Sunday, 11 July 2021

Hadith kelebihan Madinah dan penduduknya

 

Kelebihan merujuk kepada penduduk secara spesifik

 

Daripada Aisyah bin Saad R.anhuma bahawa Rasulullah SAW bersabda:

 

لاَ يَكِيدُ أَهْلَ المَدِينَةِ أَحَدٌ، إِلَّا انْمَاعَ كَمَا يَنْمَاعُ المِلْحُ فِي المَاءِ

 

Janganlah ada seorang pun yang melakukan tipu muslihat terhadap penduduk Madinah, kecuali saat terjadinya peleburan seperti meleburnya garam di dalam air. (HR. Bukhari no. 1877)

 

Ibnu Hajar al-Asqalani menjelaskan:-

 

“Yaitu dia melakukannya dengann tujuan yang buruk terhadap penduduk madinah. Juga melakukan tipu daya, makar dan juga helah dalam kejahatan. Dan di dalam riwatat Muslim daripada jalur Abu Abdillah al-Qarraz daripada Abu Hurairah dan juga Saad disebutkan hadith yang mengatakan ssiapa yang mahukan keburukan untuk penduduk madinah Allah akan cairkannya sebagaimana cairnya garam di dalam air.” (Fathul Bari 4/94).

 

 

Diriwayatkan daripada Jabir R.anhu beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

 

مَنْ أَخَافَ أَهْلَ المَدِينَةِ فَقَدْ أَخَافَ مَا بَيْنَ جَنْبِي

 

Sesiapa yang menakut-nakutkan penduduk Madinah maka sesungguhnya dia telah menakutkan apa yang berada di antara dua rusukku. (HR.Ahmad no.14818, sahih)

 

Berkata Syeikh al-Amir Izzuddin al-San’ani: “Yakni dia telah menakutkan aku (yakni Rasulullah) kerana di antara dua rusuknya terdapat hatinya dan hati merupakan tempat takut.” (al-Tanwir Syarah al-Jami’ al-Saghir 56/10).

 

 

Kelebihan merujuk kepada kelebihan yakni keberkatan dunia dan akhirat

 

 

Daripada Sufyan bin Abi Zuhair RA, dia mendengar Rasulullah SAW bersabda:

 

تُفْتَحُ اليَمَنُ، فَيَأْتِي قَوْمٌ يُبِسُّونَ، فَيَتَحَمَّلُونَ بِأَهْلِهِمْ وَمَنْ أَطَاعَهُمْ، وَالمَدِينَةُ خَيْرٌ لَهُمْ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ، وَتُفْتَحُ الشَّأْمُ، فَيَأْتِي قَوْمٌ يُبِسُّونَ، فَيَتَحَمَّلُونَ بِأَهْلِيهِمْ وَمَنْ أَطَاعَهُمْ، وَالمَدِينَةُ خَيْرٌ لَهُمْ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ، وَتُفْتَحُ العِرَاقُ، فَيَأْتِي قَوْمٌ يُبِسُّونَ، فَيَتَحَمَّلُونَ بِأَهْلِيهِمْ وَمَنْ أَطَاعَهُمْ، وَالمَدِينَةُ خَيْرٌ لَهُمْ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ

 

Yaman akan ditakluki. Akibatnya, sejumlah ramai penduduk Madinah akan berpindah keluar. Merea juga mengajak keluarga dan orang-orang yang taat kepada mereka untuk berpindah ke Yaman. Padahal, Madinah lebih baik bagi mereka sekiranya mereka mengetahuinya. Dan Syam juga akan ditakluki. Sejumlah orang penduduk Madinah berpindah. Mereka juga akan mengajak keluarga dan orang-orang yang taat kepada mereka untuk berpindah ke Syam. Padahal, Madinah lebih baik bagi mereka sekiranya mereka mengetahuinya. Dan Iraq juga akan ditakluki. Akibatnya, sejumlah orang Madinah akan berpindah. Mereka juga akan mengajak keluarga mereka dan oran-orang yang taat kepada mereka untuk berpindah ke Iraq. Padahal, Madinah lebih baik bagi mereka seandainya mereka mengetahui. (HR. Bukhari no. 1875).

 

Berkata Imam Nawawi:

 

“Yang benar ialah maknanya untuk memberitahu bahawa barangsiapa yang keluar daripada Madinah, keluarnya bersama ahli keluarganya, merancang dalam perjalanannya, bersegera kearah kesenangan dan negeri-negeri yang baru dibuka… Adapun keadaannya menetap di Madinah lebih baik untuk mereka kerana ia adalah kota suci Rasulullah, berhampiran dengan Baginda, tempat turunnya wahyu dan turunnya keberkatan sekiranya mereka mengetahui faedah-faedah agama yang terdapat daripada mendapat daripadanya berserta ganjaran-ganjaran ukhrawi.” (Fathul Bari 4/93).

 

 

Daripada Anas bin Malik RA bahawa Rasulullah SAW pernah berdoa:

 

اللَّهُمَّ اجْعَلْ بِالْمَدِينَةِ ضِعْفَيْ مَا جَعَلْتَ بِمَكَّةَ مِنَ البَرَكَةِ

 

Ya Allah! Limpahkanlah keberkatan di Madinah ini dua kali keberkatan yang berada di Makkah. (HR. Bukhari no.1885).

 

Berkata Imam Ibn Hajar al-Asqalani: Yakni keberkatan duniawi berpandukan sabda Baginda dalam sebuah hadith lain, ‘Ya Allah! Berkatilah gantang dan cupak kami.’ (Fathul Bari 4/98).

 

 

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

 

إِنَّ الإِيمَانَ لَيَأْرِزُ إِلَى المَدِينَةِ كَمَا تَأْرِزُ الحَيَّةُ إِلَى جُحْرِهَا

 

Sesungguhnya (di antara keimanan itu) adalah keimanan bahawa manusia akan berkumpul di Madinah seperti mana ular akan kembali kepada sarangnya. (HR. Bukhari no. 1876).

 

Berkata Ibnu Hajar al-Asqalani:

 

“Yakni seperti ular yang pergi daripada sarangnya dalam mencari keperluan hidupnya. Apabila ia menjumpainya, ia kembali kepada sarangnya. Demikian juga iman, ia tersebar dan berkembang di Madinah dan setiap orang yang beriman ada sedetik perasaan yang membawanya ke Madinah disebabkan perasaan cintanya kepada Nabi SAW. Maka ia meliputi keseluruhan zaman kerana pada zaman Nabi SAW adalah untuk kita belajar daripada baginda dan pada zaman sahabat dan tabiin dan tabi’ tabien adalah untuk mengikuti petunjuk mereka dan selepas itu untuk menziarahi kubur Nabi SAW, solat dalam Masjid Nabawi dan bertabarruk degan melihat athar Baginda dan athar para sahabat Baginda.”(Fathul Bari 94/4).

 

 

Daripada Abu Bakrah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

 

عَنْ أَبِي بَكْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ: لاَ يَدْخُلُ المَدِينَةَ رُعْبُ المَسِيحِ الدَّجَّالِ، لَهَا يَوْمَئِذٍ سَبْعَةُ أَبْوَابٍ، عَلَى كُلِّ بَابٍ مَلَكَانِ

 

Ancaman fitnah Dajjal tidak mampu menembusi Madinah. Pada saat itu, Madinah memiliki tujuh pintu masuk. Setiap pintu masuk dijaga dua malaikat. (HR. Bukhari no. 1879).

 

Imam Ibn Battal berkata:

 

“Sekiranya seseorang bertanya, ‘Apakah maksud sabda Baginda SAW yang lain bahawa Madinah akan bergoncang tiga kali (akibat datangnya Dajjal) dengan hadith Abu Bakrah bahawa Madinah tidak akan dimasuki Dajjal?’ Maka jawapannya, sesungguhnya bergoncangnya Madinah bukan kerana kemelut yang dibawa oleh Dajjal, atau ketakutan yang dibawanya, tetapi bergoncangnya Madinah kerana perginya golongan munafik kepada Dajjal lalu Ahlu Madinah mengeluarkan mereka daripada Madinah seperti mana hadith Rasulullah SAW: Sesungguhnya Madinah itu dibersihkan daripada kotorannya. Inilah dalil bahawa orang beriman itu tidak dipengaruhi dengan kemelut ketakutan terhadap Dajjal.” (Syarah Sahih al-Bukhari 10/64).

 

 

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

 

عَلَى أَنْقَابِ المَدِينَةِ مَلاَئِكَةٌ لاَ يَدْخُلُهَا الطَّاعُونُ، وَلاَ الدَّجَّالُ

 

Di lembah-lembah Madinah ada para malaikat, sehingga wabak taun dan Dajjal tidak akan masuk ke dalamnya. (HR. Bukhari no. 1880)

 

Ibnu Hajar al-Asqalani berkata: “Maknanya tidak dimasuki Madinah itu penyakit taun seperti yang berlaku di tempat selainnya seperti Taun Amawas dan Taun al-Jarif.”(Fathul Bari 10/190).

 

 

Daripada Jabir RA:

 

جَاءَ أَعْرَابِيٌّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَبَايَعَهُ عَلَى الإِسْلاَمِ، فَجَاءَ مِنَ الغَدِ مَحْمُومًا فَقَالَ: أَقِلْنِي، فَأَبَى ثَلاَثَ مِرَارٍ، فَقَالَ: المَدِينَةُ كَالكِيرِ تَنْفِي خَبَثَهَا وَيَنْصَعُ طَيِّبُهَا

 

Telah datang seorang Arab Badawi kepada Nabi SAW lalu berbaiah untuk memeluk Islam. Kemudianya dia datang lagi pada esok harinya dalam keadaan demam lalu berkata: “Tolong batalkan baiatku untuk memeluk Islam”. Nabi SAW menolak permintaan itu sampai tiga kali kemudian bersabda: “Madinah ini seperti tungku api, yang akan mengusir segala kekotoran (keburukan) dan menyisakan yang terbaik sahaja.” (HR. Bukhari no. 1883)

 

Berkata Syeikh Ibn Tin:

 

“Sesungguhnya Nabi SAW menghalang pembebasan lelaki tersebut daripada baiahnya kerana Nabi tidak menolong di atas kemaksiatan kerana baiah pada zaman awal dahulu adalah supaya seseorang tidak keluar daripada Madinah kecuali dengan keizinan dan keluar daripadanya merupakan suatu maksiat.”

 

Manakala menurut Syeikh Ibn Munir:

 

“Zahir hadith menunjukkan celaan kepada sesiapa yang keluar daripada Madinah dalam keadaan dia seorang yang bermasalah. (Jika ditanya) Telah keluar daripada Madinah sejumlah besar daripada sahabat dan mereka menetap di negeri-negeri selainnya. Demikian juga generasi selepas mereka daripada kalangan Fudhala (tokoh-tokoh utama). Jawabnya: Sesungguhnya yang tercela adalah sesiapa yang keluar daripada madinah dalam keadaan dia tidak suka dengan Madinah dan membencinya sebagaimana yang dilakukan oleh Arab badawi tersebut.

 

Adapun yang para sahabat, mereka keluar daripadanya dengan tujuan yang benar seperti menyebarkan ilmu, membuka negara-negara yang syirik, dan juga mengawal perbatasan, berjihad menentang musuh dalam keadaan keluarnya mereka itu dengan mempercayai dengan kelebihan madinah dan kelebihan menetap di dalamnya.” (Fathul Bari 19/200).

 

 

Daripada Aisyah RA, bahawa Rasulullah pernah berdoa:

 

اللَّهُمَّ حَبِّبْ إِلَيْنَا المَدِينَةَ كَحُبِّنَا مَكَّةَ أَوْ أَشَدَّ، اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي صَاعِنَا وَفِي مُدِّنَا، وَصَحِّحْهَا لَنَا، وَانْقُلْ حُمَّاهَا إِلَى الجُحْفَةِ

 

Ya Allah! Tumbuhkanlah kecintaan kami terhadap Madinah seperti kami mencintai Makkah atau lebih daripada itu. Ya Allah! Berikanlah keberkatan pada sa’ dan mud kami. Jadikanlah Madinah sesuai untuk kami dan pindahkanlah wabak deman di Madinah ini ke Juhfah. (HR. Bukhari no. 1889).

 

 

Beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

 

أُمِرْتُ بِقَرْيَةٍ تَأْكُلُ الْقُرَى، يَقُولُونَ لَهَا يَثْرِبُ، وَهِيَ الْمَدِينَةُ

 

 Aku diperintahkan (berhijrah ke) daerah yang akan melahap daerah-daerah lainnya. Daerah ini mereka sebut Yatsrib, iaitu Madinah (HR. Bukhari no. 1871 dan Muslim no. 1382).

 

Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam yang ertinya, “Sebuah kampung yang akan melahap daerah-daerah lainnya.” ditafsirkan dengan berbagai macam penafsiran diantaranya adalah Madinah akan menjadi pemenang atas daerah-daerah lainnya. Juga ditafsirkan dengan Madinah akan menjadi tempat berlabuh harta rampasan perang yang didapatkan dari jihad di jalan Allah. Kedua penafsiran di atas telah terjadi. Kota Madinah telah menaklukkan kota-kota lainnya, dimana para da’i yang membawa kebaikan dan para mujahid bertolak dari kota ini untuk membebaskan dan mengeluarkan manusia dari kegelapan menuju cahaya dengan izin Allah Azza wa Jalla. Lalu banyak orang yang masuk ke dalam agama Allah Azza wa Jalla ini. Dan semua kebaikan yang didapatkan oleh penduduk bumi ini adalah bersumber atau keluar dari kota yang penuh berkah ini, iaitu kota Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam (Kutaib Fadhlul Madinah, Syaikh Abdulmuhsin bin Hamd al-Abbad al-Badr).

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...