Takhrij

Thursday, 29 July 2021

Hadith 4 golongan yang tidak diberi nikmat dan syurga oleh Allah swt

 

Matan hadith

 

أربعة نفر حق على الله أن لا يدخلهم الجنة و لا يذيقهم نعيمها : مدمن خمر و آكل ربا و آكل مال اليتيم ظلما و العاق لوالديه إلا أن يتوبوا

 

Terjemahan

 

Ada empat kelompok di mana Allah swt berhak untuk tidak memasukkan mereka ke dalam syurga dan tidak akan memberikan nikmatnya kepada mereka. Mereka adalah orang ketagih minuman arak, orang yang memakan harta riba, orang yang memakan harta anak yatim dengan cara yang tidak benar dan orang yang derhaka kepada kedua orang tua, kecuali dia bertaubat.

 

 

Takhrij

 

HR. al-Hakim dalam Mustadraknya 2/37, daripada Abu Hurairah ra.

 

Disahihkan oleh al-Hakim.

 

Didhaifkan oleh az-Zahabi dalam Mukhtasar Istidrak  1/541-542.

 

al-Mundziri dalam al-Targhib wa al-Tarhib no. 3562, mendhaifkan hadith ini kerana terdapat perawi yang dijarh matruk oleh an-Nasaie iaitu Ibrahim bin Khatsim.

 

 

1) Maksud kalimah hadith “Tidak memasukkan mereka ke dalam syurga” itu maksudnya tidak masuk syurga hingga masuk neraka sebelumnya, wallahu a’lam.

 

2) Sedangkan maksud kalimah "Allah tidak merasakan kepada mereka kenikmatnya"  maksudnya tidak merasakan kepada mereka kenikmatan syurga bersama orang-orang yang terdahulu masuk syurga (Kitab at-Tanwir Syarah Jami'us Shaghir 2/269).

 

3) Hadith ini termasuk dalam kategori nas-nas yang berisi ancaman (wa’id), dan ancaman Allah ta’ala belum tentu Allah merealisasikannya, berbeza dengan nas-nas yang berisi janji (wa’ad), maka pasti Allah menepatinya, kerana Allah tidak pernah menyalahi janji-Nya.

 

4) Jadi, apabila 4 golongan ini tidak melakukan kekufuran dan kesyirikan, lalu mereka mati sebelum bertaubat, maka keadaan mereka di bawah kehendak Allah, apabila Allah menghendaki untuk diampuni maka diampuni, namun apabila Allah menghendaki untuk diazab maka mereka akan diazab.

 

5) Apabila mereka diazab maka azab mereka tidaklah kekal seperti orang-orang kafir dan musyrik.

 


No comments:

Post a Comment