Sunday, 18 April 2021

Hadith keutamaan solat sunat awal Syaaban

 Matan hadith

 

عن النبي صلى الله عليه وسلم من صلى أول ليلة من شعبان اثنتي عشرة ركعة يقرأ في الركعة الأولى فاتحة الكتاب مرة وقل هو الله أحد خمس مرات أعطاه الله تعالى ثواب اثنى عشر ألف شهيد وخرج من ذنوبه كيوم ولدته أمه ولا يكتب عليه خطيئة إلى ثمانين يوما

 

Terjemahan

 

Barang siapa yang melakukan solat 12 rakaat pada awal malam bulan Syabaan dengan membaca Surat al-Fatihah sekali dan Qul Huwa ‘Llaahu Ahad lima kali pada rakaat pertama, Allah taala akan memberi ganjaran 12000 syahid dan ia akan keluar dari dosa-dosanya bagaikan hari di mana ia dilahirkan oleh ibunya dan tidak dituliskan baginya satu kesalahan pun hingga delapan puluh hari berikutnya.

 

Takhrij

 

HN. Al-Syafuri dalam Nuzhatul Majalis hal. 202, tanpa sanad.


Hadith ini tidak melepasi pun tapisan pertama iaitu keberadaan sanad yang abash sehingga boleh disimpulkan hadith ini tidak mempunyai asal.

 

Dan mengenai kitab ini, kitab ini difatwakan oleh KH Ahmad Barizi sebagai kitab yang bermasalah kerana memuatkan banyak hadith-hadith palsu.

 

Para ulama menyebutkan sejumlah kitab yang tidak layak bagi seseorang mengutip hadith darinya melainkan setelahmenyemak dan menelitinya. Bahkan sebagian kitab-kitab itu dipenuhi oleh hadith-hadith palsu. Buku-buku itu antara lain:

 

a)      -Syamsul Ma’arif

b)      -Nuzhatul Majalis

 

Sehingga orang tidak patut menjadikannya sebagai pegengan kerana banyaknya hadith palsu di sana. Bahkan Burhanuddin, seorang pakar hadith di Damsyiq, mengingatkan akan membacanya. Jalaluddin As-Suyuthi malah menyatakan bahawa membacanya adalah haram (Ithaf Al-Muhibb As-Sail bi Ajwibah As-Sab’ Al-Masail hlm. 9-11, masalah ke-5).

No comments:

Post a Comment

Kebiasaan waktu muda akan menjadi kebiasaan waktu tua, maka peliharalah adab dikala muda

  Berkata hukamak:   من شب على شئ شاب عليه   Barang siapa pada masa mudanya biasa berbuat atas sesuatu, nescaya pada masa tuanya ter...