Matan hadith
تَسَمَّوْا بِاسْمِي، وَلاَ تَكْتَنُوا بِكُنْيَتِي، فَإِنَّمَا أَنَا
قَاسِمٌ، أَقْسِمُ بَيْنَكُمْ
Terjemahan
Berilah nama dengan namaku, akan
tetapi jangan memanggil dengan panggilanku (yakni Abul Qasim) kerana
sesungguhnya aku adalah Qasim (pembagi) yang membagi di antara kalian.
Takhrij
HR. Bukhari no. 3110 dan Muslim no. 2133, daripada Jabir
bin Abdillah ra.
Hadith lain yang menyebutkan
keutamaan adalah dhaif
Ibnu Bukair al-Baghdadi telah
menyusun sebuah kitab bernama Fadha`ilu Man Ismuhu Ahmad wa Muhammad. Pada
kitab tersebut beliau menyertakan sekitar 26 hadith yang tidak sahih.
Antaranya,
من ولد له مولود فسماه محمداً تبرّكّا به كان هو ومولودُهُ في الجنة
Barangsiapa yang mempunyai anak
kemudian diberi nama ‘Muhammad’ dalam rangka mencari keberkahan, maka dia dan
anaknya akan berada di syurga
Takhrij
HR. ar-Rafaie dalam al-Tadwin
Ahkbar Qazwin 2/343, daripada Abu Umamah ra.
Dinilai palsu oleh Ibnu Qayyim
dalam al-Manarul Munif no. 52, Ibnu Jauzi dalam al-Maudhuat 1/241, dan
az-Zahabi dalam Mizanul I’tidal 1/337 dan Syeikh al-Albani dalam Silsilah
hadith Dhaif no. 171.
Hadith palsu lain termasuk:-
مَنْ وُلِدَ لَهُ أَرْبَعَةُ أَوْلادٍ ، فَلَمْ يُسَمِّ أَحَدَهُمْ
مُحَمَّدًا لَمْ يَدْخُلْ حُبُّ مُحَمَّدٍ قَلْبَهُ .
Barang siapa yang mempunya empat
orang anak (dalam riwayat lain 3) kemudian tidak memberikan nama salah seorang
dari mereka dengan nama ‘Muhammad’, maka tidak masuk rasa kecintaan kepada
(nabi) Muhammad dalam hatinya.”
Syaikh Abdul Aziz bin
Baz rahimahullah menjelaskan,
هذا الحديث مكذوب ، وموضوع على الرسول ـ صلى الله عليه وسلم ، وليس لذلك
أصل في السنة المطهرة ، فكل ما جاء في هذا من الأخبار لا أساس لها من الصحة ،
فالاعتبار بإتباع محمد ، وليس باسمه ـ صلى الله عليه وسلم ، فكم ممن سمي محمداً
وهو خبيث ؛ لأنه لم يتبع محمدا ولم ينقد لشريعته ، فالأسماء لا تطهر الناس ، وإنما
تطهرهم أعمالهم الصالحة ، وتقواهم لله ـ جل وعل ـ
“Ini adalah hadith dusta dan
palsu, bukan perkataan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Bukanlah
termaduk sunnah yang suci. Semua hadith-hadith mengenai hal ini (keutamaan
bernama dengan ‘Muhammad’) tidak ada dasarnya untuk dibilang sahih. Yang
menjadi pegangan adalah mengikuti ajaran nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa
sallam bukan mengikuti namanya. Betapa banyak orang yang bernama Muhammad akan
tetapi kelakuannya tidak baik kerana tidak mengikuti ajaran Muhammad
shallallahu ‘alaihi wa sallam dan tidak patuh terhadap syariat. Nama tidak
mensucikan orang, yang mensucikannya adalah amal soleh dan takwa kepada Allah. (http://www.binbaz.org.sa/mat/337).
Hal ini dijelaskan
juga oleh Ibnul Qayyim rahimahullah, beliau berkata,
قال سعيد بن المسيب: أحب الأسماء إلى الله أسماء الأنبياء، وفي تاريخ ابن
أبي خيثمة أن طلحة كان له عشرة من الولد كل منهم اسم نبي وكان للزبير عشرة كلهم
تسمى باسم شهيد.
“Berkata Sa’id bin Musayyib: Nama
yang paling dicintai Allah adalah nama para Nabi. Dalam kita sejarah dijelaskan
bahawa sahabat Thalhah mempunyai sepuluh anak dan setiap anak bernama dengan
nama nabi. Sahabat Az-Zubair juga memiliki sepuluh anak dan dinamakan dengan
para syuhada.”(Tuhfatul Maudud hal. 128).
No comments:
Post a Comment