Sunday, 11 July 2021

Kisah Nabi saw berkejar dengan kuda untuk melihat kali terakhir jenazah ketua munafiq Abdullah bin Ubai bin Salul?

 

Yang JELAS terdapat riwayat dengan hadith sahih riwayat Imam Bukhari dalam sahihnya no. 4672 dan Imam Muslim dalam Sahih beliau no. 2400.

 

Anak Ibnu Ubai yang pergi berjumpa Nabi saw untuk mintak jubah baginda untuk mengkafankan ayah beliau.

 

Dan memohon Rasulullah saw untuk mensolatkan jenazah ayah beliau.

 

Lalu ditahan oleh Umar al-Khattab ra kerana dia ketua munafiq buat apa nak solatkan.

 

Baginda menjawab, “Wahai Umar, Allah tak lebih hanya memberiku pilihan dengan firman-Nya:

 

  إِنْ تَسْتَغْفِرْ لَهُمْ سَبْعِينَ مَرَّةً فَلَنْ يَغْفِرَ اللَّهُ لَهُمْ

 

Jika engkau beristighfar untuk mereka tujuh puluh kali, Allah tetap tak akan mengampuni mereka.” (QS At-Taubah: 80).

 

Lalu Rasululullah saw bersabda: “Aku akan beristighfar untuknya lebih dari tujuh puluh kali.”

 

Tetapi, rupanya Rasulullah saw tetap saja mensolatinya, hingga Allah menurunkan ayat Al-Qur'an,

 

 "Janganlah kamu sekali-kali mensolati jenazah seorang di antara orang-orang munafik dan janganlah kamu berdiri di atas kuburnya." (QS. At-Taubah 9: 84).

 

Bab Nabi saw ludah pakaikan gamis itu ada (HR. Bukhari no. 1350 daripada Jabir ra).

 

Tapi pendetailan menyebut manfaat gamis dan ludah, serta "air kencing unta beliau lebih mulia dari Nabi Muhammad" masih tak ditemui riwayat tersebut.

 

Rujukan

 

https://youtu.be/lNnLvBgcOv8

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...