Wednesday, 18 August 2021

Hadith keadaan ahli tauhid apabila dibangkitkan ketika kiamat kelak

 Matan hadith

 

 

ليس على أهلِ لا إله إلا اللهُ وحشةٌ في الموتِ ولا في النشورِ وكأني بهم عند الصيحةِ وهم ينفضون شعورَهم من الترابِ يقولون الحمدُ للهِ الذي أذهب عنا الحزنَ

 

 

وفي روايةٍ ليس على أهلِ لا إلهَ إلّا اللهُ وحْشةٌ عند الموتِ ولا عند القبرِ

 

Terjemahan

 

Tidak ada kegelisahan atas ahli LAA ILAAHA ILLALLAHU di dalam kubur mereka dan kebangkitan mereka, seolah-olah aku melihat mereka ketika ditiupkan sangkakala, mereka menebarkan di atas kepala mereka berupa debu dan mereka membaca

 

 الحمد لله الذي أذهب عنا الحزن

 

(Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan duka dari kami)

 

 

Dalam riwayat yang lain disebutkan bahawa Ahli LAA ILAHA ILLALLAH tidak akan berdukacita sewaktu mati dan begitu juga semasa di dalam kubur.

 

Takhrij

 

HR. Ibnu Hibban dalam al-Majruhin 1/232, at-Thabarani dalam Mu'jam al-Awsath no. 9478, al-Baihaqi dalam Syuabul Iman 1/86, Ibnu Adi dalam al-Kamil fi Dhuafa' 2/65, Ibnu Jauzi dalam al-'Ilal Mutanahiyah 2/914, Ibnu Asakir dalam Mu'jam al-Syuyyukh 1/136, daripada Ibnu Umar ra.

 

Kesemua imam di atas mendhaifkan hadith tersebut.

 

Ibnu Katsir mendhaifkan hadith ini dalam al-Talkhis al-'Ilal Mutanahiyah no. 352.

 

al-Dimyathi berkata dalam al-Mutjir Rabih no. 209, sandnya parah.

 

Syeikh al-Albani menilai hadith ini dhaif jiddan dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 3853

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...