Thursday, 21 January 2021

Hadith gerhana sebelum kemunculan Imam Mahdi

 

Sanadnya dan matan hadith

 

Dari Amr bin Shamir dari Jaabir dari Muhammad Ibn Ali berkata:

 

إِنَّ لِمَهْدِينَا آيَتَيْنِ لَمْ تَكُونَا مُنْذُ خَلْقِ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ تَنْكَسِفُ الْقَمَرُ لأَوَّلِ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانَ وَتَنْكَسِفُ الشَّمْسُ فِى النِّصْفِ مِنْهُ وَلَمْ تَكُونَا مُنْذُ خَلَقَ اللَّهُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ.

 

 

Terjemahan

 

Sesungguhnya, Al-Mahdi yang kita nantikan itu memiliki dua mukjizat yang belum pernah terjadi semenjak Allah menciptakan langit dan bumi, (yakni) bulan mengalami gerhana pada malam pertama (awal) bulan Ramadan, sedangkan matahari mengalami gerhana pada pertengahan bulan itu, dan kedua hal itu belum pernah terjadi sejak Allah menciptakan langit dan bumi.

 

Takhrij

 

 AR. al-Daruquthni 2/65.

 

Atsar ini palsu, merupakan kedustaan atas nama Muhammad bin Ali al-Hanafiyah rahimahullah (Mausuah fi Ahadith al-Mahdi al-Dhaifan wal Maudhuah hal. 169).

 

Hadith ini berhenti pada Muhammad bin Ali yang merupakan cucu Rasulullah SAW.

 

Di dalam rantaian perawi yang meriwayatkan hadith ini juga terdapat seorang yang bernama Amar bin Shamir. Imam Daraquthni menyatakan bahawa perawi ini tidak boleh dipercayai. 

 

Di dalam kitab Mizanul I’tidal, Imam az-Zahabi telah membawakan penilaian para ulama mengenai terhadap Amar bin Shamir.

 

Antaranya: Imam Yahya Bin Mu’en berkata perawi ini majhul.

 

Imam Jauzjani berkata dia seorang pendusta

 

Ibni Hibbaan menyatakan dia seorang Syiah yang mencaci sahabat dan mereka-reka hadith dengan menggunakan nama-nama ulama yang berautoriti.

 

Imam Bukhari menilainya munkarul hadith.

 

Imam Yahya berkata: “Perawiannya tidak patut diterima”.

 

Berkata Imam Sulaimani: “Amar mereka-reka cerita bagi menyokong dakwaan Syiah”.

 

Imam Nasaai berkata: “Perawiannya ditolak.”

 

Rujukan

 

Fatwa Soaljawab Islam no. 26836.

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...