Teks hadith
Rasulullah SAW bersabda yang
bermaksud:
“Kamu akan memerangi semenanjung
Arab. Perang ini akan berlaku pada masa pengkhianatan Rom dan ketika mereka
sedang mengumpulkan kekuatan untuk memerangi kaum Muslimin. Maka tentera
pertama yang memerangi Al-Mahdi (setelah terbenamnya tentera pertama yang ke
dalam bumi), adalah pasukan semenanjung Arab yang terdiri dari orang Muslim
(yang ingkar) dan dipimpin oleh seorang lelaki yang berasal dari suku Quraisy.
Lelaki ini ada kemungkinan lelaki yang bernama Sufyani, yang mana dia meminta
kepada suku bapa saudaranya, iaitu suku Kalab. Kemudian mereka berangkat untuk
memerangi Al-Mahdi. Akan tetapi Imam Mahdi mengalahkan mereka dengan
seburuk-buruk bentuk kekalahan serta memperolehi harta rampasan perang yang
luar biasa banyaknya.”
Takhrij
Saya tak jumpa redaksi
sedemikian seperti di teks.
Berkemungkinan ia adalah
rangkuman daripada beberapa hadith seperti:-
تَغْزُونَ جَزِيرَةَ الْعَرَبِ فَيَفْتَحُهَا اللهُ، ثُمَّ فَارِسَ
فَيَفْتَحُهَا اللهُ، ثُمَّ تَغْزُونَ الرُّومَ فَيَفْتَحُهَا اللهُ، ثُمَّ
تَغْزُونَ الدَّجَّالَ فَيَفْتَحُهُ اللهُ
“Kalian akan perangi jazirah Arab
sehingga Allah menangkan kalian atasnya. Kemudian (kalian perangi) Parsi
sehingga Allah menangkan kalian atasnya. Kemudian kalian perangi Rom sehingga
Allah menangkan kalian atasnya. Kemudian kalian perangi Dajjal sehingga Allah
menangkan kalian atasnya.” (HR. Muslim no. 5161).
Sabda Rasulullah S.A.W:
يخرج رجل يقال له السفياني في عمق دمشق ، وعامة من يتبعه من كلب ، فيقتل
حتى يبقر بطون النساء ويقتل الصبيان ، فتجمع لهم قيس فيقتلها حتى لا يمنع ذنب تلعة
، ويخرج رجل من أهل بيتي في الحيرة فيبلغ السفياني فيبعث إليه جنداً من جنده
فيهزمهم ، فيسير إليه السفياني بمن معه ، حتى إذا صار ببيداء من الأرض خسف بهم ،
فلا ينجو منهم إلا المخبر عنهم
“Akan muncul lelaki bergelar
As-Sufyani akan datang dari tengah Kota Damsyik. Kebanyakan tenteranya adalah
dari Bani Kalb. Dia akan membunuh (ramai orang) sehingga memperkosa wanita dan
membunuh kanak-kanak. Maka datanglah suatu kaum dari Qais lalu membunuh mereka
semuanya. Kemudian keluarlah seorang lelaki dari ahli keluargaku di Al-Hirrah
(Imam Mahdi) dan berita itu sampai kepada As-Sufyani. Dia segera menghantar
pasukan tenteranya tetapi menderita kekalahan (teruk). As-Sufyani bangun
memimpin sendiri pasukan tenteranya sehingga sampai di kawasan antara Mekah dan
Madinah, lalu mereka ditelan oleh bumi.” (HR Al-Hakim 4/565 no. 8586 sahih
menurut al-Hakim)
Manakala Syeikh al-Albani berkata
dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 6520, hadith ini munkar.
يكُونُ اخْتِلافٌ عِنْدَ مَوْتِ خَلِيفَةٍ، فَيَخْرُجُ رَجُلٌ مِنْ أَهْلِ
الْمَدِينَةِ هَارِبًا إِلَى مَكَّةَ، فَيَأْتِيهِ نَاسٌ مِنْ أَهْلِ مَكَّةَ
فَيُخْرِجُونَهُ وَهُوَ كَارِهٌ. فَيُبَايِعُونَ
هُ بَيْنَ الرُّكْنِ وَالْمَقَامِ. وَيُبْعَثُ إِلَيْهِ بَعْثٌ مِنْ أَهْلِ
الشَّامِ، فَيُخْسَفُ بِهِمْ بِالْبَيْدَاءِ بَيْنَ مَكَّةَ وَالْمَدِينَةِ.
فَإِذَا رَأَى النَّاسُ ذَلِكَ أَتَاهُ أَبْدَالُ الشَّامِ وَعَصَائِبُ أَهْلِ
الْعِرَاقِ فَيُبَايِعُونَهُ بَيْنَ الرُّكْنِ وَالْمَقَامِ. ثُمَّ يَنْشَأُ
رَجُلٌ مِنْ قُرَيْشٍ أَخْوَالُهُ كَلْبٌ فَيَبْعَثُ إِلَيْهِمْ بَعْثًا
فَيَظْهَرُونَ عَلَيْهِمْ وَذَلِكَ بَعْثُ كَلْبٍ، وَالْخَيْبَةُ لِمَنْ لَمْ
يَشْهَدْ غَنِيمَةَ كَلْبٍ. فَيَقْسِمُ الْمَالَ وَيَعْمَلُ فِي النَّاسِ
بِسُنَّةِ نَبِيِّهِمْ صَلَّى اللَّهم عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَيُلْقِي الْإِسْلامُ
بِجِرَانِهِ فِي الْأَرْضِ. فَيَلْبَثُ سَبْعَ سِنِينَ ثُمَّ يُتَوَفَّى
وَيُصَلِّي عَلَيْهِ الْمُسْلِمُونَ
“Bakal berlaku perselisihan saat
kematian khalifah. Lalu muncul seorang lelaki (Imam Mahdi) daripada Madinah
lari ke Mekah. Kemudian dia didatangi oleh penduduk Mekah lalu membawanya
keluar dari rumah dalam keadaan beliau enggan. Beliau lalu dibaiah di antara
Rukn Hajarul Aswad dan Maqam Ibrahim. Selepas itu datang satu pasukan pasukan
dari Syam untuk memerangi beliau, lalu bumi menelan mereka ketika sampai di
kawasan Baida’. Apabila manusia melihat peristiwa itu, datanglah para wali
abdal daripada Syam dan pasukan-pasukan dari Iraq dan memberi baiah kepadanya.
Kemudian muncul pula lelaki dari keturunan Quraisy dari sebelah bapa dan Kalb
dari sebelah ibu untuk memerangi al-Mahdi, namun berjaya dikalahkan. Maka
rugilah mereka yang tidak bersama pada ketika itu. Al-Mahdi membahagikan
ghanimah, memimpin manusia mengikut sunnah Nabi dan istiqamah dengan Islam.
Beliau hidup selepas itu selama tujuh tahun. Kemudian dia dimatikan dan kaum
muslimin menyolatkannya.” (HR. Abu Daud no. 4286, didiamkan oleh Abu Daud dan
didhaifkan oleh Syeikh al-Albani dan Syeikh al-Arnauth)
Dan sebahagian BESARNYA berasal
dari sumber Syiah seperti hadith:-
عن أبي عبد الله عليه السلام أنه قال:السفياني لابد منه ، ولا يخرج إلا في رجب ، فقال له رجل:
يا أبا عبد الله إذا خرج فما حالنا ؟قال: إذا كان ذلك فإلينا
Daripada Khilad Al-Saig dari Abu
Abdullah (as): “Al Sufyani adalah tidak dapat dielakkan, dan dia tidak akan
muncul kecuali dalam bulan Rajab.” Seorang lelaki bertanya kepadanya: Ya Aba
Abdillah, jika beliau muncul, bagaimana keadaan kami?” Dia menjawab: “Datanglah
kepada kami (Bihar al-Anwar 52/135).
Kesimpulannya
Tidak ada hadith yang sahih dalam
bab Sufyani seperti dijelaskan oleh Syeikh al-Tharifi, Dr. Hatim al-Awni dan
Syeikh Thuwaijiri
Rujukan
Fatwa Soaljawab Islam no. 136772
https://ar.islamway.net/article/74086/موقف-أهل-السنة-من-هؤلاء
No comments:
Post a Comment