Thursday, 29 July 2021

Kisah Nabi saw tidak mengenali umatnya di dalam mimpi kerana tidak berselawat?

 

Matan kisah

 

وحكي أن رجلا كان غافلاً عن الصلاة على سيدنا محمد فرأى النبي ﷺ ليلة في المنام ولم يلتفت إليه، فقال: يا رسول الله أأنت علي غضبان؟ قال: لا، قال: فلم لا تنظر إلي؟ قال: لأني لا أعرفك، فقال : كيف لا تعرفني وأنا رجل من أمتك؟ وقد روى العلماء أنك أعرف بأمنك من الوالدة بالولد، فقال: صدقوا ولكن إنك لا تذكرني

 

Terjemahan

 

Pada suatu zaman terdapat seorang yang cukup saleh. Ia melazimkan bacaan selawat nabi setiap harinya. Ia sendiri kerap bertemu Rasulullah SAW dalam mimpinya. Ia diperlakukan dengan mesra oleh Rasulullah SAW pada setiap perjumpaan.Tetapi suasana perjumpaannya pada malam kali ini berbeza. Ketika tertidur, ia bermimpi melihat Rasulullah SAW. Tidak seperti biasanya, Rasulullah bersikap dingin. Rasulullah SAW tidak menoleh kepadanya dan tidak menyapanya. “Wahai Rasulullah, apakah yang mulia sedang murka terhadapku?” ia bertanya dengan masygul. “Tidak,” jawab Rasulullah SAW. “Lalu mengapa yang mulia tidak sudi memandangku?” “Kerana aku tidak mengenalimu,” kata Rasulullah SAW. “Bagaimana engkau yang mulia tidak mengenaliku? Padahal, aku adalah salah seorang dari umat Anda yang mulia. Sementara, ulama yang menjadi ahli waris yang mulia meriwayatkan bahawa yang mulia lebih mengenal umat yang mulia sendiri dibanding pengenalan ibu terhadap anaknya.” “Mereka itu benar. Hanya saja kau tidak mengingatku melalui shalawat. Sementara daya pengenalanku terhadap umatku bergantung pada kekuatan mereka membaca selawat,” kata Rasulullah SAW. Ia pun terbangun. Hatinya begitu sedih. Tetapi ia menyadari bahawa sudah sekian bulan ia tidak membaca selawat. Ia kemudian bertekad dalam hatinya untuk membaca selawat nabi sebanyak 100 kali setiap hari. Ia pun kemudian membuktikan tekadnya dengan baik. Pada suatu malam kemudian ia berjumpa dengan Rasulullah SAW dalam mimpinya. Ia disapa dengan hangat oleh Rasulullah. “Sekarang aku mengenalimu dan aku memberikan syafaatku untukmu,” kata Rasulullah SAW dengan perhatian.

 

 

Takhrij

 

Kisah ini disadur dari Bab Ketujuh fil Mahabbah, Kitab Mukasyafatul Qulub Al-Muqarribu ila Hadhrati ‘Allamil Ghuyub fi Ilmit Tashawwuf karya Imam Al-Ghazali hal.30 (al-Ilmiyah). Tanpa sanad, dan ia jelas dinyatakan sebuah hikayat.

 

Ibnu Mubarak meriwayatkan: Sanad adalah sebahagian dari agama, seandainya tanpa sanad seseorang boleh berkata sekehendak hati’. (Sahih Muslim 1/87).

 

Kitab Mukasyafatul Qulub sendiri termasuk kitab bermasalah, kerana banyak berisi hadith-hadith palsu, tanpa sanad, dhaif dan khabar yang tidak jelas.

 

Abu Ishaq Al-Huwaini berkata bahawasanya kitab ini tidak layak dipelajari kerana banyak hadith-hadith yang tidak jelas statusnya.

 

 

Rujukan

 

http://ar.islamway.net/fatwa/10264

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...