Termasuk akhlak yang buruk dan
dibenci Allah swt orang yang suka memaki hamun, bercakap kotor, seranah,
sumpah, keji, laknat dan sewaktu dengannya.
Seperti di jelaskan dalam Surah
Al Humazah berikut:
وَيْلٌ لِكُلِّ هُمَزَةٍ لُمَزَةٍ
“Kecelakaanlah bagi setiap
pengumpat lagi pencela” (QS. Al Humazah: 1)
Dari Abdullah ra ia berkata;
Rasulullah SAW bersabda:
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ لَيْسَ الْمُؤْمِنُ بِالطَّعَّانِ وَلَا اللَّعَّانِ وَلَا الْفَاحِشِ
وَلَا الْبَذِيءِ
Seorang mukmin itu bukanlah orang
yang suka mencela, suka melaknat, suka berperilaku keji dan suka berkata
kasar (HR Tirmidzi no. 1900, hasan).
Dari Abi Darda' ra ia berkata;
Rasulullah SAW bersabda:
مَا شَيْءٌ أَثْقَلُ فِيْ مِيْزَانِ الْمُؤْمِنِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ
خُلُقٍ حَسَنٍ وَإِنَّ اللهَ لَيُبْغِضُ الْفَاحِشَ الْبَذِيْءَ
Sesungguhnya tidak ada sesuatu
apapun yang paling berat ditimbangan kebaikan seorang mu’min pada hari kiamat
seperti akhlak yang mulia, dan sungguh-sungguh (benar-benar) Allah benci dengan
orang yang lisannya kotor dan kasar.”(HR. Tirmidzi no. 2002, hasan sahih).
Daripada Abu Hurairah ra, bahawa
Rasulullah SAW bersabda:
وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَاليَوْمِ الآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا
أَوْ لِيَصْمُتْ
Dan barangsiapa yang beriman
kepada Allah dan hari Akhirat, maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam.”
(HR. Bukhari no. 6018).
No comments:
Post a Comment