Terdapat riwayat, bahawa sahabat
Sa'ad bin 'Ubadah radhiyallahu anhu meninggal kerana dipanah oleh jin.
Ibnu Abdil Bar menceritakan kisah
kematian sahabat Sa'ad bin 'Ubadah:
Para ahli sejarah bersepakat
bahawa beliau ditemukan telah meninggal di tempat mandinya, dan jasadnya telah
menghijau.
Kemudian, Ibnu Abdil Bar
mengatakan,
Mereka tidak ada yang tahu
tentang kematian Sa'ad bin 'Ubadah, sehingga mereka terdengar ada suara tanpa
jasad yang mengucapkan bait syair:
"Kami telah membunuh pemuka
Khazraj, Sa'ad bin 'Ubadah. Kami lempar dia dengan tombak, dan tidak meleset
dari jantungnya."
Takhrij
Kisah ini diriwayatkan oleh Ibnu
Abdil Bar dalam al-Istiab fi Marifah al-Ashab hal. 180.
Hanya beberapa ulama ahli hadith
menilai kisah ini tidak sahih.
Diantaranya, Syaikhul Islam dalam
Minhajus Sunah 8/581, dan Syeikh al-Albani. Alasan bahawa kisah ini lemah,
[1]. Secara sanad, keterangan ini
lemah. Ketika menyebutkan keterangan Ibnu Abdil Bar, Syeikh al-Albani
mengatakan,
"Namun aku tidak menjumpai
sanad yang sahih sesuai dengan metode para ahli hadith. Disebutkan oleh Ibnu
Asakir dari Ibnu Sirin secara Mursal, dan Rijalnya tsiqah. (Irwa al-Ghalil
1/95)
[2]. Andai kisah itu benar
sekalipun, suara itu benar-benar ada dan didengar oleh orang yang disekitar
Sa'ad bin 'Ubadah, ini belum cukup untuk dijadikan dasar bahawa beliau
meninggal kerana dibunuh jin. Kerana boleh saja, jin berdusta kemudian dia
ngaku-ngaku telah membunuh Sa'ad radhiyallahu anhu. dan info dari jin tidak
boleh diterima 100% kebenarannya.
No comments:
Post a Comment