Rasulullah saw. bersabda:
من أحيا سنتي فقد أحبني، ومن أحبني كان معي في الجنة
Siapa saja yang menghidupkan
Sunnahku, sungguh ia telah mencintaiku. Siapa saja yang mencintaiku, ia
bersamaku menjadi penghuni syurga (HR. Tirmidzi no. 2678 dan at-Thabarani dalam
Mu'jam al-Awsath, hasan gharib al-Tirmidzi).
Sabda Rasulullah:
بَدَأَ الإِسْلاَمُ غَرِيباً، وَسَيَعُودُ كَمَا بَدَأَ غَرِيباً، فَطُوبى
لِلْغُرَبَاءِ
“Islam bermula sebagai asing
(sesuatu yang dianggap asing dan ganjil). Dan ia akan kembali sebagaimana
permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang
ganjil” (HR Muslim no. 145, sahih ijma').
dan dalam riwayat yang lain :
قيل يا رسول الله ومن الغرباء؟ فقال: الذين يصلحون إذا فسد الناس
Rasulullah- Shallallahu ‘alaihi
wasallam ditanya “wahai rasulullah siapa yang asing itu (al-Ghuraba)?”
Rasulullah- Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: ”Iaitu orang-orang yang
mengadakan perbaikan di tengah manusia yang berbuat kerosakan”.(HR.
at-Thabarani dalam Mu'jam al-Awsath 3/250, sahih al-Albanj)
Dan dalam lafaz yang lain:
هم الذين يصلحون ما أفسد الناس من سنتي
”mereka adalah orang-orang yang
memperbaiki sunnahku yang dirosak manusia” (HR. Tirmidzi no. 2630, hasan sahih
al-Tirmidzi).
Nabi saw bersabda:
يحمل هذا العلم من كل خَلَف عدوله ؛ ينفون عنه تحريفَ الغالين ، وانتحال
المبطلين ، وتأويل الجاهلين
Ilmu agama ini akan terus dibawa
oleh orang-orang adil (terpercaya) dari tiap-tiap generasi, yang selalu
berjuang membersihkan agama ini dari: Tahriful Ghalin (pemutarbalikan
pengertian agama yang dilakukan oleh para ekstrimis), Intihalul Mubthilin
(Kedustaan orang-orang sesat yang mengatasnamakan agama), Tawilul Jahilin
(Penawilan agama yang salah yang dilakukan oleh orang-orang yang jahil) (HR.
Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq 7/39, daripada Ibrahim bin Abdul Rahman
al-‘Azri, sahih Imam Ahmad).
Rasulullah saw. bersabda:
يَأْتِي عَلَى النَّاسِ زَمَانٌ الصَّابِرُ فِيهِمْ عَلَى دِينِهِ
كَالْقَابِضِ عَلَى الْجَمْرِ
Kelak akan datang suatu masa
kepada manusia. Saat itu orang-orang yang bersabar (berpegang teguh) dengan
agamanya di tengah-tengah mereka bagaikan orang yang menggenggam bara api (HR. Tirmidzi no. 2260, sahih al-Albani).
Rasulullah saw. bersabda:
عَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ
الْمَهْدِيِّينَ عَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ
Hendaklah kalian berdiri di atas
Sunnahku dan sunnah para khalifah ar-râsyidîn al-mahdiyyîn (para khalifah yang
mendapatkan petunjuk). Gigitlah oleh kalian hal tersebut dengan geraham yang
kuat (HR. Abu Daud nom 4607, Tirmidzi
no. 2676, Ahmad no. 17145, Ibn Majah no. 42, sahih).
لَا يَزَالُ مِنْ أُمَّتِي أُمَّةٌ قَائِمَةٌ بِأَمْرِ اللَّهِ لَا
يَضُرُّهُمْ مَنْ خَذَلَهُمْ وَلَا مَنْ خَالَفَهُمْ حَتَّى يَأْتِيَهُمْ أَمْرُ
اللَّهِ وَهُمْ عَلَى ذَلِكَ
Akan selalu ada segolongan dari
umatku yang sentiasa taat menjalankan perintah Allah. Tidak akan membahayakan
mereka orang yang menghina atau menyelisihi mereka sehingga datang keputusan
Allah dan mereka tetap dalam keadaan seperti itu. (HR. Bukhari no. 3641 dan
Muslim no. 1037).
لا تَزالُ طائِفَةٌ مِن أُمَّتي ظاهِرِينَ على الحَقِّ، لا يَضُرُّهُمْ مَن
خَذَلَهُمْ، حتّى يَأْتِيَ أمْرُ اللهِ وهُمْ كَذلكَ. وَليسَ في حَديثِ
قُتَيْبَةَ: وهُمْ كَذلكَ
Ada satu golongan dari umatku
yang akan selalu berada di atas kebenaran. Tidak akan membahayakan mereka orang
yang menghinakan mereka sehingga datang keputusan Allah sedangkan mereka tetap
dalam keadaan seperti itu. (HR. Muslim no. 1920).*
من ورائكم أيام الصبر الصبر فيه مثل قبض على الجمر
للعامل فيهم مثل أجر خمسين رجلا يعملون مثل عمله وزادني غيره قال يا رسول الله أجر
خمسين منهم قال أجر خمسين منكم
Sesungguhnya di belakang kamu ada
hari-hari dimana orang yang sabar ketika itu seperti memegang bara api. Mereka
yang mengamalkan sunnah pada hari itu akan mendapatkan lima puluh kali dari
kamu yang mengamalkan amalan (sunnah) tersebut. Para sahabat bertanya:
Mendapatkan lima puluh kali dari kita atau dari mereka? Rasulullah menjawab:
Bahkan lima puluh kali pahala kamu. (HR. Abu Daud no. 4341, hasan al-Arnauth).
مَنِ الْغُرَبَاءُ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ « أُنَاسٌ
صَالِحُونَ فِى أُنَاسِ سَوْءٍ كَثِيرٍ مَنْ يَعْصِيهِمْ أَكْثَرُ مِمَّنْ
يُطِيعُهُمْ » ﴿رَوَاهُ أحمد ﴾ تعليق شعيب الأرنؤوط : حسن لغيره مكرر
“Beruntunglah orang-orang yang
terasing”. Seseorang bertanya : “Siapakah orang-orang yang terasing itu ya
Rasulullah ? “Orang-orang soleh yang
berada di antara orang-orang jahat yang jumlahnya banyak sekali. Yang menentang
mereka lebih banyak dibandingkan yang mengikuti ”, jawab Rasulullah (HR. Ahmad no. 6650, hasan al- Arnauth)
Syeikh Salim al-Hilali
hafizhahullah berkata, “…tidak ada riwayat yang sah mengenai penafsiran [Nabi]
tentang makna al-Ghuraba’ (orang-orang asing) selain dua tafsiran yang marfu’
iaitu :
[1] Orang-orang yang [tetap] baik
tatkala masyarakat telah diliputi kerosakan.
[2] Orang-orang soleh yang hidup
di tengah-tengah banyak orang yang buruk [agamanya], akibatnya orang yang
menentang mereka lebih banyak daripada yang mengikuti mereka.”(Limadza
Ikhtartul Manhaj Salafi, hal. 55).
*Berkata Musa bin Harun
rahimahullah: “Aku telah mendengar Ahmad bin Hanbal ketika ditanya berkenaan hadith
yang berbunyi (maksudnya): “Umat ini akan berpecah-belah menjadi 73 golongan
dan semuanya di neraka kecuali hanya satu golongan (yang selamat)”. Beliau
mengatakan: “Jika yang dimaksudkan bukannya ahlul hadith maka aku tidak tahu
siapa nereka”.” Dalam riwayat yang lain dengan lafaz (maksudnya): “Jika
ath-Tha’ifah al-Manshurah ini bukan ash-habul Hadith (pendukung hadith/sunnah),
maka aku tidak tahu lagi siapa mereka.” (Diriwayatkan oleh al-Hakim di dalam
kitab Ma’rifah Ulumil Hadith (2), dan al-Khathib al-Baghdadi. Sanadnya sahih.
Lihat: ash-Shahihah, 1/542, dan al-Azhar al-Mantsurah fi tabyin anna Ahlal Hadith
hum al-Firqatun Najiyah wa ath-Tha’ifah al-Manshurah)
Di dalam riwayat yang lain:
“Mereka adalah ahlul ‘ilmi dan ahlul atsar.” (Lihat ash-Shahihah, (1/543), oleh
al-Albani)
Berkata ‘Abdullah Ibnul Mubarak
rahimahullah: “Menurutku mereka adalah para ‘ulama Ahhul Hadith.” (Diriwayatkan
oleh al-Khathib (61). Lihat ash-Shahihah (1/543))
Al-Imam Al-Bukhari di dalam Kitab
al I’tisham bil Kitab Sunnah di dalam Shahih-nya beliau berkata: Bab Perkataan
Nabi Shallallahu ‘alaihi was Sallam:
“Sentiasa ada kelompok dan umatku
yang menampakkan kebenaran dan mereka berperang” al-Bukhari berkata: “Dan
mereka adalah para ‘ulama.”
Al-Hafiz Ibnu Hajar di dalam
Fathul Bari menerangkan pernyataan al-Bukhari
“Mereka adalah para ‘ulama: “Ini
adalah penegasan al-Imam al-Bukhari, dan telah diriwayatkan oleh at-Tirmidzi hadith
tentang masalah ini. Kata beliau:
“Aku mendengar Muhammad bin
Isma’il (yakni al-Bukhari) berkata: “Aku mendengar ‘Ali bin al-Madini berkata:
“Mereka adalah ash-habul hadith”.”
Ketahuilah bahwa para ‘ulama
sepakat menyatakan bahawa ath-Tha’ifah al-Manshurah itu adalah al-Firqatun
Najiyah yang keduanya itu adalah membawa maksud ahlul hadith. Di antara para
‘ulama yang turut menyatakan persoalan yang berkaitan (adalah):
1 - ‘Abdullah Ibnul
Mubarak rahimahullah, wafat th. 181 H
2 - ‘Ali bin
al-Madini rahimahullah, wafat th. 234 H
3 - Ahmad bin Hanbal
rahimahullah, wafat th. 241 H
4 - Ahmad bin Sinan
rahimahullah, wafat th. 256 H
5 - Muhammad bin
Isma’il al-Bukhari rahimahullah, wafat th. 256 H
6 - ‘Abdullah bin
Muslim bin Qutaibah rahimahullah, wafat th. 267 H
7 - Muhammad bin ‘Isa
At Tirmidzi rahimahullah, wafat th. 276 H
8 - Muhammad bin
Hibban rahimahullah, wafat th. 354 H
9 - Muhammad bin
al-Husain al-Ajurri rahimahullah, wafat th. 390 H
10 - Muhammad bin
Abdullah al-Hakim an-Naisaburi rahimahullah, wafat th. 405 H
11 - Ahmad bin All
bin Tsabit al-Khathib al-Baghdadi rahimahullah, wafat th. 463 H
12 – Al-Husain bin
Mas’oud al-Baghawi rahimahullah, wafat th. 516 H
13 - ‘Abdurrahmn bin
al-Jauzy rahimahullah, wafat th. 597 H
14 - Muhyiddin Yahy
bin Syaraf an-Nawawi rahimahullah, wafat th. 676 H
15 - Ahmad bin ‘Abdul
Halim bin Taimiyyah Syaikhul Islam rahimahullah, wafat th. 728 H
16 - Ishaq bin
Ibrahim asy-Syathibi rahimahullah, wafat th. 790 H
17 - Ahmad bin ‘Ali
bin Hajar al-‘Asqalani rahimahullah, wafat th. 852 H.
Asy-Syaikh Rabi’ bin Hadi
al-Madkhali berkata: “Para ‘ulama Islam yang muktabar dari kalangan ahli hadith
dan selain dari mereka telah bersepakat bahawa al-Firqatun Najiyah dan
ath-Tha’ifah al-Manshurah adalah sama. Majoriti mereka mengatakan: Bahawasanya
golongan tersebut adalah ahlul hadith.” (Lihat Ahlul hadith hum ath-Thaifah
al-Manshurah an-Najiyah (36))
Asy-Syaikh Muhammad
Nashiruddin al-Albani di dalam ash-Shahihah (1/543) mengatakan:
“Mungkin sebahagian
orang menganggap aneh tafsir para imam tersebut, bahawasanya ath-Tha’ifah
azh-Zhahirah dan al-Firqatun Najiyah adalah Ahlul Hadith. Padahal sedikitpun
tidak ada yang aneh dari penafsiran para ‘ulama tersebut, jika kita memahami
kaedah dan beberapa perkara berikut ini:
Pertama: Bahawasanya Ahlul Hadith
dengan sebab spesifikasi mereka dalam mempelajari as-Sunnah (al-Hadith) dan
segala urusan/perkara yang berkaitan dengannya, sama ada dalam bentuk
pengetahuan tentang biografi para perawi hadith, ‘ilal (sebab-sebab kelemahan)
suatu hadith, dan pengetahuan tentang sanad-sanad, maka mereka (ahlul hadith)
adalah manusia yang paling berilmu tentang sunnah Nabi, petunjuknya, akhlaknya
serta sejarah peperangan-peperangan yang dilakukan oleh Rasulullah Shallallahu
‘alaihi was Sallam serta segala perkara yang berkaitan dengan beliau
Shallallahu ‘alaihi was Sallam.
Kedua: Ahlul Hadith (semoga Allah
membangkitkan kita bersama mereka) tidaklah berta’ashshub (fanatik) kepada
pendapat (seseorang tertentu walaupun orang tersebut tinggi kedudukan atau
keilmuannya – pent.), kecuali hanya kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi was
Sallam. Hal ini berbeza dengan mereka yang tidak menisbahkan dirinya kepada al-Hadith
dan pengamalan dengannya, di mana mereka berta’ashshub kepada pendapat-pendapat
para imam mereka sahaja, sebagaimana ta‘ashshub-nya ahlul hadith kepada hadith-hadith
Nabinya.
Maka tidak ada keanehan lagi
setelah penjelasan di atas, bahawasanya ahlul hadith, merekalah ath-Tha’ifah
azh-Zhahirah dan al-Firqatun Najiyah. Bahkan mereka adalah al-Ummah al-Wasath
golongan yang adil sebagai saksi terhadap umat manusia.” (Ash-Shahihah,
1/543-544)
Berkata al-Khathib al-Baghdadi di
dalam Syarafu ash-habil Hadith (30): “Sungguh Allah selaku penguasa alam
semesta telah menjadikan ath-Thai’fah al-Manshurah sebagai para pengawal dan
penggerak agama ini. Melalui mereka, Allah menepis tipu daya para penentang,
disebabkan berpegangnya mereka terhadap syari’at yang kukuh ini, dan pendirian
mereka terhadap jejak para sahabat dan tabi’in. Kesibukan mereka adalah
menghafal hadith .... Mereka menerima syari’at beliau sama ada secara lisan
mahupun perbuatan, menjaga sunnahnya secara hafalan dan penukilan, sehingga
keaslian sunnah tersebut terus berlangsung dari zaman ke zaman. Mereka adalah
manusia yang paling tepat lagi sesuai memperjuangkan dan mempertahankan sunnah
dan ahlinya. Berapa banyak manusia yang menyimpang mahu mencampur aduk syari’at
ini dengan sesuatu yang bukan dari bahagian syari’at tersebut, sedangkan Allah
‘Azza wa Jalla sentiasa menjaga agama-Nya dengan memunculkan di muka bumi ini
para ahli hadith. Merekalah para penjaga rukun-rukun syari’at dan para penegak
perintah-Nya. Mereka itulah golongan Allah. Ketahuilah, bahawa sesungguhnya
golongan Allah itulah golongan yang beruntung.” (Lihat: Ash –Shahihah,
1/545-546, susunan asy-Syaikh al-Albani).
Rujukan
Irsyad al-hadith no. 126
https://www.google.com/amp/s/al-waie.id/nafsiyah/al-ghuraba-bagian-1/amp/.
https://luqmanbaabduh.com/ath-thaifah-al-manshurah-adalah-al-firqatun-najiyah/
https://ahmadbinhanbal.com/memegang-islam-ibarat-mengenggam-bara-api/
No comments:
Post a Comment