti Imam Tirmidzi menyatakan hadith
"gharib" (petanda dhaif), Ibn Qayyim, kata hadith ma'lul (cacat)
dalam Zadul Maad 1/171 dan Ibn Abi Hatim, hadith mungkar (dhaif), Syaikh Mahir
Yasin al-Fahl menilai hadith ini dhaif
dalam tahqiqnya ke atas Syamail Tirmidzi no. 218.
Manakala muhaddith mutaakhirin
seperti Syeikh al-Albani dalam Mukhtasar Syamail no. 187, Ibn Hajar dalam
Fathul Bari 5/247, Syuaib al-Arnauth dalam Takhrij Zaadul Maad 1/171, menilai
hadith ini hasan.
Jika ianya sahih/hasan bermaksud,
jika kita menjadi tamu, maka jangan tolak tiga perkara, bantal atau sofa stail
arab untuk bersandar, minuman yang dihidangkan (sekarang ialah jus atau teh)
dan minyak wangi.
38. KETAWA RASULULLAH (TIDAK
SAHIH)
Ketawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.
Ini kerana Imam Abu Isa
at-Tirmidzi ada satu bab dalam Syamail Muhammadiah:
34 - باب ما جاء في
ضحك رسول الله صلى الله عليه وسلم
bab 34: Perihal ketawa Rasulullah
saw..
ada 9 hadith dalam tu yang
menceritakan baginda memang ketawa dan senyum.
Antaranya:-
عَنْ زَيْدِ بْنِ أَرْقَمَ قَالَ كُنْتُ جَالِسًا عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَجَاءَ رَجُلٌ مِنْ الْيَمَنِ فَقَالَ إِنَّ
ثَلَاثَةَ نَفَرٍ مِنْ أَهْلِ الْيَمَنِ أَتَوْا عَلِيًّا يَخْتَصِمُونَ إِلَيْهِ
فِي وَلَدٍ وَقَدْ وَقَعُوا عَلَى امْرَأَةٍ فِي طُهْرٍ وَاحِدٍ فَقَالَ
لِاثْنَيْنِ مِنْهُمَا طِيبَا بِالْوَلَدِ لِهَذَا فَغَلَيَا ثُمَّ قَالَ
لِاثْنَيْنِ طِيبَا بِالْوَلَدِ لِهَذَا فَغَلَيَا ثُمَّ قَالَ لِاثْنَيْنِ طِيبَا
بِالْوَلَدِ لِهَذَا فَغَلَيَا فَقَالَ أَنْتُمْ شُرَكَاءُ مُتَشَاكِسُونَ إِنِّي
مُقْرِعٌ بَيْنَكُمْ فَمَنْ قُرِعَ فَلَهُ الْوَلَدُ وَعَلَيْهِ لِصَاحِبَيْهِ
ثُلُثَا الدِّيَةِ فَأَقْرَعَ بَيْنَهُمْ فَجَعَلَهُ لِمَنْ قُرِعَ فَضَحِكَ
رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَتَّى بَدَتْ أَضْرَاسُهُ
أَوْ نَوَاجِذُهُ
Dari Zaid bin Arqam, ia berkata:
Aku pernah duduk bersama Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam kemudian terdapat
seorang laki-laki dari Yaman yang masuk dan berkata: "Sesungguhnya
terdapat tiga orang penduduk Yaman datang kepada Ali, mereka memperselisihkan
kepada Ali mengenai anak yang dilahirkan oleh seorang wanita yang telah mereka
gauli dalam satu masa suci. Kemudian Ali berkata kepada dua orang diantara
mereka: "Relakan anak itu untuk orang ini!" Kemudian mereka
berteriak, kemudian ia berkata kepada dua orang: "Relakan anak tersebut
untuk orang ini!" Kemudian mereka berteriak, kemudian ia berkata kepada
dua orang: "Relakan anak tersebut untuk orang ini!" Kemudian mereka
berteriak. Lalu Ali berkata: "Kalian adalah sekutu yang saling berseteru, aku
akan mengundi kalian. Barangsiapa yang keluar undiannya, maka anak tersebut
adalah miliknya dan ia wajib membayar kepada kedua sahabatnya dua pertiga
diyah." Kemudian Ali mengundi diantara mereka. Kemudian Rasulullah
shallallahu 'alaihi wa sallam tertawa hingga nampak gigi-gigi geraham beliau
atau gigi-gigi seri beliau (HR. Abu Daud no. 2269,2270; an-Nasaie no. 3487,
Ibnu Majah no. 2348, disahihkan oleh Syeikh al-Albani).
Dr Yusuf al-Qardhawi berkata,
tidak benar sama sekali anggapan sesetengah pihak, bahawa Islam adalah agama yg
serius dan kering kontang...ada senyum, ketawa dan tangisan...cuma tidak
melampau batas dalam ketawa.
39. MINUMAN RASULULLAH (TIDAK SAHIH
BAHKAN MURSAL)
Minuman yang paling disukai oleh
Rasulullah SAW adalah minuman yang manis dan dingin.
كان أحبُّ الشرابِ إلى رسول الله صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ : الحلوَ
الباردَ
Adapun minuman yang paling
disukai Nabi saw ialah yang manis dan sejuk
HR. Tirmidzi. no. 1895 kata Imam
Abu Isa, yang sahih dari az-Zuhri, hadith Mursal (dhaif).
Nabi suka apa jua minuman yg ada
ditanah arab pada masa itu. Baginda dilaporkan menyukai madu, susu, nabidz, dan
air sejuk. Ini semua sunnah al-jibliyah atau sunnah yg bersifat peribadi.
40. HISAP AIR DALAM HIDUNG
(SAHIH)
Ketika membersihkan diri setelah
bangun tidur jangan lupa menghisap air ke dalam hidung 3x kerana syaitan
bermalam dalam lubang hidung.
إِذَا اِسْتَيْقَظَ أَحَدُكُمْ مِنْ مَنَامِهِ فَلْيَسْتَنْثِرْ ثَلاَثاً
فَإِنًّ الشَّيْطَانَ يَبِيْتُ عَلَى خَيْشُوْمِهِ
Dari Abu Hurayra ra: (sabda Nabi
saw): “Apabila seorang di antara kalian bangun tidur, maka beristintsarlah tiga
kali, kerana sesungguhnya syaitan bermalam di hujung (rongga) hidungnya.” (HR.
Bukhari no. 3295 dan Muslim no. 238).
41. BERI MAKAN ANAK YATIM (SAHIH
DENGAN KOREKSI)
Nabi SAW suka memberi makan anak
yatim. Sesiapa yang duduk makan bersama anak yatim dalam satu bekas, syaitan
tidak akan menghampiri bekas tersebut.
Ada nas AQ yang banyak,
antaranya:
أَرَأَيْتَ الَّذِي يُكَذِّبُ بِالدِّينِ (١) فَذَلِكَ الَّذِي يَدُعُّ
الْيَتِيمَ (٢) وَلا يَحُضُّ عَلَى طَعَامِ الْمِسْكِينِ (٣
Tahukah kamu orang yang
mendustakan agama? Itulah orang yang mengherdik anak yatim, dan tidak
menganjurkan memberi makan orang miskin. (QS al-Maa’un: 1-3)
فأما اليتيم فلا تقهر ، وأما السا ئـل فلا تنه
“Maka terhadap anak yatim maka
janganlah engkau berlaku sewenang-wenang. Dan terhadap pengemis janganlah
mengherdik (QS adh-Dhuha: 9-10).
Adapun tambahan "Sesiapa
yang duduk makan bersama anak yatim dalam satu bekas, syaitan tidak akan
menghampiri bekas tersebut"
Tidak ada asalnya kata-kata ini
dalam kitab-kitab sunnah.
42. LARANGAN PAKAI CINCIN (SAHIH)
Dilarang memakai cincin di jari
telunjuk dan jari tengah.
Dari Ali bin Abi Thalib, amirul
mukminin, ra berkata :
نَهَانِي رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم أَنْ أَتَخَتَّمَ فِي
أُصْبُعَيَّ هَذِهِ أَوْ هَذِهِ قَال : فأومأ إلى الوسطى والتي تليها
"Rasulullah saw melarangku
untuk memakai cincin di kedua jariku ini atau ini". Ali mengisyaratkan
kepada jari tengah dan yang selanjutnya (iaitu jari telunjuk)." (HR.
Muslim no. 2078).
Adapun larangan itu dihukumkan
makruh bukan haram. Ia khusus buat lelaki tidak bagi wanita, semua jari boleh
(Syarah Sahih Muslim 14/71).
43. BANGUN TIDUR (SAHIH)
Nabi SAW bangun tidur lalu duduk
seraya mengusap muka dengan telapak tangan agar hilang ngantuknya dan membaca
doa bangun tidur.
فَجَعَلَ يَمْسَحُ النَّوْمَ عَنْ وَجْهِهِ ثُمَّ قَرَأَ الآيَاتِ
الْعَشْرَ الأَوَاخِرَ مِنْ آلِ عِمْرَانَ حَتَّى خَتَمَ
Dari Abdullah bin Abbas ra, dia
berkata: “Kemudian Rasulullah SAW bangun, lalu mengusap (bekas pengaruh) tidur
dari wajahnya (kedua mata), lalu membaca sepuluh ayat terakhir dari surat Ali
Imran”. (HR. Bukhari no. 4570).
44. KONGSI MAKANAN (SAHIH DENGAN
KOREKSI)
Jangan kedekut berkongsi makanan.
Nabi SAW suka makan makanan yang banyak tangan memakannya.
قال صلى الله عليه وسلم "اجْتَمِعُوا عَلى طَعَامِكُم وَاذْكُروا
اسْمَ اللهِ عَلَيْهِ يُبَارَكْ لَكُمْ فِيهِ "
Makanlah beramai-ramai, dan
bacalah Bismillah, nescaya makanan itu menjadi berkat.
HR. Abu Daud no. 3764 dan Ibn Majah no. 3286, hadith hasan
lighairih menurut Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Sahih no. 664.
Namun sunnah juga makan berdua,
yakni dgn isteri. Tidak semestinya sunnah makan berjamaah sepanjang masa.
45. 4 RAKAAT SEBELUM ZOHOR (SAHIH)
Solat 4 rakaat setelah gelincir
matahari sebelum zohor. Saat itu pintu langit dibuka untuk menerima amal soleh
dan tertutup ketika solat zohor.
Ianya dinamakan solat qabliyah
Zuhur 4 rakaat, dalil:
أنَّ رسولَ اللَّهِ -صلَّى اللَّهُ عليهِ وعلَى آلِه وسلَّمَ- كانَ يُصلِّي
أربعًا بعدَ أن تَزولَ الشَّمسُ قبلَ الظُّهرِ فقالَ : إنَّها ساعةٌ تُفتَحُ فيها
أبْوابُ السَّماءِ وأُحبُّ أن يصعدَ لي فيها عملٌ صالحٌ
Rasulullah saw sentiasa solat 4
rakaat qabliah zuhur dan bersabda: Sesungguhnya ada suatu saat di mana semua
pintu langit dibuka maka saya ingin sekali bahawa p
Kamal Shah
Assalamualaikum.. Maaf sya nak
tanya :red_circle:ini dah ada lampiran utk status semua sunnah ini?:grin: Kalau
x ada x mngpa:sweat_smile:
ada saat itu ada suatu amal
kebaikanku yang naik ke sana." HR. Ahmad no. 23551, Tirmidzi no. 478, disahihkan oleh Syeikh
al-Albani dalam Sahih Sunan Tirmidzi, Syeikh al-Arnauth dalam Takhrij Musnad
dan al-Wad'iy katanya hasan dalam al-Sahih al-Musnad no. 568).
Adapun tambahan " tertutup
ketika solat zohor " tiada asalnya dan pelik kenapa pintu langit ditutup
ketika solat?" Tiada asalnya.
46. ISTIGHFAR (SAHIH)
Nabi SAW beristighfar kepada
Allah mohon keampunan dosa dan bertaubat setiap hari lebih dari 70 kali.
وَاللَّهِ إِنِّى لأَسْتَغْفِرُ اللَّهَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ فِى الْيَوْمِ
أَكْثَرَ مِنْ سَبْعِينَ مَرَّةً
Demi Allah. Sungguh aku selalu
beristighfar dan bertaubat kepada Allah dalam sehari lebih dari 70 kali (HR.
Bukhari no. 6307).
47. JANGAN MENCACI MAKANAN
(SAHIH)
Jangan mencaci makanan. Jika
suka, makanlah , jika tidak suka biarkan sahaja.
ما عابَ النبي صلَّى اللهُ عليه وسلَّم طَعامًا قَطُّ، إنِ اشْتَهاه أكله
وإلا تَرَكَه
Dari Abu Hurairah, Nabi saw tidak
pernah mencela makanan, jika dia suka dia makan, jika dia tak suka, dia biarkan
saja (HR. Bukhari no. 3563, Muslim no. 2064).
48. APABILA BERTAMU (SAHIH)
Apabila bertamu, jangan berdiri
memberi salam di depan muka pintu tetapi dari sisi agar terpelihara pandangan
dari melihat terus ke dalam rumah.
كان رسولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم إذا أتى بابَ قومٍ لم يستقبلِ البابَ
من تلقاءِ وجهِه ، ولكن من ركنِه الأيمنِ أو الأيسرِ ، ويقولُ: السلامُ عليكمُ
السلامُ عليكمُ وذلك أن الدورَ لم يكن عليها يومئذٍ ستورٌ.
Dari Abdullah bin Busr, beliau
berkata, “Apabila Rasulullah SAW mendatangi kediaman suatu kaum, beliau tidak
menghadap ke arah pintu rumah dengan wajahnya, akan tetapi beliau memalingkan
wajahnya ke arah kanan atau kiri, dan berkata: “Assalamu ’alaikum, assalaamu
’alaikum”. Hal itu kerana rumah kediaman di saat itu belum memiliki penghalang
seperti daun pintu.” (HR. Abu Daud no. 5186, disahihkan oleh Syeikh al-Albani
dalam Sahih Abu Daud).
49. JAWAB SALAM DALAM TANDAS
(SAHIH)
Tidak diperkenan menjawab salam
ketika di dalam tandas kerana ada lafaz Allah dalam kalimah jawab salam. Cukup
dengan berdehem atau isyarat suara.
عنِ المُهاجرِ بنِ قُنفذٍ ، أنَّهُ أتى النَّبيَّ - صلَّى اللَّهُ علَيهِ
وعلى آلِهِ وسلَّمَ - وَهوَ يبولُ فسلَّمَ عليهِ ، فلم يرُدَّ عليهِ حتَّى توضَّأَ
، ثمَّ اعتَذرَ إليهِ فقالَ إنِّي كَرِهْتُ أن أذكرَ اللَّهَ تعالى ذكرَه إلَّا
علَى طُهْرٍ أو قالَ : على طَهارةٍ .
Dan dari al-Muhajir bin Qunfudz,
ia pernah datang kepada Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam yang saat itu beliau
sedang buang air kecil. Lalu ia mengucapkan salam kepadanya. Beliau tidak
menjawabnya sehingga beliau berwudhu. Lalu Nabi menyampaikan alasannya, beliau
bersabda: Sesungguhnya aku tidak suka menyebut nama Allah 'Azza wa Jalla
kecuali dalam keadaan suci. (HR. Abu Daud no. 17 disahihkan oleh Syeikh
al-Albani dalam Sahih Abi Daud dan al-Wad'iy dalam al-sahih al-Musnad no. 1161).
Dari Ibnu Umar radhiallahu
anhuma,
أَنَّ رَجُلًا مَرَّ وَرَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
يَبُولُ ، فَسَلَّمَ ، فَلَمْ يَرُدَّ عَلَيْهِ
"Seseorang melewati
Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam yang sedang kencing, lalu dia
mengucapkan salam, namun beliau tidak menjawab salamnya." (HR. Muslim no.
370)
Apakah berdehem atau isyarat
suara itu tsabit? - Tidak thabit
Para ahli fiqh bersepakat
makruhnya menyampaikan dan menjawab salam di tandas (Fatwa Soaljawab Islam no.
129369).
50. MAKANAN PANAS (SAHIH)
Rasulullah SAW melarang meniup
makanan panas. Hendaklah biarkan sejuk sedikit hingga mudah untuk dimakan.
Dari Ibnu Abbas ra,
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى أَنْ
يُتَنَفَّسَ فِي الإِنَاءِ أَوْ يُنْفَخَ فِيهِ
Nabi saw melarang bernafas di
dalam gelas atau meniup isi gelas.
HR. Ahmad no. 1907, Tirmidzi no.
1888, dan Imam Tirmidzi berkata hadith
ini hasan sahih, dan disahihkan oleh
syeikh al-Albani, Syuaib Al-Arnauth.
51.GILIRAN MINUM (SAHIH)
Jika berkongsi minum dalam satu
bekas atau botol, hendaklah memberi giliran minum yang berikut kepada orang
yang di sebelah kanan.
أُتِيَ بلَبَنٍ قدْ شِيبَ بماءٍ، وعَنْ يَمِينِهِ أعْرابِيٌّ، وعَنْ
شِمالِهِ أبو بَكْرٍ، فَشَرِبَ ثُمَّ أعْطى الأعْرابِيَّ، وقالَ: الأيْمَنَ
فالأيْمَنَ
Dari Anas ra: Nabi saw pernah
diberi susu (kambing) yang dicampur dgn air, terdapat di sisi kanan baginda
seorang Arab dusun dan di sisi kiri pula Abu Bakar. baginda lantas meminumnya
dan bakinya diberikan kepada Arab Dusun dan bersabda, " berikan ke kanan,
kanan lagi. (HR. Bukhari no. 5619, Muslim no. 2029).
52. 3 AMAL (SAHIH DGN PENJELASAN)
Nabi SAW menasihati jangan
meninggalkan 3 amal iaitu puasa 3 hari sebulan (afdal 13,14,15 hb Hijrah),
solat Dhuha dan solat sunat Witir.
أَوْصَانِي خَلِيلِي صلى الله عليه وسلم بِثَلاثٍ :
صِيَامِ ثَلاثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ , وَرَكْعَتَيْ الضُّحَى , وَأَنْ
أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَنَامَ
Dari Abu Hurayra ra: Kekasihku
saw berwasiat kepadaku agar berpuasa tiga hari setiap bulan, dua rakaat solat
sunat dhuha, dan solat witir sebelum tidur. (HR. Bukhari no. 1841).
Nota:
1. Khilaf akan wasiat nabi khusus
kepada sahabat, apakah ia untuk semua atau khusus kepada sahabat. ia khusus
buat sahabat kerana Nabi saw melihat kemampuan dan kedudukan seseorang sahabat.
sahabat yang lain dia melakukan amal dengan pedang dan yang lain dgn
businessnya.
2. Puasa 3 hari setiap bulan
boleh bermaksud mana-mana tiga hari minima sebulan, atau 13-14-15 hb hijri, dan
isnin dan khamis.
53. JANGAN TIDUR MENIARAP (SAHIH,
TAPI NASNYA DHAIF)
Jangan tidur meniarap kerana ia
adalah posisi tidur ahli neraka dan yang dibenci Allah.
مرَّ النَّبيُّ صلَّى اللَّهُ عليْهِ وسلَّمَ على رجلٍ نائمٍ في المسجدِ
مُنبطِحٍ على وجْهِهِ فضربَهُ برجلِهِ وقالَ قُم واقعُد فإنَّها نَومةٌ
جَهنَّميَّةٌ
Nabi saw pernah melewati
seseorang yang tidur (dalam masjid Nabawi) dengan posisi meniarap, maka Nabi
cuit dengan kakinya dan bersabda," bangun, ini posisi tidur penduduk
neraka jahannan.
(HR. Ibnu Majah no. 3725,
didhaifkan oleh Syeikh al-Albani dalam Dhaif Ibnu Majah no. 751.
DIBENCI ALLAH ADALAH SAHIH:
وقال: ( إنَّ هذه ضِجْعَةٌ لا يُحِبُّها اللهُ )
"Sesungguhnya tidur posisi
meniarap adalah tidak disukai Allah." (HR. Ahmad no. 8041, Tirmidzi no.
2768, disahihkan oleh Ahmad Syakir dan Syeikh al-Albani).
54. CARA PEGANG MISWAK (TIDAK
SAHIH)
Miswak dipegang dalam keadaan
jari kelingking dan ibu jari di bawah miswak dan jari lain di bahagian atas.
Tidak ada hadith akan kaifiyat
atau tatacara memegang kayu sugi, sebab ia pelbagai saiz dan panjang/pendek.
Cara penggunaan tersebut
disebutkan oleh Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari 1/55, bukan Sunnah Nabi saw.
Dr Yusuf al-Qardhawi (Fiqh
Taharah) membahaskan siwak vs Oral hygiene (penjagaan gigi secara moden).
Menurut beliau, golongan literal
(yg amalkan maksud zahir hadith) menetapkan sunnah hanya dgn siwak yakni kayu
miswak yg datangnya dari India dan tanah Arab; manakala golongan yg guna fiqh
maqasid (ruh sunnah), oral hygiene juga termasuk dalam konsep siwak. Maksudnya
sapa yg guna kayu sugi pun sunnah, yang guna berus gigi nylon bristle pun
sunnah, guna ubat gigi, gargle dgn Listerine dan juga mendapat rawatan
pergigian stiap 6 bulan pun sunnah oral juga.
Amalan yg selamat, guna berus
gigi, dan guna ubat gigi yg mengandungi ekstrak pati miswak.
55. DUA RAKAAT SEBELUM SUBUH
(SAHIH)
Dua rakaat sunat sebelum solat
fardhu Subuh itu adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya....
Dari A’isyah ra, bahawa Nabi saw
bersabda,
رَكْعَتَا الْفَجْرِ خَيْرٌ مِنَ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا
”Dua rakaat fajar, lebih baik
dari pada dunia seisinya.”
HR. Muslim no. 725, Nasaie no.
1758, Tirmidzi no. 416, dan yang lainnya.
Fiqh:
ia adalah solat sunat qabliyah
subuh. Maksud lebih baik dari dunia dan seisinya adalah pahalanya amat besar,
bukan maksud kalau solat dua rakaat ni seseorang akan lebih kaya dari Bill
Gates atau TS Syed Mukhtar al-Bukhari dari segi kekayaan fizikal. Pahala solat
ni akan diclaim di Akhirat nanti. Adapun dii dunia, selepas solat sunat subuh
dan solat subuh, dia masih kena pergi opis mencari rezki macam biasa, kena
trafik jm dsbnya. cukup bulan terima gaji. hakikat hadith ini iala pahalanya
begitu besar kerana degree of difficulty atau tahap kesukarannya amat sukar
dilaksanakan oleh kebanyakan umat islam sejak dulu.