Matan hadith
ﻭَﺭُﻭِﻱَ ﻋَﻦْ ﺍﻟْﺨَﻀِﺮِ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﺍﻟﺴَّﻠَﺎﻡُ ﺃَﻧَّﻪُ ﻗَﺎﻝَ : ﻣَﻦْ ﻗَﺎﻝَ ﺣِﻴﻦَ
ﻳَﺴْﻤَﻊُ ﺍﻟْﻤُﺆَﺫِّﻥَ ﻳَﻘُﻮﻝُ : ﺃَﺷْﻬَﺪُ ﺃَﻥَّ ﻣُﺤَﻤَّﺪًﺍ ﺭَﺳُﻮﻝُ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﻣَﺮْﺣَﺒًﺎ
ﺑِﺤَﺒِﻴﺒِﻲ ﻭَﻗُﺮَّﺓِ ﻋَﻴْﻨِﻲ ﻣُﺤَﻤَّﺪِ ﺑْﻦِ ﻋَﺒْﺪِ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺻَﻠَّﻰ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻋَﻠَﻴْﻪِ
ﻭَﺳَﻠَّﻢَ ﺛُﻢَّ ﻳُﻘَﺒِّﻞُ ﺇﺑْﻬَﺎﻣَﻴْﻪِ ، ﻭَﻳَﺠْﻌَﻠُﻬُﻤَﺎ ﻋَﻠَﻰ ﻋَﻴْﻨَﻴْﻪِ ﻟَﻢْ ﻳَﻌْﻢَ
، ﻭَﻟَﻢْ ﻳَﺮْﻣَﺪْ ﺃَﺑَﺪًﺍ ( ﻣﻮﺍﻫﺐ ﺍﻟﺠﻠﻴﻞ ﻓﻲ ﺷﺮﺡ
Terjemahan
Diriwayatkan dari Nabi Khidhir as.
bahawa ia berkata: “Barangsiapa yang mendengar bacaan muazin “Asyhadu anna
Muhammadan Rasulullah”, lalu ia berdoa “MARHABAN BIHABIBIY WAQURRATI AINIY
MUHAMMADIBNI ABDILLAH SAW.”, lalu mengucup dua ibu jarinya dan diletakkan (diusapkan) ke kedua matanya,
maka ia tidak akan mengalami buta dan sakit mata selamanya.”
Takhrij
HN. Syeikh Abu abdillah Muhammad
al-Maghribi dalam Mawahib al-Jalil 3/355.
Syeikh Syihabuddin al-Baghdadi
seorang ulama Mazhab Maliki menilai teks di atas bukan bersumber dari hadith
dalam Irsyad as-Salik 1/27.
Syeikh Muhammad Thahir al-Fatani
dalam Tazkirah Maudhuat hal. 34.
Dalam teks riwayat ad-Dailami
dalam Musnad Firdaus menyebutkan redaksi seperti berikut:-
عن أبي بكر أنه لما سمع قول المؤذن أشهد أن محمدا رسول الله قاله وقبل باطن
الأنملتين السبابتين ومسح عينيه فقال صلى الله عليه وسلم من فعل فعل خليلي فقد حلت
له شفاعتي
Daripada Abu Bakar ra, adalah Abu
Bakar saat mendengar orang azan membaca “ASYHADU ANNA MUHAMMADAN RASUULULLAAH”
ia juga membacanya dan mencium perut kedua hujung jari telunjuk dan diusapkan
pada kedua matanya, Baginda berkata, "Sesiapa melakukan sepertimana yang
dilakukan oleh sahabatku ini, maka beroleh syafaatku".
Imam Sakhawi menilai hadith ini
tidak sahih dalam Maqasid al-Hasanah no. 450, begitu juga Syeikh Muhammad
Thahir al-Fatani dalam Tazkirah Maudhuat ha.l 34.
Kesimpulan
Imam as-Sakhawi beliau
mengatakan:
ولا يصح في المرفوع من كل هذا شيء
Semua ini sedikit pun tidak shahih
secara marfu’ [dari Nabi]. (al-Maqashid al-Hasanah hal. 606).
Imam Asy Syaukani mengatakan:
قال في التذكرة : لا يصح
Dia berkata dalam At Tadzkirah:
tidak sahih. (Al-Fawaid al-Majmu’ah hal. 20).
Syaikh Bakr Abu Zaid berkata:
النفخ على الإبهامين ومسح العينين بهما : جهالة ؛ لا أصل
له
Meniup kedua ibu jari dan
mengusapnya ke kedua mata adalah jahaalah [tidak diketahui], dan tidak ada
dasarnya. (Tashhih Ad Du’a hal. 447)
Rujukan
Fatwa Soaljawab Islam no. 181365
https://www.harakatuna.com/dalil-doa-dan-amalan-mengusap-mata-saat-adzan-2.html
https://alfahmu.id/mengusap-mata-saat-adzan-shahihkah-hadistnya/
No comments:
Post a Comment