Sunday, 11 July 2021

Hadith selawat mengiringi perjalanan hamba di atas titian sirath

 

Matan hadith

 

ورأيت رجلاً من أمتي يزحف على الصراط ويحبو أحياناً ويتعلق أحياناً، فجاءته صلاته عليّ فأقامته على قدميه وأنقذته

 

Terjemahan

 

Rasulullah saw ketika israk mikraj  menyaksikan seorang lelaki dari umatnya berjalan diatas Shirath (titian sirath) dengan merangkak dan tergelincir dan menggantung pada Sirath di atas nyala api yang demikian panas. Pada waktu itu, datanglah amal selawat yang pernah lelaki itu persembahkan pada Rasulullah S.A.W semasa hidupnya. Amal selawat itu meraihnya, menuntunnya melewati Sirath, sehingga lelaki itu berhasil melewati rintangan di Shirath itu dengan senang.

 

Takhrij

 

HR. Ibnu Jauzi dalam al-'Ilal Mutanahiyah 2/697, daripada Abdurrahman bin Samrah ra.

 

Ibnu Jauzi menilai hadith ini tidak sahih, dari kedua-dua jalan, kerana terdapat perawi yang majhul (Hilal Abu Jabalah) dan munkar (Makhlad bin Abdul Wahid).

 

Az-Zahabi mendhaifkan hadith ini dalam al-Talkhish al-'Ilal Mutanahiyah hal. 243.

 

Sanadnya didhaifkan juga oleh al-Iraqi dalam Takhrij Ihya' 3/64.

 

Ibnu Taimiyah menguatkan hadith ini kepada hasan dalam al-Mustadrak ala al-Majmu: 1/99

 

Syeikh al-Albani mendhaifkan hadith ini dalam Dhaif Jami' no. 2086.

 

Ibnu Katsir mendhaifkan hadith ini dalam Tafsirnya 4/421, dengan menyebutkan ia diriwayatkan oleh al-Hakim at-Tirmidzi dalam Nuwadhir al-Usul, dan meneruskan kritikannya  terhadap kitab tersebut yang banyak mengandungi hadith lemah dan palsu.

 

Rujukan

 

http://www.saaid.net/Doat/Zugail/62.htm

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...