Thursday, 11 February 2021

Adakah terdapat hadith dhaif bahkan palsu dalam Musnad Ahmad?

 

Jika ditanya apakah ada hadith dhaif dalam kitab Musnad Imam Ahmad bin Hanbal, para ulama dahulu sudah menjawapnya =  ada.

 

Bukankah Imam Ahmad bin Hanbal termasuk ulama hadith yang hebat? Iya, benar. Bahkan Imam Syafi’i (w. 204 H) mengakuinya. Imam Syafi’i pernah berkata:

 

قال لنا الشافعي أنتم أعلم بالحديث والرجال مني فإذا كان الحديث الصحيح فأعلموني إن شاء يكون كوفيا أو بصريا أو شاميا حتى اذهب إليه إذا كان صحيحا

 

Imam Syafi’i berkata kepadaku, “Engkau lebih tahu tentang hadith dan rijal daripada saya. Jika memang hadith itu sahih, maka kabari saya. Meskipun dari Kufah, Bashrah mahupun Syam agar saya boleh kesana, jika memang hadithnya sahih. (Abu al-Qasim Ali bin Hasan bin Asakir, Tarikh Ibnu Asakir 51/ 385).

 

Lantas mengapa Imam Ahmad bin Hanbal masih menuliskan hadith-hadith dhaif dalam kitabnya? Apalagi beliau tak banyak menjelaskan status hadith, beliau tulis saja.

 

Apakah gara-gara memasukkan hadith dhaif dalam kitab, lantas menunjukkan seorang itu bukan pakar hadith? Atau gara-gara saat wafat memeluk kitab Sahih Bukhari, lantas dianggap semasa hidupnya tidak tahu kitab hadith itu? Tentu sebuah penilaian yang tergesa-gesa.

 

Dua hal yang perlu diperjelas:

 

Pertama, hadith dhaif itu berbeza dengan hadith palsu, hadith dhaif itu ada tingkatannya.

 

Kedua, penilaian terhadap suatu hadith menjadi dhaif dan sahih adalah produk ijtihadi seorang pakar hadith, yang mungkin berbeza antara satu orang dengan orang lainnya.

 

Apakah Hal itu Kerana Imam Ahmad bin Hanbal Hanya Mengumpulkan Saja Hadith-Hadith Tanpa Menyeleksinya?

 

Abu Zur’ah ar-Razi pernah berkata kepada Abdullah bin Ahmad bin Hanbal, anak dari Imam Ahmad:

 

قال عبد الله بن أحمد: قال لي أبو زرعة: أبوك يحفظ ألف ألف حديث

 

Bapakmu (Ahmad bin Hanbal) itu hafal satu juta hadith. (Syamsuddin az-Zahabi, Siyar A’lam an-Nubala 11/ 187).

 

Wah, satu juta hadith Imam Ahmad bin Hanbal  hafal. Meski az-Zahabi menjelaskan bahawa satu juta ini tidak semuanya hadith Nabi, tetapi ditambah hadith yang terulang kerana sanadnya berbeza, atsar, fatwa tabiin dan lainnya. (Siyar A’lam an-Nubala 11/ 187).

 

Dari sekian banyak hafalan itu, beliau hanya menuliskan sekitar 40 ribu hadith saja dalam kitabnya Musnad. Maka tak mungkin Imam Ahmad bin Hanbal hanya mengumpulkan saja tanpa adanya proses seleksi.

 

Imam Ahmad bin Hanbal Menyatakan Bahawa Kitab Musnadnya Boleh Menjadi Pegangan Argumentasi

 

Terlebih lagi, Imam Ahmad bin Hanbal sendiri menyatakan bahawa kitabnya boleh dijadikan pegangan argumentasi hukum. Az-Zahabi menceritakan perkataan Imam Ahmad bin Hanbal:

 

هذا الكتاب جمعته وانتقيته من أكثر من سبع مائة ألف وخمسين ألفا، فما اختلف المسلمون فيه من حديث رسول الله -صلى الله عليه وسلم- فارجعوا إليه، فإن وجدتموه فيه، وإلا فليس بحجة

 

Kitab ini (Musnad Ahmad) telah saya kumpulkan dan seleksi dari sekitar lebih dari 750000 hadith. Jika kaum muslimin berbeza pendapat dalam suatu hadith Rasulullah, maka rujuklah kepada kitab ini. Jika hadith itu tidak ditemukan di dalamnya, maka bukan hujjah. (Siyar A’lam an-Nubala 11/ 187).

 

Dari hafalan 1000000 hadith yang masih berulang dan bercampur dengan atsar serta perkataan tabiin, dipilih menjadi 750000 hadith, lantas dipilih lagi dan Imam Ahmad tuliskan hanya 40000 hadith saja, atau sekitar 5.3 % nya saja.

 

Tak Semua Hadith Dalam Musnad Imam Ahmad bin Hanbal itu Sahih

 

Tentu yang berani menyatakan bahawa tak semua hadith dalam Musnad Ahmad itu sahih, adalah para ulama juga.

 

Sebut saja Ibnu al-Jauzi al-Hanbali, beliau mengatakan dalam kitabnya Shaid al-Khatir:

 

كان قد سألني بعض أصحاب الحديث: هل في مسند أحمد ما ليس بصحيح؟ فقلت: نعم

 

Saya ditanya oleh sebagian ahli hadith, “Apakah ada hadith yang tidak sahih dalam kitab Musnad Ahmad?” Iya, ada. (Shaid al-Khathir hal. 313).

 

Ibnu Qayyim al-Jauziyyah al-Hanbali  juga menyatakan:

 

والإمام أحمد لم يشترط في مسنده الصحيح ولا التزمه وفي مسنده عدة أحاديث سئل هو عنها فضعفها بعينها وأنكرها

 

Imam Ahmad tak mensyaratkan harus sahih, terhadap apa yang beliau tulis dalam Musnadnya. Banyak ditemukan hadith dalam kitabnya, ketika beliau ditanya tentang status hadithnya, beliau mendhaifkan dan mengingkarinya (al-Furusiyyah hal. 247)

 

Al-Hafiz as-Shakawi menjelaskan juga:

 

والحق أن فيه أحاديث كثيرة ضعيفة، وبعضها أشد في الضعف من بعض

 

Hal yang benar adalah dalam Musnad Ahmad memang terdapat banyak hadith dhaif, sebagiannya lebih dhaif dari sebagian yang lain (Fathu al-Mughits Bi Syarhi Alfiyat al-Hadith 1/118).

 

Lebih lanjut az-Zahabi menambahkan bahawa malahan ada hadith yang mirip palsu, kita boleh temukan dalam Musnad Ahmad:

 

ففيه جملة من الأحاديث الضعيفة مما يسوغ نقلها، ولا يجب الاحتجاج بها، وفيه أحاديث معدودة شبه موضوعة، ولكنها قطرة في بحر

 

Di dalamnya (Musnad Ahmad) terdapat bebearapa hadith dhaif yang dinukil, tetapi tak boleh dijadikan hujjah. Di dalamnya juga terdapat beberapa hadith yang mirip palsu, tetapi hal itu seperti setitik air dalam samudra (Siyar A’lam an-Nubala 11/ 329).

 

Apakah Ada Juga Hadith Palsunya?

 

Jika tadi para ulama menyatakan ada hadith dhaif dalam Musnad Ahmad, lantas apakah juga ada hadith palsunya juga? Al-Hafiz al-Iraqi  menjelaskan:

 

وأما وجود الضعيف فيه فهو محقق بل فيه أحاديث موضوعة

 

Hadith dhaif dalam Musnad Ahmad itu memang ada, bahkan di dalamnya terdapat hadith palsu (at-Taqyid wa al-Idhah hal. 57).

 

Memang masih ada perdebatan diantara ada tidaknya hadith palsu dalam Musnad Ahmad, al-Hafidz al-Iraqi dan Ibnu al-Jauzi al-Hanbali termasuk ulama yang menyatakan ada hadith palsu dalam Musnad Ahmad.

 

Ibnu Taimiyyah al-Hanbali menyatakan:

 

تنازع الحافظ أبو العلاء الهمداني والشيخ أبو الفرج ابن الجوزي: هل في المسند حديث موضوع؟ فأنكر الحافظ أبو العلاء أن يكون في المسند حديث موضوع وأثبت ذلك أبو الفرج وبين أن فيه أحاديث قد علم أنها باطلة؛ ولا منافاة بين القولين

 

Al-Hafiz Abu al-Ala’ al-Hamadani dan Ibn al-Jauzi berdebat tentang ada tidaknya hadith maudhu’ dalam Musnad Ahmad. Abu al-Ala’ mengingkarinya, sedangkan Ibnu al-Jauzi mengakui adanya hadith palsu. Meski kedua perkataan itu benar. (Majmu’ al-Fatawa 1/ 248).

 

Malahan seorang yang membela bahawa tak ada hadith palsu dalam kitab Musnad Imam Ahmad bin Hanbal adalah Imam Ibnu Hajar al-Asqalani. Beliau menulis kitab tersendiri dengan judul al-Qaul al-Musaddad fi ad-Dzab ‘an Musnad Ahmad.

 

Contoh Hadith Dhaif dan Maudhu’ Dalam Musnad Imam Ahmad

 

Satu contoh yang diperdebatkan status hadithnya adalah hadith berikut ini:

 

إن عليا مني وأنا منه، وهو ولي كل مؤمن بعدي

 

Ali bin Abi Thalib adalah bagian dariku (Nabi), Dia adalah walinya setiap mukmin setelahku (Musnad Imam Ahmad 33/154)

 

Hadith ini dikritik oleh Ibnu Taimiyyah dalam kitabnya Minhaj as-Sunnah an-Nabawiyyah, beliau berkata:

 

قوله: " «هو ولي كل مؤمن بعدي» " كذب على رسول الله صلى الله عليه وسلم... كلام يمتنع نسبته إلى النبي صلى الله عليه وسلم

 

Perkataan, “Ali adalah wali bagi kaum mukmin setelahku’ adalah perkataan bohong yang disandarkan kepada Nabi… juga perkataan yang tak pantas dinisbatkan kepada Nabi. (Minhaj as-Sunnah an-Nabawiyyah 7/391).

 

Bahkan beliau menyatakan bahwa tak ada satupun ahli hadith, bahkan orang yang baru mengerti sedikit tentang ilmu hadith akan tahu bahwa hadith tersebut bohong. Beliau menyatakan:

 

أن هذا كذب موضوع باتفاق أهل المعرفة بالحديث وكل من له أدنى معرفة بالحديث يعلم أن هذا كذب موضوع لم يروه أحد من أهل العلم بالحديث في كتاب يعتمد عليه لا الصحاح، ولا السنن، ولا المساند المقبولة

 

Hadith ini adalah maudhu dengan kesepakatan para ahli hadith. Orang yang baru belajar ilmu hadith pun akan tahu bahwa hadith tadi palsu. Hadith tadi tak pernah diriwayatkan oleh satupun ulama ahli hadith, baik dalam kitab-kitab sahih, kitab sunan, dan musnad yang diterima. (Minhaj as-Sunnah an-Nabawiyyah 7/386).

 

Perlu diketahui bahawa hadith yang dikritisi oleh Ibnu Taimiyyah tadi terdapat pada kitab Musnad Imam Ahmad bin Hanbal.

 

Lebih dari itu, al-Albani memasukkan hadith itu dalam kitabnya Silsilah al-Ahadith as-Sahihah; kitab hadith yang katanya semua hadithnya sahih. (Silsilah al-Ahadith as-Sahihah 5/261).

 

al-Albani berasa hairan dengan apa yang dikatakan oleh Ibnu Taimiyyah terkait hadith ini, al-Albani berkata:

 

فمن العجيب حقا أن يتجرأ شيخ الإسلام ابن تيمية على إنكار هذا الحديث وتكذيبه

 

Hal yang sungguh menghairankan bahawa Syeikh Ibnu Taimiyyah berani mengingkari hadith ini dan menganggapnya bohong (Silsilah al-Ahadith as-Sahihah 5/264)

 

Kata al-Albani, Ibnu Taimiyyah  berbuat hal itu kerana berlebihan dalam menyerang Syiah. Al-Albani  menyebutkan:

 

فلا أدري بعد ذلك وجه تكذيبه للحديث إلا التسرع والمبالغة في الرد على الشيعة، غفر الله لنا وله

 

Maka saya tak ketahui apa alasan kenapa Ibnu Taimiyyah sampai menganggap hadith tadi palsu, kecuali kerana tergesa-gesa dan berlebihan dalam membantah Syiah. Semoga Allah mengampuni dosa kita dan dosanya (Silsilah al-Ahadith as-Sahihah 5/264).

 

Nah, kira-kira siapakah yang paling benar, apakah Imam Ahmad bin Hanbal, atau Ibnu Taimiyyah, atau Nashiruddin al-Albani

 

Tahqiq Kitab Musnad Ahmad bin Hanbal

 

Cara paling mudah mengetahui hadith mana saja dari Musnad Ahmad adalah dengan membaca kitab tahqiq atau penelitian ulang ulama setelahnya.

 

Jumlah hadith dalam Musnad Ahmad adalah sekitar 40 ribu hadith dengan pengulangan. Oleh Percetakan ar-Risalah Beirut yang ditahqiq oleh Syeikh Syuaib al-Arnauth, Musnad Ahmad dicetak dalam 50 jilid buku.

 

Dalam mukaddimah tahqiq Kitab Musnad Ahmad, disebutkan bahawa hadith dalam kitab Musnad Ahmad ini boleh diklasifikasikan menjadi 6 bahagian;

1. Hadith yang sahih li dzatihi,

2. Hadith yang sahih li ghairihi,

3. Hadith yang hasan li dzatihi,

4. Hadith yang hasan li ghairihi,

5. Hadith yang dhaif dengan ringan,

6. Hadith yang sangat dhaif bahkan sampai maudhu

(Syuaib al-Arnauth, Mukaddimah Tahqiq Musnad Ahmad 1/64).

 

Jika kita lihat peratusan sahih-dhaifnya, sebagai contoh kita boleh lihat dalam jilid pertama kitab Musnad Ahmad. Syeikh Syuaib al-Arnauth dan rakan-rakan menyimpulkan bahawa dalam jilid pertama:

 

Jumlah hadith                                          : 561 hadith

 

Hadith sahih li dzatihi dan li ghairihi : 359 hadith atau 64 %

 

Hadith hasan li dzatihi dan li ghairihi  : 110 hadith atau 19,6 %

 

Hadith dhaif                                              : 79 hadith atau 14 %

 

Masih tawaqquf atau belum jelas        : 13 atau 2,4 %

 

Sedangkan untuk hadith yang sangat lemah, dengan bantuan pencarian aplikasi maktabah syamilah, dengan keyword ‘dhaif jiddan’, paling tidak ditemukan sekitar 298 hadith yang berstatus ‘sangat lemah’ dalam seluruh hadith Musnad Ahmad tahqiq Syeikh Syuaib al-Arnauth.

 

Alasan Memasukkan Hadith Dhaif

 

Mungkin salah satu alasan Imam Ahmad bin Hanbal memasukkan hadith yang lemah adalah beliau pernah berkata kepada putera beliau;

 

قصدت في المسند الحديث المشهور وتركت الناس تحت ستر الله تعالى ولو أردت أن أقصد ما صح عندي لم أرو من هذا المسند إلا الشيء بعد الشيء ولكنك يا بني تعرف طريقتي في الحديث لست أخالف ما ضعف إذا لم يكن في الباب ما يدفعه

 

Saya sengaja memasukkan hadith-hadith yang masyhur dalam kitab Musnad, dan saya tinggalkan orang-orang didalam perlindungan Allah. Kalau saya mahu, saya akan riwayatkan dari Musnad ini satu per satu. Tapi engkau tahu metodeku dalam hadith, saya tidak tinggalkan hadith dhaif, jika memang dalam satu bab tak ada hadith lain. (Abu Musa al-Madini, Khashais Musnad Ahmad hal. 21).

 

Maksudnya memang Imam Ahmad tak membuang begitu saja meskipun hadith itu dhaif, jika dalam satu bab tak ada riwayat lain.

 

Apakah ada alasan lain, misalnya Imam Ahmad tak boleh membezakan mana hadith sahih dan mana hadith dhaif?

 

Jika gara-gara masih memasukkan hadith dhaif dalam kitab tertentu, lantas penulisnya dianggap tak boleh membezakan hadith sahih dan dhaif, sungguh penilaian yang dangkal.

 

Dari sini kita juga boleh tahu bahwa penilaian suatu hadith menjadi sahih atau dhaif, bukanlah monopoli seseorang, atau golongan tertentu saja.

 

Wallahua'lam bis shawab

 

Rujukan

 

https://rumahfiqih.com/y.php?id=336

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...