AMALAN ZIKIR SEPANJANG 10 HARI PERTAMA ZULHIJJAH
Amat digalakkan untuk membaca tahlil kalimah لااله الا الله bermula subuh pertama bulan Zulhijjah sehingga Hari Raya Aidul Adha. Ianya telah menjadi amalan Para Wali Allah dan orang-orang soleh.
Moga dengannya , Allah mengampuni dan memelihara si pembaca dan seluruh negara-negara kaum Muslimin seluruhnya. AMIN
Zikirnya adalah seperti berikut :
لا إله إلا الله عدد الليالي والدهور
La ilaha illa Allah adada layali wa ad duhur
Tiada Tuhan melainkan Allah sebanyak bilangan malam dan siang.
لا إله إلا الله عدد الأيام والشهور
La ilaha illa Allah adada ayyam wa s shuhur
Tiada Tuhan melainkan Allah sebanyak bilangan hari dan bulan-bulan.
لا إله إلا الله عدد أمواج البحور
La ilaha illa Allah adada amwajil buhur
Tiada Tuhan melainkan Allah sebanyak keluasan lautan.
لا إله إلا الله عدد أضعاف الأجور
La ilaha illa Allah adada adh'afil ujur
Tiada Tuhan melainkan Allah sebanyak-banyak ganjaran.
لا إله إلا الله عدد قطر المطر
La ilaha illa Allah adada qatril matar
Tiada Tuhan melainkan Allah sebanyak bilangan titisan hujan.
لا إله إلا الله عدد أوراق الشجر
La ilaha illa Allah adada awraqis syajar
Tiada Tuhan melainkan Allah sebanyak bilangan dedaun pokok.
لا إله إلا الله عدد الرمل والحجر
La ilaha illa Allah adada ramli wal hajar
Tiada Tuhan melainkan Allah sebanyak bilangan pasir dan batu-batu.
لا إله إلا الله عدد الزهر والثمر
La ilaha illa Allah adada zahri was samar
Tiada Tuhan melainkan Allah sebanyak bilangan bunga dan buah-buahan.
لا إله إلا الله عدد الشعر والوبر
La ilaha illa Allah adada sya'ri wal wabar
Tiada Tuhan melainkan Allah sebanyak bilangan rambut dan bulu-bulu.
لا إله إلا الله عدد أنفاس البشر
La ilaha illa Allah adada anfasil basyar
Tiada Tuhan melainkan Allah sebanyak bilangan nafas manusia.
لا إله إلا الله عدد ذنوبنا حتى تغفر
La ilaha illa Allah adada zunubina hatta tughfar
Tiada Tuhan melainkan Allah sebanyak bilangan dosa-dosa kita sehingga diampunkan.
لا إله إلا الله عدد لمح العيون
La ilaha illa Allah adada lamhil 'uyun
Tiada Tuhan melainkan Allah sebanyak bilangan kerdipan mata.
لا إله إلا الله عدد ماكان ومايكون
La ilaha illa Allah adada ma kana wa ma yakun
Tiada Tuhan melainkan Allah sebanyak bilangan makhluk dan yang akan diciptakan.
لا إله إلا الله تعالى عما يشركون
La ilaha illa Allah taala amma yushrikun
Tiada Tuhan melainkan Allah itu lebih agung daripada apa yang mereka sekutukan.
لا إله إلا الله خير مما يجمعون
La ilaha illa Allah khaira mimma yajma'un
Tiada Tuhan melainkan Allah itu lebih baik daripada apa yang mereka kumpulkan ( harta dunia ).
لا إله إلا الله في الليل إذا عسعس
La ilaha illa Allah fil laili iza 'as'as
Tiada Tuhan melainkan Allah pada sebelah malam sehingga penghujungnya.
لا إله إلا الله في الصبح إذا تنفس
La ilaha illa Allah fis subhi iza tanaffas
Tiada Tuhan melainkan Allah pada sebelah pagi sehingga terang.
لا إله إلا الله عدد الرياح في البرار والصخور
La ilaha illa Allah adada riyah fil birar was sokhur
Tiada Tuhan melainkan Allah sebanyak bilangan angin di daratan dan lautan.
لا إله إلا الله من يومنا هذا إلى يوم ينفخ في الصور
La ilaha illa Allah min yaumina haza ila yauma yunfaghu fis suur
Tiada Tuhan melainkan Allah daripada hari ini sehingga ditiupkan sangka-kala.
لا إله إلا الله عدد خلقه أجمعين
La ilaha illa Allah adada khalqihi ajmain
Tiada Tuhan melainkan Allah sebanyak bilangan seluruh makhluk-Nya.
لا إله إلا الله من يومنا هذا إلى يوم الدين
La ilaha illa Allah min yaumina haza ila yaumad din
Tiada Tuhan melainkan Allah daripada hari ini sehingga Hari Qiamat.
لا إله إلا الله وحده لاشريك له له الملك وله الحمد يحي ويميت وهو على كل شي قدير
عدد خلقه ورضى نفسه وزنة عرشه
ومداد كلماته((عشراً))
La ilaha illa Allah, wahdahu la syarikalahu, lahu mulku, wa lahu l hamd, yuhyi wa yumit, wa huwa ala kulli syai in qadir, adada khalqihi, wa ridho nafsihi, wa midada kalimatih,
Tiada Tuhan melainkan Allah , Tunggal tiada sekutu baginya, bagi-Nya kerajaan langit dan dunia, bagi-Nya segala pujian, Ia-lah yang menghidupkan dan mematikan dan Ia ia berkuasa atas tiap-tiap sesuatu sebanyak bilangan makhluk-Nya , sehingga Dia redho , perhiasan Arasy-Nya dan sebanyak-banyak tambahan kalimat-kalimat Mu.
Zikir Tahlil di atas diulang-ulang 3 sehingga 10 kali. Sebaiknya dilakukan selepas Isya, jika tidak berkesempatan maka boleh membacanya pada bila-bila masa.
.............................................
Zikir tersebut tidak ditemukan
dari sumber yang absah, baik dari al-Quran mahupun hadith atau kitab muktabar
sunnah yang lain.
Tidak lain tidak bukan ini adalah
rekacipta golongan yang berlebihan dan melampau. Tidak berasa cukup dengan
zikir-zikir yang telah diajari Rasulullah saw.
Rujukan
Fatwa Soaljawab Islam no. 135060
http://www.almeshkat.net/vb/showthread.php?t=70994
No comments:
Post a Comment