Matan hadith
أربعة نفر حق على الله أن لا يدخلهم الجنة و لا يذيقهم نعيمها : مدمن خمر و
آكل ربا و آكل مال اليتيم ظلما و العاق لوالديه إلا أن يتوبوا
Terjemahan
Ada empat kelompok di mana Allah
swt berhak untuk tidak memasukkan mereka ke dalam syurga dan tidak akan
memberikan nikmatnya kepada mereka. Mereka adalah orang ketagih minuman arak,
orang yang memakan harta riba, orang yang memakan harta anak yatim dengan cara
yang tidak benar dan orang yang derhaka kepada kedua orang tua, kecuali dia
bertaubat.
Takhrij
HR. al-Hakim dalam Mustadraknya
2/37, daripada Abu Hurairah ra.
Disahihkan oleh al-Hakim.
Didhaifkan oleh az-Zahabi dalam
Mukhtasar Istidrak 1/541-542.
al-Mundziri dalam al-Targhib wa
al-Tarhib no. 3562, mendhaifkan hadith ini kerana terdapat perawi yang dijarh
matruk oleh an-Nasaie iaitu Ibrahim bin Khatsim.
1) Maksud kalimah hadith “Tidak
memasukkan mereka ke dalam syurga” itu maksudnya tidak masuk syurga hingga
masuk neraka sebelumnya, wallahu a’lam.
2) Sedangkan maksud kalimah
"Allah tidak merasakan kepada mereka kenikmatnya" maksudnya tidak merasakan kepada mereka
kenikmatan syurga bersama orang-orang yang terdahulu masuk syurga (Kitab
at-Tanwir Syarah Jami'us Shaghir 2/269).
3) Hadith ini termasuk dalam
kategori nas-nas yang berisi ancaman (wa’id), dan ancaman Allah ta’ala belum
tentu Allah merealisasikannya, berbeza dengan nas-nas yang berisi janji
(wa’ad), maka pasti Allah menepatinya, kerana Allah tidak pernah menyalahi
janji-Nya.
4) Jadi, apabila 4 golongan ini
tidak melakukan kekufuran dan kesyirikan, lalu mereka mati sebelum bertaubat,
maka keadaan mereka di bawah kehendak Allah, apabila Allah menghendaki untuk
diampuni maka diampuni, namun apabila Allah menghendaki untuk diazab maka
mereka akan diazab.
5) Apabila mereka diazab maka
azab mereka tidaklah kekal seperti orang-orang kafir dan musyrik.
No comments:
Post a Comment