Thursday, 29 July 2021

Kalam/ ucapan Saidina Ali ra?

 

Saidina Ali ra berkata:

 

Titisan air mata dan ketakutan hati adalah bahagian dari rahmat Allah saat berzikir kepadaNya. Jika kamu mendapatkan keadaan ini, sampaikan doamu. Dan sekiranya ada seorang hamba dalam umat ini menangis, nescaya Allah SWT menyayangi umat itu kerana zikirnya yang disertai tangisan.” (Biharul Anwar 93/336).

 

 

Takhrij

 

Ia bukan hadith.

 

Cuma kalam ahli ibadah yang direkodkan oleh Abu Nua'im dalam Hilyatul Auliya dan al-Baihaqi dalam Syuabul Iman no. 1099 dari Tsabit al-Bannani dengan sanad yang dhaif

 

قالوا : وكيف تعلم ذلك ؟ قال : إذا وجل قلبي ، واقشعر جلدي ، وفاضت عيناي ، وفتح لي في الدعاء ، فثم أعلم أني قد استجيب لي ، قال : فسكتوا .

 

 

Mereka bertanya :" bagaimana engkau boleh mengetahui kalau doamu diijabah ?" Lelaki ahli ibadah itu menjawab :" ketika hatiku merasa takut, kulitku bergetar, kedua mata mengeluarkan airmata dan terbuka bagiku dalam berdoa maka dari situlah aku mengetahui bahawa doaku telah diijabah." Tsabit berkata : " kemudian mereka diam."








 

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...