A) Tawassul
Hadith Pertama
توسلوا بجاهي, فإن جاهي عند الله عظيم". أو :إذا سألتم الله, فاسألوه
بجاهي, فإن جاهي عند الله عظيم
“Bertawassullah kalian dengan kedudukanku,
sesungguhnya kedudukanku di sisi Allah sangat besar.” Atau: “Apabila kalian
meminta kepada Allah, maka mintalah kepada-Nya dengan kedudukanku, sesungguhnya
kedudukanku di sisi Allah sangat besar.”
Takhrij
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah
berkata, “Hadith ini dusta dan tidak terdapat dalam kitab-kitab kaum muslimin
yang dijadikan pegangan oleh ahlul hadith, dan tidak satu pun ulama menyebutkan
hadith tersebut, padahal kedudukan beliau di sisi Allah ta’ala lebih besar dari
kemuliaan seluruh nabi dan rasul.” (Qa’idah Jalilah fit Tawassul wal Wasilah
hal. 168; Iqtidha’ Shiratil Mustaqim 2/783).
Syeikh al-Albani berkata, “Hadith
ini batil, tidak terdapat dalam kitab-kitab hadith. Hadith ini hanya
diriwayatkan oleh sebagian orang yang bodoh terhadap As Sunnah.” (At Tawassul
Anwa’uhu wa Ahkamuhu hal. 127).
Hadith Kedua
"إذا أعيتكم الأمور فعليكم بأهل القيور" أو : "فاستغيثوا بأهل
القبور"
“Apabila kamu terbelit suatu
urusan, maka hendaknya (engkau meminta bantuan dengan berdoa) kepada ahli
kubur” Atau “Minta tolonglah dengan (perantaraan) ahli kubur.”
Takhrij
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah
berkata, “Hadith ini adalah dusta dan diada-adakan atas Nabi shallallahu
‘alaihi wa sallam berdasar kesepakatan ahli hadith. Hadith ini tidak
diriwayatkan oleh seorang pun dari para ulama dan tidak ditemukan sama sekali
dalam kitab-kitab hadith yang terpercaya.” (Majmu’ Fatawaa (11/293).
Ketika Imam Ibnul Qayyim
menyebutkan beberapa faktor penyebab para penyembah kubur terjerumus ke dalam
kesyirikan, beliau berkata, “Dan di antaranya adalah hadith-hadith dusta dan
bertentangan (dengan ajaran Islam), yang dipalsukan atas Nabi shallallahu
‘alaihi wa sallam oleh para penyembah berhala dan pengagung kubur yang
bertentangan dengan agama dan ajaran Beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam,
seperti hadith:
إذا أعيتكم الأمور فعليكم بأهل القيور
“Apabila kamu terbelit suatu
urusan, maka hendaknya (engkau meminta bantuan) kepada ahli kubur.”
Dan hadith,
لو أحسن أحدكم ظنه بحجر نفعه
“Seandainya kalian berharap dan
optimis walaupun terhadap sebuah batu, maka pasti batu itu akan mampu
mendatangkan manfaat kepada kalian.” (Ighatsatul Lahfaan 1/243).
Hadith Ketiga
مّا ماتَتْ فاطمةُ بنتُ أسدٍ أمُّ بنِ هاشمٍ أمُّ عليِّ رضيَ اللهُ عنهُما
دعا أسامةَ بنَ زيدٍ وأبا أيوبَ الأنصاريَّ وعمرَ بنَ الخطابِ، وغُلامًا أسودَ
يحفرونَ.. فلمّا فرغَ دخلَ رسولُ اللهِ ﷺ، فاضطجعَ فيهِ فقال: اللهُ الذي يُحيي
ويميتُ، وهوَ حَيٌّ لا يموتُ، اغفرْ لأمِّي فاطمةَ بنتِ أسدٍ، ولَقِّنْها
حُجَّتَها، ووَسِّعْ مُدْخَلَها بحقِّ نبيِّكَ، والأنبياءِ الذينَ من قَبلي،
فإنَّكَ أرحمُ الراحمينَ
Dari Anas bin Malik, Ketika
Fatimah bintu Asad bin Hasyim ibunda Ali radhiallahu ‘anhu wafat, maka dia
mengajak Usamah bin Zaid, Abu Musa Al Anshari, Umar bin Khattab dan seorang
budak hitam untuk menggali liang kubur. Setelah selesai, Rasulullah shallallahu
‘alaihi wa sallam masuk dan berbaring di dalamnya, kemudian beliau
berkata:“Allah adalah Zat yang menghidupkan dan mematikan. Dia Maha Hidup dan
tidak mati, ampunilah ibu saudaraku Fatimah binti Asad. Ajarkanlah padanya
hujjahnya dan luaskanlah tempat tinggalnya yang baru dengan hak nabi-Mu dan hak
para nabi sebelumku, kerana sesungguhnya Engkau adalah Zat Yang Maha
Penyayang.”
Takhrij
HR. at-Thabarani dalam Mu’jam
al-Kabir no. 871, Abu Nua’im dalam Hilyatul Auliya’ 3/121 dan Ibnu Jauzi dalam
al-‘Ilal Mutanahiyah no. 433.
Didhaifkan oleh Imam at-Thabarani
dan Ibnu Jauzi
Syeikh al-Albani berkata, “Hadith
ini tidak mengandung targhib (anjuran untuk melakukan suatu amalan yang
ditetapkan syariat) dan tidak pula menjelaskan keutamaan amalan yang telah
ditetapkan dalam syariat. Sesungguhnya hadith ini hanya memberitahukan
permasalahan seputar boleh atau tidak boleh, dan seandainya hadith ini sahih,
maka isinya menetapkan suatu hukum syarie. Sedangkan kalian (para penyanggah)
menjadikannya sebagai salah satu dalil bolehnya tawassul yang diperselisihkan
ini. Maka apabila kalian telah menerima kedhaifan hadith ini, maka kalian tidak
boleh berdalil dengannya. Aku tidak mampu membayangkan ada seorang berakal yang
akan mendukung kalian untuk memasukkan hadith ini ke dalam bab targhib dan
tarhib, kerana hal ini adalah sikap tidak mahu tunduk kepada kebenaran,
mengatakan sesuatu yang tidak pernah dikemukakan oleh seluruh orang yang
berakal sihat.” (At Tawassul Anwa’uhu wa Ahkamuhu hal. 110 dan Silsilah Hadith
Dhaif 1/32 no. 23. Beliau telah
menjelaskan kelemahan hadith ini dan menjelaskan alasannya dengan rinci).
Hadith Keempat
مَنْ خَرَجَ مِنْ بَيْتِهِ إِلَى الصَّلَاةِ فَقَالَ اللَّهُمَّ إِنِّي
أَسْأَلُكَ بِحَقِّ السَّائِلِينَ عَلَيْكَ وَأَسْأَلُكَ بِحَقِّ مَمْشَايَ هَذَا
فَإِنِّي لَمْ أَخْرُجْ أَشَرًا وَلَا بَطَرًا وَلَا رِيَاءً وَلَا سُمْعَةً
وَخَرَجْتُ اتِّقَاءَ سُخْطِكَ وَابْتِغَاءَ مَرْضَاتِكَ فَأَسْأَلُكَ أَنْ
تُعِيذَنِي مِنْ النَّارِ وَأَنْ تَغْفِرَ لِي ذُنُوبِي إِنَّهُ لَا يَغْفِرُ
الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ أَقْبَلَ اللَّهُ عَلَيْهِ بِوَجْهِهِ وَاسْتَغْفَرَ
لَهُ سَبْعُونَ أَلْفِ مَلَكٍ
Dari Abu Sa’id Al-Khudri ra
beliau berkata Nabi saw bersabda: Barang siapa keluar dari rumahnya untuk solat,
kemudian mengucapkan: “Ya Allah sesungguhnya aku meminta kepada-Mu dengan hak
orang-orang yang berdoa kepada-Mu, dan aku meminta kepada-Mu dengan hak perjalananku
ini. Sesungguhnya aku tidaklah keluar dengan sombong dan angkuh, tidak pula
dengan riyak dan sum’ah. Aku keluar agar terbebas dari murka-Mu dan untuk
mencari redha-Mu, maka aku meminta kepada-Mu untuk membebaskanku dari api
neraka dan mengampuni dosa-dosaku, kerana sesungguhnya tidak ada yang dapat
mengampuni dosa kecuali Engkau.” Maka Allah akan menyambutnya dengan wajah-Nya
dan 70000 malaikat akan memohonkan ampun baginya.
Takhrij
HR. Ibnu Majah no. 778, Ahmad
3/21
Didhaifkan oleh syeikh al-Albani
dalam dalam Silsilah Hadith Dhaif 1/34 dan dalam At Tawassul hal. 99.
Syeikh Fuad Abdul Baqi berkata
dalam Az-Zawaid, “Sanad hadith ini berisi rentetan para perawi yang lemah, iaitu
Athiyyah adalah Al-Aufi, Fadlil ibn Mirzaq dan Al-Fadl ibnul Muwaffiq. Mereka
semua adalah rawi yang dhaif.”
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah
berkata, “Adapun perkataan, ‘Aku meminta kepada-Mu dengan hak orang-orang yang
meminta kepada-Mu’, diriwayatkan oleh Ibnu Majah akan tetapi sanad hadith
tersebut tidak dapat dijadikan hujjah. Sekiranya hadith ini berasal dari Nabi
shallallahu ‘alaihi wa sallam, maka makna hadith ini adalah sesungguhnya hak
orang-orang yang berdo’a kepada Allah adalah Allah kabulkan do’a mereka.
Sedangkan hak orang yang beribadah kepada Allah adalah Allah memberikan pahala
padanya. Hak ini Dia tetapkan atas diri-Nya sebagaimana firman-Nya,
“Dan apabila hamba-hambaKu
bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat.
Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku.”
(QS. Al Baqarah: 186)
Maka ini adalah permintaan kepada
Allah dengan hak yang telah Dia wajibkan atas diri-Nya, sehingga persis doa
berikut ini:
“Ya Tuhan kami, berilah kami apa
yang telah Engkau janjikan kepada kami dengan perantaraan rasul-rasul Engkau.”
(QS. Ali Imran: 194)
Dan seperti doa ketiga orang yang
berlindung ke goa, ketika mereka meminta kepada Allah dengan perantara amalan soleh
mereka yang Allah telah berjanji untuk memberi pahala atas amalan tersebut.”
(Majmu’ Fatawa 1/369).
Syeikh al-Albani berkata,
“Kesimpulannya, sesungguhnya hadith ini dhaif dari dua jalur periwatannya dan
salah satunya lebih berat kedhaifannya daripada yang lain. Hadith ini telah
didhaifkan oleh Al-Bushiri, Al-Mundziri dan para pakar hadith. Barangsiapa yang
menghasankan hadith ini, maka sesungguhnya dia salah sangka atau bertasaahul
(terlalu bermudahan dalam menilai hadith).” (Silsilah Hadith Dhaif no. 24).
Hadith Kelima
عن عمر بن الخطاب رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه و سلم :
لما اقترف آدم الخطيئة قال يا رب أسألك بحق محمد لما غفرت لي فقال الله : يا آدم و
كيف عرفت محمدا و لم أخلقه ؟ قال : يا رب لأنك لما خلقتني بيدك و نفخت في من روحك
و رفعت رأسي فرأيت على قوائم العرش مكتوبا لا إله إلا الله محمد رسول الله فعلمت
أنك لم تضف إلى اسمك إلى أحب الخلق فقال الله : صدقت يا آدم إنه لأحب الخلق إلي
ادعني بحقه فقد غفرت لك و لولا محمد ما خلقتك
Dari Umar ibn Al Khattab ra
beliau berkata Nabi saw bersabda: Ketika Adam melakukan kesalahan, dia berkata:
“Wahai Tuhanku, aku memohon kepada-Mu dengan hak Muhammad agar Engkau
mengampuniku. Maka Allah berfirman, “Wahai Adam, bagaimana engkau mengenal
Muhammad, padahal Aku belum menciptakannya?” Adam berkata, “Wahai Tuhanku,
ketika Engkau menciptakanku dengan tangan-Mu dan Engkau tiupkan ruh ke dalam
diriku, aku mengangkat kepalaku, maka aku melihat tiang-tiang Arasy tertuliskan
“Laa ilaaha illallah Muhammadun rasulullah”, maka aku tahu bahawa Engkau tidak
menghubungkan sesuatu kepada nama-Mu, kecuali makhluk yang paling Engkau
cintai”, kemudian Allah berfirman, “Aku telah mengampunimu, dan sekiranya bukan
kerana Muhammad tidaklah aku menciptakanmu.”
Takhrij
HR. Al-Hakim di dalam
Al-Mustadrak no.4287, dan beliau mengatakan sahih. Juga Al-Baihaqi di dalam
Dalail Nubuwwah 5/488-489.
Imam Al-Hakim
menyatakan hadith ini sahih al-Isnad.
Imam Az-Zahabi yang
menyemak Al-Mustadrak membantah dan menyatakan bahawa hadith ini adalah
maudhu'/palsu.
Kata Imam Al-Baihaqi:
Abdurrahman bin Zaid bin Aslam
bersendirian dalam meriwayatkan hadith ini. Beliau adalah dhaif., Abdurrahman
sangat lemah, dan Abdullah ibn Muslim Al Fahri tidak diketahui identitinya.
Al-Hafiz Ibnu Hajar
dalam An-Nukat ‘ala Kitab Ibn As-Salah, 1/318 mengatakan Abdurrahman bin Zaid
bin Aslam bertanggungjawab terhadap pemalsuan hadith ini.
Ibnu Katsir dalam ‘Bidayah
Wan Nihayah, (2/323)-Hadith dhaif.
Syeikhal-Albani -
palsu (Silsilah Hadith Dhaif no. 25)
Ibnu Taimiyyah menggunakan hadith
ini untuk menunjukkan contoh hadith yang palsu. (Majmu Fatawa 2/15-151).
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah
berkata, “Periwayatan Al-Hakim terhadap hadith ini termasuk yang diingkari oleh
para ulama, kerana sesungguhnya diri beliau sendiri telah berkata dalam kitab
Al Madkhal ilaa Ma’rifatish Sahih Minas Saqim, “Abdurrahman bin Zaid bin Aslam
meriwayatkan dari ayahnya beberapa hadith palsu yang dapat diketahui secara
jelas oleh pakar hadith yang menelitinya bahawa dialah yang membuat hadith-hadith
tersebut.” Aku (Ibnu Taimiyah) katakan, “Dan Abdurrahman bin Zaid bin Aslam
adalah perawi dhaif (lemah) dan banyak melakukan kesalahan sebagaimana
kesepakatan mereka (ahli hadith).” (Qa’idah Jalilah fit Tawassul hal 69).
Hadith Keenam
كان رسول ال يستفتح بصعاليك المهاجرين
Dari Umayyah ibn Abdillah ibn
Khalid ibn Usaid ra, ia berkata: “Rasulullah pernah meminta kemenangan dengan
(bantuan) orang-orang melarat dari kaum Muhajirin.”
Takhrij
HR. at-Thabarani dalam Mu’jam al-Kabir
1/269 dan disebutkan oleh At-Tabrizi dalam Misykatul Mashabih no. 5247 dan Al
Qurthubi dalam Tafsir-nya 2/26.
Dalam Al Isti’ab 1/38, Ibnu Abdil
Barr berkata, “Menurutku tidaklah benar kalau Umayyah ibn Abdillah adalah
seorang sahabat Nabi, sehingga hadith di atas adalah hadith yang mursal.” Al
Hafizh dalam Al Ishabah 1/133 berkata, “Umayyah bukanlah sahabat Nabi dan tidak
memiliki riwayat yang kuat.”
Syeikh al-Albani dalam At
Tawassul hal. 111 mengatakan, “Pokok permasalahan dalam hadith tersebut adalah
status Umayyah. Tidak terbukti bahawa beliau adalah salah seorang sahabat,
sehingga status hadith tersebut adalah hadith mursal dhaif. Beliau berkata, “Hadith
ini dhaif sehingga tidak dapat digunakan sebagai hujjah.” Kemudian beliau
berkata, “Seandainya hadith ini sahih, maka hadith ini semakna dengan hadith
Umar, iaitu Umar meminta hujan dengan perantaraan doa al-Abbas, pak cik Nabi
shallallahu ‘alaihi wa sallam dan hadith orang buta (seorang lelaki buta yang
meminta kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam untuk mendoakannya kepada
Allah agar penglihatannya dikembalikan), iaitu bertawassul dengan doa orang
soleh (yang masih hidup).” (At Tawassul Anwa’uhu wa Ahkamuhu hal. 112).
Al Munawi berkata dalam Faidlul
Qadir 5/219, “(Rasulullah) pernah meminta kemenangan maksudnya meminta
kemenangan dalam peperangan sebagaimana firman Allah ta’ala:
“Jika kalian (orang-orang
musyrikin) meminta kemenangan, maka telah datang kemenangan kepadamu.” (QS. Al
Anfaal: 19).
Az-Zamakhsyari mengatakan yang
dimaksudkan dengan “meminta bantuan”, yakni meminta kemenangan dengan
orang-orang melarat dari kaum Muhajirin, iaitu dengan doa kaum fakir yang tidak
memiliki harta dari kalangan Muhajirin.
Hadith Ketujuh
حياتي خير لكم, تحدثون و يحدث لكم, ووفاتي خير لكم, تعرض علي أعمالكم, فإن
رأيت خيرا أحمدت
الله عليه, وإن رأيت شرا استغفرت الله لكم
Dari Abdullah ibn Mas’ud ra. dari
Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau berkata, “Hidupku baik bagi kalian,
kalian boleh menyampaikan hadith dan akan ada hadith yang disampaikan dari
kalian. Dan kematianku adalah kebaikan bagi kalian, amal-amal kalian akan
dihadapkan kepadaku, jika aku melihat kebaikan aku memuji Allah kerananya dan
jika aku melihat keburukan, aku akan memohon ampun kepada Allah bagi kalian.”
Takhrij
HR. An Nasaie dalam Sunan Kubra 1/189, at-Thabarani
dalam Mu’am al-Kabir 3/81/2, Abu Nu’aim dalam Akhbaru Ashbahan 2/205 dan Ibnu
Asakir 9/189/2.
Syeikh al-Albani telah melemahkan
hadith ini dalam Silsilah Hadith Dhaif
2/404. Beliau berkata, sesudah menyebutkan beberapa perkataan ulama
tentang hadith ini, “Kesimpulannya, bahawa hadith ini dhaif dengan seluruh
jalur periwayatannya, dan yang paling baik dari semua jalur tersebut adalah hadith
mursal dari Bakr bin Abdil Muththallib Al Muzani, dan hadith mursal termasuk
kategori hadith dhaif menurut para muhaddits. Adapun hadith dari Ibnu Mas’ud
maka hadith itu khatha’ (salah), dan yang terburuk dari beberapa jalan jalur
periwayatan hadith ini adalah hadith Anas dengan dua jalur periwatannya.” (Silsilah
Hadith Dhaif 2/404-406).
Atsar Pertama
عن ملك الدار- و كان خازن عمر- قال: أصاب الناس قحط في زمن عمر, فجاء رجل
إلى قبر النبي صلى الله عليه و سلم فقال: با رسول الله استسق لإمتك فإنهم قد
هلكوا, فأتى الرجل في المنام, فقيل له : ائت عمر ….الأثر
Dari Malik Ad-Dar (beliau adalah
bendahara Umar), dia berkata, “Pada
zaman pemerintahan Umar manusia ditimpa kemarau, maka seorang lelaki mendatangi
kuburan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, dan berkata, “Wahai Rasulullah,
mohonlah kepada Allah untuk menurunkan hujan pada umatmu, kerana sesungguhnya
mereka telah binasa”, kemudian orang tersebut bermimpi dan dikatakan kepadanya:
“Pergilah ke Umar……”
Takhrij
Disebutkan oleh Al-Hafiz Ibnu
Hajar dalam Fathul Bari 2/397.
Syeikh al-Albani berkata dalam At
Tawassul hal. 131, atsar ini dhaif kerana Malik Ad-Dar itu majhul.
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah
berkata dalam Qa’idah Jalilah fit Tawassul wal Wasilah hal. 19-20, “Nabi
shallallahu ‘alaihi wa sallam dan para nabi sebelum beliau tidak pernah
mensyariatkan untuk berdoa kepada malaikat, para nabi, dan orang soleh serta
meminta syafaat dengan perantaraan mereka, baik setelah kematian mereka dan
juga tatkala mereka ghaib (yakni mereka tidak berada di hadapan kita walaupun
masih hidup). Maka seseorang tidak boleh mengatakan, “Wahai malaikat Allah
syafaatilah aku di sisi Allah, mintalah kepada Allah agar menolong kami dan
memberi rezeki kepada kami atau menunjuki kami.” Dan demikian pula tidak boleh
dia mengatakan kepada para nabi dan orang soleh yang telah mati, “Wahai nabi
Allah, wahai wali Allah, berdoalah kepada Allah untukku, mintalah kepada Allah
agar memaafkanku.” Juga seseorang tidak boleh mengucapkan, “Aku adukan kepadamu
dosa-dosaku atau kekurangan rezekiku atau penguasaan musuh atasku atau aku
adukan kepadamu si Fulan yang telah menzalimiku.” Tidak boleh pula dia
mengatakan, “Aku adalah tamumu, aku adalah tetanggamu, atau engkau melindungi
setiap orang yang meminta perlindungan padamu.” Seseorang tidak boleh menulis
(hajatnya) pada lembaran kertas kemudian menggantungkannya di sisi kuburan,
tidak boleh bagi seseorang menulis di selembar kertas bahawa dia meminta
perlindungan kepada si Fulan, kemudian membawa tulisan tersebut ke orang yang
melakukannya dan begitu pula amalan-amalan semisal itu yang dilakukan ahli bidaah
dari kalangan ahlil kitab dan kaum muslimin, seperti yang dilakukan orang
Nasrani di dalam gereja mereka dan seperti yang dilakukan ahlu bidaah di sisi
kuburan para nabi dan orang salih. Inilah perkara-perkara yang diketahui secara
pasti merupakan bahagian dari agama Islam, dan dengan penukilan yang mutawatir
dan ijma’ kaum muslimin bahawa nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak pernah
mensyariatkan hal ini kepada umatnya, dan demikian pula para nabi sebelum
beliau tidak pernah mensyariatkan sedikit pun dari hal tersebut. Tidak seorang
pun dari sahabat nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dan orang-orang yang
mengikuti mereka dengan baik melakukan hal itu, dan tidak seorang pun dari para
imam kaum muslimin yang menganjurkan hal tersebut, baik keempat imam mazhab dan
(para imam) selain mereka. Tidak seorang pun dari mereka yang menyebutkan bahawa
dianjurkan bagi seseorang dalam manasik hajinya untuk meminta kepada nabi
shallallahu ‘alaihi wa sallam di sisi kuburan beliau agar mensyafaatinya atau
mendoakan umatnya atau mengadu kepada beliau tentang musibah dunia dan agama
yang menimpa umatnya. Para sahabat nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah
ditimpa berbagai macam musibah setelah beliau wafat, terkadang dengan kemarau
yang panjang, terkadang dengan kekurangan rezeki, ketakutan dan kuatnya musuh
dan terkadang dengan dosa dan kemaksiatan. Tidak seorang pun dari mereka
mendatangi kuburan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, tidak juga kuburan
Al Khalil dan para nabi kemudian berkata, “Kami mengadu kepadamu (atas) kemarau
pada saat ini, atau kuatnya musuh.” agar beliau menolong mereka atau mengampuni
mereka. Bahkan hal ini dan yang serupa dengannya merupakan perkara bid’ah yang
diada-adakan yang tidak pernah dianjurkan oleh para imam kaum muslimin. Dan hal
tersebut bukanlah suatu kewajiban dan bukan pula suatu perkara yang dianjurkan
menurut ijma’ kaum muslimin.
Atsar Kedua
عن أبي الجوزاء أوس بن عبد الله, قال: فحط أهل المدينة قحطا شديدا, فشكو
إلى عائشة, فقالت: انظروا إلى قبر النبي صلى الله عليه و سلم فاجعلوا منه كوا إلى
السماء, حتى لا يكون بينه و بين السماء سقف. قالوا : فافعلوا, فمطرنا مطرا حتى نبت
العشب, و سمنت الإبل, حتى تفتقت من الشحم, فسمى عام الفتق
Dari Abul Jauza’ Aus bin Abdillah,
dia berkata, “Penduduk Madinah pernah mengalami kemarau yang sangat dahsyat,
kemudian mereka mengadu kepada Aisyah, maka dia berkata: “Pergilah ke kubur
nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam kemudian buatlah lubang yang menghadap ke
langit sehingga antara kubur dan langit tidak terhalang oleh atap.” Mereka
berkata, “Mari kita melakukannya.” Maka hujan lebat mengguyur kami, sehingga
rumput tumbuh lebat dan unta-unta menjadi gemuk dan menghasilkan lemak. Maka
saat itu disebut Tahun Limpahan.”
Takhrij
Dikeluarkan oleh Ad Darimi 1/56
no. 92.
Syeikh al-Albani berkata dalam At
Tawassul hal 139: “Dan atsar ini sanadnya dhaif, tidak dapat digunakan sebagai hujjah.
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah
berkata dalam Ar-Radd alal Bakri hal 68-74, “Dan riwayat dari Aisyah
radhiallahu anha tentang membuka lubang kuburan Nabi shallallahu ‘alaihi wa
sallam ke arah langit agar hujan turun tidak sahih dan tidak sah sanadnya. Di
antara yang menjelaskan kedustaan atsar ini adalah bahawa selama Aisyah hidup
rumah tersebut tidak memiliki lubang, bahkan keadaannya tetap seperti pada masa
Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam, yakni sebagiannya diberi atap dan
sebagian yang lain terbuka, sehingga sinar matahari masuk ke dalam rumah, sebagaimana
riwayat yang ada dalam Sahihain dari Aisyah bahawasanya Nabi shallallahu alaihi
wa sallam sedang melakukan solat Ashar dan sinar matahari masuk ke kamar
beliau, sehingga tidak nampak bayangan (HR. Bukhari no. 521 dan Muslim no. 611). Kamar tersebut tidak berubah
hingga Walid bin Abdil Malik menambahkan kamar-kamar itu di masjid Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wa sallam, sejak saat itu kamar Nabi masuk ke dalam masjid.
Kemudian di sekitar kamar Aisyah -yang di dalamnya terletak kuburan Nabi
shallallahu alaihi wa sallam- dibangun tembok yang tinggi, dan sesudah itu
dibuatlah lubang sebagai jalan bagi orang yang turun apabila ingin
membersihkan.”
Adapun adanya lubang saat Aisyah
hidup, maka itu adalah kedustaan yang nyata. Seandainya benar, maka hal itu
akan menjadi hujjah dan dalil bahawa orang-orang tersebut tidaklah berdoa
kepada Allah dengan perantaraan makhluk, tidak bertawassul dengan mayat di
dalam doa mereka, serta mereka tidak pula memohon kepada Allah dengan
(perantaraan) orang yang sudah mati. Mereka hanyalah membukanya agar rahmat diturunkan
kepadanya, dan di sana tidak terdapat doa memohon kepada Allah dengan
perantaraannya (kubur atau mayat yang ada di kubur tersebut, yakni Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wa sallam).
Bandingkan betapa beza 2 hal
tersebut? Sesungguhnya makhluk hanya mampu memberikan manfaat kepada orang lain
melalui doa dan amal solehnya, oleh kerananya Allah senang jika seseorang
bertawasul kepada-Nya dengan iman, amal soleh, selawat dan salam kepada
Nabi-Nya shallallahu alaihi wa sallam, serta mencintai, menaati dan setia
kepada beliau. Maka inilah perkara-perkara yang dicintai Allah agar kita
bertawasul kepada-Nya dengan perkara-perkara tersebut.
Atsar Ketiga
عن علي بن ميمون, قال: سمعت الشفعي يقول: إني لأتبرك بأبي حنيفة, و أجيء
إلى قبره في كل يوم-يعني زائرا- فإذا عرضت لي حاجة صليت ركعتين, و جئت إلى قبره,
وسألت الله تعالى الحاجة عنده, فما تبعده عني حتى تقضى
Dari Ali bin Maimun, dia berkata,
Aku mendengar Asy Syafi’i (Imam Syafi’i) berkata, “Sungguh aku akan bertabarruk
dengan Abu Hanifah, dan aku mendatangi kuburnya di setiap hari -yakni beliau
berziarah ke kuburnya-. Maka jika aku memiliki hajat, aku melakukan solat dua
rakaat dan aku mendatangi kuburannya kemudian aku memohon kepada Allah ta’ala
agar mengabulkan hajatku di samping kuburannya, dan tak lama berselang hajatku
pun terkabul.”
Takhrij
Hikayat ini diriwayatkan oleh
Al-Khatib Al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad 1/123 dari jalur Umar bin Ishaq bin
Ibrahim, dia berkata: “Ali bin Maimun memberitakan kepada kami, dia berkata,
‘Aku mendengar Asy Syafi’i mengatakan hal itu.’” (yakni riwayat di atas).
Ibnul Qayyim berkata dalam
Ighatsatul Lahfan 1/246, “Hikayat yang dinukil dari Imam Syafi’i -bahawa beliau
berdoa di samping kuburan Abu Hanifah- merupakan suatu kedustaan yang nyata.”
Syeikh al-Albani berkata dalam Silsilah
Hadith Dhaif 1/31 no. 22, “Riwayat ini dhaif (lemah), bahkan bathil. Kerana
sesungguhnya Umar bin Ishaq bin Ibrahim tidak dikenali (majhul), dan tidak
pernah disebut dalam kitab-kitab yang membahas tentang perawi hadith sedikit
pun. Jika yang dimaksudkan Umar bin Ishaq adalah Amru bin Ishaq bin Ibrahim bin
Hamid As Sakan Abu Muhammad At Tunisi, maka Al-Khatib telah menyebutkan
biografinya dan menyebutkan bahawasanya dia adalah penduduk Bukhara yang
mendatangi Baghdad tahun 341 Hijriah dalam rangka hendak berhaji, dan beliau
(Al-Khatib) tidak menyebutkan jarh (celaan) dan ta’dil (rekomendasi) atas orang
ini dalam kitabnya, maka orang ini statusnya majhul hal. Mustahil jika yang
dimaksudkan adalah orang ini, kerana Syaikhnya yakni Ali bin Maimun wafat pada
tahun 247 Hijriah -berdasarkan pendapat yang paling jauh-, sehingga kematian
keduanya berjarak sekitar 100 tahun, maka mustahil dia menjumpai Syaikhnya
tersebut. Kesimpulannya, riwayat ini dhaif dan tidak ada bukti yang menunjukkan
kesahihannya.”
B) Tabarruk
Atsar pertama
Atsar berikut ini sering
dijadikan alasan untuk berziarah makam wali serta mengusap dan mencium kuburan
wali.
عن أبي الدرداء رضي الله تعالى عنه، قال: إن بلالا رأى في منامه النبي صلى
الله تعالى عليه و سلم و هو يقول: ما هذه الجفوة يا بلال؟ أما آن لك أن تزورني يا
بلال؟ فانتبه حزينا وجلا خائفا، فركب راحلته و قصد المدينة فأتى قبر النبي صلى
الله تعالى عليه و سلم، فجعل يبكي عنده و يمرغ وجهه عليه، فأقبل الحسن و الحسين
رضي الله تعالى عنهما، فجعل يضمهما و يقبلهما، فقالا له: يا بلال، نشتهي أن نسمع
أذانك الذي كنت تؤذن به لرسول الله صلى الله تعالى عليه و سلم في المسجد، ففعل،
“Dari Abu Darda’
radhiallahu’anhu, ia berkata: ‘Bilal bermimpi bertemu dengan Rasulullah
Shallallahu’alaihi Wasallam. Beliau bersabda kepada Bilal: “Wahai Bilal, engkau
tidak sopan. Apakah belum datang saatnya engkau mengunjungiku?”. Maka ia bangun
dengan rasa sedih dan cemas dalam dirinya. Bilal pun lalu menunggangi
kendaraannya menuju Madinah, ia mendatangi kubur Nabi Shallallahu’alahi
Wasallam. Ia menangis lalu meletakkan wajahnya di atas pusara Rasulullah.
Kemudian ia bertemu Hasan dan Husain Radhiallahu Ta’ala ‘Anhuma. Lalu Bilal
memeluk dan mencium keduanya. Keduanya berkata kepada Bilal: ‘Wahai Bilal, kami
berdua mendesakmu untuk memperdengarkan azan yang pernah kau perdengarkan
kepada Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam di masjid, Bilal-pun
melakukannya..‘”
Takhrij
Kisah ini dibawakan oleh Ibnu
‘Asakir dalam Tarikh Dimasyqi 7/137 dengan sanad; Ibnu Hajar Al-Asqalani dalam
Usud Al Ghabbah 1/131 tanpa sanad; Al-Mizzi dalam Tahdzibul Kamal
mengisyaratkan kisah ini, namun tidak menyebut perihal menangis dan mencium
kubur:-
يقال: إنه لم يؤذن لاحد بعد النبي صلى الله عليه وسلم، إلا مرة واحدة، في
قدمة قدمها المدينة لزيارة قبر النبي صلى الله عليه وسلم، وطلب إليه الصحابة ذلك
فأذن، ولم يتم الاذان
“Ada yang mengatakan bahawa Bilal
tidak pernah azan setelah wafatnya Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam
kecuali hanya sekali. Yaitu ketika ia datang ke Madinah untuk berziarah ke
kubur Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam. Para sahabat memintanya berazan, ia pun
mengiyakan. Namun ia berazan tidak sampai selesai” (Tahdzibul Kamal 4/289); Az-Zahabi
dalam Tarikh Islami 4/273 dengan sanad; Ali Bin Ahmad As Samhudi, dalam Al
Wafa’ bi Akhbar Al Musthafa 1/44 tanpa sanad.
Perhatikanlah, semua kitab yang
membawakan kisah ini adalah kutubut Tarikh (kitab-kitab sejarah), bukan kitab hadith.
Jalan Periwayatan
Az-Zahabi dalam Tarikh Islami
membawakan kisah ini dengan sanad sebagai berikut:
قال أبو أحمد الحاكم: نا ابن الفيض، نا أبو إسحاق إبراهيم بن محمد بن
سليمان بن بلاد بن أبي الدرداء: حدثني أبي، عن أبيه سليمان، عن أم الدرداء، عن أبي
الدرداء
“Dari Abu Ahmad Al Hakim: Ibnu
Fayd mengabarkan kepada kami: Abu Ishaq Ibrahim bin Muhammad bin Sulaiman bin
Bilad bin Abi Darda mengabarkan kepada kami: Ayahku (Muhammad) mengabarkan
kepadaku: Dari Sulaiman: Dari Ummu Darda’: Dari Abu Darda’ ”
Komentar Para Ulama
Pertama: Az-Zahabi dalam Tarikh Islami
mengatakan:
إبراهيم بن محمد بن سليمان الشامي مجهول، لم يروِ عنه غير محمد بن الفيض
الغسّاني
“Ibrahim bin Muhammad bin
Sulaiman Asy Syami itu majhul, orang yang mengambil riwayat darinya hanya
Muhammad bin Fayd Al Ghassani”. Beliau juga mendhaifkan kisah ini dalam Siyar
A’lamin Nubala 1/357-358 (Ahadits Laa Tashih, Sulaiman bin Shalih Al Khurasyi
hal.6).
Kedua: Ibnu Abdil Hadi berkata:
هذا الأثر المذكور عن بلال ليس بصحيح
“Atsar yang dikatakan dari Bilal
ini tidak sahih” (Ash-Sharimul Munkiy hal. 314) (Ahadits Laa Tashih, Sulaiman
bin Shalih Al Khurasyi, hal.6).
Nampaknya kisah ini dikatakan sahih
oleh As-Subki, maka Ibnu Abdil Hadi dalam Ash Sharimul Munkiy pun
menyanggahnya:
جميع الأحاديث التي ذكرها المعترض في هذا الباب وزعم أنها بضعة عشر حديثاً
ليس فيها حديث صحيح، بل كلها ضعيفة واهية
“Seluruh hadith yang dibawakan As
Subki dalam masalah ini, yang didakwa berjumlah belasan hadith, bukan hadith-hadith
sahih. Bahkan semuanya hadith yang sangat lemah” (Ash Sharimul Munkiy hal. 314).
(Ahadits Laa Tashih, Sulaiman bin Shalih Al Khurasyi, hal.6).
Ketiga: Ibnu Hajar Al Asqalani berkata:
هي قصة بينة الوضع
“Kisah ini adalah kedustaan yang
nyata” (Lisanul Mizan, 1/107-108. (Ahadits Laa Tashih, Sulaiman bin Shalih Al
Khurasyi, hal.6).
Keempat: Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah
berkata:
ليس في الإحاديث التي رويت بلفظ زيارة قبره -صلى الله عليه وسلم- حديث صحيح
عند أهل المعرفة، ولم يخرج أرباب الصحيح شيئاً من ذلك، ولا أرباب السنن المعتمدة،
كسنن أبي داود والنسائي والترمذي ونحوهم، ولا أهل المساند التي من هذا الجنس؛
كمسند أحمد وغيره، ولا في موطأ مالك، ولا مسند الشافعي ونحو ذلك شيء من ذلك، ولا
احتج إمام من أئمة المسلمين -كأبي حنيفة ومالك والشافعي وأحمد وغيرهم- بحديث فيه
ذكر زيارة قبره
“Hadith-hadith yang diriwayatkan
dengan mengandung lafaz ‘ziarah kubur Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam‘ tidak
ada yang sahih menurut para ulama hadith. Hadith-hadith seperti ini tidak pernah
dibawakan oleh pemilik kitab Sahih, tidak juga pemilik kitab Sunan yang menjadi
pegangan, seperti Sunan An Nasaie atau semacamnya, tidak juga kitab Musnad yang
menjadi pegangan, seperti Musnad Ahmad atau semacamnya, tidak juga kitab
Muwatha Malik, tidak juga kitab Musnad Asy Syafi’i atau semacamnya. Hadith-hadith
seperti ini tidak pernah dipakai para Imam Mazhab dalam berhujjah. Yaitu hadith
yang didalamnya disebut lafadz ziarah kubur Nabi” (Majmu’ Fatawa 27/216) (Ahadits
Laa Tashih, Sulaiman bin Shalih Al Khurasyi, hal.6).
Kelima: Al Mizzi dalam Tahdzibul Kamal
4/289 mengisyaratkan lemahnya riwayat ini kerana beliau menggunakan lafaz يقال
Keenam: Syeikh al-Albani berkata:
: فهذه الرواية
باطلة موضوعة ولوائح الوضع عليها ظاهرة من وجوه عديدة أهمها قوله : ( فأتى قبر
النبي صلى الله عليه و سلم فجهل يبكي عنده ) فإنه يصور لنا أن قبره صلى الله عليه
و سلم كان ظاهرا كسائر القبور التي في المقابر يمكن لكل أحد أن يأتيه وهذا باطل
بداهة عند كل من يعرف تاريخ دفن النبي صلى الله عليه و سلم في حجرة عائشة رضي الله
عنها وبيتها الذي لا يجوز لأحد أن يدخله إلا بإذن منها كذلك كان الأمر في عهد عمر
رضي الله عنه
“Riwayat ini batil, palsu,
kedustaan yang nyata. Terlihat jelas dari beberapa sisi, yang paling jelas
adalah perkataan ‘Bilal mendatangi kubur Nabi sambil menangis di sisinya’,
perkataan ini seolah-olah menggambarkan kepada kita bahawa kubur Rasulullah
Shallallahu’alaihi Wasallam nampak jelas seperti kuburan orang lain yang dapat
didatangi siapa saja. Ini sebuah kebatilan yang nyata bagi orang yang
mengetahui sejarah. Bahawa Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam dimakamkan di kamar
Aisyah Radhi’allahu’anha di dalam rumahnya, yang tidak diperbolehkan masuk
kecuali atas izin Aisyah. Hal ini masih berlaku hingga masa pemerintahan Umar
Radhiallahu’anhu‘ (Ad Difa’ An Al Hadith An Nabawi Wa As Sirah hal. 95).
Tambahan
Kisah ini sama sekali tidak
menyebutkan tentang tabarruk atau beribadah di kuburan. Namun anehnya sering
dibawakan oleh para Quburiyyun sebagai alasan untuk ziarah makam wali dan
bertabarruk dan bertawassul di sana.
Atsar kedua
عن داود بن أبي صالح ، قال : أقبل مروان يوما فوجد رجلا واضعا وجهه على
القبر ، فأخذ برقبته وقال : أتدري ما تصنع ؟ قال : نعم ، فأقبل عليه فإذا هو أبو
أيوب الأنصاري رضي الله عنه ، فقال : جئت رسول الله صلى الله عليه وسلم ولم آت
الحجر سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم ، يقول : لا تبكوا على الدين إذا وليه
أهله ، ولكن ابكوا عليه إذا وليه غير أهله
“Daud bin Abi Soleh berkata:
“Suatu ketika Marwan (Khalifah ke 4 Bani Umayyah) datang. Dia melihat seorang
lelaki sedang meletakkan wajahnya di atas kubur Rasullullah Shallallahu’alaihi
Wasallam. Lalu Marwan menarik lehernya dan mengatakan: “Apakah anda menyedari
apa yang anda lakukan?”. Lelaki itu berkata: “Ya”, lalu menoleh ke arah Marwan,
ternyata lelaki itu adalah Abu Ayyub al-Anshari (sahabat) Radhiallahu’anhu. Ia
berkata: “Aku datang kepada Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam, bukan
datang untuk sebongkah batu. Aku pernah mendengar Rasulullah Shallallahu’alaihi
Wasallam bersabda: “Jangan menangis untuk agama, jika agama masih dipegang oleh
ahlinya. Namun tangisilah agama jika ia dipegang bukan oleh ahlinya”.
Takhrij
Atsar ini diriwayatkan oleh
al-Hakim dalam Mustadraknya 4/515 no.8571; Imam Ahmad dalam Musnadnya no.
23633; at-Thabarani dalam Mu’jam al-Kabir 4/189 no. 3999, juga di Mu’jam al-Awsath
no. 289 dan no. 11422.
Jalur Periwayatan
Hadith ini diriwayatkan dari 2
jalan, iaitu dari jalan Daud bin Abi Soleh dan jalan Muthallib bin Abdillah bin
Hanthab. Jalan pertama sebagaimana yang dibawakan Al-Hakim dan Imam Ahmad. Al-Hakim
membawakan hadith ini dengan sanad sebagai berikut:
حدثنا أبو العباس محمد بن يعقوب ، ثنا العباس بن محمد بن حاتم الدوري ، ثنا
أبو عامر عبد الملك بن عمر العقدي ، ثنا كثير بن زيد ، عن داود بن أبي صالح
”Abul ‘Abbas Muhammad bin Ya’qub
berkata kepadaku: Al ‘Abbas bin Muhammad bin Hatim Ad-Dauri menyampaikan
kepadaku: Abu ‘Amir ‘Abdul Malik bin Umar Al’Aqdiy menyampaikan kepadaku:
Katsir bin Zaid menyampaikan kepadaku: Dari Daud bin Abi Soleh”
Imam Ahmad membawakan hadith ini
dengan sanad sebagai berikut:
حدثنا عبد الله حدثني أبي ثنا عبد الملك بن عمرو ثنا كثير بن زيد عن داود
بن أبي صالح
“Abdullah berkata kepadaku:
Ayahku (Abu Abdillah) berkata kepadaku: Abdul Malik bin ‘Amr menyampaikan
kepadaku: Katsir bin Zaid menyampaikan kepadaku: Dari Daud bin Abi Soleh”
Jalan kedua dibawakan oleh
at-Thabarani dalam Mu’jam Al-Ausath dan Mu’jam Al-Kabir, beliau membawakan hadith
ini dengan sanad sebagai berikut;
حدثنا أحمد بن رشدين قال : نا سفيان بن بشير الكوفي قال : نا حاتم بن
إسماعيل ، عن كثير بن زيد ، عن المطلب بن عبد الله بن حنطب ، عن أبي أيوب الأنصاري
“Ahmad bin Rusydain menuturkan
kepadaku, ia berkata: Sufyan bin Basyir Al Kufi mengabarkan kepadaku, ia
berkata: Hatim bin Isma’il mengabarkan kepadaku: Dari Katsir bin Zaid: Dari
Muthallib bin Abdillah bin Hanthab: Dari Abu Ayyub Al Anshari”
Di tempat lain di Mu’jam Al-Ausath,
at-Thabarani membawakan dengan sanad sedikit berbeza:
….حدثنا هارون
بن سليمان أبو ذر ، ثنا سفيان بن بشر الكوفي ، نا حاتم بن إسماعيل
“Harun bin Sulaiman Abu Dzar
menuturkan kepadaku, ia berkata: Sufyan bin Bisyr Al Kufi mengabarkan kepadaku,
ia berkata: Hatim bin Isma’il mengabarkan kepadaku, dst….”
Komentar Ulama
Para ulama ahli hadith berbeza
pendapat mengenai status hadith ini. Ulama yang menerima hadith ini
diantaranya:
Pertama: Abu Abdillah Al Hakim dalam
Mustadrak-nya mengatakan:
هذا حديث صحيح الإسناد و لم يخرجاه
“Sanad hadith ini sahih, dan
tidak dikeluarkan oleh Bukhari-Muslim”
Kedua: az-Zahabi dalam Talkhishnya
terhadap Al-Mustadrak, beliau mengatakan hadith ini sahih. Namun pernyataan ini
agak aneh kerana beliau mengatakan tentang Daud bin Abi Soleh:
حجازي لا يعرف
“Ia orang Hijaz namun tidak
dikenal (majhul)” (Lisanul Mizan, 2617)
Ketiga: As Subki, dalam Syifa As Saqqam
hal. 152 mengatakan bahawa hadith ini sahih dan beliau berdalil dengan hadith
ini bolehnya mengusap-usap kuburan.
Namun akuan sahih tersebut sangat
patut dipertanyakan, sebab para ahli hadith mengkritik hadith ini kerana
terdapat kecacatan pada perawi-perawinya:
Daud bin Abi Soleh
Az-Zahabi sendiri mengatakan ia
majhul. Ibnu Hajar Al-Asqalani pun menyetujui hal ini, beliau berkata:
فأنى له الصحة؟
“Apa saya pernah tahu hadith sahih
darinya?” (Tahdzib At Tahdzib 3/188).
Katsir bin Zaid
Ia adalah perawi yang memiliki
kecacatan. Ibnu Hajar berkata:
صدوق يخطئ
“Orang jujur namun sering salah”
Al Haitsami berkata:
وثقه أحمد وغيره وضعفه النسائي
“Ia dianggap tsiqah oleh Imam
Ahmad, namun dianggap lemah oleh An Nasa’i” (Majma’ Az Zawaid 5/441).
Hatim bin Isma’il, Sufyan bin
Basyir / Bisyr, Ahmad bin Rusydain
Sedangkan pada riwayat yang
terdapat pada Mu’jam Al-Kabir dan Al-Awsath, terdapat kecacatan pada perawi
Hatim bin Isma’il. Sebenarnya ia adalah perawi yang dipakai oleh
Bukhari-Muslim. Namun komentar Ibnu Hajar tentangnya:
صحيح الكتاب ، صدوق يهم
“Sahihul kitab, jujur namun sering
ragu”. (Tahdzib At Tahdzib)
Oleh kerananya syeikh al-Albani
berkata: “Ada kemungkinan keraguan tersebut ada pada penyebutan Muthallib bin
Abdillah padahal sebenarnya Soleh bin Abi Soleh. Namun juga, jalur periwayatan
sebelum sampai ke Hatim tidaklah sahih. Sehingga keraguan juga dimungkinkan
dari selain Hatim. Pasalnya Sufyan bin Basyir / Bisyr tidak dikenal (majhul).
Barangkali juga kebohongan ada pada Ahmad bin Rusydain, guru dari at-Thabarani.
Kerana status dari Ahmad bin Rusydain adalah muttahamun bil kadzab (tertuduh
sering berdusta)”. (Silsilah Hadith Dhaif 1/552).
Ringkasnya, dengan adanya
kecacatan ini, wallahu’alam, lebih tepat menghukumi hadith ini sebagai hadith dhaif.
Terlebih lebih terdapat ijma’ ulama yang dinukil dari ulama besar mazhab Asy
Syafi’i, iaitu Al-Imam An-Nawawi rahimahullah bahawa mengusap-ngusap kubur
hukumnya terlarang. Al-Haitami menyanggah As Subki yang berdalil dengan hadith
ini dengan berkata:
الحديث المذكور ضعيف. فما قاله النووي- أي حكايته الإجماع على النهي عن مس
القبر- صحيح لا مطعن فيه
“Hadith tersebut dhaif. Dan ijma’
yang dinukilkan oleh An-Nawawi itu sahih tidak ada seorang ulama pun yang
mengkritik” (Hasyiatul I’dhah hal. 219).
Sedangkan ijma yang sahih tidak
mungkin bertentangan dengan dalil sahih. Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah berkata:
لا يمكن أن يقع إجماع على خلاف نص أبدا
“Tidak akan pernah ada ijma’
ulama yang bertentangan dengan dalil” (Majmu’ Fatawa, 19/201) (Ma’alim Ushulil
Fiqhi ‘Inda Ahlis Sunnah Wal Jama’ah hal. 173).
Dengan kata lain, orang yang mengusap-ngusap
kuburan dengan dasar anggapan sahih terhadap hadith ini, orang tersebut
mengingkari dakwan ijma’ dari ulama besar mazhab Asy Syafi’i, iaitu Imam Abu
Yahya Muhyiddin An-Nawawi.
Imam al-Ghazali asy-Syafi’e
rahimahullah (505H) berkata mengenai adab menziarahi kuburan Nabi shallallahu
‘alaihi wa sallam:
وَلَيسَ مِنَ السُّنَّةِ أَن يَمَسَّ الجِدَارَ وَلَا َأن يُقَبِّلَهُ بَلِ
الوُقُوفُ مِن بَعدِ أَقرَبُ لِلاحتِرَامِ
"Dan bukanlah sunnah
menyentuh dinding (kuburan Nabi) dan bukan juga (sunnah) menciumnya akan tetapi
berdiri dari jauh lebih dekat kepada penghormatan (kepada baginda)."
(Ihya’ Ulumuddin 1/259).
Katanya lagi ketika mengkritik
perbuatan golongan tertentu yang menyentuh dan mencium kuburan:
فَإِنَّ المَسَّ وَالتَّقبِيلَ لِلمَشَاهِدِ عَادَةُ النَّصَارَى
وَاليَهُودِ
"Sesungguhnya menyentuh dan
mencium kuburan-kuburan merupakan kebiasaan kaum Nasrani (Kristian) dan kaum
Yahudi." (Ihya’ Ulumuddin 1/ 271).
Tambahan
Terlepas dari dhaifnya hadith
ini, terdapat pula beberapa kejanggalan, diantaranya:
Pertama: Dalam hadith tersebut dikatakan
Abu Ayyub Al-Anshari meletakan wajahnya di atas makam Nabi Shallallahu’alaihi
Wasallam. Padahal makam Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam itu rata dengan tanah.
Sebagaimana hadith sahih:
عَنْ سُفْيَانَ التَّمَّارِ أَنَّهُ رَأَى قَبْرَ النَّبِيِّ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُسَنَّمًا
“Dari Sufyan At Tammar, ia
mengatakan bahawa ia pernah melihat kubur Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam rata
dengan tanah” (HR. Bukhari no.1390).
Jika demikian, maka, Abu Ayyub
Al-Anshari dalam posisi sujud. Dan ini perkara yang mustahil, tidak pernah
tergambar di benak bahawa ada seorang sahabat Nabi sujud kepada kuburan!.
Kedua: Hadith ini seolah-olah
menggambarkan bahawa makam Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam terbuka dan dapat
didatangi semua orang. Padahal makam Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam tertutup
dan orang-orang dilarang masuk kecuali diberi izin. Sebagaimana hadith ‘Aisyah
Radhiallahu’anha:
عائشة « أن النبي ( قال في مرض موته» لعن الله اليهود والنصارى اتخذوا قبور
أنبيائهم مسجداً. قالت: ولولا ذلك لأبرزوا قبره غير أنه خشي أن يتخذ مسجداً
“Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam
bersabda ketika sakit menjelang wafatnya: ‘Allah melaknat Yahudi dan Nasrani
yang menjadikan kuburan Nabi mereka sebagai tempat ibadah’. Aisyah berkata:
‘Andai bukan kerana sabda beliau ini, tentu akan aku nampakkan (dibuka untuk
umum) kuburan beliau, namun beliau khawatir kuburnya dijadikan tempat ibadah‘”
(HR. Bukhari no. 1330).
Ketiga: Dalam hadith dikatakan bahawa
Abu Ayyub Al Anshari meletakkan wajahnya di atas kubur Rasulullah
Shallallahu’alaihi Wasallam lalu mengungkapkan kesedihannya terhadap
orang-orang yang berbicara agama tanpa ilmu. Dari sisi mana perbuatan ini
dijadikan dalil untuk bolehnya mengusap-ngusap kuburan untuk mengambil berkahnya
(tabarruk) ??
Syaikh Muhammad Nashiruddin Al
Albani berkata:
و قد شاع عند المتأخرين الاستدلال بهذا الحديث على جواز التمسح بالقبر لوضع
أبي أيوب وجهه على القبر ، و هذا مع أنه ليس صريحا في الدلالة على أن تمسحه كان
للتبرك – كما يفعل الجهال – فالسند إليه بذلك ضعيف كما علمت فلا حجة فيه
“Orang-orang zaman ini banyak
yang menyebarkan khabar bahawa mengusap-ngusap kubur itu dibolehkan dengan
dalil hadith ini. Yaitu dalam hadith ini Abu Ayyub meletakkan wajahnya di atas
kuburan. Selain hadith ini sanadnya lemah, sebagaimana telah dijelaskan kepada
anda, hadith ini juga tidak menunjukkan Abu Ayyub menyentuh kubur Nabi tersebut
untuk mengambil berkah (tabarruk), seperti yang dilakukan orang-orang yang
tidak faham. Sehingga hadith ini sama sekali tidak boleh dijadikan hujjah”
(Silsilah Hadith Dhaif 1/552).
Keempat: Hadith ini juga sering
dijadikan perisai oleh orang-orang syi’ah untuk membela kebiasaan mereka bertabarruk
kepada imam-imam mereka (Ahadith Yahtaju Biha Asy- Syi’ah hal. 373). Ini salah
satu bukti bahawa perbuatan mengusap-usap kubur dan bertabarruk dengannya
adalah kebiasaan orang Syi’ah. Wajarkah kita mengikutinya?
Diringkas dari:
Ahadith Yahtaju Biha Asy- Syi’ah,
Syaikh Abdurrahman Muhammad Sa’id Dimasy-qiyyah, halaman 373.
Silsilah Ahadith Adh Dhaifah,
Syaikh Muhammad Nashiruddin Al Albani, halaman 552
Atsar ketiga
Sebahagian orang yang bertabarruk
dengan kuburan orang soleh, atau bertabarruk dengan orang soleh itu sendiri,
atau bahkan bertabarruk dengan tanah, air, debu, serta benda-benda yang
dianggap mengandung berkah, sering beralasan dengan kisah Fathimah
Radhiallahu’anha. Kisahnya adalah sebagai berikut:
عن علي بن أبي طالب – رضي الله تعالى عنه – قال: لما رمس رسول الله – صلى
الله عليه وسلم – جاءت فاطمة – رضي الله تعالى عنها – فوقفت على قبره وأخذت قبضة
من تراب القبر فوضعته على عينيها وبكت وأنشأت تقول:
ماذا على من شم تربة أحمد * أن لا يشم مدى الزمان غواليا
صبت علي مصائب لو أنها * صبت على الأيام عدن لياليا
“Dari Ali bin Abi Thalib
Radhiallahu’anhu, beliau berkata: ‘Setelah Rasulullah Shallallahu’alaihi
Wasallam dimakamkan, Fatimah Radhiallahu’anha datang. Beliau berdiri di depan
makam Nabi lalu mengambil segenggam tanah dari makam Nabi, kemudian menaruh
tanah tersebut di wajahnya sambil menangis dan bersyair:
Bagi yang mencium wangi tanah makam
Ahmad
Tidak akan ia temukan sepanjang
zaman wangi yang demikian
Sungguh pedih musibah yang kurasa
Begitu pedihnya seakan dapat
membalik siang menjadi malam‘”
Takhrij
Kisah ini dibawakan oleh
As-Samhudi dalam Wafa-u Al Wafa Bi Akhbari Daari Al-Musthafa 4/218. Dalam kitab
ini As Samhudi mengatakan ia menukil kisah ini dari At Tuhfah (atau al-Ithaaf)
milik Ibnu ‘Asakir dengan sanadnya; Muhammad bin Yusuf Ash Solehi Asy Syammi,
dalam Sabilu Al Huda Wal Irsyad Fii Siirati Khairi Al ‘Ibad 12/337, tanpa sanad.
Namun beliau mengatakan bahawa kisah ini diriwayatkan dari Thahir bin Yahya Al
Husaini; Abul Faraj Ibnul Jauzi, dalam Al Wafa-u Bit Ta’rifi Fadhaili Al
Musthafa, tanpa sanad; Abul Baqa’ Ibnu Dhiya’, dalam Taarikhu Makkah Al
Musyrifah Wal Masjidil Haram hal. 163, tanpa sanad; dan beberapa kitab sirah
lain.
Catatan
Bila hanya diketahui sebuah
riwayat ada di kitab ini dan kitab itu, dibawakan oleh imam A dan imam B,
belumlah cukup untuk melegalisasi riwayat tersebut untuk diterima dan di
amalkan. Perlu diperiksa kesahihan dari riwayat tersebut. Terlebih lagi kisah
ini hanya diriwayatkan dari kitab-kitab sirah, bukan kitab hadith.
Jalur Periwayatan
As Samhudi dalam Al Wafa’ menukil
kisah ini dari At Tuhfah milik Ibnu Asakir dengan sanad berikut:
عن طاهر بن يحيى الحسيني قال: حدثني أبي عن جدي عن جعفر بن محمد عن أبيه عن
علي رضي الله عنه
“Dari Thahir bin Yahya Al
Husaini, ia berkata: Ayahku (iaitu Yahya bin Al Hasan) pernah mengatakan
kepadaku: Dari kakekku (yaitu Al Hasan bin Ja’far) : Dari Ja’far bin Muhammad:
Dari ayahnya (yaitu Muhammad bin Ali) : Dari Ali bin Abi Thalib”
Kualiti sanad
Sanad kisah ini gelap. Kerana
banyak perawi yang tidak dikenali (majhul) dalam sanad kisah ini, iaitu: Thahir
bin Yahya Al Husaini, Yahya bin Al Hasan, Al Hasan bin Ja’far bin Muhammad.
Andai perawi-perawi tersebut
diterima pun masih terdapat sisi kelemahan lain, iaitu keterputusan sanad
(inqitha’) antara Muhammad bin Ali dengan sahabat Ali bin Abi Thalib
Radhiallahu’anhu. Kerana Muhammad di sini adalah Muhammad bin Ali bin Al Husain
bin Ali bin Abi Thalib. Dengan kata lain, Muhammad adalah cicit dari sahabat
Ali bin Abi Thalib Radhiallahu’anhu. Sedangkan Muhammad tidak pernah bertemu
dengan Ali bin Abi Thalib Radhiallahu’anhu, sebagaimana dikatakan oleh Al Mizzi
dalam Tahzibul Kamal 26/137 dan At Tirmidzi dalam Sunannya 6/161 no. 1602:
وَأَبُو جَعْفَرٍ مُحَمَّدُ بْنُ عَلِىِّ بْنِ الْحُسَيْنِ لَمْ يُدْرِكْ
عَلِىَّ بْنَ أَبِى طَالِبٍ
“Abu Ja’far Muhammad bin Ali bin
Al Husain tidak pernah bertemu Ali bin Abi Thalib”
Ringkasnya, kisah ini dhaif.
Sebagaimana dikatakan oleh Al Imam Az-Zahabi:
… :وَمِمَّا
يُنْسَبُ إِلَى فَاطِمَةَ، وَلاَ يَصِحُّ
“Salah salah satu kisah yang didakwa
dari Fatimah, namun tidak sahih adalah … (lalu menyebutkan riwayat di atas)”
(Siyar A’lam an-Nubala 3/113).
Al Mulla Ali Al Qaari dalam
Mirqatul Mafaatih 17/243 juga mengisyaratkan lemahnya kisah ini.
Lebih lagi telah diketahui bahawa
riwayat ini tidak terdapat satu pun di kitab-kitab hadith. Riwayat ini tidak
pernah dibawakan oleh para ulama pemilik kitab Sahih, seperti Bukhari-Muslim,
tidak juga pemilik kitab Sunan yang menjadi pegangan, seperti Sunan An Nasaie,
Sunan At Tirmidzi, Sunan Ibnu Majah,
atau semacamnya, tidak juga kitab Mu’jam, seperti Mu’jam Ath Thabrani, tidak
juga kitab Musnad yang menjadi pegangan, seperti Musnad Ahmad, Musnad Asy
Syafi’i atau semacamnya, tidak juga kitab Muwatha Malik. Riwayat ini kebanyakan
dibawakan dalam kitab-kitab sirah.
Sikap Keluarga Fatimah Terhadap
Makam
Lalu bagaimana sebenarnya sikap
Fatimah Radhiallahu’anha terhadap makam Nabi?
Cukuplah kita melihat sikap
orang-orang terdekat beliau bersikap terhadap makam. Ali bin Al Husain bin Ali
bin Abi Thalib (Cucu Fathimah) -Radhi’allahu’anhum-
رأى رجلا يأتي فرجة كانت عند قبر النبي صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ
وَسَلَّمَ فيدخل فيها فيدعو، فنهاه وقال: « ألا أحدثكم حديثاً سمعته من أبي عن جدي
– يعني علي بن أبي طالب رضي الله عنه عن رسول الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ
وَسَلَّمَ قال: لا تتخذوا قبري عيداً ولا تجعلوا بيوتكم قبوراً وسلموا على فإن
تسليمكم يبلغني أينما كنتم».
“Ali bin Al Husain melihat
seorang lelaki yang mendatangi celah di sisi makam Nabi Shallallahu’alaihi
Wasallam, kemudian ia masuk ke dalamnya lalu berdoa. Beliau lalu berkata:
‘Wahai engkau, maukah aku sampaikan sebuah hadith yang aku dengar dari ayahku
dari kakekku (yaitu Ali bin Abi Thalib Radhiallahu’anhu) dari Rasulullah
Shallallahu’alaihi Wasallam: ‘Jangan jadikan kuburan sebagai Ied[2], dan jangan
jadikan rumah kalian seperti kuburan, berselawatlah kalian kepadaku, kerana selawat
kalian sampai kepadaku di manapun kalian berselawat’ ‘”
Hadith ini diriwayatkan oleh Ibnu
Abi Syaibah dalam Mushannafnya 2/375, Abdurrazzaq dalam Mushannafnya no.6694.
As Sakhawi dalam Al Qaulud Baadi’ hal. 228 berkata: ‘Hadith ini hasan’. Ibnu
‘Adi dalam As-Sharimul Munkiy hal. 206 mengatakan: ‘Sanadnya jayyid’.
Ali bin Abi Thalib (Suami
Fathimah) -Radhi’allahu’anhuma-
عن أبي الهياج الأسدي أن علياً رضي الله عنه قال له: « ألا أبعثك على ما
بعثني عليه رسول الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ ؟ أمرني أن لا
أدَعَ قبراً مشرفاً (أي مرتفعاً) إلا سوّيته (بالأرض) ولا تمثالاً إلا طمستُه »
(مسلم969).
“Dari Abu Hayyaj Al Asadiy, Ali
Radhiallahu’anhu pernah berkata kepada Abu Hayyaj: ‘Mahukah engkau aku utus
untuk mengerjakan sesuatu yang dulu aku pun pernah di utus oleh Rasulullah
Shallallahu’alaihi Wasallam untuk mengerjakannya? Rasulullah pernah mengutusku
untuk tidak membiarkan makam ditinggikan, melainkan harus dibuat rata dengan
tanah. Lalu tidak membiarkan ada gambar (makhluk bernyawa), melainkan harus
dihilangkan’” (HR. Muslim no.969).
Dalam menjelaskan hadith ini An-Nawawi
berkata:
أَنَّ السُّنَّة أَنَّ الْقَبْر لَا يُرْفَع عَلَى الْأَرْض رَفْعًا
كَثِيرًا ، وَلَا يُسَنَّم ، بَلْ يُرْفَع نَحْو شِبْر وَيُسَطَّح ، وَهَذَا
مَذْهَب الشَّافِعِيّ وَمَنْ وَافَقَهُ
“Yang sesuai sunnah, makam itu
tidak terlalu tinggi dan tidak buat melengkung. Namun tingginya hanya sekitar
sejengkal dan dibuat rata. Ini mazhab Asy Syafi’i dan murid-muridnya” (Syarhu Sahih
Muslim 3/389).
Inilah sikap Ali bin Abi Thalib
terhadap kuburan. Berbeza dengan para penyembah kubur serta orang-orang yang
bertabarruk dengan kuburan, mereka meninggikan makam-makam.
Rasulullah Shallallahu’alaihi
Wasallam
عن عائشة « أن النبي قال في مرض موته» لعن الله اليهود والنصارى اتخذوا
قبور أنبيائهم مسجداً. قالت: ولولا ذلك لأبرزوا قبره غير أنه خشي أن يتخذ مسجداً
“Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam
bersabda ketika sakit menjelang wafatnya: ‘Allah melaknat Yahudi dan Nasrani
yang menjadikan kuburan Nabi mereka sebagai tempat ibadah’. Aisyah berkata:
‘Andai bukan kerana sabda beliau ini, tentu akan aku nampakkan (dibuka untuk
umum) kuburan beliau, namun beliau khawatir kuburnya dijadikan tempat ibadah‘”
(HR. Bukhari no. 1330).
Ibnu Hajar Al Asqalani berkata
tentang hadith ini:
وكأنه صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ علم أنه مرتحل من ذلك
المرض، فخاف أن يعظم قبره كما فعل من مضى، فلعن اليهود والنصارى إشارة إلى ذم من
يفعل فعلهم
“Seakan-akan Rasulullah
Shallallahu’alaihi Wasallam mengetahui beliau akan wafat kerana sakit yang
sedang dialaminya, lalu beliau khawatir makam beliau diagungkan sebagaimana
perbuatan orang-orang terdahulu. Dilaknatnya kaum Yahudi dan Nasrani adalah
isyarat bahawa orang yang melalukan perbuatan tersebut dicela” (Fathul Bari 8/688).
Atsar keempat
Ibnul Munkadir rahimahullah
adalah seorang tabi’in yang mulia. Ia dikenal sebagai ulama, Al Hafiz, ahli
ibadah, ahli zuhud, dan orang yang besar baktinya kepada orang tua. Beliau
berguru pada banyak sahabat Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam dan meriwayatkan
banyak hadith. Semoga Allah merahmati beliau.
Ada sebuah kisah yang
menceritakan bahawa Ibnul Munkadir biasa meminta pertolongan kepada makam Nabi
Shallallahu’alaihi Wasallam jika ditimpa sesuatu yang membahayakan. Kisah ini
dijadikan alasan oleh sebagian untuk melegalkan ritual tabarruk, tawassul dan
meminta pertolongan kepada makam-makam orang soleh. Berikut kisahnya,
قَالَ مُصْعَبُ بنُ عَبْدِ اللهِ: حَدَّثَنِي إِسْمَاعِيْلُ بنُ يَعْقُوْبَ
التَّيْمِيُّ، قَالَ:كَانَ ابْنُ المُنْكَدِرِ يَجْلِسُ مَعَ أَصْحَابِه، فَكَانَ
يُصِيْبُه صُمَاتٌ، فَكَانَ يَقُوْمُ كَمَا هُوَ حَتَّى يَضَعَ خَدَّهُ عَلَى
قَبْرِ النَّبِيِّ -صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- ثُمَّ يَرْجِعُ. فَعُوتِبَ
فِي ذَلِكَ، فَقَالَ: إِنَّهُ يُصِيْبُنِي خَطَرٌ، فَإِذَا وَجَدْتُ ذَلِكَ،
اسْتَعَنْتُ بِقَبْرِ النَّبِيِّ -صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ-
Mu’shab bin Abdillah berkata:
Isma’il bin Ya’qub At Taimi menceritakan kepadaku, ia berkata,
“Suatu ketika Ibnul Munkadir
sedang duduk-duduk bersama murid-muridnya. Tiba-tiba lidahnya kaku tak dapat
berbicara. Beliau pun berdiri lalu meletakkan dagunya di atas makam Nabi
Shallallahu’alaihi Wasallam lalu kembali. Murid-muridnya menyalahkan perbuatan
beliau tersebut. Beliau pun berkata, ’Yang menimpaku tadi adalah suatu bahaya.
Ketika aku menemui bahaya aku biasa ber-isti’anah (memohon pertolongan) kepada
makam Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam‘”
Takhrij
Kisah ini dibawakan oleh:
Pertama: Az-Zahabi dalam Siyar A’lam an-Nubala
9/437.
Kedua: Az-Zahabi dalam Tarikh Al
Islami 2/456, dengan sanad yang sama, namun terdapat sedikit perbezaan redaksi:
فاذا وجدت ذلك استغثت بقبر النبي صلى الله عليه وسلم
“Ketika aku menemui bahaya aku
biasa beristighatsah kepada makam Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam”
Ketiga: As Samhudi, dalam Wafa-u Al Wafa
Bi Akhbari Daari Al Musthafa 4/218, dengan sanad yang sama, namun terdapat
sedikit perbezaan redaksi:
فاذا وجدت ذلك استشفيت بقبر النبي
صلى الله عليه وسلم
“Ketika aku menemui bahaya yang
demikian aku biasa beristisyfa (meminta kesembuhan) kepada makam Nabi
Shallallahu’alaihi Wasallam”
Status Perawi
Pertama: Mu’shab bin Abdillah
Nama lengkapnya Abu Abdillah
Mu’shab bin Abdillah bin Mu’shab bin Tsabit Al Zubairi Al Madini. Ibnu Hajar Al
Asqalani berkata: “Tsiqah” (Tahdzib At Tahdzib, 10/147). Az Zahabi berkata:
“Ash Shaduuq” (Siyar A’lam an-Nubala 21/32). Al-Baihaqi mentsiqahkannya (Siyar
A’lam an-Nubala 21/32). Abu Hatim dan Ibnu Ma’in menulis hadith darinya (Al Jarh Wat Ta’dil, 8/309).
Kedua: Isma’il bin Ya’qub At Taimi
Abu Hatim Ar Razi berkata:
“Dha’ful Hadith” (Al Jarh Wat Ta’dil 2/204). Ibnu Hajar berkata: “Lahu
hikaayatun munkarah” (Lisanul Mizan 1/185). Az Zahabi berkata: “Fiihi Layyin” (Mizanul
I’tidal 2/456). Semua ini adalah lafaz-lafaz kritikan (pelemahan). Memang Ibnu Hajar
berkata: “Ibnu Hibban mentsiqahkannya” (Lisanul Mizan 1/185). Namun Ibnu Hibban
di kalangan peneliti hadith telah dikenal akan sikapnya yang terlalu
bermudah-mudah menetapkan status tsiqah (baca: mutasaahil).
Para nuqqad hadith seperti Az Zahabi,
Ibnu Qattan, Abu Hatim dan yang lainnya menerapkan kaedah: ‘Jika hanya Ibnu
Hibban seorang diri yang memberi status tsiqah pada seorang rawi, maka
disimpulkan status rawi tersebut adalah majhul ain‘. Lihat penjelasan lengkap
tentang masalah ini pada Buhuts Fil Musthalah (1/288) karya Dr. Mahir Yasin Al
Fahl.
Kualiti Riwayat
Dari keterangan di atas, maka
jelaslah bahawa riwayat tersebut dhaif kerana dhaifnya Isma’il bin Ya’qub At
Taimi. Hal ini diperkuat dari keterangan dari az-Zahabi, kerana setelah
membawakan riwayat tersebut dalam Tarikh Al Islami 2/456 beliau berkata,
“Isma’il: fiihi layyin” (Isma’il bin Ya’qub terdapat kelemahan).
Andaikan kisah ini sahih pun (dan
yang nyatanya tidak sahihpun) perbuatan Ibnul Munkadir, seorang tabi’in,
bukanlah dalil, bukan alasan yang dapat melegalisasikan isti’anah (meminta
pertolongan) kepada kuburan.
Atsar kelima
Mereka dapatkan sebuah riwayat
dari al-Imam Ahmad bin Hanbal,
سَأَلْتُهُ عَنِ الرَّجُلِ يَمُسُّ مِنْبَرَ النَّبِيِّ وَيَتَبَرَّكُ
بِمَسِّهِ وَيُقَبِّلُهُ وَيَفْعَلُ بِالْقَبْرِ مِثْلَ ذَلِكَ أَوْ نَحْوَ هَذَا
يُرِيْدُ بِذَلِكَ التَّقَرُّبَ إِلَى اللهِ جَلَّ وَعَزَّ فَقَالَ: لاَ بَأْسَ
بِذَلِكَ
“Aku bertanya kepadanya (al-Imam
Ahmad) tentang seorang yang mengusap mimbar Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam,
bertabarruk (mencari berkah) dengan mengusap dan menciumnya. Demikian pula seseorang
yang melakukan hal tersebut terhadap makam Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa
sallam untuk mendekatkan diri kepada Allah subhanahu wa ta’ala. Al-Imam Ahmad
menjawab, ‘Hal itu tidak apa-apa’.”( Al-‘Ilal fii Ma’rifatir-Rijaal 2/492).
Tentu saja, bagi mereka riwayat
ini sangat menggembirakan. Tanpa ragu mereka mengatakan, “Ini dalil kami yang
tidak terbantahkan!” Imam Ahlus Sunnah menyatakan bolehnya bertabarruk dengan
mencium dan mengusap kubur Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam serta mendekatkan
diri kepada Allah subhanahu wa ta’ala dengan cara itu.
Jawapan atas syubhat ini adalah
sebagai berikut:
Riwayat di atas adalah riwayat
yang sangat aneh.Dalam mazhab Hanbali, sangat tegas dibencinya mengusap-usap
dan menciumi kuburan, kerana amalan ini tidak diajarkan oleh Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wa sallam dan tidak dilakukan oleh para sahabat.
Riwayat tersebut sangat diragukan
kebenaran penisbatannya kepada al-Imam Ahmad rahimahullah. Sebab, riwayat di
atas bertentangan dengan riwayat-riwayat yang masyhur dari beliau yang secara
tegas menunjukkan bahawa mengusap kubur Nabi shallallahu ‘alaihi wa
sallam—apalagi selain kubur beliau—tidak pernah dilakukan oleh para sahabat,
tabi’in, dan salaf umat ini.
Di antara riwayat tersebut adalah
riwayat al-Atsram, salah seorang murid al-Imam Ahmad yang tepercaya dan mengambil
riwayat langsung dari beliau sepertimana dinukilkan oleh Ibnu Qudamah,
فصل : ولا يستحب التسمح بحائط قبر النبي صلى الله عليه و سلم ولا تقبيله
قال أحمد : ما أعرف هذا قال الأثرم : رأيت أهل العلم من أهل المدينة لا يمسون قبر
النبي صلى الله عليه و سلم يقومون من ناحية فيسلمون قال أبو عبد الله : هكذا كان
ابن عمر يفعل
“Fasal : Tidak disukai mengusap
tembok kubur Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam dan tidak pula menciumnya.
Ahmad berkata : ‘Aku tidak mengetahuinya’. Al-Atsram berkata : ‘Aku melihat ulama
dari kalangan penduduk Madinah tidak mengusap kubur Nabi shallallaahu ‘alaihi
wa sallam, dan mereka berdiri dari sisi mengucapkan salam. Abu ‘Abdillah
berkata : ‘Begitulah yang dilakukan Ibnu ‘Umar” (Al-Mughni 3/556).
Riwayat yang semisal di atas juga
dibawakan oleh Ibnu ‘Abdil-Hadiy rahimahullah dalam Ash-Sharimul-Munkiy 1/145.
Bahkan dalam kitab Kasysyaaful-Qinaa’ 4/439 disebutkan :
اتَّفَقَ السَّلَفُ وَالْأَئِمَّةُ عَلَى أَنَّ مَنْ سَلَّمَ عَلَى النَّبِيِّ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَوْ غَيْرِهِ مِنْ الْأَنْبِيَاءِ
الصَّالِحِينَ فَإِنَّهُ لَا يَتَمَسَّحُ بِالْقَبْرِ وَلَا يُقَبِّلُهُ
“Salaf dan para imam telah
bersepakat bahawasannya siapa saja yang mengucapkan salam kepada Nabi
shallallaahu ‘alaihi wa sallam atau selainnya dari kalangan para nabi yang soleh,
maka ia tidak mengusap kubur dan menciumnya”.
Hal lain yang menambah keraguan
tentang riwayat di atas, al-Imam Ahmad bin Hanbal sangat terkenal dalam hal
berpegang dengan sunnah, menjauhi kesyirikan, dan menjauhi jalan yang
mengantarkan kepada kesyirikan.
Siapa saja yang mengenal Ahmad
bin Hanbal rahimahullah, nescaya akan merasa aneh dengan riwayat yang dijadikan
syubhat quburiyun (para pengagung kuburan). Terlebih lagi, dipastikan bahawa
riwayat-riwayat yang sahih justru bertentangan dengan riwayat yang mereka
nukilkan.
Al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani rahimahullah
dalam Fathul Bari 3/475 menyebutkan dari murid-murid al-Imam Ahmad bahawa
mereka menganggap jauh (mustahil) perkataan tersebut (diucapkan oleh al-Imam
Ahmad).:
فنقل عن الإمام أحمد أنه سئل عن تقبيل منبر النبي صلى الله عليه و سلم
وتقبيل قبره فلم ير به بأسا واستبعد بعض أتباعه صحة ذلك
“dan telah dinukil dari Imam
Ahmad bahwa dia di tanya tentang mencium mimbar dan kubur Nabi shalallahu
‘alaihi wa sallam dan beliau memandang tidak mengapa, akan tetapi sebagian para
pengikutnya (dari kalangan hanabilah) meragukan kesahihannya.”
Ibnu Hajar al-Haitami
rahimahullah dalam Hasyiyahnya terhadap Syarah Al-Idhah Fii Al-Manasiik hal 454
meragukan pula kebenaran riwayat di atas dari al-Imam Ahmad.
Seandainya penukilan dari al-Imam
Ahmad itu sahih, kita memiliki pokok-pokok akidah berdasarkan al-Kitab dan
Sunnah Rasulullah yang lebih didahulukan dari ucapan siapapun. Al-Imam Ahmad
sendiri berkata, “Jika kalian melihat ucapanku yang menyelisihi ucapan
Rasulullah, buanglah ucapanku.”
Segala perbuatan para sahabat dan
tabien bukanlah hujah mutlaq, apatah lagi menyelisihi dalil dan ijma.
Ketika terjadi perselisihan, kita
diperintahkan untuk mengembalikan perselisihan tersebut kepada sunnah
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dan al-Khulafaur Rasyidin. Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
فَإِنَّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ فَسَيَرَى اخْتَلَافًا كَثِيرًا
فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ الْمَهْدِيِّينَ
تَمَسَّكُوا بِهَا وَعَضُّوا عَلَيْهَا باِلنَّوَاجِذِ
“Sungguh, siapa yang hidup di
antara kalian akan menyaksikan perselisihan yang banyak. Wajib atas kalian
mengikuti sunnahku dan sunnah al-Khulafa yang mendapat bimbingan dan petunjuk.
Peganglah erat sunnah itu dan gigitlah dengan geraham-geraham kalian.” (HR. Abu
Daud no. 4607 dan at-Tirmidzi no. 2676, sahih).
Tidak ada satu riwayat sahih pun
dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam yang memerintah sahabat agar
bertabarruk (mencari berkah) kepada selain beliau, baik kepada kalangan sahabat
seperti Abu Bakr atau selainnya, dengan diri mereka, maupun dengan peninggalan
mereka. Di samping tidak ada perintah dari Rasul shallallahu ‘alaihi wa sallam,
tidak ada pula satu riwayat sahih yang menyebutkan bahwa para sahabat
bertabarruk dengan sahabat yang lain layaknya dahulu mereka bertabarruk dengan
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Para sahabat tidak pernah melakukan
hal itu terhadap orang-orang terbaik dari al-Khulafaur ar-Rasyidin atau
al-‘Asyarah al-Mubasysyaruna bil Jannah.
Syaikh Muhammad bin Jamil Zainu
rahimahullah berkata, “Tawassul ini tidak diperbolehkan (dalam Islam), kerana
tidak ada satu nukilanpun dari shahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa
sallam yang menjelaskan (kebolehannya). Imam Abu Hanifah dan dua orang murid
utama beliau (Abu Yusuf dan Muhammad bin Hasan asy-Syaibani) membenci
(mengharamkan) seseorang yang mengucapkan dalam doanya, “(Ya Allâh), aku
memohon kepada-Mu dengan hak si Fulan, atau dengan hak para Nabi dan Rasul-Mu,
atau dengan hak baitullah al-haram (kaabah)”, atau yang semisal itu, kerana
tidak ada seorangpun yang mempunyai hak atas Allah (Lihat kitab “Syarhul
Ihya‘)(Kaifa Nafhamut Tawassul hal. 13).
Telah datang pernyataan dari para
ulama mazhab yang menyatakan tidak di mengusap kubur Nabi sholallahu ‘alaihi wa
sallam
Berkata Al-Imam Ibnu Qudamah:
فصل : ولا يستحب التسمح بحائط قبر النبي صلى الله عليه و
سلم ولا تقبيله قال أحمد : ما أعرف هذا
“ fasal: tidak disukainya
mengusap dinding kubur Nabi shalallahu ‘alaihi wa sallam dan tidak pula
menciumnya. Berkata Ahmad: aku tidak mengetahuinya (itu merupakan sunnah).
Kemudian beliau menyebutkan sebab
larangan mengusap dinding kuburan:
لأن فيه إفراطاً في تعظيم القبور أشبه بتعظيم الأصنام ولأن الصلاة عند
القبور أشبه بتعظيم الأصنام بالسجود ولأن ابتداء عبادة الأصنام كان في تعظيم
الأموات باتخاذ صورهم ومسحها والصلاة عندها
“kerana hal itu termasuk
berlebih-lebihan dalam mengagungkan kubur yang menyerupai pengagungan terhadap
berhala, kerana solat di sisi kuburan menyerupai pengagungan terhadap berhala
dengan sujud, dan kerana permulaan munculnya ibadah kepada berhala adalah
pengangungan terhadap orang-orang yang telah mati dengan menggambarnya,
mmengusap (kuburannya), dan solat disisinya.”( Al-Mughni 3/599).
Berkata Al-Marwadi:
ولا يستحب التمسح بالقبر على الصحيح من المذهب
“tidak disukai mengusap kuburan
atas pendapat yang benar dalam mazhab (hanbali).”(Al-Inshaaf 4/53).
Berkata Ar-Ruhaibani:
( ولا يمس قبره صلى الله عليه وسلم ولا حائطه ولا يلصق به صدره ولا
يقبله ) أي : يكره ذلك لما فيه من إساءة الأدب والابتداع
“(dan kubur Nabi shalallahu
‘alaihi wa sallam tidak di usap, demikian pula dindingnya, dan tidak
menempelkan dadanya , serta tidak menciumnya ) yakni hal itu dibenci kerana termasuk adab yang
buruk dan perbuatan BIDAAH .”(Mathaalib Uli An-Nuhaa 2/442).
Berkata Mar’i bin Yusuf
Al-Hanbali:
كره رفع قبر فوق شبر وتجصيصه وتقبيله
“di benci untuk meninggikan
kuburan lebih dari sejengkal, demikian juga, membangunnya, dan menciumnya.”(Ghayatul
Muntaha hal. 269)
Berkata Al-Imam An-Nawawi:
وقال الإمام محمد بن مرزوق الزعفراني - وكان من الفقهاء المحققين - في
كتابه (في الجنائز): ولا يستلم القبر بيده ولا يقبله. قال: وعلى هذا مضت السنة.
قال أبو الحسن: واستلام القبور وتقبيلها الذي يفعله العوام الآن من المبتدعات
المنكرة شرعاً ينبغي تجنب فعله ويُنهى فاعله ».
وقال أبو موسى الأصفهاني في كتاب [آداب الزيارة]: وقال الفقهاء المتبحرون
الخراسانيون: « المستحب في زيارة القبور أن يقف مستدبر القبلة مستقبلاً وجه الميت
يسلم ولا يمسح القبر ولا يقبله ولا يمسه فإن ذلك من عادة النصارى
“berkata Al-Imam Muhammad Bin
Marzuuq Az-Za’farani- dan dia termasuk fuqahaa yang kritis- di kitabnya (di
pembahasan jenazah):” kuburan itu tidak di usap dengan tangannya, dan tidak di
cium,dan ini lah yang berjalan sesuai sunnah, berkata Abul Hasan: “mengusap
kuburan, dan menciumnya sebagaimana yang dilakukan oleh kebanyakan orang awam sekarang termasuk
BIDAAH YANG MUNGKAR secara syar’i, yang harus di jauhi dan pelakunya di cegah.”
Berkata Abu Musa As-Asfahaaniy di
kitabnya (adab ziarah): “ para fuqha dari Khurasan yang dalam ilmunya
mengatakan:” yang disukai dalam berziarah kubur adalah berdiri membelakangi
kiblat dan menghadap wajah mayat, dengan memberikan salam, dan tidak mengusap
kuburannya serta menciumnya kerana hal itu termasuk kebiasaan orang-orang
Nasrani’.”
Kemudian Al-Imam An-Nawawi
memberi komentar:
وما ذكروه صحيح لانه قد صح النهى عن تعظيم القبور
“dan apa yang mereka sebutkan
adalah benar, kerana telah Sahih (hadith) larangan mengagungkan kubur” (Al-Majmu’
Syarah Al-Muhazzab 5/311).
Berkata Al-Imam Al-Ghazali:
ولا يمس قبراً ولا حجراً فإن ذلك من عادة النصارى
“dan kuburan itu tidak di usap
demikian juga batu, kerana hal itu adalah KEBIASAAN ORANG NASRANI’.”(Ihya’
Ulumuddin 1/129).
Beliau juga berkata:
فإن المس والتقبيل للمشاهد من عادة اليهود والنصارى
“sesungguhnya mengusap dan
mencium kuburan adalah KEBIASAAN ORANG YAHUDI DAN NASRANI.” (Ihya’ Ulumuddin
4/491).
Dalam kitab Asy-Syifaa’ oleh
Al-Qadhi ‘Iyadh bahawa Imam Malik berkata:
لا أرى أن يقف عند قبر النبي ولكن
يسلم ويمضي
“aku tidak berpendapat untuk berdiri
tetap di sisi kubur Nabi shalallahu ‘alaihi wa sallam akan tetapi cukup memberi
salam dan pergi.”
Dan Ibnu Wahb meriwayatkan dari
Al-Imam Malik:
ويدنو ويسلم ولا يمس القبر
dan mendekat serta memberi salam
dan tidak mengusapnya.”
Kemudian Mula ‘Ali Al-Qari’
memberikan komentar:
لأن ذلك من عادة النصارى
“ kerana hali itu termasuk
kebiasaan Nasrani’.” (Syarah Asy-Syifaa’ 2/152).
Berkata Ibnu Al-Hajj:
قال مالك في رواية ابن وهب: إذا سلم على النبي لا يمس القبر بيده
“berkata Malik dalam riwayat Ibnu
Wahb.”Apabila meberi salam kepada Nabi tidak mengusapnya dengan tangannya.”(Al-Madkhal
1/261).
Al-Qarrafi menyebutkan bahawa
mengusap dan mencium hanya khusus untuk ka’bah.(Adz-Dzakhirah 3/381).
Rujukan
Fatwa Syabakah Islamiyah no.
430855
https://muslim.or.id/12493-ngalap-berkah-yang-dibolehkan-dan-terlarang.html
https://asysyariah.com/ngalap-berkah-kiai-dengan-dalil-dan-analogi-batil/amp/
https://www.nahimunkar.org/ngalap-berkah-tabarruk/
http://muslim.or.id/aqidah/hadith-atsar-dhaif-serta-palsu-seputar-tawassul-dan-tabarruk-4.html
http://www.ahlalhdeeth.cc/vb/showthread.php?t=155930
http://muslim.or.id/aqidah/hadith-atsar-dhaif-serta-palsu-seputar-tawassul-dan-tabarruk-5.html
No comments:
Post a Comment