Keratan di atas tak lengkap.
yang asal..
Sabda yang disandarkan kepada
Amirul Mukminin Ali As dalam Nahj al-Balâghah:
Ghairat al-mar’a kufrun wa ghairat
al-rajul imânun.
(Kecemburuan seorang wanita
[terhadap madunya] adalah alamat kekufuran, sedang kecemburuan lelaki adalah
bagian dari iman)
Nahj al-Balâghah, Hikmah 124,
Intisyarat Dar al-Hijrah, Qum, Tanpa Tahun
Berkenaan kitab Nahjul Balaghah
Kitab Nahjul Balaghah itu amat
popular di kalangan penganut Islam dan penganut Syiah. Isinya mengandungi
ucapan, khutbah dan surat yang disandarkan kepada saidina Ali r.a.
Timbul persoalan di sini, apakah
benar isi Nahjul Balaghah itu benar-benar asli dari Ali r.a.?
Bagi mereka yang biasa dengan
pengajian hadith, sudah pasti menjawabnya dengan kata-kata Ibnu al-Mubarak:
الإسناد من الدين، ولولا الإسناد لقال من شاء ما شاء
Sanad itu sebahagian dari agama.
Dan, kalaulah tiada sanad, nescaya seseorang itu akan berkata apa sahaja
semahunya.
Kata imam al-Zahabi di dalam
Siyar A'lam al-Nubala' 17/589, ketika menulis biografi al-Murtadha Ali bin
Husain bin Musa al-Musawi:
Menurutku dia adalah penulis
kitab Nahjul Balaghah, yang dinisbahkan lafaznya kepada Imam Ali r.a. tanpa
sanad. Sebahagiannya mengandungi kebatilan dan terselit juga di dalamnya
kebenaran. Namun di sana terdapat topik-topik yang tak mungkin diucapkan oleh
imam Ali r.a.
Ada yang mengatakan: Malah ia
(Nahjul Balaghah) disusun oleh saudaranya yang bernama al-Syarif al-Radhi...
Kata al-Zahabi lagi: Di dalamnya
terdapat cercaan terhadap para sahabat Rasulullah s.a.w. maka kami mohon
perlindungan dari Allah dari ilmu yang tidak memberi manfaat.
Kitab Nahjul Balaghah ini
diterima oleh golongan Syiah Rafidhah secara pasti kesahihannya sebagaimana
al-Quran sedangkan ia dalam keadaan penuh dengan percanggahan. Ini menjadi
bukti bahawa mereka tidak mengambil tentang berat hal ehwal agama mereka dalam
urusan yang melibatkan penapisan dan pengesahan sumber samada ia sahih dan
kukuh atau sebaliknya (Manhaj al-Sunnah al-Nabawiyyah, 8/55).
Atas asas ini, jelas kitab ini
tidak sah dinisbahkan kepada Ali r.a. Ia juga dengan segala isikandungannya
samasekali tidak menjadi hujah di dalam masalah syarak. Adapun untuk membacanya
kerana mahu menelaah isikandungannya dari sudut balaghah, maka hukumnya sama
seperti membaca mana-mana kita lughah/bahasa tanpa menisbahkannya kepada Amiril
Mukminin Ali r.a.
Rujukan
Fatwa Soaljawab Islam no. 30905
No comments:
Post a Comment