Wednesday, 18 August 2021

Amalan hari Asyura tidak sahih

 

Sebaran umum

 

AMALAN HARI 'ASYURA

 

1-Membaca 1000 kali Surah Al-Ikhlas

 

2-Membaca 10 surah pada malam Hari Asyura :

1) Surah Thoha

2) Surah Yassin

3) Surah Waqiah

4) Surah Mulk

5) Surah A'la

6) Surah Insyiroh

7) Surah Al-qadr

8) ayat kursi

9) Surah Al-Ikhlas (3x)

10) Surah Fatihah (10x)

Barangsiapa yg membacanya Allah akan melindunginya dari sihir, bala dan musibah sepanjang tahun tersebut.

 

3-Membaca zikir

"حسبنا الله ونعم الوكيل نعم المولى ونعم النصير" (70 kali)

Maka tidak akan meninggal pada tahun tersebut dengan izin Allah SWT

 

4-Antara dzikir-dzikir pada Hari Asyura untuk menghidupkan hati sepanjang tahun ini

1) سبحان الله ملء الميزان و منتهى العلم و مبلغ الرضا وزنة العرش

2) والحمد لله ملء الميزان و منتهى العلم و مبلغ الرضا وزنة العرش لا ملجأ ولا منجى من الله إلاّ إليه

3) سبحان الله عدد الشفع و الوتر و عدد كلمات الله التمّات كلّها

4) والحمد لله عدد الشفع و الوتر و عدد كلمات الله التمّات كلّها

5) والله اكبر عدد الشفع و الوتر و عدد كلمات الله التمّات كلّها

6) أسألك السّلام برحمتك يا أرحم الراحمين و لا حولا ولا قوة الا بالله العلي العظيم و صل الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم أجمعين والحمد لله رب العالمين

 

5-Antara sunnah-sunnah lain ialah berpuasa, bersedekah, merapatkan silaturrohim, mandi sunnat asyura, bercelak, ziarah orang alim, ziarah orang yang sakit, mengusap rambut anak yatim, bersedekah kepada keluarga dan memotong kuku.

 

Allahhu'alam. Semoga bermanfaat

 

Takhrij

 

Amalan ini cuma tradisi para ahli ibadah/ ulama kesufian saja. Bukan dari Nabi saw mahupun salaf. Ini telah diakui sendiri al-Nawawi Bantani dalam kitab Nihayatuz Zain 1/196 disebutkan:

 

وَنُقِلَ عَنْ بَعْضِ اْلأَفَاضِلِ أَنَّ اْلأَعْمَالَ فِيْ يَوْمِ عَاشُوْرَاءَ اثْنَا عَشَرَ عَمَلاً: الصَّلاَةُ، وَاْلأَوْلَى أَنْ تَكُوْنَ صَلاَةُ التَّسْبِيْحِ، وَالصَّوْمُ، وَالصَّدَقَةُ، وَالتَّوْسِعَةُ عَلَى الْعِيَالِ وَاْلاِغْتِسَالُ، وَزِيَارَةُ الْعَالِمِ الصَّالِحِ، وَعِيَادَةُ الْمَرِيْضِ، وَمَسْحُ رَأْسِ الْيَتِيْمِ، وَاْلاِكْتِحَالُ، وَتَقْلِيْمُ اْلأَظَافِرِ، وَقِرَاءَةُ سُوْرَةِ اْلإِخْلاَصِ أَلْفَ مَرَّةٍ، وَصِلَةُالرَّحِمِ. وَقَدْ وَرَدَتْ اْلأَحَادِيْثُ فِي الصَّوْمِ وَالتَّوْسِعَةِ عَلَى الْعِيَالِ. وَأَمَّا غَيْرُهُمَا فَلَمْ يَرِدْ فِي اْلأَحَادِيْثِ.

 

Diriwayatkan dari sebahagian orang-orang yang mempunyai sifat utama bahawa amalan pada hari asyura' (10 Muharram) itu ada dua belas macam, yakni : solat, -yang utama solat tasbih- puasa, bersedekah, membuat anggota keluarga merasa gembira, mandi, manziarahi orang alim/orang soleh, menjenguk orang sakit mengusap kepala/menyantuni anak yatim, memakai celak, memotong kuku, membaca surah al-Ikhlas 1000 kali dan silaturrahim. Mengenai anjuran puasa dan memberikan wang nafkahh lebih kepada keluarga didasarkan oleh hadith yang menerangkannya. Selain dua hal tersebut tidak ada hadith sahih yang menganjurkannya.

 

Dalam kitab I'anatut Thalibin 2/266 diterangkan :

 

قَالَ الْعَلاَّمَةُ اْلأَجْهُوْرِيْ: وَلَقَدْ سَأَلْتُ بَعْضَ أَئِمَّةِ الْحَدِيْثِ وَالْفِقْهِ عَنِ الْكُحْلِ، وَطَبْخِ الْحُبُوْبِ، وَلُبْسِ الْجَدِيْدِ، وَإِظْهَارِ السُّرُوْرِ، فَقَالَ: لَمْ يَرِدْ فِيْهِ حَدِيْثٌ صَحِيْحٌ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَلاَ عَنْ أَحَدٍ مِنَ الصَّحَابَةِ وَلاَ اسْتَحَبَّهُ أَحَدٌ مِنْ أَئِمَّةِ الْمُسْلِمِيْنَ.

 

"Imam Ajhuri berkata : Sungguh saya telah menanyakan kepada sebahagian dari para imam ahli hadith dan ahli fiqh tentang memakai celak, menanak biji-bijian, memakai pakaian yang serba baru dan memperlihatkan kegembiraan, beliau menjawab : mengenai hal itu tidak ada riwayat hadith yang shahih dari Nabi atau salah seorang sahabat dan tidak ada salah seorang pun dari para pemimpin Islam yang menganjurkannya".

 

Upacara ini juga ditemukan dalam kitab Mafahim yang ditulis oleh Sayyid Muhammad Alawi, hal. 314 :

 

جَرَتْ عَادَاتُنَا أَنْ نَجْتَمِعَ لإِحْيَاءِ جُمْلَةٍ مِنَ الْمُنَاسَبَاتِ التَّارِيْخِيَّةِ كَالْمَوْلِدِ النَّبَوِيِّ، وَذِكْرَى اْلإِسْرَاءِ وَالْمِعْرَاجِ، وَلَيْلَةِ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ، وَالْهِجْرَةِ النَّبَوِيَّةِ، وَذِكْرَى نُزُوْلِ الْقُرْآنِ وَذِكْرَى غَزْوَةِ بَدْرٍ. وَفِي اعْتِبَارِنَا أَنَّ هَذَا اْلأَمْرَ عَادِيٌّ لاَ صِلَةَ لَهُ بِالدِّيْنِ، فَلاَ يُوْصَفُ بِأَنَّهُ مَشْرُوْعٌ أَوْ سُنَّةٌ كَمَا أَنَّهُ لَيْسَ مُعَارِضًا لأَصْلٍ مِنْ أُصُوْلِ الدِّيْنِ، لأَنَّ الْخَطَرَ هُوَ فْي اعْتِقَادِ مَشْرُوْعِيَّةِ شَيْءٍ لَيْسَ بِمَشْرُوْعٍ.

 

Kita mempunyai tradisi yang sudah berlaku yaitu kita berkumpul untuk perayaan sejumlah hari-hari yang bernilai sejarah, seperti kelahiran nabi, peringatan Isra' Mi'raj, malam Nishfu Sya'ban, peringatan hijrahnya nabi, malam nuzul al-Qur'an dan peringatan perang Badar. Menurut anggapan kita, perkara semacam itu merupakan suatu tradisi semata tidak ada sangkut pautnya dengan syari'at agama, maka tidak boleh dikatakan bahawa hal tersebut disyari'atkan atau disunnatkan. Namun amalan tadi sama sekali tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip agama. Kerana yang menjadi kekhawatiran itu hanyalah timbulnya anggapan adanya anjuran syari'at terhadap hal-hal yang sebenarnya tidak disyari'atkan.

 

Doa/zikir panjang tersebut pula memang terkenal dikalangan tarekat sufi (Syekh Muhammad Sukairij  al-Ayyasyiy dalam Iqazhul Qaraih Li taqyidis Sawanih) pada 10 Muharram ....tidak mempunyai asal dari Nabi saw, baik lafaz dan fadhilat (https://dorar.net/fake-hadith/723).

 

Amalan-amalan bid’ah di hari asyura (hari ke-10 bulan muharam)

 

1- Menghidupkan malam Asyura dengan bersolat, berzikir dan doa-doa yang khusus. Perbuatan ini adalah berpandukan hadith palsu sebagimana hadith di bawah ini:

 

 

مَنْ اَحْيَى لَيْلَةَ عَاشُوْرَاءَ ، فَكَاَنَّمَا عَبَدَ اللهَ تَعَالَى بِمِثْلِ عِبَادَةِ اَهْلِ السَّمَوَاتِ. وَمَنْ صَلَّى اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ يَقْرَاُ فِى كَلِّ رَكْعَةٍ اَلْحَمْدُ للهِ مَرَّةً ، وَخَمْسِيْنَ مَرَّةً قُلْ هُوَ اللهُ اَحَدٌ ، غَفَرَ اللهُ لَهُ ذُنُوْبَ خَمْسِيْنَ عَامًا مَاضٍ وَخَمْسِيْنَ عَامًا مُسْتَقْبِلٍ ، وَبُنِيَ لَهُ فِى الْمَثَلِ اْلاَعْلَى اَلْفُ اَلْفِ مِنْبَرٍ مِنْ نُوْرٍ

 

Barangsiapa menghidupkan malam Asyura, maka seakan-akan ia beribadah kepada Allah seperti ibadahnya para penghuni segala langit. Dan barangsiapa bersolat empat rakaat, pada setiap rakaat ia membaca Fatihah sekali, surah al-Ikhlas lima puluh kali, maka Allah mengampuni dosa-dosanya lima puluh tahun yang telah lalu dan lima puluh tahun yang akan datang, dan dibina untuknya di Al-Mathalul-A’la (syurga) sebanyak lima juta mimbar dari cahaya”. (Al-Maudhu’at 11/122, al-La’li al-Maudhuat 2/93; Tanzih Syariah 2/150, palsu).

 

2- Berpuasa sejak awal Muharam sehingga kesembilan hari bulan Muharam. Mereka yang mengamalkan puasa ini adalah berpegang dengan hadith palsu:

 

 

مَنْ صَامَ تِسْعَةَ اَيَّامٍ مِنْ اَوَّلِ الْمُحَرَّمِ ، بَنَى اللهُ لَهُ قُبَّةً فِى الْهَوَاءِ مِيْلاً فِى مِيْلٍ لَهَا اَرْبَعَةُ اَبْوَابٍ

 

Barangsiapa berpuasa sembilan hari sejak awal Muharam, maka Allah akan membina untuknya sebuah kubah di udara, luasnya satu batu persegi dan mempunyai empat buah pintu (Al-Fawaid al-Majmuah 1/47, al-Asrar Marfuah 1/474, al-Atsar al-Marfu fi Kitab Akhbar al-Maudhuat al-Lakhnawi 1/90, al-La’li as-Suyuthi 2/46, Tanzih Syariah 2/89, palsu)

 

3- Bersuci, mandi dan bercelak. Hakikatnya mereka tidak menyedari bahawa hadith yang mereka gunakan adalah hadith palsu:

 

مَنِ اغْتَسَلَ وَتَطَهَّرَ يَوْمَ عَاشُوْرَاءَ لَمْ يَمْرَضْ فِى سَنَتِهِ اِلاَّمَرَضَ الْمَوْتِ

 

Barangsiapa mandi dan bersuci pada hari Asyura, maka dia tidak akan sakit pada sepanjang tahun itu, kecuali sakit mati (Majmu’ Fatawa 11/248; Tamamul Minnah hal. 410-412; Al-Ibda’ hal. 269, al-La’li as-Suyuthi 2/93, Tanzih Syariah 2/151, al-Atsar al-Marfu fi Kitab Akhbar al-Maudhuat al-Lakhnawi 1/97 palsu).

 

 

مَنِ اكْتَحَلَ بِاْلاُثْمُدِ يَوْمَ عَاشُوْرَاءَ لَمْ يَرْمِدْ اَبَدًا

 

Barangsiapa bercelak mata dengan arang celak dihari Asyura, maka ia tidak akan sakit mata buat selama-lamanya (Al-Maudhu’at 11/203; Majmu’ Fatawa 11/248. Ibn Taimiyah; Tartib Maudhuat no. 183; Syarah Bukhari Lil Ibnu Mulaqqin 13/544; Umdatul Qari al-‘Aini 11/167, al-Ajwubah al-Mardhiyyah 1/157; Silsilah hadith Dhaif no. 624, palsu)

 

4- Selepas mandi dan bersuci dipagi Asyura, terdapat juga umat Islam yang menjadikan hari Asyura sebagai hari raya kaum Muslimin dengan menjadikannya hari kelepasan dan menyediakan makanan tertentu, (antaranya menyediakan bubur Asyura. (Menasabkan bubur Asyura kepada perbuatan Nabi Nuh ‘alaihi salam adalah suatu pembohongan yang keterlaluan (al-Atsar al-Marfu fi Kitab Akhbar al-Maudhuat al-Lakhnawi 1/97, Tanzih Syariah 2/151; al-La’li as-Suyuthi 2/92-93, palsu)  Setelah selamat dari taufan dan banjir besar, Nabi Nuh tidak pernah menyuruh pengikutnya memakai celak dan menyediakan makanan berupa bubur Asyura yang dikutip dari sisa-sisa bijirin)). Ini merupakan talbis (perangkap) syaitan kepada orang-orang awam sedangkan perbuatan tersebut menyerupai perbuatan orang-orang Yahudi di Khaibar. (Al-Ibda’ hal. 269. Ali Mahfuz) Perkara ini telah diterangkan dalam hadith Muslim:

 

كَانَ اَهْلُ خَيْبَرَ يَصُوْمُوْنَ يَوْمَ عَاشُوْرَاءَ ، وَيَتَّخِذُوْنَهُ عِيْدًا وَيُلْبِسُوْنَ نِسَاءَ هُمْ فِيْهِ حُلِيَّهُمْ وَشَارَتُهُمْ

 

Adalah penduduk Khaibar (Kaum Yahudi) berpuasa pada hari Asyura, mereka menjadikannya sebagai Hari Raya dan mereka memakaikan wanita-wanita mereka dengan perhiasan dan pakaian mereka yang cantik-cantik”. (HR. Muslim no. 1131)

 

5- Terdapat juga umat Islam yang mengerjakan solat tertentu disiang hari Asyura atau dimalam harinya. Mereka melakukan perkara bid’ah ini lantaran berpandukan kepada hadith palsu sebagaimana di bawah ini:

 

 

مَنْ صَلَّى فِيْهِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ ، يَقْرَاُ فِى كُلِّ رَكْعَةٍ اَلْحَمْدُللهِ مَرَّةً ، وَقُلْ هَوَ اللهُ اَحَدٌ اِحْدَى وَخَمْسِيْنَ مَرَّةً غَفَرَ اللهُ لَهُ ذُنُوْبَ خَمْسِيْنَ عَامًا

 

Barangsiapa bersolat padanya empat rakaat, membaca al-Fatihah sekali pada tiap-tiap rakaat, surah al-Ikhlas lima puluh kali, maka Allah akan mengampunkan dosanya lima puluh tahun (Al-Ibda’ hal. 269, fi Madaril Ibtida’ Asy-Syeikh Ali Mahfuz, al-Atsar al-Marfu fi Kitab Akhbar al-Maudhuat al-Lakhnawi 1/110, palsu)

 

 

فِى يَوْمِ عَاشُوْرَاءَ تَابَ اللهُ عَلَى آدَمَ ، وَعَلَى اَهْلِ مَدِيْنَةِ يُوْنُسَ ، وَفِيْهِ وُلِدَ اِبْرَاهِيْمُ ، وَفِيْهِ وُلِدَ عِيْسَى بْنُ مَرْيَمَ ، وَفِيْهِ فُرَّقَ الْبَحْرُ لِمُوْسَى وَبَنِيْ اِسْرَائِيْلَ وَجَرَتْ السَّفِيْنَةُ وَآخِرُ ذَلِكَ يَوْمُ الْعَاشُوْرِ لِعَشْرِ مَضَيْنِ مِنَ الْمُحَرَّمِ وَسْتَوَتْ عَلَى الْجُوْدِيِّ فَصَامَ نُوْحٌ وَاَصْحَابُهُ وَالْوَحْشُ مَعَهُ شُكْرًا للهِ عِزَّ وَجَلَّ

 

Pada hari Asyura Allah menerima Taubat Adam dan taubat penduduk kota Nabi Yunus. Pada hari Asyura dilahirkan Ibrahim dan padanya pula dilahirkan Isa bin Maryam. Pada hari Asyura Lautan Merah dibelah untuk Nabi Musa dan Bani Israil dan kapal Nabi Nuh belayar dan berakhir pada sepuluh Muharam. Dan dia berlabuh di atas bukit Judi. Nabi Nuh dan para sahabatnya dan binatang-binatang liar lalu berpuasa kerana bersyukur kepada Allah Azza wa-Jalla. Demikian juga binatang-binatang yang ada bersama-sama di atas bahtera itu turut sama berpuasa (Tanzih as-Syariah 11/150, palsu)

 

6- Puasa hari Asyura pahalanya berji dan umrah dan 10 ribu syuhada, memberi makan orang berpuasa pula seakan-akan membuatkan seluruh umat nabi saw kenyang

 

مَنْ صَامَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ مِنَ الْمُحَرَّمِ أَعْطَاهُ اللَّهُ تَعَالَى ثَوَابَ عَشْرَةِ آلافِ مَلَكٍ ، وَمَنْ صَامَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ مِنَ الْمُحَرَّمِ أُعْطِيَ ثَوَابَ عَشْرَةِ آلَافِ حَاجٍّ وَمُعْتَمِرٍ وَعَشْرَةِ آلافِ شَهِيدٍ ، وَمَنْ مَسَحَ يَدَهُ عَلَى رَأْسِ يَتِيمٍ يَوْمَ عَاشُورَاءَ رَفَعَ اللَّهُ تَعَالَى لَهُ بِكُلِّ شَعْرَةٍ دَرَجَةً وَمنْ فَطَّرَ صَائِمًا لَيْلَةَ عَاشُوْرَاءَ فَكَأَنَّمَا اَفْطَرَ عِنْدَهُ جَمِيْعَ اُمَّةِ مُحَمَّدٍ صلى الله عليه وسلم وَاَشْبَعَ بُطُوْنَهُمْ

 

Barangsiapa berpuasa di hari Asyura, tanggal 10 Muharram, nescaya Allah akan memberikan sepuluh ribu pahala malaikat, sepuluh ribu pahala orang yang berhaji dan umrah, serta sepuluh ribu orang yang mati syahid. Baragsiapa mengusap kepala anak yatim di hari Asyura, nescaya Allah mengangkat satu darjat baginya untuk setiap rambut yang diusapnya. Barangsiapa memberikan makan buka puasa untuk orang yang puasa di malam Asyura, maka seakan-akan semua umat Muhammad Saw berbuka di sisinya dan membuat kenyang mereka semua (al-Maudhuat Ibnu Jauzi 2/202, palsu)

 

Berkata Sheikh al-Islam Ibnu Taimiyyah lagi:

 

Tidak terdapat sebarang hadith sahih dari Nabi s.a.w. atau sahabat-sahabat. Tiada Imam mazhab tau Tabi'en yang mensunnahkan perkara-perkara ini; sama ada ia diriwayatkan oleh hadith dhaif (lemah), atau riwayat yg sahih, Al-Sunan atau Al-Musnad. Tiada hadith yang masyhur diketahui mengenainya pada abad yang awal, tetapi pada akhir-akhir ini ada hadith yang meriwayatkan seperti :{barangsiapa yang memakai celak pada matanya pada hari Asyura tidak akan mendapat penyakit mata pada tahun itu, dan barangsiapa yang mandi pada hari Asyura tidak akan dapat penyakit pada tahun tersebut.dsb}. Terdapat juga riwayat yang menunjukkan bersolat pada hari Asyura, dan ada riwayat lain yang menyebut bahawa pada hari Asyura Nabi Adam bertaubat, Bahtera Nuh mendarat di Bukit Joodi, nabi Yusuf kembali kepada Nabi Yaakub, Ibrahim diselamatkan dari api, kibas di ganti sebagai binatang sembelihan menggantikan Nabi Ismail, dan sebagainya. Mereka juga meriwayatkan sebuah hadith palsu yang mendustakan Rasulullah s.a.w. berkata: {barangsiapa yang bermurah hati kepada keluarganya pada hari Assyuura, Allah akan bermurah hati kepadanya sepanjang tahun}. Bagi perkara lain, seperti memasak makanan khas dengan atau tanpa bijirin, atau memakai baju baru, membelanjakan wang untuk keluarga, atau membeli bekalan tahunan untuk hari tersebut, melakukan solat-solat tertentu atau amalan-amalan tertentu, menyembelih binatang pada hari itu, menyimpan daging yang akan dimasak bersama bijirin, atau memakai celak atau henna, mandi, berjabat tangan diantara satu sama lain, menziarahi seseorang, menziarahi masjid dan kubur-kubur (mashhad) dan sebagainya..... kesemua ini adalah bid’ah dan salah. Tiada diantaranya yang ada kena mengena dengan sunnah Rasulullah s.a.w. atau Khulafah al-Rasyidiin. Ia tidak diluluskan oleh mana-mana imam, tidak malik, tidak at-Tsauri, tidak al-Layth ibn Sa’d, tidak Abu Hanifah, tidak al-Auzaa’i, tidak asy-Syafie, tidak Ahmad ibn Hanbal, tidak Ishaaq ibn Rahawayh, dan tiada mana-mana dikalangan Imam dan ulama' Islam......” (Ringkasan dari Fatawa Al-Kubra oleh Sheikh al-Islam Ibnu Taimiyyah Jil. 5)

 

 

 

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...